Cikgu akan buatkan kesimpulan hasil daripada Laporan Audit Negara seperti yang terdapat di dalam Laporan Malaysia kini dalam bentuk ringkasan.....

HASIL PENDAPATAN NEGERI ;

1. Dana Terkumpul Pulau Pinang
2007 (bawah BN) = RM847.45 juta
2008 (bawah PR) = RM1.025 bilion
2009 (bawah PR) = RM1.1 bilion

Dana Terkumpul Selangor
2007 (bawah BN) = RM1.39 bilion
2008 (bawah PR) = RM1.42 bilion
2009 (bawah PR) = RM1.32 bilion

Dana Terkumpul Kelantan
2008 = RM27.58 juta
2009 = RM97.23 juta

Dana Terkumpul Kedah
2007 (bawah BN) =
2008 (bawah PR) = RM 251.98 juta
2009 (bawah PR) = RM265.52 juta

2. Pungutan Hasil pada

Hasil Pulau Pinang
2007 (bawah BN) = RM296 juta
2008 (bawah PR) = RM371 juta
2009 (bawahPR) = RM376 juta

NEGERI LAPORAN AUDIT BERMASALAH

Perlis
sebagai satu-satunya negeri yang diklasifikasikan sebagai kurang memuaskan dari segi sistem penyampaian, terutama selepas gagal memastikan semua agensi negeri diaudit sebelum tarikh tamat 30 April.

Perak
8 projek pembinaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak disiapkan
melewati tempoh kontrak, sementara satu projek terbengkalai.

8 projek itu kelewatan antara 144 hingga 629 hari.
i. Rumah Rehat Kampar
ii. Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping
iii. Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering
iv. Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)
v. Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan
vi. Padang Seri Iskandar
vii. Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)
viii. Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar.

PENINGKATAN KOS

i. Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping
(Asal) = RM 4.91 juta KEPADA (baru) = RM 5.08 juta

ii. Bangunan Kompleks Pejabat MPTI
(Asal) = RM 5.54 juta KEPADA (baru) = 7.75 juta

iii. Bangunan Kompleks Perniagaan dan Pejabat MPKK
(Asal) = RM 3.98 juta KEPADA (baru) = RM 5.33 juta
Apa tujuan sebenar e-book di bekalkan ke sekolah. Kalau dah barangan diimport dari Cina, dengan bateri yang tidak tahan, e-book hanya digunakan di rumah..... adakah matlamat Kerajaan negeri BERJAYA ??? Mungkin berjaya mendatangkan projek kepada kroni, juga berjaya MENGABISKAN duit Rakyat.... Berbaloikah e-book dibekalkan kepada pelajar sekolah rendah ???? mari kita fikirkan bersama.... Betul le.... kalau dibagi percuma, semua orang memang nak.... Cikgu pun nak... Tapi mari kita berfikir jauh ke hadapan berkaitan keberkesanannya.... wall'ualam....

T'ganu: 18.2 peratus saja bawa eBook ke sekolah
Andrew Ong
Okt 26, 10
4:17pm
Kongsi 192
Kajian yang membabitkan kanak-kanak sekolah di Terengganu yang terlibat dengan skim 'satu pelajar satu komputer' menunjukkan hanya 18.2 peratus daripada 908 pelajar berkenaan membawa komputer riba mereka ke bilik darjah.

Skim kerajaan negeri Terengganu yang bernilai RM24.98 juta itu bertujuan membekalkan komputer riba percuma kepada pelajar tahun 5, sekolah rendah - di bawah program eBook - sebagai alat bantuan pembelajaran dan menggantikan buku teks.

Namun kajian yang dibuat oleh Jabatan Ketua Audit Negara mendapati kebanyakan pelajar tidak membawa eBook ke sekolah dengan pelbagai alasan.

Paling utama adalah jangka hayat bateri yang dibekalkan tidak mampu bertahan lama. Mengecas bateri, hanya boleh bertahan untuk sejam dan bilik darjah tidak mempunyai soket elektrik mencukupi untuk tujuan itu.

Terdapat juga aduan, mengenai kesukaran membuat kerja rumah dan mengambil nota di komputer riba, di samping kebimbangan peralatan canggih itu dicuri ketika di sekolah.

Selain itu, laporan Ketua Audit Negara itu juga menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan buku teks kerana mereka tidak dibekalkan dengan komputer riba.

Satu lagi kajian menunjukkan 92.5 peratus daripada ibu-bapa yang dibanci percaya bahawa program eBook percuma itu berjaya membantu membasmi kadar buta komputer.

Ia juga mendapati 84.5 peratus guru mahu program eBook programme diteruskan tetapi kebanyakan mereka mengakui bahawa mereka tidak dilatih menggunakan komputer, mahupun dibekalkan dengan peralatan berkenaan.

Kebanyakan peljar juga berkata eBook mereka mudah rosak dengan 73.6 peratus berpunca akibat terkena virus komputer.
PBS Sabah mempertaruhkan Datin Linda sebagai calon di Batu Sapi. Pelbagai persoalan muncul di benak Cikgu....

