Alamak....
Isa Samad menjadi calon BN di Teluk Kemang. Ini menyerlahkan lagi situasi dan keadaan BN yang mempertahankan orang yang telah diputuskan oleh lembaga Disiplin UmNooo kerana RASUAH......

Hari ni ada sorang orang kuat UMNOoooo kata.... Masalah Isa Samad adalah masalah keluarga, maka hendaklah diselesaikan secara kekeluargaan.... HAAAAHAAAA... Rupanya dalam UmNooooo ada RASUAH keluarga dan Rasuah Tak Keluarga.....

UmNooooo.... kalau pun menang di Teluk Kemang.... Seluruh Rakyat Malaysia NAMPAK dengan JELAS.... seperti kata pepatah ' SUdah Cerah lagi Bersuluh " sikap UmNOOOOOOoooo tentang Rasuah.........

APa yang penting...Insyalllah...... Bukan Anak Bulan yang akan nampak di Teluk Kemang... Tetapi Bulan Mengambang yang akan nampak di di Teluk Kemang pada 11/10/09 malam nanti....







Gambar di ambil dirumah Hanim sehari sebelum majlis Alumni....Datin Hamzanah, Sern, Lin dan Hanim....


Macam biasale kan.... Si Sern tu kalau diberi peluang bercakap.... penuh gaya...dengan tangan-tangan sekali naik..... dah le Gaya tudung tahun ni sama dgn tudung Siti Nurhaliza..... Badan je yang tak sama.... Sern...jangan mare...nanti kena jual......






Kengkawan lama di Majlis Jamuan Raya ....


Ni cikgu Ismail.... masih ingat kata2 hikmat Cikgu dulu : " Ikut apa cikgu suruh dan jangan ikut apa yang cikgu buat "


Alhamdulillah, ada masuk you tube plak.... Terima kasih bebanyak le kat Suami Zarrine...
Hari ni pertama kali cikgu mengisi Innova Cikgi dengan minyak Ron 97. Selalunya hanya dapat menggunakan Ron 95 je.... bukan kerana nak jimat... tapi susah nak dapat.

Isi je Ron 97, mula-mula nak jalan je DAH TERASA BERBEZA..... Jauh lebih pick up
daripada 95.....

JAHATNYA Kerajaan BN.... Menipu HIDUP-HIDUP rakyat.....
Tak nak di katakan menaikkan harga minyak.... tukat Ron.... tapi rasa-rasa cikgulah... Ron 95 tu sama dengan minyak merah dulu kot..... cuma jadi unleaded sahaja.....

Dasar Kerajaan Kapitalis... Penindas Rakyat, pembohong, Kluk Klek....LEBONG.....

Semoga mampus cepat le Kerajaan BN.......... jahat macam ......





Gambar bersama Bonda tercinta.... Semoga mak cepat sembuh......
Lama Rasanya Cikgu tak menulis....
Raya membantutkan penulisan Cikgu.... bukan kerana kekenyangan dengan ketupat dan rendang serta kuih raya..... tapi sibuk di atas jalan raya....

Banyak kejadian yang berlaku Raya tahun ni.....

1. Pertama - Raya ke 2 berturut2 di Melaka sebab Bonda di Melaka uzur
2. Kedua - Bonda jatuh, kesian kat bonda..... semoga cepat sembuh...
3. Ketiga - Dapat adakan Gathering bersama kawan2 lama di SRSL dan SMMT/SMSA

Insyallah.... Cikgu akan upload gambar Hari Raya 2009 ni.........
Undi Pos: Kenyataan Bersama Para Bloggers..!
Share
Today at 12:33pm
1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :

* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1. MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.



Sekalung Kemaafan ku pohon di Hari lebaran ini kepada yang mengenali....
Selamat Manyambut Hari Raya Aidilfitri....
Dijemput datang ke rumah kepada sesiapa yang mengenali... TAPI kena call dulu....baru dapat makan best sikit.... Cikgu Masak sendiri tau......
Hahahaaa... sekarang BN nak kata apa ... Kerajaan Pakatan bayar bonus lebih banyak daripada yang BN mampu buat... Hidup Kerajaan Pakatan...

