Hari ni 28 Februari, adik Huda genap berusia 3 tahun. Nasib baik tak jatuh pada 29 Februari.... tahun lompat.... Puteri bongsuku (setakat ni le)ni sangat comel.... Nantilah Abi ambik dan upload gambar terkini Huda. Selamat Hari lahir sayang. Semoga akan menjadi Mujahidah yang akan memperjuangkan kesinambungan perjuangan Nabi2 bersama Jamaah Islam.... Amin....


APa dah jadi dengan UMNO. Orang yang pernah hampir menjadi PM Malaysia membidas tindakan 'Bodoh" pemimpin UMNO Perak yang diketuai oleh Najib. Ku Li tetap menyatakan bahawa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB Perak yang sah. Marilah kita nilai sendiri. Kalau dah Pemimpin UMNO sendiri pun tentang pencabulan Ketua Lanun di sebuah Negeri Buluh Betong....


rukyah syar eiyyah
Khasiat Ayat Ini :-
Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan Mp3 Ini :

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


..aku pon baru dengar je nih..korang donlodla sendiri...lagi mujarab kalo hafaz...

korang downlod kat sini
www.ziddu.com/download/3069163/RUQYAHSYAR_IYAH.mp3.html
Perbezaan Ilmu dan Harta

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.


Tadi aku sempat le berdiskusi dan bersoal jawab tentang Rasuah. Cuba le korang baca dan justifikasi sendiri.....

zharhalki: "aduiihh. aku takut laaa sekarang nih. aku kerja kat syarikat swasta sebagai salesman. aku guna kereta sendiri untuk jalankan urusan syarikat. aku selenggara kereta aku guna wang syarikat dan claim minyak pun guna wang syarikat. MESTI SPRM CARI AKU."...

Menarik juga aku baca public msg dari izharhalki ni...
Mari kita sama2 bagi pandangan mengikut situasi di atas..
RASUAH KE NAMANYA TU???


aku rasa 2 bukan rasuah,itu salah guna kuasa,boleh x ko jamin,duit petrol yang ko claim ko hanya guna untuk wat keje,bukan kegunaan peribadi,walaupon ko g kedai bli rokok.boleh ko jelaskan.


Panglima....

1. macamana pulak orang yang kerja dengan kerajaan, lepas tu masa rehat sepatutnya 1/2 jam, tapi bersembang lama-lama di kedai kopi.....

2. Macamana pulak kalau Pak Lah datang Terengganu utk Rasmikan Program Kerajaan Negeri belah pagi dan Mesyuarat UMNO belah malam. Salah guna kuasa gok ke. Ke UMNO kena bayar separuh dari tiket dia.

3. Masa PRK P 036 baru2 ni, Najib datang utk rasmi banyak program yang tak pernah ada sebelum ni....

4. Masa pergi rasmi program rasmi UMNO, Najib siap guan Polis escort lagi sepanjang perjalanan dia.... Salah guna kuasa ke Najib.

5. Masa Najib ke Perak semasa proses RAMPASAN KUASA, Najib guna kereta Kerajaan Malaysia ( sebab dia TPM ) utk Perak.... Dia tak salah guna kuasa ke tu.... Hak Malaysia tapi guna utk Perak.....

6. Pak Lah hantar Lembu korban ke Kepala Batas, guna duit Kerajaan Malaysia utk Parlimen dia, Salah guna kuasa ke tu ????

Toooooooooolooooooooooongggggggggg jawab....




bagus soalan ni,biar aku jawap 1 persatu.
dijawab oleh UMNO

1. Kerja dengan kerajaan tapi sokong pembangkang yang setiap hari hentam kerajaan pas 2 bagi anak bini makan kira haram ke halal?

2. kenapa die nak kena bayar tiket,aku xpaham,sebab naik kete pkai minyak.sebagai perdana menteri die ada hak (entitle) untuk menghadirkan diri menggunakan segala kemudahan yang disediakan.termasuklah keluar negara menggunakan jet peribadi.

3. sama cam soalan 2.jawapan lebih kurang je.

4. escort orang kenamaan memang dah ada dalam tugas polis.so xde masalah.

5. Perak juga dibawah Malaysia. aku nak tanya ko.kalau ko jadi timbalan perdana menteri.ko nak kena wat lawatan ke negeri perak.Adakah ko kena ada kenderaan khas untuk ke Perak?kalau cam 2 ko kena ada berbelas kete untuk pergi ke setiap negeri. kalau xpaham gak.ni lagi membazir.

6. Pasal lembu sapi dapat nama.paham x maksud peribahasa ni.kalau pak lah cakap sumbangan peribadi tapi guna duit kerajaan malaysia dia salah guna kuasa.tapi kalau die cakap sumbangan dari kementerian untuk rakyat kepala batas atau kepala batu.ini x salah.merujuk kes MB Selangor,duit selangor seelok2 nye untuk rakyat selangor. aku bagi contoh la.kerajaan Malaysia mengeluarkan dana untuk membantu rakyat thailand dengan sedekah lembu.ok ke idak??kalau ko kata ok terpulang la.


Aku jawab pulak.....

1. La kenapa kalau kerja dengan Kerajaan, lepas tu sokong pembangkang, haram bagi makan anak bini. Gaji dia orang sapa yang bayar ? Ambik duit mana ? Tolong sikit.... UMNO seposen pun tak keluar duit utk bayar tau tak.... Perhabis duit ade le.... Duit tu daripada pembayaran cukai yang aku dan orang2 PAS bayar juga... Engkau bayar ke tak ? So kalau macam tu.... Semua orang UMNO yang kerja dengan Kerajaan Negeri yang dipegang oleh PR bagi makan anak bini duit haram le ? ke Gitu ?. Lagi pun Perlembagaan Malaysia menyatakan "mana-mana individu berhak untuk menyatakan sokongan kepada mana2 Parti yang diyakini ?. Ko ambik fatwa dari kitab mana duit tu Haram ? Kitab Hadhari ke ?



2. La.... Pak Lah mana pernah naik kereta ke Trg atau jalan jauh ... semua naik flaight, tu yang aku kata tiket. Datang Terengganu utk kerja2 utk Rakyat Malaysia tapi belah malam utk kerja2 UMNO je.... Itulah penyalahgunaan kuasa. Betul dia boleh guna kemudahan yang disediakan utknya TAPI utk Rakyat Malaysia...Bukan Parti UMNO punya program.... Itulah penyalahgunaan kuasa.... Dia tak berhak utk guna wang yang dibayar oleh rakyat utk kerja2 Parti. Salah guna kuasa PM utk UMNO.

