Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :


Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).


Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.


Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.


Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Alkisah..........maka tersebut lah kisah.....

taiyiiiiippp.....

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara kegerunan."





Babi kata: "Wa La Weh..... Aku batuk (bersin) skali aje, satu dunia panik beb!"

Beruang & Singa : Babi kau Babi !!
Omnooo...umnooooo....umnooooo.... memang dari dulu hingga selamanya memang macam tu.....MENDAJALI semua nya.....

Oleh Khalid Samad

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini.


Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Posting terdahulu yang berkaitan: Persoalan Kuil Sek 19 & Tindakan Pewaris (10 Januari 2009)
Salam kepada semua pelayar blog Cikgu fauzi....

Ingat tak ada satu post yang Cikgu dulu, selepas demo GMI. Ada 2 keping gambar yang Cikgu post di bawah tajuk Siapa Dia Ni ?.... Pagi ni Cikgu dah dapat kepastian siapakah dia ni..... Tak tahulah apa gelaran yang sesuai diberikan kepadanya .... Mungkin para pengunjung boleh membantu memberikan nama @ gelaran yang paling sesuai kepadanya......


Gambar ni diambil semasa Demo GMI.....
Cikgu postkan balik gambar dulu yang pernah Cikgu postkan..... bersama beberapa keping
gambar terbaru manusia ni......





Ni pulak gambar diambil dengan Niat kononnya nak daftar jadi Ahli PAS.... Sednagkan masa Demo GMI hari tu kata dia adalah ahli PAS Sg Ramal..... Lidah biawak - bercabang.....


Memula tu Cikgu pelek juga kenapa Yb Gobala tak lempang dan terajang je Polis yang ada kat depan dia... sebaliknya melempang Polis yang dibelakangnya..... Laaaaaaaaa rupa-rupanya Polis belakang tu menimbulkan provokasi... Menendang Yb Gobala.... Kalau Cikgu kena....Cikgu pun hangin jugak.......

Kalau bawak kat mahkamah video ni.... agak2nya ada peluang ke Polis nak menang.....????
Kepada mereka yang ingin berikhtiar untuk H1N1, hubungi cikgu dengan mengemail di bawah tajuk ni.

Setakat ni telah ada rekod pesakit sembuh selepas mengambil makanan tambahan tersebut.....

Di samping berubat, boleh juga dapat RM tambahan...

Nantilah Cikgu akan upload maklumat berkenaan....

Serba hijau... dari payung hingga topeng dan pakaian.... Kalau adik tu pakai stoken hijau... lagi sempurna Kehijauannya... hehhe.... jangan marah adik.... aurat tau....


Kawan-kawan dari Terengganu....berehat sambil membasaahkan tekak...


Yang ni macam Cikgu kenal je.... Laaaa.... Mat Arif.... sahabat di UPM dulu....


Macam-macam feshion dan gaya orang-orang PAS ni.... kat sebelah Umnoooo ada tak....


Pemuda Pejuang Agama... bersemangat bersama PAS....

Sokongan untuk PAS bukan sahaja datang daripada orang Melayu BAHKAN daripada Orang Cina... Cina memegang pepanji Parti Islam.... Melayu Umnooooo bila lagi nak taubat.... hehehe...



Yang ni pulak gambar sebelah Umnoooo... Ramai kan ???



Agak2 berapa ramai penyokong PAS.... Berbanding dengan penyokong Umno....


" Mask " version baru yang pasti akan meletop..... Kreatif sungguh orang PAS ni.... Kang skit lagi Bn tiru le......

Cikgu sekarang berada di sekitar Permatang Pasir....

Letih rasanya PRK... tetapi Perjuangan mesti diteruskan.......

Nantilah updatekan gambar2 terkini penamaan Calon dan gambar persekitaran kawasan Permatang Pasir.....
Salam.....
Hari ini 13 Ogos 2009 adalah tarikh surat Arahan pengosongan Permis Banggunan di Jalan Bandar dan Jalan Banggol, kerana mereka di beri notis untuk mengosongkan permis pada tarikh 13 Julai 2009 walaupun sekumpulan lagi menerima surat arahan pengosongan pada 15 Julai 2009. Namun alhamdulillah, sehingga Skuad Mampat meninggalkan kawasan permis, tiada tanda-tandan tindakan perobohan akan dilakukan....

Dikesempatan ini, MAMPAT ingin melakarkan kronologi bermula daripada perjanjian awal lagi. Tak semua orang yang tahu, bahkan kami difahamkan Dato' MB Terengganu juga dilaporkan tidak diberikan taklimat yang sebenar sehinggalah mengeluarkan kenyataan akhbar yang tidak tepat.