Macam tanda-tanda awal kekalahan BN di Bagan Pinang jah....

Bonus raya kerajaan Pakatan RM500



Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak RM500 kepada kesemua 5,300 penjawat awam kumpulan sokongan yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.65 juta dan akan dibayar secara serentak esok.

Bayaran bonus itu diberi kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan termasuk yang berkhidmat secara kontrak, sambilan dan sementara, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar.

Azizan juga berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuk pada 24 Sept ini di kediaman rasminya di Sri Mentaloon.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran yang sama kepada 9,000 penjawat awam negeri itu yang akan dibuat sebelum Hari Raya.

Kerajaan pusat telah mengumumkan pembayaran saguhati RM500 kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan yang akan dibuat dalam dua ansuran. BERNAMA


Semoga ALLAH memberikan kepadanya kekuatan untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya.... dan keluarganya...



Tapi sedihnya ...Cikgu tak boleh turut serta..... Balik Kampung.....
K'tangan kumpulan sokongan terima RM500
Sep 9, 09 4:38pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. BERNAMA

Cikgu kan bukan le macam orang UmmNoooo akan kata... tak bersyukur, tak berterima kasih.... TAPI cuba bayangkan......

1. Di beri RM 500, kena bagi 2 plak.....RM 250 sebelum Raya, RM 250 Disember nanti
ULASAN

- Katalah sebuah keluarga ada 5 orang anak, berapa kos baju raya yang diperlukan utk Hari Raya, RM 250 Cukuk Ke ????... Tambang Bas (kalau naik bas le) sorang dah RM 60 (KT-KL), kalau 7 orang = RM 420. Katalah naik kereta sendiri, minyak RM 100 (Ron 97- 95 tak pick up, dok roks...)Tol = RM 60.... makn diperjalanan.....

PERSOALANNYA - Cukup ke ??? Ke bagi sebab PRK N031 ???

2. RM 250 - apalah nilaiannya.....

Wallah hua'lam...
SILA SEBARKAN

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN



II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;



III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;



IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;



V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;



Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.


Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 September 2009

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!



Tanda malam Qadar ialah :



1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.



MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Kepala lembu: 12 didakwa esok
Hafiz Yatim & Jimadie Shah Othman


Kemaskini 6.32pm Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah esok.

Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

PETIKAN DARIPADA MALAHSIAKINI.....

Salam.....
Demo Kepala lembu..... Cikgu nak komen sikit lah.....
Tahniah lah kepada orang2 Umno...... yang TELAH MENGIKTIRAF bahawa DEMONSTRASI sebenarnya perlu bagi Rakyat menzahirkan ketidakpuasan hati masing-masing.... Kalau dulu Umnoooo selalu kata " Demo bukan budaya Kita" Sekarang ni Umnoooo nak kata apa ????. Adakah ini satu pengiktirafan kepada Budaya Demo @ Ahli UmNooooo menderhaka kepada parti sendiri dan Derhaka kepada arahan Pimpinan Mereka...????

Cuba bayangkan lah.... Demo tu di dalangi oleh ahli Pembangkang !!!.... Apa yang telah berlaku selepas Demo tu ..... Cikgu rasa tak sampai 24 jam.... semua yang berdemo tu dah kena ISA..... Cikgu cakap ni bukan le Cikgu nakkan mereka di ISA kan....tapi yang Cikgu maksudkan sikap Kerajaan.... Tapi dalam Kes Demo ahli UmNooooo mereka akan didakwa ke Mahkamah..... di bawah Akta Hasutan.... Cikgu SETUJU sepenuhnya.... DAKWA mereka ikut saluran yang betul.......

Jangan jadi macam orang2 yang telah diISA kan di Kemunting..... Mereka telah ditangkap dan dipenjarakan TANPA dibicarakan... ADILKAH tindakan ini.....???? Kenapa pula mereka yang di kemunting TIDAK dibicarakan.... Jawapannya kerana mereka Penyokong Perjuangan Islam.....

Cuba bagi Cikgu satu namalah mereka yang telah di ISA kan.... dibuktikan kesalahan mereka...????/ Setakat ingatan Cikgu ... TAK ADA.... Mereka dizalimi Untuk sekian Tahun TAPI akhirnya dibebaskan TANPA Pertuduhan.... Zalimnya tindakan itu......
Oppppssss.... memang Kerajaan kita Zalim......