3. Aku setuju ... sama macam soalan kedua....

4. Aku tak pertikai bidang tugas Polis..... memang kerja dia....Yang aku maksudkan adalah Polis terpaksa escort dia utk kerja2 Parti UMNO.... Itu salah guna kuasa... Apa hak PM/TPM utk gunapakai Polis utk kerja2 Parti. Lepas waktu kerja, dia adalah Presiden Parti UMNO. Dia sepatutnya guna le Unit UMNO macam dalam PAS ada unit amal.... Bila dia guna Polis utk kerja2 UMNO, itu adalah penyalahgunaan Kuasa.... Masalahnya MB Kelantan tak pernah pun guna....

5. Betul Perak adalah negeri dibawah Malaysia.... Task perlu le ada berbelas kereta ... cuma ada 3 kereta... Kerajaan Malaysia ( utk kerja rasmi), Kereta UMNO ( utk kerja Parti ) dan kereta sendiri ( utk kerja peribadi ). Kat atas tadi sedap kao kata...macamana ko tulis kat atas ..aku kotkan balik,,,

{{{{{ salah guna kuasa,boleh x ko jamin,duit petrol yang ko claim ko hanya guna untuk wat keje,bukan kegunaan peribadi,walaupon ko g kedai bli rokok.boleh ko jelaskan.}}}}}}
cuma aku tambah utk kegunaan PARTI, walaupun TPM gi Perak utk kerja2 UMNO....

Kalau gi ke Perak atas lawatan sebagai TPM, bagi aku OK le.... masalahnya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri...... SALAH GUNA KUASA TU.....

6. Engkau jangan LEBONG le.... semua sumbangan Pak Lah ke Parlimen dia, dia guna Kementerian le.... Cuba Ko bayangkan setiap tahun Lembu Korbang yang dihantar ke Parlimen dia lebih kurang 200 ekor.... Mari aku ajar Ko Matematik..... [ 200 ekor x RM 2 000= RM 400 000 ] Cuba ko pakai kepala otak le... Mampu ke Pak Lah nak buat korban sebanyak RM 400 000 setahun..... Mesti dia guna budget... Kementerian, itu adalah amalan biasa.... Satu lagi ko ingat tak Bencana Alam yang terjadi di China ... Kerajaan Malaysia sumbang RM 1 juta utk Rakyat Cina... duit sapa tu..... Duit Rakyat Malaysia.... Bagi kat Sapa..... Orang negeri Cina... Apalah dosa Tan Sri Khalid sedekah lembu 46 ekor utk orang Parlimen dia..... Orang Malaysia gak.... tadi tu lagi orang Cina....

Pikir pakai otak..... bukan macam katak.....



aku jawap plak,sape memerintah Malaysia skg ni?parti apa?kalau jawapan nye UMNO.ape ko bole cakap kalau PM guna kenderaan rasmi untuk tujuan parti.Umno adalah kerajaan.PM dari Umno.ko kena paham skit.kalau Pr guna kete camry untuk tengok Nik Aziz sakit jantung kat kelantan,salah guna kenderaan rasmi ke x??(ni contoh agak kasar)

soalan pertama aku,haram ke halal?aku xkata haram.buktikan aku cakap haram?mesti ko xboleh kan. Very Happy memang la UMNO xkuarkan duit untuk bayar gaji rakyat malaysia.aku ulang lagi sekali Umno adalah KERAJAAN.Umno dah diamanahkan untuk jaga harta ini.

aku rase aku dah menjawap sume soalan diatas.umno adalah kerajaan.terima kasih.

Jawapan aku balik..


Hahahaaaa....... jawapan bagi orang yang desprate.... akhirnya ko akui juga yang Peminpin ko telah Menyalahgunakan kuasa......

Pertama ko kena beza antara Kerajaan dan Parti.... tu le masalah ko.... belajar tak cukup tinggi tapi nak berhujah..... maka nampaklah kebodohan ko.....

Soalan pertama ko tadi soalan double meanign....
Kalo ko tahu halal... bak pe ko tanya haram ke halal ? melainkan jawapannya Haram sebab...dah orang bekerja..... bukan curi masa.... maka jawapan normalnya halal le....

Yang memerintah Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan BN. Itu aku memang akui ... Tapi adakah kerana yang memerintah kerajaan Malaysia, maka Mereka boleh Menyalahgunakan Kuasa yang ada untuk kepentingan Parti ???

AKu kot kan apa ko kata dan aku akan jawab...

[[[ ape ko bole cakap kalau PM guna kenderaan rasmi untuk tujuan parti. ]]] Aku kata.... Itulah Salah guna kuasa...]]] akhirnya ko akui juga.... terima kasih.....


Aku kot lagi hujah gampang ko ;

[[[ kalau Pr guna kete camry untuk tengok Nik Aziz sakit jantung kat kelantan,salah guna kenderaan rasmi ke x??(ni contoh agak kasar) ]]]

- Ko ada bukti ke? Bagi lah contoh yang raelistik.... jangan buat andaian.... Tapi bagi aku.... mereka kena guna kereta sendiri kalau urusan peribadi..... kecuali.... mungkin dalam perjalanan... Kalau guna khusus utk melawat TGNA.... salah tetap salah.....

Aku jawab lagi ;

[[[[ Umno dah diamanahkan untuk jaga harta ini. ]]]] Kerajaan diamanahkan untuk menjaga harta ini BUKAN menyalahgunakan harta2 ini.... berbeza tu.... Harta tu harta amanah bukan harta BAPAK UMNO ......

Aku Jawab lagi :

[[[[ aku rase aku dah menjawap sume soalan diatas.umno adalah kerajaan.terima kasih ]]]]]]

Orang lain nilai le ...ko jawab semua soalan tadi ke dak....???? aku tak perlu ulas.....

Aku... aku jawab satu persatu........

APa2 pun terima kasih le.......



Kali ni izinkan aku berkongsi pengalaman berkaitan isu seperti yang dinyatakan di atas bersama beberapa pendapat dan pandangan. Aku dilahirkan dalam era 70 an, maknanya umur aku sekarang ni dah dekat-dekat 40 tahun. Zaman persekolahan aku, Bahasa Malaysia adalah bahasa utama. Semua matapelajaran diajar dalam bahasa Melayu kecuali Bahasa Inggeris. Aku juga bersekolah di luar bandar. Namun aku tetap berjaya ke Universiti dalam bidang Sains iaitu Biologi. Walau pun sedikit susah kerana hampir semua bahan rujukan dalam Bahasa Inggeri tetapi akhirnya aku tetap bergraduat dalam tahun 1996.