1. Apakah BN terlalu terdesak untuk menang melalui undi simpati kepada Datin Linda kerana kehilangan suami..... Oleh itu rakyat kena pilih Datin Linda....

2. Tidak adakah calon lain yang lebih sesuai untuk dijadikan calon.... sedangkan Datin Linda sepatutnya masih berkabung atas kematian suaminya....

3. Katakanlah BN kalah.... maka Datin Linda akan menangis untuk kali kedua.... sanggupkan orang BN melihat Datin Linda menangis untuk kali ke 2...??? Atau sudah tiada lagi perasaan simpati kepada Datin Linda.... ATAU terlalu terdesakkah BN untuk menang melalui undi simpati.....
Sedih plak rasanyaapabila membaca komen kononnya ulamak muda Umnoooo yang menyalahkan Pemuda PAS membantah dan mengadakan demonstrasi membantah penganjuran IFF yang dinaungi oleh Rosmah....

Samakin hari ulamak muda UmNoooo nampaknya semakin melalui proses penyalinan kulit... semakin menjurus menjadi seperti ULARMAMAK UmNoooo... semakin hari kenyataan mereka semakin berbelit macam ular dan mamak.....semakin mengelirukan....

Dalam kes IFF..... UlarMamak menyatakan adalah tidak betul menyalahkan Rosmah sebaliknya salahkanlah Penganjur.... kerana Rosmah sekadar menjadi Penaung.... CIkgu nak tanyale kat kepala UlarMamak.... APa fungsi Penaung.... ???? pak pacak, Pak sanggup...????Come on lah bosss.... sepatutnya sebagai Penaung... Rosmah kena tahu apa program yang dinaunginya.... bukan sekadar menjadi alat solek sahaja..... ??? Kalau macam tu pun kepala UlarMamak tak tahu nak bezakan.... anda memang FAIL dalam Organisasi..... memang layak bersama UmNoooo...

Kepala UlarMamak juga kata....ada adap menegur seseorang dan apa pulak fungsi kononnya Ulamak Muda UmNoooo.... bila nak menegur....??? atau tugas anda sekadar MENGIYAKAN kemungkaran pimpinan kamu ...???

Mengambil hujah pandangan Imam Shafie, menegur hendaklah dengan cara baik, doakan dengan kebaikan.... Cikgu nak tanya pulak beliaulah... bagaimana pula dengan surah Al Masad... (Tabbatyada....)... bukankah ALLAH mencelakakan Abu Lahab...???

Lama juga rasanya Cikgu tak menulis komen2 di dalam blog selain menghantar laporan program2 yang dijalankan. hari ni terpanggil rasanya untuk menulis sedikit komen yang rasanya untuk dikongsi bersama....

Semala dalam Perhimpunan Agung UmNoooo, komen puteri UmNoooo katanya :

" Tambahnya, PAS adalah dalang sebenar yang memburukkan wajah Islam di negara ini.


"Menghina Islam dan menjauhi Islam, ia bukan dilakukan anasir luar tapi saudara sesama Islam. Inilah kerja PAS," katanya.


Baiklah, mari Cikgu ulas dengan sebaik mungkin....

Siapa dalang sebenar yang memburukkan Islam.....

- Dalang yang memburukkan Islam adalah sebenarnya UmNoooo, sebagai bukti....

1. Siapa yang mencipta agama baru Islam Hadhari....
2. Siapa yang menyatakan, kalau kita laksanakan Hukum Hudud, maka seluruh orang Islam di Malaysia akan tiada tangan.
3. Siapa yang kata siapa nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan, apabila Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa mereka ingin melaksanakan Hukum Hudud...
4. Siapa yang kata, adakah kita ingin kembali ke zaman silam....????
Siapa yang pergi berteleku di hadapan TUgu pahlawan (SESAT) pada hari pahlawan ???
5. Siapa yang mengambil APco sebagai penasihat dalam pentadbiran Rangkaian Maklumat ???
6. Siapa Penaung program Islamic Festival yang akan dianjurkan pada 6 November 2010 di Kuala Lumpur....???

Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan UmNoooo dan kuncu2nya.....

KEDUA.... Kata Puteri bahawa PAS menghina dan menjauhi Islam....
Yan gni lagilah lawak.... APA yang PAS hina Islam....???? Adakah dengan memakai tudung labuh & Jubah, atau memakai baju jarang dan berbogel kepala yang dikatakan menghina Islam.... ?

Cuba kira dalam perhimpunan Wanita UmNoooo... berapa % wanita UmNoooo yang
MENGHINA ISLAM dengan tidak menutup aurat ???
Cuba pulak kira berapa % muslimat PAS di dalam Muktamar PAS yang tidak menutup aurat ???? Jadi ..... sebenarnya SIAPA yang Hina ISLAM ?????