Berikut Adalah Kronologi Kejadian

1. Dalam sekitar tahun 1994-1995, para peniaga telah ditawarkan oleh Menteri Besar pada masa itu iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad untuk Kerajaan Negeri mengambil alih ( membeli ) kawasan permis tetapi telah ditolak. Namun beberapa siri rundingan telah dibuat, melalui 2 kaedah iaitu melalui bekas YB Binjai iaitu Tn Hj Ahmad Omar (UMNO)dan YB Bandar Wong Foon Meng (MCA. Akhirnya persetujuan dibuat untuk membenarkan pengambilalihan (dijual) kepada Kerajaan negeri tetapi dengan beberapa JANJI....... antaranya ;

i. Semua peniaga tidak akan diarahkan pindah melainkan setelah
mendapat/diberikan banggunan baru yang bersesuaian.

ii. Sekiranya pembangunan dibuat, di mana banggunan baru dibina (dimaksudkan
dengan banggunan di Paya Keladi ), Para peniaga di sini akan diberikan
keutamaan untuk memilih banggunan untuk mereka.

iii. Mereka akan diberikan harga Sangat istimewa sekiranya inginmmembeli
banggunan nanti kerana semasa pengambilan, banggunan mereka tidak dinilai
dan yang dinilai hanyalah harga tanah, itu pun dibawah nilaian semasa.

iv. Sewaan yang dikenakan kepada mereka adalah murah kerana mereka sebenarnya
adalah pemilik tanah asal.

Namun.... Kerajaan Negeri TIDAK PERNAH menunaikan semua janji yang ditelah dibuat...


2. Pada 19 Julai yang lalu, mereka menerima notis arahan perpindahan, di mana mereka dikehendaki mengosongkan banggunan dalam sebulan daripada tarikh penerimaan notis.

3. Beberapa usaha telah dilakukan dan untuk merayu agar Notis tersebut diperhalusi kerana masa yang diberikan adalah terlalu singkat dan sangat menyulitkan mereka.

4. Pada 27 Julai 2009, satu perjumpaan telah diadakan dengan Setiausaha Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) iaitu En Talhah Ali bersama surat rayuan.

5. Pada 28 Julai 2009, para peniaga menerima surat balasan 'menolak' rayuan mereka. Hebat....sangat efisien... tak sampai 24 jam...

6. Pada 6 Ogos, satu Dialog telah diadakan oleh Badan Bertindak dengan MAMPAT

7. MAMPAT bersama Peguam sekali lagi telah mengadakan Dialog dengan para Peniaga dan Badan Bertindak pada 11 Ogos 2oo9 dan beberapa persetujuan telah dicapai.


Cikgu Fauzi, Pengerusi MAMPAT sedang menyampaikan " Isi Hati " para peniaga dengan penuh semangat...

8. 13 ogos 2009, satu rapat umum telah sekali lagi diadakan, kerana pada hari ini merupakan hari terakhir notis perpindahan.



Kumpulan Para Peniaga merayu kepada Dato' MB, Dengarlah rintihan mereka.....
Kepada yang berminat untuk mengiuti cerita yang lebih tepat dan jelas ... boleh layari di sini http://alamakademik.wordpress.com/
Nasib Melayu di bumi Melayu
Posted on Monday, August 10 @ 01:35:00 MYT by Paktam

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini


Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

"Pemberitahuan kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

* Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
* Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
* Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
* Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi
ialah Porcine.



Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.
Salam.....
Hari ni Cikgu dapat satu email daripada group Yahoo.... memberikan pandangan dan persoalan iaitu antara Purdah dan Mask.....

Kalau suatu ketika dulu, kalau ada mana-mana kakitangan Kerajaan pakai purdah.... mesti kena ambil tindakan tatatertib, bahkan Cikgu masih teringat masa di UPM dulu ada 'arahan bodoh' daripada pentadbiran UPM menghalang pelajar2 memakai purdah dengan kata-kata " Dilarang Memakai Penutup Muka ".....

Apabila Allah menurunkan bala.....H1N1 dan antara penyelesaiannya pula adalah memakai Mask.... ANtara memakai mask dan memakai purdah... Mana yang lebih afdal......

Mungkin juga ... ini adlah cara ALLAH nak membenarkan muslimat2 untuk memakai Purdah.... Allah tu Kaya...... Thanks 2 u ALLAH.....

Marilah semua muslimat kembali berpurdah...... Takbir....
No emulsifier yang dikesan mengandungi lemak Babi

110 120 140 141 153 160 161

210 213 214 216 234 252 270 280

300 301 325 326 327 334 335 336 337

422 430 431 432 433 434 435 436 440
441 470 471 472 473 474 475 476 477
478 481 482 483 491 492 493 494 495

542 570 572

631 635

904 920


Banyak terdapat dalam ubat gigi, gula-gula, coklat & biskut.....

Berhati-hatilah.... Jangan percaya sangat ket tanda Halal.... berhati-hatilah....


Banyak dah yang Cikgu postkan.... Apa yang penting.... Amalkan le... yang ringkas, yang panjang...... Yang Penting YAKIN....
Salam....
Cikgu merasa sedikit tersentuh bila membaca komen daripada Ronnie Liu di dalam Malaysiakini hari ini. Ada beberapa perkaralah yang Ronnie Liu perjelaskan .... mungkin pada hemat dan pandangan beliau adalah betul TETAPI ianya menunjukkan KELEMAHAN dirinya sendiri. Betul, beliau mungkin merujuk kepada istilah undang-undang... tapi TOLONG lah, hormati juga perasaan Pengundi Islam kawasan dia....