Hari ni isu PPSMI sangat-sangat hangat diperkatakan hatta Datuk A Samad Said pun hari ni turut menyatakan Iltizam untuk memperjuangkan Bahasa Ibunda di atas pentas Parti Politik PAS. Pada pandangan akulah... Sebenarnya kemampuan seseorang itu menguasai Matematik dan Sains tidak bergantung kepada perlaksanaan matapelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris sebaliknya bagaimana mereka menguasai matepelajaran tersebut sendiri.

Sebagai contohlah macam kedudukan aku. Masa darjah satu dulu aku masih ingat lagi dalam peperiksaan akhir tahun aku jawab peperiksaan " I walk with my .... " Jawapan aku Ear.... Balik rumah kakak aku ketawakan aku..... Tapi hari ni kekadang aku suka cakap Bahasa Inggeris lagi, terutama masa nak marah sebab BI ada double meaning. So kalau lepas ni aku guna perkataan English, jangan maraH le... apa-apa pun BI aku lebih baik dari kebanyakan orang lain...

Kelmarin aku tengok bini aku "marking paper" Kimia. Mula-mula tu macam nak bangga gak sebab nampak macam bebudak tu jawab dalam Bahasa Inggeris tapi sebenarnya aku silap.... Pelajar-pelajar tu menggunakan Bahasa Rojak iaitu gabungan BM dan BI. Kertas peperiksaan dijawab dalam Bahasa Melayu tetapi menggunakan perkataan dan ejaan dalam Bahasa Inggeris. Klorin di eja sebagai Chlorine.... Dalam Bahasa, kemampuan berkomunikasi lebih penting daripada kemahiran menulis.... itu hakikat dalam perniagaan dan perhubungan. Takkan le nak menulis untuk bercakap dengan orang putih dalam urusan.



Kedua, dalam zaman It dan SMS ni...guna pulak bahasa ringkas... Pulak jadi Plak, macam-macam, lepas tu belajar pulak dalam Bahasa Inggeris.... Akhirnya yang dikejar tak dapat ( BI ) yang dikendong pulak keciciran ( BM ). Cuba korang bayangkan orang Melayu tak pandai berbahasa Melayu.....

Sebenarnya apa yang lebih penting adalah Memperkasakan Bahas Inggeris itu sendiri & bukannya merosakkan Bahasa Melayu itu sendiri...

Sekadar pandangan.......


NI AKU CUT & PASTE SATU ARTIKEL.....

Rosakkah bahasa kerana SMS ?Submitted by kamal on Fri, 2006-12-15 02:29.
Sebuah artikel yang menarik berkenaan kajian penggunaan 'bahasa SMS' dalam komunikasi harian oleh Prof Madya Dr Supya Husin dari UKM. Aku memang telah lama rasa terkilan dengan fenomena penggunaan bahasa SMS dikalangan penutur Bahasa Melayu yang nampaknya semakin hari semakin sukar dikawal. Penggunaan bahasa SMS melalui komunikasi telefon bimbit sememangnya tak dapat dielakkan kerana ruang yang terhad dalam menyampaikan sesuatu maksud. Namun apa yang menyedihkan ialah ketidakprihatinan dalam membataskan penggunaan sesuatu singkatan itu hingga merebak kepada komunikasi melalui emel dan penulisan di laman web dan forum komuniti. Ia adalah sesuatu yang agak biasa akhir-akhir ini dan ini merupakan fenomena yang menyedihkan kerana seolah-olah segala apa yang dipelajari semasa di sekolah dulu berkaitan kaedah penulisan yang baik sudah tidak ada gunanya lagi.

Mengapa aku agak sensitif dalam isu ini ? Mungkin disebabkan pengaruh bidang pekerjaan aku sebagai seorang pengaturcara komputer (programmer). Bahasa (kedua-dua bahasa manusia dan bahasa pengaturcaraan) merupakan 80% daripada hidup aku. Dunia aku ialah dalam penulisan sama ada menulis aturcara komputer dalam bentuk kod ataupun menulis dokumentasi program dalam bentuk manual ataupun tutorial. Penggunaan bahasa yang tepat dan difahami oleh semua orang adalah amat penting bagi memastikan maksud sesuatu program itu mencapai matlamatnya. Adalah amat menyakitkan hati apabila membaca beberapa tulisan 'anak-anak muda' di forum-forum tempatan yang berbunyi seperti:-


Quote:
akum, bleh x sesapa ajar sy mcm mana nak buat program ni ? sy dh cuba run kt komp sy tp xdapat plak, ish bla bla bla .....

Cuba sambung ayat diatas sehingga 100 patah perkataan dan aku langsung takkan dapat memahami maksudnya ataupun aku mungkin tersungkur kepeningan dalam cuba menterjemahkan apa yang cuba disampaikan. Amat menyedihkan sekali. Selama 10 tahun kita diajar bagaimana menggunakan Bahasa Melayu dengan betul tapi setelah dewasa kita abaikan itu semua atas dasar mengikut trend semasa. Mungkin ada yang menganggap pada masa sekarang adalah sukar untuk betul-betul menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan. Ini aku akui. Aku sendiri pun kadang-kala lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Inggeris tapi sekurang-kurangnya kita berpegang pada satu prinsip - iaitu berpada-pada dalam setiap perbuatan. Seterusnya, mari kita sama-sama baca artikel yang aku maksudkan -



Oleh : ZAMRI" kecik's

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta Anda, sangat lah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payu dara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payu dara,terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payu dara baru-baru ini.Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.Jadi tolong berhati hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirim kan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangat lah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payu dara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.



Rahsia budu terbongkar.....

Dikirim : ZAMRI" kecik's

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Korban sempena Aidiladha adalah satu amalan yang sangat dituntut oleh Islam terutama kepada yang mampu. Korban sepatutnya dibahagikan kepada orang fakir dan miskin serta orang yang memerlukan. Di Malaysia, kadang-kadang amalan korban dibuat dikalangan orang-orang kaya. Kadang-kadang daging korban disimpan dalam peti sejuk sampai sebulan lamanya kerana banyaknya daging yang diterima dan banyaknya lembu yang dikorbankan.