Pikir-pikirkan lah sendiri......

LOGO Baru UmNooooooo



Logo ni bukan Cikgu buat.... sekadar cut & paste orang punya ...hehehhe.... Tapi nampak semakin anggun utk UmmmNoooooo... Sesuai.... Sebijik ...sebotol....
HUKUM ISLAM MESTI DIPATUHI


Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari kita belajar dan dalami indahnya Islam.. Mari juga kita nilai sendiri.... Hukuman Sebat manakah yang lebih Zalim dan apa sebenarnya Tujuan sebatan dilakukan.... Adakah kerana ingin Mendenda, menzalimi dan memberikan peringatan.....Yang mana satu...???

wallahua'lam. ..







Sebat Secara Islam... Maruah (aurat) sangat dijaga....



SEBAT CARA SIVIL




Kesan Sebatan Secara Sivil


Maklumat Ringkas:

Sebatan Secara Islam

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.


"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"



Berkaitan:

Presiden PAS berkata : Hukuman rotan syariah tidak melukakan

...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....
__._,_._





Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."













Cikgu menyeru kepada semua dermawan, hulurkanlah Sumbangan kepada Yayasan Amal, walaupun sedikit. Kepada mereka yang sukar ke ATM, boleh terus menghubungi nama2 yang tertera untuk urusan pemindahan melalui akaun Maybank......

Menyumbanglah selagi mana anda boleh menyumbang.....
Mungkin bagi anda RM 1 tiada maknanya..... tetapi SANGAT bererti kepada mereka yang memerlukan....
Penjawat awam tetap dibela: Najib
Sep 7, 09 12:07pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela kebajikan penjawat
awam di negara ini.

Beliau berkata bagaimanapun segala langkah yang diambil dalam membela nasib penjawat awam akan mengikut kemampuan yang ada pada kerajaan.

"Bila saya buat tinjauan mesra walkabout, bila saya perkenalkan Rakyat Didahulukan (ia) termasuk juga penjawat awam, kita akan bela dengan kemampuan yang ada pada kerajaan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

KALAU BETUL BAGAI DIKATA... PASTIKAN RAKYAT DIBERIKAN BONUS RAYA... SEBAB KAKITANGAN AWAM DOK DANG PITIS.... MINYAK NAIK HARGA WEIIIIIHHHH
306 murid sekolah rendah positif dadah
Sep 7, 09 1:17pm
Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. BERNAMA

Mari mengenali ulama : Biodata Tok Kenali (1868 - 1933) - Bhgn [1]

Oleh : Ibnu Rahmat
http://ibnurrahmat.blogspot.com

Muhammad Yusuf bin Ahmad

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Tokoh Besar Ulama Kelantan

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.

Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Kelahiran Tok Kenali

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakangnya

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.

Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.

Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Bersambung...
Nampaknya badi kematian Yang berhormat semakin berterusan... Dalam tempoh 9 bulan tahun 2009 dah 7 PRK berlaku. Kini PRK ke 8 akan berlaku di Negeri Sembilan pulak.... Agaknya bila ketua pakar letup.... anak2 buah mati berturutan ke ??? Hehheee... jangan marah.... YB2 jangan risau....

Berikut adalah keputusan PRU 12 bagi kerusi N 31, Bagan Pinang....


Jumlah Pengundi: 14,192

Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333

Jumlah undi: 10,911

Peratus mengundi: 76.88%

Undi rosak: 384


Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Mampu ke Be End mempertahankan kemenangan dengan beberapa isu2 yang agak sensitif....