Ronnie Liu kena FAHAM SENTIMEN orang Islam (bukan Melayu)... Islam mengHARAMKAN segala jenis benda yang boleh memabukkan hatta kalau air tapai yang memabukkan PUN haram hukumnya.... Bahkan, macam contoh yang cikgu berikan dalam tulisan yang lepas.... campur sedikit sahaja arak dalam ramuan PUN hukumnya Haram.... YB... dalam Islam ianya dilarang untuk diminum walaupun bawah 8.8 % Kami bukan menghalang untuk dijual... tapi jual le di Kawasan orang BUKAN ISLAM.... mereka nak mabuk ke .. nak apa ke.... terpulanglah sebab hukum agama anda tidak Mengharamkannya...... Persoalannya kenapa ianya dijual di dalam kawasan MAJORITI ISLAM.... Tolonglah YB.... Jangan Hidung terlalu tinggi.... Kita dalam Pakatan Rakyat.... Bagaimana nanti PAS nak suruh orang Melayu undi Yb....KALAU inilah SIKAP YB kepada Islam!!!!!!!!......

Mengulas lebih lanjut, Liu berkata undang-undang kecil MBSA tidak melarang penjualan bir, atau pun lesen diperlukan, kecuali bagi penjualan arak (hard liquor)..

Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus.

"Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

YB.... Orang Islam yang tak faham atau kamu yang tak nak FAHAM.... Agama anda mungkin TAK MENGHARAMKAN..... tapi dalam Islam.... ianya dilarang.... Ini bukan berkaitan dengan ISTILAH..... Ini berkaitan dengan HUKUM.... Kamu dah duduk di Malaysia berapa lama ? Tolonglah Fahami Hati Orang Islam..... Kami tak kesah samada Orang Bukan ISlam Faham atau tak antara Bir @ Arak... sebab Agama kamu tidak mengHARAMKANNYA.... tapi Islam Mengharamkannya.... KAMU yang kena Faham Hukum Islam.... sebab kamu juga Yb kepada Orang Islam kawasan kamu.... Ingat tu....


"(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.


Cikgu minta lah kepada Yb DAP khususnya.... Tolong lah TUNJUKKAN sikap setiakawan ... Jangan Ego.... kami di Terengganu ni boleh bekerjasama antara PAS dan DAP... saling menghormati...... Tolonglah demi RAKYAT..... Simpanlah sebahagian daripada Ego kamu..... Siapa yang ekstream sebenarnya ????

Maaflah Cikgu pohon... tapi inikan blog Cikgu...... Ikut suka Aku.... hhahhahahaaaaa.... Jangan marah.... kalau tak nak baca.... pi tempat lain....
Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tlong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.Daus||-HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR

Usaha dan ikhtiar.... insyallah...berjaya....


Kenapa ekkk.... P. Ramlee buat filem tu macam tu..... Mesti ada maksud tersirat dan makna mendalam......
JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!


Cikgu kesal gok kenapa agaknya Pejabat Agama tidak mengambil sebarang tindakan walaupun telah dilaporkan....hai entahlah.....
MANILA, Philippines--Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion.

Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said.

Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc.

Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto.

Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd. and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad.

http://business.inquirer.net/money/topstories/view/20090522-206524/Kirin-completes-divestment-from-SMC



KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A(H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap Dr VM Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya telah mengarang beberapa buah buku dalam bidang terapi pelengkap yang diteroka beliau yang dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Dr Palaniappan memberitahu Bernama sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A(H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Beliau mengesyorkan orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang semasa membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak menganggu ketahanan badan.

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tidak berhenti-henti tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.

Dr Palaniappan mempunyai laman blog di alamat http://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara lebih mendalam. - Bernama
Cikgu paparkan email yang diterima daripada sebuah keluarga yang pernah terkena H1N1 yang boleh dikongsi bersama sebagai iktibar....


Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...


DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them.. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Take care You & Your Family



Kini terdapat kira-kira 600 000 pelarian Islam Mindanau. Keadaan saudara kita di sana JAUH lebih teruk daripada saudara kita di Kemboja.....

Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu saudara kita di Mindanau.
Ini beritanya (klik Malaysian Insider) tentang sasaran kerajaan Bini Najib untuk menjual harta tanah negara bernilai RM 20 bilion dalam masa satu dekad ke hadapan.

kepada para pembela hak Melayu, perwaris dan perkasa, yang berapi-api kunun anti Cina dan gegak gempita melaungkan Ketuanan Melayu, inilah peluangnya untuk mereka turun membela kunun warisan tanah dan air (banyak lagi ker yang tertinggal?).

biarpun, sebenarnya perwaris dan perkasa tidaklah lebih peranannya melainkan menjadi alat parti pemerintah Barisan Nasional - uMno, mIc dan mCa. ataupun sebenarnya mereka bebal untuk berfikir melangkaui politik perkauman atau politik kebencian Umno - yang anti rakyat Malaysia berketurunan Cina (bukan negara China). Kerana untuk golongan seperti perwaris dan perkasa ini, segala masalah kemiskinan atau pembahagian kekayaan ekonomi di Malaysia berpunca daripada org.2 Cina. biarpun yang menjualnya elit2 meLAYU Umno, seperti:

1. Pulau Pangkor Laut - kini milik Francis Yeoh.
2. Pulau Redang/ Tioman - Vincent Tan.
3. Banyak hartanah syarikat milik rakyat Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel Majestic- kini milik Francis Yeoh.
4. Bukit, gunung-ganang, tanah tinggi Genting - kini milik Lim Goh Tong.
5. Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor seluas 25,000 ekar, tanah rizab Melayu yg dijual ke Singapura, dan kini dikawal pasukan keselamatan republik pulau pura-pura itu.

peliknya, tak terdengar pula kunun jaguh2 perwaris/perkasa menjerit membuat bingit.
takut ker nak lawan tauke-tauke cukong ini? pergilah buat forum, berdemonstrasi.
atau beraninya perwaris/perkasa ini hanya pada golongan yg lemah?

dan sekarang dengan Dasar Liberalisasi Ekonomi, BN bukan saja menjual harta tanah kepada kunun org2 Cina, tetapi juga kepada pemodal2 antarabangsa, kapitalis zionis israel, kapitalis Amerika Sykt dan Eropah.