Isu lembu korban MB Selangor sebanyak 46 sangat-sangat memanggil saya untuk memberikan komen dan pandangan. Niat Dato' MB memberikan lembu korban kepada masjid-masjid dan surat-surau sangat-sangat baik, cuma cara sumber lembu tu dikatakan tak betul kerana tidak menggunakan 'duit sendiri ". Saya jadi keliru dan terus terfikir " Siapa dikalangan pemimpin UMNO (terutama yang memerintah kerajaan negeri) yang menyerahkan lembu korban dengan menggunakan duit sendiri ?

Saya difahamkan Dr Khair Toyo sendiri pernah menghantar sebanyak 400 ekor lembu korban di seluruh negeri Selangor semasa dia jadi MB dulu. Adakah Dr. Khair menggunakan duit sendiri ? Kalau 400 ekor X RM 1 500 = RM 600 000. Pak Lah menyampaikan lembu korban sebanyak 200 ekor di Kepala Batas, RM 1500 X 200 ekor = RM 300 000. Betul ke semua lembu-lembu tu Dr. Khair dan Pak Lah bagi ? atau menggunakan duit Kerajaan untuk rakyat ?. Kenapa sebelum ni tak de pun orang persoalkan ???

BACA ARTIKEL DI BAWAH NI ::::::


MAJLIS PENYERAHAN LEMBU-LEMBU KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA DI BAWAH PROGRAM MESRA RAKYAT DAN KERAJAAN PRIHATIN NEGERI SELANGOR TAHUN 2006

SHAH ALAM, 5 JAN. - Buat kali kelimanya, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat Kerajaan Negeri Selangor, menganjurkan Majlis tahunan Penyerahan Lembu-lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Di Bawah Program Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis kali ini telah dilaksanakan di Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Sebanyak 359 ekor lembu telah disediakan oleh PNSB bagi diserahkan kepada seluruh masjid di negeri Selangor untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 10 Januari 2006.

Majlis yang merupakan kesinambungan kepada majlis-majlis sejak tahun 2002 ini merupakan salah satu agenda Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup serta membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin berkonsepkan
memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau dengan cara melaksanakan program-program kebajikan.

Di Majlis sama yang julung-julung kali dianjurkan pada tahun 2002, sebanyak 70 ekor lembu korban telah diserahkan oleh PNSB kepada masjid-masjid yang telah ditetapkan di setiap daerah di negeri Selangor. Bagi memperkukuhkan sokongan kepada program ini, tahun berikutnya (2003) melihat PNSB memperuntukkan sebanyak 123 ekor lembu korban untuk diagihkan. Bagi tahun 2004 pula tambahan sebanyak 345 ekor lembu pula telah disediakan manakala sebanyak 346 ekor telah diperuntukkan untuk tahun 2005. Melalui kesemua majlis yang telah dianjurkan, acara penyerahan lembu-lembu korban telah dilaksanakan secara simbolik, iaitu dengan menyerahkan 9 ekor lembu korban kepada 9 daerah di negeri Selangor melalui Tuan Pegawai Daerah, ADUN, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua-Ketua Bahagian UMNO serta Imam-imam Masjid di negeri Selangor. Walaubagaimanapun, majlis yang diadakan pada tahun 2005 telah diadakan secara serentak di 3 zon berasingan yang masing-masing mewakili 3 daerah.

Dif-dif kehormat yang turut hadir ke majlis di Shah Alam ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Ahli-ahli Parlimen Negeri Selangor, Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Selangor, Ketua-ketua Bahagian UMNO Selangor dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Selangor .

Permodalan Negeri Selangor Berhad turut melibatkan diri dan memainkan peranan yang penting di dalam program-program amal yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) dari masa ke semasa.


SubhanALLAH, apalah nak jadi kat dunia kita Malaysia ni. Amalan kini dijadikan budaya dan adat tanpa memelihara nilai-nilai Islam yang sebenar. Adakah diterima amalan kita sekiranya kita mengaji Al-Quran tapi berpakaian begini ?

Begini ke orang yang nak pimpin Islam ?

Alhamdulillah, niat mengaji Al-Quran tu sangat baik.... tapi apalah salahnya kalau berpakaian dengan pakaian yang sepatutnya.... Tak de ke sebarang Ustaz yang boleh menasihati Puteri UMNO ni. Dr Mashitah.... di mana dikau..... Ust Firdaus di mana dikau..... Ust. Najmuddin di mana dikau.......
Derhaka bermula dari rumah Umno
Mohd Fadli Ghani


TINDAKAN biadap Umno/BN menculik dan membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bertukar menjadi pertembungan antara rakyat dan istana. Puncanya hanya satu � media yang mengapi-apikan kononnya Menteri Besar PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membuat sembah derhaka



Apakah benar Nizar menderhakai sultan saya tidak pasti, tetapi yang pasti media pro BN menggembar-gemburkan hal ini sehingga imej Sultan Perak tercalar teruk di hati rakyat kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mempertegaskan mereka tidak berniat derhaka, bahkan amat setia kepada raja.

Soal derhaka atau setia bukanlah hak saya untuk menentukannya. Biarlah sultan sendiri membuat perhitungan. Apa yang saya ingin lontarkan adalah derhaka bukanlah budaya dalam masyarakat Melayu di negara ini. Tetapi sejarah negara telah mencatatkan bahawa budaya menderhaka ini bermula di Rumah Umno dan merekalah yang membuatkan Raja-raja Melayu kehilangan wibawa sehingga rakyat bisa mentertawakan raja.

Bahkan, ketika Umno belum wujud, bakal presidennya yang pertama sudah dibuang negeri kerana derhaka kepada Sultan Johor. Dan pada Disember 1992, Umno jugalah yang membuat usul derhaka di Dewan Rakyat kerana marahkan Sultan Johor juga.

Raja zalim disanggah


Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul. Islam jugalah yang mewajibkan ketaatan kepada ulil amri (pemimpin) tetapi dengan batasan yang tidak melangkaui ketaatan kepada Allah dan Rasul. Sebarang perselisihan padangan, tidak ada pendekatan lain, melainkan kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah). Inilah prinsip ketaatan dan kederhakaan dalam pemikiran Islam.

