Najib Belanjakan RM8,724,895.91 Dalam Masa 274 Hari
Posted on Thursday, December 23 @ 07:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis Isu Oleh: setisab

"Fakta tentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

~ Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

~ Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

~ Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.
~ Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.
~ Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.
~ Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).
~ Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini.
~ Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.
Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara pagi ini.
Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.
Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong
"Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?" tanya beliau. Lain-lain hal tentang Najib

Rokok ada sel darah babi


ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.


*** Kepada sahabat-sahabat seperjuangan Parti.... masihkah anda ingin merokok Lagi...???***
Alhamdulillah, semalam Abi menerima perkhabaran Along dan Fizah di terima untuk belajar di Maahad Saniah Pasir Puteh. Semoga Along akan cemerlang di sana.... Amin......

Abi mendoakan semoga ALong akan menjadi Muslimat harapan dan pejuang agama Allah dan menjadikan PAS sebagai landasan perjuangan yang sebenar selagi mana PAS meletakkan Al-Quran & Hadis sebagai rujukan, Ijmak Ulamak sebagai panduan dan Qias sebagai panduan. Abi mendoakan juga semoga Along akan berjaya menjadi seorang profesional dan berjaya menjadi Hafizah kepada Kalam ALlah.... bukan sekadar berkawan dengan Hafizah je....
Bloggers Wanted

Posted by Cyber Trooper on December 16, 2010 at 17:28:32:

As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund

We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.

Qualified Candidates will be notified within 7 days.

Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.

Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.

We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.

It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof


Arrow http://www.malaysiantalk.com/sarawaktalk2/messages/31842.html

Perwakilan Muslimat bersama anak-anak masing-masing....


Sesi soal jawab kewangan dibentang dan dijawab oleh saudara Yusran....


Bersama x-anak usrah bersantai selepas program BBQ. Kenapa agaknya Rozaire memakai kopiah x-Naqib, cuba teka...????
Bila minyak naik, dengan segera Menteri Pemgohong cepat-cepat mengeluarkan kenyataan;

i. jangan naikkan harga barang
ii. harga barang tidak akan naik
iii. Mereka yang menaikkan harga barang akan di ambil tindakan....

Hari ni bila Cikgu pi beli roti gardenia, rupa-rupanya harga roti telah naik daripada asalnya RM 2.80 kepada RM 3.15....kenaikan sebanyak 35 sen iaitu sebanyak 13 %.... Hebat...hebat...

Apa lah nak jadi kat Malaysia ni.... Pencacai UmNoooo mesti kata, ok lah tu....
Ni Cikgu akan taipkan SMS yang Cikgu terima daripada PENCACAI UMNO TEGAR Kuala Berang..... Dan inilah mentaliti penyokong UmNooooo......

[[[ Assalamualaikum semua. Keputusan kerajaan menaikkan harga minyak sepatutnya diberi sokongan dan diterima sebagai ujian untuk kita semua. Adalah mustahil kita mengharap harga minyak turun seperti juga kita mengharap harga minyak tidak naik. Jika harga komoditi seperti sawit, getah dan timah mencacak harganya adalah mustahil juga harga minyak menjadi murah. semakin tinggi permintaan kepada sesuatu item sedangkan penawarannya terhad maka semakin tinggilah harga item tersebut. Ini adalah teori ekonomi yang mudah difahami. Kenaikan tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan Singapure atau Thailand juga Indonesia jiran kita yang paling hampir. Walaupun rakyat bawah merasa tempiasnya tetapi buat mereka yang lebih berada dan para pemimpin kita sendiri seharusnya mengubah cara hidup. Islam menuntut kita bersederhana dalam apa juga hal dan tindakan. Pembaziran walau dalam apa jua bentuk mestilah dihindarkan - Ulamak Muda ]]]]

Bacalah sendiri sms yang Cikgu terima, betapa beginilah minta dan mentaliti penyokong UmNooo yang bertopengkan nama Ulamak Muda..... Kesian...... Bagilah komen anda......
Jawatan kosong menunggu kepada mereka yang tak ada kerja...

1. Guru Taska (perempuan sahaja)
2. Guru Tadika (perempuan sahaja)
3. Pembantu Am
4. Kerani
5. Pemandu
6. Pembantu pejabat (lelaki, ada lesen motor)
7. Pegawai Tadbir
8. Pegawai HR (lelaki sahaja)
9. Pegawai Akademik

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En Firdaus di talian 09-6660758 @ 013-9751878

7:44 PM | 0 comments |

R E N U N G-RENUNGK A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


..... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....


DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...


SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.


8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

1. Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

2. Kalau dulu tak kenal DANGDUT/ KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

3. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...



......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.


Wassalam.
Kalau di luar negara, pelbagai kaedah digunakan untuk menerangkan islam kepada masyarakat bukan Islam agar mengenal Islam yang sebenar... di MALAYSIA, pelbagai kaedah digunakan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam..... MasyAllah....


"PhotobucketGain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Photobucket

Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Isu hangat


Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.

GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.

Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Photobucket

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Assalamualaikum....

Cikgu sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H. Semoga peningkatan usia kita tahun ini akan meningkatkan lagi amalan kita kepada PENCIOPTA kita dan mempertingkatkan jua perjuangan kita mendaulatkan Islam.....

Semoga tahun ini Islam akan tertegak & sekular akan hancur.....
Kita hanya ada masa kira2 3-4 bulan sahaja lagi sebelum Najib mengistiharkan PRU 13.... semoga kemenangan kepada Pakatan Rakyat & Parti islam Semalaysia akan mendominasi kemenangan itu...amin Ya ALLAh.... amin...