Felda Berhad kini diniagakan di bursa saham. tak ada lagi kuota pemilikan khas utk bumiputera. perwaris dan perkasa perlu memberi perhatian khas dalam hal ini - kalau mereka mampu berfikirlah.

atau sebenarnya perwaris/ perkasa buat2 tak faham, yg paling penting dapat cari makan masyuk, maka terus menipu orang2 Melayu biar terus jadi [sensor], mudah diperkudakan kerajaan BN, dapat untung dengan menjual rakyat, sumber alam dan tanah air ini kepada org2 kaya Cina, Melayu, Melanau, India, Singapura, Asia, Amerika Syarikat, dan termasuklah zionis israel.

maksudnya, sesiapa yang menjadi pemegang saham terbesar Felda, tak kiralah zionis israel ker atau kapitalis penjajah Amerika Sykt ker, maka tergadailah harta dan tanah Felda ke tangan2 haloba kerakusan ini. berapa ramai para peneroka Felda yg telah mendapat geran tanah mereka?

kenapa senyap saja perwaris dan perkasa ini???ini isu hak org2 Melayu, yg dirampas oleh kerajaan Melayu juga, yg memerintah Malaysia lebih 50 tahun pula.

Malaysian Insider-
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/34033-drawing-property-investors-with-police-reforms
Hai entahlah.... rakan2 DAP semakin menunjukkan taring.... Cucu masih berharap...konsep persepakatan dalam Pakatan boleh diHormati.....

PKR and PAS slam Ooi
By SIRA HABIBU

PETALING JAYA: Jelutong MP Jeff Ooi came under fire for wanting to get rid of a PKR councillor on grounds that he was linked to Jemaah Islah Malaysia (JIM).

PAS Youth chief Nasrudin Hassan said Ooi had shown his prejudice by calling Penang municipal councillor Mohd Razali Abdullah a ‘religious extremist’.

“He has proven his ignorance as he is making sweeping statements without thinking rationally,” he said.

Ooi had said Mohd Razali should be removed because he had admitted to being a JIM member.

Ooi, who is Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s chief of staff, had said the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged religious extremist to infiltrate the local government.

“We regret such a stand taken by Ooi. He should be objective and open-minded to contradictory opinions,” said Nasrudin.

Kedah PKR chief Ahmad Kasim said Ooi had proven to be an ‘extremist’ himself as he had judged JIM without even understanding the meaning of Islah (change).

“Perhaps Ooi is confused between JIM (Jemaah Islah Malaysia) and JI (Jemaah Islamiah).

“I think JIM should explain to Ooi what the organisation is all about,” he said, adding that he agreed with Penang PKR chairman Datuk Zahrain Mohd Hashim that the issue should be addressed at the Pakatan Rakyat council meeting.

In Penang, state PAS had called for Ooi to be professional when handling his personal grouses with Mohd Razali.

“Ooi should leave it to the wisdom of the state Pakatan Rakyat leadership to decide, instead of openly attacking Razali, including making an issue of his link with Jemaah Islah and branding him a religious extremist,” said its state deputy commissioner I Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dr Mujahid, who is also Parit Buntar MP, said Ooi was undermining Pakatan in Penang by continuing to attack Razali and PAS was calling for a stop in the public tirade as it was generating unnecessary tension in the alliance.

Describing Ooi’s claims that Razali was an ‘extremist’ as utter nonsense, he said every Pakatan member must learn to tolerate each other’s differences.

“Razali was appointed by PKR because he is also an engineer by background.

“I am sure he is making decisions as a member of the council’s one-stop centre (OSC) committee based on his technical expertise,” he said, adding that people could get easily disillusioned if politicians harped on petty issues.

Sumber...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/3/nation/4444533&sec=nation
Sebagai sebuah Parti gabungan, DAP perlu Belajar menghormati rakan seGabungan.... Jangan ikut sedap rasa.... Jangan terlalu angkuh.... Jangan ingat PAS akan benarkan segala ketidakadilan dan juga Penghinaan kepada Islam.... Kalau BN pun kami tolak..... jangankan DAP.... Takbir...