Walaupun orang-orang Melayu merasakan bahawa Raja tidak wajar diderhakai, sebenarnya budaya ketaatan Melayu sendiri bermula dengan 'wadat' antara Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana sebagai Raja dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat. Mitos Bukit Seguntang ini bermula dengan permintaan Demang Lebar Daun supaya Sri Tri Buana menerima anak cucunya (rakyat) sebagai hamba yang tidak akan dizalimi walaupun berlaku kesalahan, kecuali yang melanggar hukum syarak. Lalu Sri Tri Buana mengkabul permintaan rakyat dengan syarat semua jangan derhaka kepada keturunannya yang menjadi Raja.

"Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu yang mengubah dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah," demikian kedua-duanya bersetuju untuk berwadat itu.

Maknanya, ketaatan akan berakhir sekiranya istana tidak lagi mendukung prinsip keadilan kepada rakyat. Inilah garis antara hak dan tanggung jawab Raja dan rakyat yang berakhir dengan "dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, kaki tiang ke atas" dengan maksud memporak-perandakan negeri jika wadat ini dilanggari.

Sejarah Melayu telah merakamkan bahawa anak cucu Sri Tri Buana ini temasuklah Sultan Melaka. Kemudian berkembang membentuk Kesultanan Johor dan Perak pada abad ke-16. Kesultanan Perak dari keturunan Sultan Muzaffar Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka masih bertahan sehingga hari ini.

Adapun keturunan Sultan Mahmud Shah yang berkerajaan di Johor telah berakhir dalam peristiwa �mangkat dijulang� yang terkenal itu. Mengapakah Sultan Mahmud Johor itu mangkat dijulang sehingga berakhirnya sebuah kesultanan pada 1699. Adil atau zalimkah baginda terhadap rakyat? Lalu 'terpaksalah' rakyat menderhakainya!

Salah sebuah kesultanan yang mempunyai hubungan dengan Melaka di bawah jurai keturunan Bendahara ialah Terengganu. Ketika negeri-negeri Melayu sedang dijajah pada awal abad ke-20, Sultan Zainal Abidin III dan para ulama telah menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang terkenal nama 'Itqanul Muluk bi Takdis Suluk' yang menetapkan Sultan Terengganu tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asing, jika demikian berlaku maka tidak wajib lagi rakyat taatkan rajanya.

Bukankah selepas British melantik penasihatnya di Terengganu pada 1919, berlaku pemberontakan besar pada 1924 hingga 1928 di Terengganu. Derhakakah rakyat atau zalimkah raja?

Pemimpin Umno mulakan sembah derhaka?


Politik Melayu moden selepas abad ke-20 telah memperlihatkan beberapa siri penderhakaan terhadap sultan. Di kalangan ahli politik, yang memulakannya ialah Dato� Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein), yang kemudiannya menjadi Presiden Umno. Derhaka pertama berlaku pada 1920 apabila Dato� Onn mengkritik Sultan Johor secara terbuka di mana sahaja. Beliau marahkan sultan kerana baginda melelong harta bapanya, Dato� Jaafar setelah Menteri Besar Johor itu gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.



Sultan Ibrahim sangat murka kepada Dato� Onn. Penderhakaan ini berterusan sehingga Dato� Onn dipecat jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada 1927.

Bukan Dato� Onn sahaja yang menderhaka, abangnya, Dato� Abdullah Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor turut menderhaka apabila menghina dan memburukkan nama Sultan Ibrahim di luar negeri pada 1927.

Seorang lagi kakak Dato� Onn, Che Dara Jaafar yang menjadi isteri Sultan Ibrahim turut menerima nasib malang akibat penderhakaan ini. Dato� Abdullah telah dipecat sebagai menteri besar dan dilucutkan gelarannya lalu di buang negeri bersama Che Dara oleh Sultan Johor.

Keluarga Dato� Onn terbuang kerana derhakakan sultan, akhirnya Dato� Onn menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura, sebuah akhbar yan begitu lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Selepas kembali ke Johor pada 1936, Dato� Onn mendapat semula kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau dilantik memangku tugas Menteri Besar Johor pada Oktober 1946, iaitu beberapa ketika selepas Umno ditubuhkan. Dato� Onn ketika itu adalah Presiden Umno yang pertama.

Setelah jawatannya sebagai Menteri Besar Johor disahkan pada September 1947, Dato� Onn telah mencadangkan supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan Umno ini kerana ia meletakkan seorang Melayu di atas daripada kedudukan Raja-raja Melayu Sendiri.

Raja-raja Melayu mengesyaki jawatan itu hendak diberikan kepada Dato� Onn dan ia dianggap satu penderhakaan Umno dan Dato� Onn terhadap Raja-raja Melayu. Sultan Kedah, Sultan Badlishah adalah antara yang paling lantang menentang tindakan derhaka Dato� Onn.




Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Dato� Onn sekali lagi melakukan derhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato� Onn menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai �kacang lupakan kulit� dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato� Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.

Inilah pengalaman derhaka terawal dalam sejarah politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Umno melantik seorang yang mempunyai rekod derhaka sebagai Presidennya telah membentuk sikap derhaka yang berterusan Umno terhadap Raja-raja Melayu.

Dato� Onn semenjak mudanya mempunyai sikap menderhakai rajanya, kemudian dengan kekuatan sokongan ahli-ahli Umno pada 1948, beliau secara terbuka mencabar kuasa Raja-raja Melayu, dan menggunakan platform Umno untuk menghina dan menderhakai Raja-raja Melayu, termasuk membuat ugutan untuk mengajak ahli-ahli Umno menamatkan sahaja sistem beraja di negara ini! Bukankah derhaka ini bermula dari Rumah Umno?

NILAI LE SENDIRI ....

nI ADA SATU LAGI.... Kalau kata Yb Siva derhaka..... Kalau berlakun jadi Sultan ...Derhaka ke tak ????



Patrick Lim menjadi Sultan Mizan .....



Assalamualaikum.....

Izinkan aku untuk memberikan pendapat aku sebagai orang 'luar' yang berada dibumi Kelantan dan Terengganu. Budaya dan bahasa yang agak kontra dan berlainan menyebabkan banyak ucapan dan kata-kata orang Kelantan dan Terengganu di salah tanggap. Sebagai orang yang dah 12 tahun bermastautin di sini... izinkan aku membantu kalian untuk memahami kekeliruan ini. Ramai yang kata TGNA menggunakan konsep " Tujuan Menghalalkan Cara ". Aku ni bukanlah orang yang Fanatik kepada TGNA, tetapi mungkin aku memahami maksud yang dibuat oleh TGNA. Ok... aku akan bagi beberapa perbezaan bahasa kepada semua......