1. Pergolakan dalaman MCA - Kes Dr. Chua Soi Lek
2. Pergolakan Dalaman MIC - Team A & B
3. Pergolakan Dalaman PPP - Team A & B
4. Kenaikan Harga Minyak kenderaan
5. Tiadanya Bonus tahun ni... Selemah-lemah Pak Lah dulu, kakitangan kerajaaan tetap dapat bonus tahunan....
6. Penipuan2 berterusan seperti Royalti Terengganu yang masih dalam " Cengkaman Kerajaan Pusat " dan tidak dikembalikan,
7. Keadaaan ekonomi yang terlalu Gawat.... kalau tak... masakan bonus tak diberi, sedangkan minyak dinaikkan....
8. Isu demonstrasi "kepala Lembu" oleh umnooooo telah mengguris hati pengundi India
9. Kes kematian TBH oleh SPRM (komponen tambahan Be End) telah mengguris hati pengundi Cina..

Persoalan Yang Timbul ???

1. Adakah projek2 mee segera akan berlaku di N 31, kerana di Permatang Pasir tiada projek mee segera....
2. Berjayakah rakyat mendesak untuk mendapatkan bonus tahunan ???? Kalau tiada bonus, TIADA undi.... tapi dapat bonus TETAP pangkah PAS hehheeeee.....

Doa Cikgu.... PAS menang di Negeri Sembilan.... Takbir.... Amin.....

Yang penting, Cikgu boleh balik kampung.... dekat dah tu dengan rumah Cikgu di kampung.... Baity.... Jom balik kampung....hahahah....
Cikgu Terjemahkan Kaedah dia je deh....

Sharing here the easy-to-do-at-home gall bladder cleansing:

REMOVING GALLSTONES NATURALLY
by Dr Lai Chiu-Nan

It has worked for many. If it works for you please pass on the good news. Chiu Nan is not charging for it, so we should make it free for everyone. Your reward is when someone, through your word of mouth, benefits from the regime. Gallstones may not be everyone's concern. But they should be because we all have them. Moreover, gallstones may lead to cancer. "Cancer is never the first illness," Chiu Nan points out. "Usually, there are a lot of other problems leading to cancer.

In my research in China , I came across some materials which say that people with cancer usually have stones. We all have gallstones. It's a matter of big or small, many or few.

One of the symptoms of gallstones is a feeling of bloatedness after a heavy meal. You feel like you can't digest the food. If it gets more serious, you feel pain in the liver area." So if you think you have gallstones, Chiu Nan offers the following method to remove them naturally.

The treatment is also good for those with a weak liver, because the liver and gallbladder are closely linked.

Regimen:


1. For the first five days, take four glasses of green apple juice every day. Or eat four or five apples, whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the five days, eat normally.

[[ UNTUK 5 HARI PERTAMA, AMBIK 4 GELAS JUS APPLE HIJAU SETIAP HARI. BOLEH JUGA MAKAN MACAM BIASA AJA. JUS APPLE INI AKAN MELEMBUTKAN BATU KARANG ]]

2. On the sixth day, take no dinner.

[[ PADA HARI KE 6 ... JANGAN MAKAN MALAM ]]

At 6 PM, take a teaspoon of Epsom salt (magnesium sulphate) with a glass of warm

water.

[[[ JAM 6 PTG, MAKAN SESUDU TEA GARAM EPSOM @ MAGNESIUM SULPHATE DENGAN SEGELAS AIR SUAM ]]]
At 8 PM, repeat the same. Magnesium sulphate opens the gallbladder ducts.

[[ PUKUL 8 MLM, ULANG SEKALI LAGI - TUJUANNYA ADALAH UNTUK MEMBUKA SALURAN PUNDI KENCING ]]]

At 10 PM, take half cup olive oil (or sesame oil) with half cup fresh lemon
juice. Mix it well and drink it. The oil lubricates the stones to ease their
passage.

[[ PUKUL 10 MALAM, MINUM 1/2 CAWAN MINYAK ZAITON @ MINYAK BIJAN DENGAN 1/2 CAWAN JUS LEMON.... CAMPUR KEDUA2 JUS NI DENGAN BAIK.... MINYAK MELANCARKAN BATU UNTUK KELUAR MELALUI SELURAN KENCING ]]]


The next morning, you will find green stones in your stools. "Usually they float," Chiu Nan notes. "You might want to count them. I have had people who pass 40, 50 or up to 100 stones. Very many."


"Even if you don't have any symptoms of gallstones, you still might have some. It's always good to give your gall bladder a clean-up now and then.

PASS THIS AND YOU MAY HELP OTHERS!