2 hari lepas iaitu pada hari rabu telah berlaku insiden yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar. ronnie liu selaku exco PBT selangor telah menggertak dan menghentak meja pada mesyuarat tergempar majlis bandaraya shah alam. kerana apa ? kerana membantah tindakan penguatkuasa mbsa merampas berkaton tin minuman keras seperti guiness,anchor dll yang dijual berleluasa di bandar shah alam.

ceritanya bermula begini. pada bulan april tahun 2009, mesyuarat jabatan penguatkuasa mbsa telah MELULUSKAN SATU RESOLUSI UNTUK MELARANG PENJUALAN ARAK DI SHAH ALAM. lokasi larangan ini berkuatkuasa bermula di seksyen 1 hingga ke seksyen 24 shah alam. kawasan ini menjadi lokasi penguatkuasaan kerana majoriti permastautinnya adalah berbangsa melayu.

penguatkuasaan penjualan arak ini berlangsung baik hinggalah berlaku satu peristiwa, ia terjadi pada hari rabu yang lepas. satu serbuan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa mbsa di sebuah kedai 7-11 di jalan liku seksyen 8 shah alam.

satu rampasan besar arak telah dilakukan oleh penguatkuasa mbsa. arak-arak yang berjenama telah dirampas. petugas penguatkuasa ini hanya menjalankan tanggungjawap dan mereka tidak mahu melihat penjualan arak yang tidak dbendung ini dijalankan secara terbuka dan berleluasa. ketegasan mereka harus dipuji..sehinggalah berlaku satu kejadian biadap pada hari ini.

ronnie liu, kepala samseng yang menjawat jawatan exco pbt telah hadir di pejabat mbsa shah alam. dia telah mengetuai mensyuarat adhoc, yang membincangkan aduan pemilik kedai 7-11 terhadap rampasan arak yang dilakukan.

ronnie liu dengan angkuh mengarahkan kesemua arak yang dirampas dipulangkan semula dengan seberapa segera. 'saya ronnie liu, exco pbt lu tara kenal sama saya ka'! sambil menghentak meja tanda angkuh. pegawai penguatkuasa menggelengkan kepala. sikap biadap ronnie telah diadukan kepada beberapa orang ahli majlis pakatan berbangsa melayu, namun mereka telah melarikan diri tatkala diminta pertolongan.

sebentar tadi kabarnya arak-arak tersebut telah dipulangkan semula kepada pekedai, walaupun rampasan tersebut telah memenuhi syarat dan keputusan larangan penjualan arak secara terbuka.
APAKAH SEBAB-SEBAB ISA HARUS DIMANSUHKAN?

* ISA membolehkan badan eksekutif menahan sesiapa sahaja tanpa sebarang perbicaraan di mahkamah tanpa sebarang kajian semula kehakiman terhadap keputusan menteri serta tanpa sebarang had terhadap jumlah pembaharuan arahan penahanan selama dua tahun itu.
* ISA secara jelas mencabul setiap prinsip perundangan serta kedaulatan undang-undang antarabangsa serta bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan.
* Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang digunakan bagi menguatkuasakan ISA membenarkan penggubalan undang-undang khas apabila tindakan telah diambil atau diancam oleh “mana-mana kumpulan besar orang”. Penggunaan ISA terhadap individu yang menentang tanpa keganasan terhadap kerajaan pada masa aman jelas bercanggah dan mencabul intipati yang tersurat dan tersirat dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
* Tujuan mempertahankan kedaulatan negara boleh digunakan bagi menentang pencerobohan kuasa asing tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai senjata terhadap rakyat kita sendiri. Wujud perbezaan jelas antara keselamatan negara berbanding keselamatan kerajaan. ISA telah seringkali digunakan bagi menjamin keselamatan kerajaan dan bukan bagi menjaga keselamatan negara.
* Secara keseluruhannya, kesan ISA adalah, badan eksekutif dibenarkan memainkan peranan penuduh, penyiasat dan juga hakim. Tidak ada sebarang kerajaan lain di dunia yang boleh membenarkan seseorang individu mempunyai kuasa mutlak sedemikian terhadap nyawa dan kebebasan individu yang lain.


9. BAGAIMANA NEGARA AKAN MENGHADAPI ANCAMAN KEGANASAN MERENTASI SEMPADAN SEKIRANYA ISA DIMANSUHKAN?

* Kerajaan boleh memperkenalkan undang-undang seperti Akta Anti-Keganasan misalannya, yang digubal untuk menangani ancaman keganasan merentasi sempadan secara spesifik. Proses-proses yang sewajarnya perlu dimasukkan dalam akta tersebut bagi menjamin hak individu terpelihara.


10. MENGAPA SAYA PERLU MENYOKONG USAHA MEMANSUHKAN ISA?

* Anda, ahli keluarga anda, rakan anda tidak dijamin ‘selamat’ atau ‘kebal’ kepada penahanan di bawah ISA
* Mana-mana pegawai polis berpangkat Inspektor dan ke atas boleh menangkap sesiapa tanpa waran dan menahan individu tersebut selama 60 hari sama ada dengan atau tanpa sebab-sebab munasabah dan hanya bersandarkan syak wasangka.
* Anda perlu mempertahankan hak demokratik anda bagi kebebasan bersuara, berhimpun secara aman serta berpersatuan seperti yang telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan


11. SEBAGAI SEORANG RAKYAT DAN INDIVIDU, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU DAN MENYOKONG GERAKAN 'NO2ISA'?