1. La... celaka kau.... lakhanat kau..... --> itu adalah salam orang Melaka. Kalau anda orang Melaka anda tidak akan berasa hati kalau best frieng kau cakap macam tu sebab ianya adalah macam budaya terutama di kawasan Sungai Udang, sempadan Negeri sembilan. Tapi kalau kita guna istilah binatang.... Orang Melaka sangat terasa hati sebab panggilan binatang tu sangat2 kasar dan tak sedap didengar... sebab jarang guna.

2. Kalau di Kelantan, perkataan " Weh la nate (binatang) ni, mari ma'no ?

3. Kalau di Terengganu " Natang ni, aku te.. baru tahu ".... ni bunyi nak marah...

4. Serupa juga ada satu cerita yang berlaku di Pasar Payang. Dalam satu lawatan makcik2 dari Negeri Sembilan. Semasa shopping nak beli kain batik, Makcik2 yang jual kain tu sibuk memanggik makcik2 N9 dengan jeritan " Mek2, marilah .... mari selok-selok, tengok patat ". Kalau bahasa negeri sembilan, apa yang mereka fahamkan adalah " Mek2, mari selak kain tengok kemaluan orang perempuan " sedangkan Makcik yang menjual punya maksud pulak marilah selak kain dan lihat pangkal kain, tengok corak di pangkal kain, tengok kualiti dipangkal kain......



MACAMANA KALAU ABANG NI CAKAP BAHASA YANG SAMA KAT MAKCIK-MAKCIK TU. Kena penampar tak Bro tu...????


APA MACAM......
KESIMPULANNYA
" Jangan nilai ucapan Bahasa Orang mengikut Bahasa dan kefahaman kita ".....


Berikut adalah komen daripada Dr. Mahathir....

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



Dah lama tak ceramah. Semalam Persatuan KhairunNisa menjemput aku untuk memberikan ceramah kepada 40 orang ibu tunggal di Kawasan Setiu. Dalam kesibukan yang ada apatah lagi hari ini akan ada lawatan daripada UNISEL ke Tadika Gong Badak, aku cuba yang terbaik untuk mereka kerana aku tahu itulah harapan mereka.



Aku sampai lewat sikit dalam jam 10.15 am sebab terlewat bertolak. Pulak tak pasti tempat. Apa-apa pun sambutan terhadap ceramah yang aku buat agak baik. Nampaknya mereka sangat seronok mendengar ceramah aku ( bukan ss ni ). Apa yang aku lihat, mereka sangat tabah menghadapi ujian hidup dari ALLAH, cuma mereka perlukan dorongan dan sokongan.

Semoga apa yang aku sampaikan mampu membuka minda mereka untuk keluar dari Kepongpong kemiskinan. Semoga mereka berjaya.... Ya ALLAH .... bantulah mereka....
Hari ni ada 2 program iaitu :
1. Lawatan sambil belajar Pelajar UNISEL
2. Temuramah daripada student UDM ( KUSZA )

Itulah sebahagian daripada sumbangan Pusat Tahfiz Gemilang kepada masyarakat.....





AKu bukanlah seorang pencinta gambar2 bogel tapi aku sangat benci orang yang menjatuhkan air muka dan maruah manusia.... Lagikan haiwan tak menjatuhkan air muka sesama haiwan, sepatutnya tidak juga manusia kecuali BINATANG..... huhuhu garangnya...

Aku rasalah, hak untuk buat apa saja dalam rumah adalah hak individu. Even dalam Islam pun digalakkan mandi pakai kaih basahan kalau mandi dalam toilet.... tapi kalau mandi bogel tak lah pulak diharamkan..... cuma perlu malu kat Malaikat je......

Bila YB Eli tidur macam tu.... aku rasa itu hak dia.... cuma bila gambar dia diambil curi dan disebarkan..... Itu tak betul.... Aku bukan nak bela dia..... tapi cuba kau orang bayangkan benda tu berlaku kat adik kau orang.... Kau orang boleh terima ke ??? Kalau kau orang kata boleh terima..... aku doa kat ALLAH biarlah kau orang rasa pulak lepas ni..... Malu Allah je yang tahu......Ye le kan... dalam biliki dia ...biarlah dia nak buat apa pun... menonggeng ke, menyarap ke...ikut dia le.... Ye le... macam TGNA kata.... dalam bilik dia...ikut dia le....nak bogel ke , nak apa ke itu hak dia...cuma perlu malu ke Malaikat... lepas tu dia cina plak tu....

Satu lagi.... Aku pun tak setuju tapi budaya Orang Cina, yang hidup dengan pasangan (pak we) masing-masing sebelum berkahwin .... bukan Eli je yang buat.... Student UMT kat Taman Sejati pun ramai yang duduk tinggal serumah dan sebilik lagi sebelum berkahwin.... tu kat Terengganu.... kalau kat KL.... lagi le belambak.... Takdirnya...Eli seorang YB.... kalau tak.... orang tak kesah pun.... Tapi.... adakah dalam budaya orang Cina... boleh atau dibenarkan ke tinggal macam tu..... Kalau ada yang boleh maklum......cerita le.....

Tapi kan... b iula aku renung balik..... bukan Cina je yang buat macam tu.... Orang Melayu kita pun ramai yang buat macam tu gak.... Kenapa ekkk.... Apabila Undang-undang Hudud yang telah ALLAH tetapkan tidak di laksanakan.... Turun lah bala.....

Bila berlaku macam ni.... teringat aku kat kejadian Highland Tower..... bila runtuh je Kondo tu.... pagi esok "gege" surat khabar kata ....kemungkinan seorang Menteri Kabinet terlibat sama..... sebab kereta dia ada kat situ.... Sapa tu.... cari sendiri.... Macamana agaknya keta dia ada kat situ....???? Fikir-fikirkan le...


Mula dari sekarang pastikan tidak ada orang ambil gambar anak-anak anda dalam keadaan yang berbogel walaupun masih baby.....

Tidur malam kena pakai seluar...takut kalau terselak.... bahaya...... Skuad Pengintip UMNO sedang beroperasi....




Assalamualaikum...... Daulat Tuanku Sultan Mizan .... Patek-patek Rakyat Terengganu merafak sembah taat setia di atas sikap Tuanku yang menjadi panji-panji kepada Rakyat Malaysia dan bukan menjadi Payung UMNO semata-mata......

Tuanku, titah TUanku semasa merasmikan Parlimen pada hari ini sangat-sangat sempurna. Tuanku bercakap sebagai orang tengah tanpa mengenal batasan. Tuanku bertitah untuk rakyat dan bagi pihak Rakyat. Daulat Tuanku....