Cuba tengok Isteri pimpina UmNooooo, berapa orang yang tutup aurat.....???? Rosmah tutp aurat tak...????
Cuba tengok pulak isteri pimpinan PAS, berapa orang pulak yang tak tutup aurat...??? TAK ADA.... so siapa yang ikut Islam dan siapa pulak yang Hina Islam...???

Itu tak masuk lagi, berapa ramai pimpinan UmNoooo yang minum arak, ada skandal seks.... dan berapa ramai pulak pimpinan PAS yang terlibat dengan arak, mahupun skandal seks....??? TU tak termasuk skandal RASUah lagi.... sebab bagi UmNoooo Rasuah adalah makanan mereka....

Nanti, dikesempatan lain Cikgu akan masukkan gambar2 lain yang CANTEEEKKKK akhlaknya oleh Puteri UmNooo, menggambarkan SIAPA yang HINA ISLAM ...???


Siapa Penaung program yang Hina Islam macam ni...??? PAS ke... @ UmNooo

Akhirnya, sebagai kesimpulan.... LU PIKIRLAH SENDIRI....
Pembinaan Menara Warisan .... Najib kata Pembinaan Menara Warisan dicadangkan oleh PNB.... Siapa agaknya PNB..... kat bawah ni orang2 yang berkuasa dalam PNB....

So sebenarnya siapa yang mencadangkan Pembinaan Menara Warisan ni...???? Atau Rosmah...??

Setelah selesai mengeksplorasi 3 gua, rombongan XPDC menuju ke Stong Resort untuk memulakan pendakian ke Kem Baha.


Wow... tinggi lagi le.... di punca air terjun iutlah terletaknya kem baha...

Menyeberangi aliran air terjun menuju ke Kem Baha...


Eksopresi peserta kebuluran.... punya semangat menenyeh jem di roti tanpa melihat sekeliling...
Ni nak buat apa ni Cikgu Ding.... aik...paka i cucoq segera je ke...???

Laaaa..... Cikgu Dingggg.... buat cucuq ke main pondok2... awat sampai ke muka.... tak masak lagi tu...jangan makan lagi....


Uas Iwami & Ust Khairi makan menda tu.... masok dok agi...???


Di LARANG menggunakan Handphone...??? Mentang-mentanglah line penuh.... atas bukit pun tetap meneruskan komunikasi.....hebat..hebat.... ke bagi laporan....

Sedih je tengok.... kesian pulak tengok.... tapi senyuman tu macam puas hati.... confius....

Bersedia untuk mendaki Gunung Stong pada pagi Sabtu... straching di ketuai oleh saudara Kamaruddin...

Bergambar sebelum mendaki Gunung.... 4 jam tu......

Akhirnya... banner XPDC Gunung Stong Pemuda Dun Tepoh berjaya dikibarkan di puncak Gunung Stong dengan bangganya.... amboi Cikgu sorang tu..seksi plak....

Dengan bangganya mengistiharkan Pemuda Dun Tepoh telah berjaya sampai ke Gunung Stong yang berada pada ketinggian 1400 meter dari paras laut.... TAKBIR !



Majlis perlepasan XPDC. Penolong ketua Pemuda, saudara Yusri sedang memberikan ucapan sambil diperhatikan oleh semua peserta termasuk U Abu Bakar Abdullah.
Alhamdulillah pada 8 dan 9 Oktober 2010, seramai 20 orang pemuda Dun Tepoh telah meneruskan XPDC Gunung Stong. Sebagai Pengarah program, Cikgu telah turut sama bersama dengan 19 orang pemuda lain untuk XPDC tersebut. Gambar-gambar akan diupdate kan.


Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan Penolong Ketua Pemuda dan seterusnya diiukuti oleh ucapan Ustaz Abu Bakar Abdullah seterusnya membacakan doa supaya perjalanan peserta XPDC dilindungi ALLAH hendaknya.

Rombongan XPDC selamat tiba di Dabong, Jeli dan berhenti rehat untuk makan tengahari dan bersolat Jumaat pada kira-kira jam 12 tengahari. ...Selepas bersolat Jumaat, rombongan meneruskan cabaran pertama dengan merentasi 3 buat Gua yang terdapat disekitaran iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Kelam....
Para peserta XPDC memulakan pendakian ke Gua Pagar... leloh wei.....


Gambar sekitar Gua Pagar....Taklimat dan penerangan diberikan oleh Guide Abe Lan bagaimana Gua Pagar mendapat nama...

Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat...



Evolusi tumbuhan juga dapat dilihat di sini... bermula dengan tumbuhan satu daun....


Tumbuhan banyak daun....

Bergambar di luar Gua Pagar....

Bergambar di hadapan arca keris .... di dalam Gua Keris....
Arca keris wujud hasil daripada proses Stalagtik & Stalakmit...(betul tak ejaan tu)

Keluar dari Gua Kelam... Tiada gambar yang dapat diambil..sebab Gelap....

Bergambar di hadapan Gua Ikan....