* Teliti terlebih dahulu perbincangan asas berkaitan ISA dan seterusnya berkongsi pengetahuan tersebut dengan ahli keluarga, rakan taulan, dan rakan sekerja.
* Berusaha melobi Wakil Rakyat serta Adun untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi memansuhkan ISA.
* Turut serta dan menyumbang kepada inisiatif yang dianjurkan oleh kelompok masyarakat umum bagi memansuhkan ISA.
MENGAPA ISA DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH UNDANG-UNDANG ZALIM OLEH MASYARAKAT UMUM?

* ISA adalah bercanggah dengan rukun-rukun asas perundangan antarabangsa yang antara lain menekankan hak seseorang individu untuk bebas, kebebasan dari penahanan secara sembarangan, hak untuk dimaklumkan tujuan penahanan, hak bagi seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, serta hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan terbuka di mahkamah.
* ISA bertentangan dengan hak seseorang individu untuk membela diri beliau dalam sebuah perbicaraan yang adil dan terbuka. Individu yang ditahan boleh dikurung dan disoal siasat selama 60 hari tanpa sebarang akses kepada nasihat undang-undang oleh peguam.
* Dalam tempoh 60 hari yang pertama, individu yang ditahan di bawah ISA tidak mempunyai sebarang bentuk komunikasi dengan dunia luar.
* Penyeksaan tidak dapat dipisahkan dari penahanan di bawah ISA. Bekas tahanan ISA telah tampil memberi penerangan berkaitan penyeksaan fizikal dan psikologikal yang teruk yang mereka lalui. Seksaan tersebut antara lain termasuk dipukul, dipaksa berbogel, tidak dibenarkan tidur, soal siasat tanpa mengira masa, ugutan mencederakan anggota keluarga termasuk ugutan merogol dan mencederakan anak-anak individu yang ditahan.
* Seksaan yang berterusan telah membuatkan tahanan menandatangani ‘akuan’ yang disediakan oleh kerajaan, disebabkan kebimbangan serius terhadap ugutan dan ancaman.
* ISA kekal sebagai tunjang bagi kuasa untuk penahanan secara sembarangan tanpa perbicaraan yang ada pada Eksekutif
* ISA telah seringkali digunakan terhadap individu yang mengkritik kerajaan serta memperjuangkan serta mempertahankan hak asasi manusia. Akta tersebut merupakan sebuah alat yang dikekalkan oleh pihak berkuasa, yakni kerajaan, bagi mengawal serta mengongkong kehidupan awam dan masyarakat umum.
* Sejak 1960 apabila Akta tersebut berkuatkuasa, ribuan orang termasuk ahli kesatuan pekerja, pemimpin mahasiswa, aktivis pekerja, aktivis politik, kumpulan keagamaan, ahli akademik, dan aktivis NGO telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa lalu telah ditahan lebih dari satu dekad lamanya.
* Selain dari pencabulan hak asasi yang telah dialami oleh tahanan, ISA mempunyai kesan serta pengaruh yang lebih mendalam terhadap masyarakat umum menyebabkan mereka takut serta mempengaruhi cara keterlibatan politik serta kebertanggungjawapan di Malaysia.
* ISA telah digunakan bagi menyekat aktiviti-aktiviti politik, akademik dan sosial yang aman serta membendung kritikan membina dari NGO serta kumpulan pendesak. Ia mengurangkan dan menyempitkan batas politik bagi perbahasan penting berkenaan dasar-dasar ekonomi, isu rasuah, dan cabaran sosial yang lain.
6. SIAPAKAH YANG SEBENARNYA PALING MERASAI KESAN DARIPADA PENAHANAN DI BAWAH ISA?

* Isteri (ataupun suami), anak-anak serta ahli keluarga terdekat yang terpaksa berpisah dengan orang tersayang bagi tempoh yang tidak diketahui secara pasti; kebiasannya, individu yang ditahan merupakan pencari nafkah tunggal bagi keluarga.
* Anggota keluarga tersebut berhadapan dengan stigma sosial dan dalam banyak kes dipulaukan oleh saudara mara, jiran tetangga serta sahabat handai.
* Ahli keluarga mereka yang ditahan juga telah dilaporkan sering 'diganggu’ oleh pihak berkuasa
4. APAKAH SEBAB-SEBAB YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN UNTUK TERUS MENGEKALKAN ISA SELEPAS PERJANJIAN KEAMANAN 1989 TERSEBUT?

* Setiap negara perlu mempunyai undang-undang penahanan pencegahan bagi melindungi keselamatan dalam negeri
* Keselamatan dan kestabilan merupakan keperluan bagi memastikan pengembangan ekonomi. Undang-undang seperti ISA merupakan alat yang penting bagi mengekalkan keharmonian sosial, serta antara kaum dan juga agama.
* Undang-undang berbentuk pencegahan seperti ISA adalah diperlukan bagi menangani permasalahan serta konflik yang mungkin boleh tercetus dalam masyarakat berbilang etnik, agama serta budaya.
* ISA bukan hanya berkaitan penahanan pencegahan semata-mata. ISA turut merangkumi perkara seperti larangan terhadap organisasi berbentuk separa ketenteraan dan pencetakan/penerbitan subversif, larangan terhadap pergerakan anggota atau individu yang tidak diingini serta proklamasi kawasan keselamatan.
* Pada masa kini di mana keganasan merentasi sempadan merupakan sebuah ancaman, ISA diperlukan bagi melindungi kedaulatan negara.