Tuanku menyatakan yang Hak dan Kebenaran, itulah harapan Rakyat Malaysia.... Ampun Tuanku..... Patek-patek Rakyat Terengganu menyembah kasih tidak terperi kepada Tuanku. AMpun Tuanku.....
UMNO terus gesa agar Nizar dibunuh!
Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 17:00:00 MYT oleh TokBatin

Artikel Oleh dewa

" Akhbar hari ini melaporkan gesaan kejam ahli-ahli UMNO agar Nizar dibunuh. ("From The Nut Graph 11 Februari 2009).

(One is deeply distressed to read reports of conservative politicians and their followers crying for revenge against those whom they accuse of having offended the fragile sensibilities of the monarchs. According to one such report, Umno deputy Youth chief Khairy Jamaluddin had asked his followers, referring to Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, "In the old days, what did we do to those who commit treason?"

The crowd replied, "Kill him!" )

Mari kita teliti permainan politik KJ yang menghasut rakyat agar membunuh Nizar dan betapa polis dan institusi-institusi di Malaysia di gunakan untuk melindungi pencetus provokasi seperti KJ dan UMNO.

KJ sememangnya tahu bahawa hukuman bunuh di kenakan ke atas pengkhianat. Justeru, KJ memprovokasi ahli-ahli UMNO dengan bertanyakan soalan sebegitu. Terdapat kemungkinan bahawa tindakan KJ ini bertujuan memprovokasi ahli-ahli UMNO yang hanya membaca Utusan dan bersama UMNO secara mutlak iaitu secara kini, dulu dan selamanya untuk membunuh atau sekurang-kurangnya mencederakan Nizar.

Sejarah menunjukkan kerakusan UMNO yang menggunakan polis untuk membunuh Ustaz Ibrahim Libya pada masa dahulu. Kini, KJ menghasut bunuh pula ke atas Nizar. Sekalipun UMNO sentiasa bermain isu perkauman dan sentiasa mencetuskan huru-hara, kepimpinan Pakatan Rakyat masih cuba bersabar. Sewaktu Agong dipanggil sebagai Natang dan sewaktu seorang sultan ditukar oleh UMNO, tiada pula isu ditimbulkan.

Penyokong Anwar juga bersabar apabila Anwar dahulunya dibogelkan, digari dan dipukul separuh mati. Tok Guru Nik Aziz juga bersabar apabila anaknya di seksa dan di ISAkan pada masa dahulu.

Tetapi, persoalannya, berapa lama ahli-ahli bawahan akan bersabar sebelum huru-hara tercetus?

Saya ambil satu contoh mudah di selatan Thailand. Sebelum tahun 2000, selatan Thailand boleh dikira aman. Selepas berlaku insiden pembunuhan umat Islam oleh tentera, setiap hari berlaku huru-hara di sana. Hampir setiap hari akhbar melaporkan kes-kes pembunuhan dan penyembelihan oleh golongan militan.

Sekiranya KJ dan UMNO berjaya mencetuskan huru-hara dan merampas kerajaan Pakatan Rakyat secara keji begini, tidakkah mereka khuatir akan ada golongan atau generasi baru yang tidak lagi percaya kepada sistem politik kita lalu beralih arah kepada kaedah militan.

Sebagai seorang yang kerap ke keluar negara, saya menyedari bahawa suara rakyat bukanlah suara yang lemah. Maharaja Cina dengan segala keagungan dan kebesarannya, dan dengan segala tentera dan penyokong istananya pun tumbang apabila rakyat rasa tertindas.


Jangan bermain api KJ! Nanti terbakar diri sendiri!!

Kepada pembaca, apa akan anda lakukan kalau Nizar dibunuh?"


WAJAR KE ? MUNGKINKAH C4 AKAN DIGUNAKAN KEMBALI !!!
Bapa Tajol... Ghazali Jawi derhaka pada Sultan Idris Shah


Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat bukan tergila-gilakan jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu, tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja. Maka, penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara hendaklah digunakan pakai.

Namun sejarah tidak dapat ditutupi. Cebisan sejarah lama juga boleh dijadikan panduan dan relevan kerana ia telah berlaku di Perak.. Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua.

Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan .

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban sebagai menzahirkan kemurkaan baginda sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar.

Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, hasil tulisan penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Krisis perlembagaan di Perak : Kerajaan persekutuan buat pekak badak.
Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 18:00:00 MYT oleh TokBatin

Analisis Isu Oleh ning



"Assalamualaikum,,..
Pagi tadi di radio IKIM FM, sewaktu menjawab soalan salah seorang pemanggil, Prof Aziz Bari menyatakan dengan jelas bahawa tiada "PERUNTUKAN UNDANG UNDANG" yang dapat menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak.Beliau turut menjelaskan bahawa tiada kuasa yang diberikan kepada sultan untuk memecat MB sekalipun sultan mempunyai kuasa untuk memecat Exco dengan NASIHAT MENTERI BESAR.Prof Aziz walaubagaimanapun menghuraikan bahawa kuasa melantik dan memecat Exco terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar tetapi sultan mempunyai kuasa memecat sekiranya dinasihati oleh Menteri Besar.

Dengan kata kata lain sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja.Ini juga bermakna sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang orang selain menteri besar dalam menjalankan kuasanya.

Persoalan ini membawa kepada satu kefahaman yang terang dan jelas kepada semua rakyat ia itu pemecatan MB Perak oleh sultan Perak tidak sah dan perlantikan MB baru beserta barisan Exconya menjadi haram dari sudut perundangan dan perlembagaan negara.Tidak ada keraguan mengenai perkara ini dan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berpaksikan perlembagaan, seharusnya semua pihak terutama kerajaan persekutuan yang menguruskan negara mematuhi keperluan perlembagaan ini dalam menentukan apa jua perkara yang berkaitan urustadbir negara atau negeri.Begitu juga sultan, seharusnya melihat kedudukan baginda dalam perlembagaan negeri dan negara sebelum mengeluarkan apa apa titah.Sultan seharusnya menerima hakikat bahawa kuasa mutlak sudah lama berlalu, sebaliknya harus memahami kedudukan baginda dalam sistem raja berpelembagaan.