5. BERAPA RAMAI YANG TELAH DAN MASIH DITAHAN?

* Sejak Ogos 1960, seramai 10,662 orang telah ditahan di bawah pelbagai undang-undang pencegahan.
* 4,139 orang telah ditahan di bawah ISA.
* 2,066 orang telah dikenakan sekatan terhadap kawasan bermastautin serta aktiviti harian mereka.
* 12 orang telah dijatuhkan hukuman mati bagi kesalahan di bawah ISA antara tahun 1984 hingga 1993.
* Sehingga Julai 2009, seramai 13 orang masih berada dalam tahanan.
1. APA ITU ISA?

* Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act 1960 (ISA) merupakan sebuah undang-undang penahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.
* Sebarang individu boleh ditahan oleh pihak polis sehingga 60 hari tanpa sebarang perbicaraan berdasarkan pertuduhan melakukan tindakan yang diandaikan mengancam keselamatan negara.
* Setelah tamat tempoh 60 hari, individu tersebut boleh terus ditahan selama dua tahun sepanjang suatu tempoh bergantung kepada arahan Menteri Dalam Negeri, yakni membolehkan penahanan tanpa perbicaraan tersebut berlanjutan terus-menerus.
* Pada tahun 1989, pindaan terhadap akta tersebut telah menggariskan bahawa keputusan serta kuasa Menteri di bawah akta tersebut adalah bebas dari kajian semula kehakiman. Kini, mahkamah cuma ‘dibenarkan’ meneliti dan mengkaji semula persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta tersebut yang mentadbir tindakan atau keputusan Menteri.


2. BILA ISA DIWARTAKAN SEBAGAI UNDANG-UNDANG?

* Sebelum ISA, Ordinan Darurat 1948 – 1960 telah diisytiharkan oleh pihak British bagi menangani pemberontakan komunis
* ISA berkuatkuasa pada 1 Ogos 1960


3. KENAPA ISA DIPERKENALKAN?

* Kerajaan Malaya telah menggubal ISA bagi menyambung Ordinan Darurat 1948 hanya untuk menangani ancaman pemberontakan komunis
* Apabila ISA diperkenalkan pada tahun 1960, Perdana Menteri tatkala itu, Tunku Abdul Rahman, timbalan beliau Tun Abdul Razak serta Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman telah memberi jaminan di Parlimen bahawa akta tersebut akan digunakan secara bertanggungjawab dan hanya terhadap komunis, pengganas dan anasir subversif.
* Pemberontakan komunis telah berakhir secara rasmi pada tahun 1989 apabila Perjanjian Keamanan Haadyai ditandatangani.
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (Akta 82) atau sering dirujuk sebagai Internal Security Act (ISA) adalah satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan kegiatan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya. [Semenanjung Malaysia – 1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak – 16 September 1963, L.N. 232/1963]

* “Bahawasanya tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia –
* untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
* untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;
* Dan bahawasanya tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;
* Dan bahawasanya Parlimen berpendapat perlu diberhentikan atau dicegah tindakan itu;”





Ada 2 gambar Munafik.... siapa dia ni.... Memula berlakun jadi Penyokong ISA, lepas tu pakai baju lain... siap interview orang lain pulak tu...
Demonstrasi .... sepatah perkataan yang mempunyai tafsiranyang pelbagai. Ada yang menyatakan ianya sangat baik bagi melahirkan perasaan tetapi ada yang menyatakan ianya sangat tidak elok untuk dilaksanakan.

PAS dan Pakatan Rakyat sangat menyokong perlaksanaan Demonstrasi. Bahkan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan, Demosntrasi tetap dibenarkan samada dilakukan oleh UMNO atau oleh Pakatan. Tetapi sebaliknya bagi UMNO.... Demosntrasi akan dibenarkan sekiranya perbuatan tersebut kena dan sealiran dengan mereka DAN Demosntrasi akan menjadi HARAM sekiranya ianya dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Cikgu ni bukan le berbicara berdasarkan kata nafsu, di sini Cikgu akan bawa contoh-contoh atas apa yang Cikgu perkatakan. Kenapa Cikgu kata UMNO membenarkan Demosntrasi sekiranya ianya selari dengan mereka.... Buktinya ;

1. Masih ingat Demonstrasi oleh pelajar-pelajar UiTM ..... Ada 2 persoalan di sini...
i. Bagaimana Pelajar Universiti yang KONONNYA di bendung oleh AUKU boleh
buat demo...?? Di mana Kementerian Pengajian Tinggi, kenapa tiada
tindakan yang diambil oleh Kementerian ??? Sekarang Halal ke ?

ii. Kebenaran diperolehi kerana membantah cadangan oleh Tan Sri Khalid (
pimpinan Pakatan )... Cuba ianya dicadangkan oleh Pemimpin BN...
Agak-agaknya boleh ke Demonstrasi ini dilakukan oleh pelajar-
pelajar...??? Selain dari menyatakan pelajar-pelajar telah dipengaruhi
oleh Pembangkang....

2. Masih ingat Demonstrasi oleh pemuda UMNO, Pakida dan lain-lain di Perak, Begitu



juga Demo yang dilakukan oleh UMNO Ampang.... Atau perhimpunan mereka ni dinamakan sebagai apa... selain Demonstrasi.... Ni Cikgu bawa masuk gambar mereka....

Sepatutnya Kerajaan BN kena Rasional... kalau perhimpunan atau Demo yang dianjurkan oleh mereka boleh jadi HALAL... kenapa Demo oleh Pakatan menjadi HARAM... Adakah HANYA kerana tidak mendapat kebenaran Polis, maka ianya menjadi HARAM ???

Tapi persoalannya kenapa Demo yang dibuat oleh BN Polis benarkan walaupun tanpa permit....??? dan kenapa pulak Demo yang dibuat oleh pakatan tidak dibenarkan...???

Pengalaman Cikgulah... Itu adalah Demo Besar pertama yang Cikgu join... Kesimpulan Cikgu....

1. Kalau demo tersebut dibenarkan oleh Polis dan Polis mengawal lalulintas... dalam tempoh 2 jam selesailah Demo tersebut... kerana mereka hanya nak hantar Memorandum ke Istana BAHKAN Cikgu difahamkan sudah mendapat 'Green Light" daripada pihak Istana untuk menerima Memo tersebut... Even, kalau Polis tak ada pun tak apa... Unit AMal sangat cukup untuk mengawal keadaan....

2. Polis yang memulakan keadaan kucha khacir.... Polis UMNO yang memulakan menembak gas pemedih mata... Kenapa Cikgu cakap macam tu....???? Dalam ramai2 Polis yang ada kat situ.... ada beberapa orang je yang "gila" menguatkuasakan perintah "orang atasan".... Yang lain-lain... nampak macam tak ikhlas je buat kerja.... tetapi terpaksa.... Lihat le gambar2 yang Cikgu posting sebelum ni....

3. Polis sepatutnya mempunyai niat untuk " menyuraikan" penunjuk perasaan tetapi dalam kes ini niat menyuraikan menjadi " membunuh " penunjuk perasaan. Cikgu berani kata kerana.... apabila Polis datang.... Penunjuk perasaan lari ke kawasan Pasar Malam.... NAMUN Polis punya kejar... macam mengejar Penjenayah... Bahkan 4 Bom Asap dilepaskan menghala ke kawasan Pasar Malam... Apa tujuan...... Begitu juga dengan 'water cannon '.... ianya juga dihalakan ke arah Pasar malam.... Persoalannya ???? Untuk apa...... Bahkan dalam satu kes... bom asap ditujukan direct kepada perniaga hingga menyebabkan kerosakan barangan perniagaan.... Nak salah ke sapa ??? atau Polis diajar jangan mempunyai Perasaan Kasihan kepada Rakyat ??? Ni gambarnya...


4. Demonstrasi dikatakan merugikan para perniaga....
Cikgu menolak kerana punca kepada kerosakan adalah POLIS... Polis yang menembak Gas Pemedih mata dan juga water cannon.... Air mineral adalah yang paling laku sekali.... hehehhehe .... sebab nak guna basuh kepedihan " air kencing " Polis dan juga angin "kentut" (bom asap) Polis.... Bila penat.... para penunjuk perasaan berhenti makan... tengok gambar kat bawah...... Cikgu BERANI katakan SEGALA kerosakan adalah kerana POLIS.... Polis sepatutnya dipertanggungjawabkan..... tapi yelah... Polis sebenarnya dapat arahan daripada """" Orang Atas""""" .... So sapa yang wajib dipertanggungjawabkan..... ???? Lu jawab le sendiri.....



So jangan marah kerana semuanya ISA (ikut suka aku) sebab ini blog aku.... sapa suruh tengok..... sekadar pandangan peribadi melalui pemikiran WARAS....





Dalam ramai2 FRU yang bertugas... dia ni beraksi melampau-lampau - kenapa ekkkk.... mungkin ke dia ni FRU Umnooooooooooooooooooooo.... melampau betul.... orang lain bertugas gok.... tapi tak le macam ko.... teruk le lu Bro....


Gambar DSAI dan LKS bersama Rakyat Tertindas.....


Bom asap yang dihalakan ke aras kawasan Orang Awam dan peniaga Pasar Minggu.... yang menyebabkan seorang adik hampir pengsan dan lemas..... Mampus BN...


Hebat.... diserang...Unit Amal tunduk.... tenang.... sapa kata penunjuk Perasaan Ganas... SAH tipu...... Hebat Unit AMal.... Tahniah.... Mampus UMNO....

Menjaga dan mengawal keselamatan penyokong.... bukan Cuba membunuh ..... Mengutamakan orang ramai daripada kepentingan peribadi..... Takbir..... Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Polis.... tapi jadi sebaliknya pulak.... Polis pulak yang cuba membahayakan orang ramai....




1Malaysia... Entahlah.... siapa yang sebenarnya layak menggunakannya samada BN atau PR. Tapi berdasarkan apa yang berlaku, Cikgu sangat setuju bahawa ianya patut digunakan oleh Pakatan Rakyat...... Rakyat tek mengira bangsa, bersatu menentang kezaliman......


Melayu, Cina dan India bersatu menentang Akta Zalim.... ISA....





Ni kedua2nya adalah Siput yang duduk depan Masjid India sejam sebelum solat Zohor. Kerja mereka ambik gambar semua orang yang datang untuk Solat Zohor...