Hal ini menjurus kepada kefahaman bahawa seseorang yang menolak titah sultan yang tidak mengikut lunas lunas undang undang dan perlembagaan tidak harus dianggap penderhaka seperti laksamana Hang Jebat atau Laksamana Bentan.Raja adalah kebal dari undang undang negara tetapi tidak kebal kepada perlembagaan negara selain tidak juga kebal dalam hal hal peribadi kerana boleh dibicarakan dalam mahkamah Khas.Bermakna seorang sultan yang bertindak melampaui batas batas perlembagaan tidak seharusnya ditaati lagi atau dengan kata kata lain, perlembagaan negara memberi laluan kepada setiap rakyat untuk mengengkari titah yang tidak menurut perlembagaan dan ianya tidak dianggap derhaka dari penafsiran perlembagaan.

Perkara inilah yang sedang dipertahankan oleh Ir.Nizar dan beliau mendapat sokongan dari seluruh kepimpinan PR serta sebahagian besar rakyat jelata.Kini Ir Nizar menuntut haknya yang telah dirampas dengan kejam oleh sultan dan barisan kepimpinan tertinggi negara.Perkara inilah yang seharusnya disedari terutama oleh pengamal undang undang yang diberi mandat dan kuasa seperti peguam negara dan menteri yang bertanggungjawab menjaga undang undang.

Agak pelik bilamana peguam negara membisu dan menteri terbabit menghilangkan diri dalam krisis Perak ini. Merekalah sepatutnya menjadi juara dalam mempertahankan kebenaran dan menegakkan keadilan di bumi Perak di mana mandat demokrasi rakyat telah dirampas secara haram oleh UMNO/BN.

Prof Aziz Bari turut menyarankan kematangan orang orang politik dalam menyelesaikan krisis yang tidak boleh ditangani oleh mana mana peruntukan undang undang ini.Tindakan mengunci,menghalau dan mengherdik menurut Prof Aziz tidak bijak dan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Dan kalau ditambah lagi segala kekasaran yang berlaku di kuala Kangsar tempoh hari boleh dielak seandainya rampasan kuasa ini dilakukan mengikut lunas lunas perlembagaan.

Sepatutnya mengikut Prof Aziz, kemelut yang berpunca dari lompat itu diselesaikan dengan cara menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan mandat baru.Pun begitu Prof Aziz ada menyebut bahawa tindakan mengambilalih secara haram sebegini tidak akan terlepas dari pengadilan rakyat.Mungkin kerajaan yang dibentuk secara haram boleh bertahan selama empat tahun dan selepas itu mereka terpaksa berdepan dengan rakyat.Oleh itu adalah bijak dan matang bagi semua pemimpin politik mengambil jalan mengutamakan rakyat dalam memastikan mandat memerintah.

Perkara ini sepatutnya diambil kira oleh pendokong kerajaan persekutan.PM,TPM dan seluruh jentera kerajaan persekutuan yang menjadi payung kepada seluruh negeri seharusnya menyedari dan mengutamakan mandat rakyat dalam apa jua penyelesaian kepada sebarang krisis.

Inilah sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang baik dan prihatin,Namun kerajaan yang baik itu tidak ada di negara kita.Sebaliknya kerajaan inilah yang memulakan semua krisis ini dan kerajaan inilah yang menggunakan sultan sebagai alat untuk mendapatkan kuasa secara haram dan tidak dibenarkan oleh perlembagaan.Kerajaan ini jugalah yang menggunakan istilah derhaka kepada orang orang yang menuntut hak yang diberi oleh perlembagaan, malah ada menteri kerajaan yang menggugut menggunakan ISA terhadap mereka yang memperjuangkan perlembagaan.Apa jenis kerajaan seperti ini?

Apa yang berlaku seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi oleh daun kelapa dan sesungguhnya cukup terang tanpa bersuluh lagi namum masih ada penggerak kerajaan yang mahu mempertahankan tidakan kejam dan haram ini dengan menggunakan alasan mematuhi titah sultan sedangkan mereka semua tahu titah sultan itu dimanupulasikan serta tidak mengikuti kehendak perlembagaan.

Krisis perlembagaan ini mungkin akan berlarutan sehingga satu saat di mana rakyat merasakan kehadiran sultan sudah tidak diperlukan lagi.Sehingga kini seperti kata Prof Aziz Bari,Sultan masih diberi hak dan kuasa penuh untuk menentukan pembubaran dewan atau Parlimen tetapi sedikitpun tidak ada kuasa untuk memecat Menteri Besar yang telah dilantik secara sah dari mandat majoriti rakyat.

Untuk itu, polis dan kerahan keselamatan di pejabat pejabat kerajaan dan diseluruh negeri perak adalah satu pengkianatan terhadap rakyat Perak oleh kerajaan persekutuan tetapi sehingga kini kerajaan persekutuan masih bersikap pekak badak terhadap semua komen komen dan analisa pakar mengenai krisis yang berlaku.Ini belum lagi termasuk isu kuasa speaker dewan yang ditolak oleh SPR yang langsung tidak diberi kuasa untuk memutuskan samada speaker membuat keputusan yang betul atau salah.Juga belum termasuk isu saman mahkamah terhadap ADUN yang melompat itu.

Kesimpulannya, undang undang perlantikan hakim yang baru diluluskan parlimen langsung tidak berfungsi seperti mana juga SPRM yang tidak langsung memberi kesan dan menteri yang membentangkan kedua dua rang undang undang ini nampaknya sudah menghilangkan diri.Di manakah telor menteri menteri dan para MP BN sekarang ini?"
hen hat ni apa cerita yek? Tanah sapa yek? Dan apa statusnya sebelum BN guna.

Mca bhgn ipoh barat telah diluluskan pd 10/10/07 luas 1.899.83 kaki persegi di Bandar baru kinta

UMNO gopeng 10/10/07 3 ekar di teja kinta

UMNO kampar 29/10/03 6.2 ekar di bandar kampar kinta

UMNO 4/8/05 2 ekar bandar kampar, kinta

UMNO di kuala kangsar 28/02./07 2.39 ekar di bandar k.kangsar

UMNO larut ,matang dan selama 7/09/05 43 ribu 566 kaki persegi pekan kemunting larut matang dan selama diskaun 50%

Mca kampar 26/05/04 3ribu 444.45 kaki persegi mambang biawan kampar diskaun 50%

UMNO pengkalan hulu 14/12/05 796.53 kaki persegi

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=11956#318872




Kepada semua kawan-kawan yang ingin mengetahui secara tepat mengenai keadaan Palestin, jemputlah untuk hadir......


FreeVideoCoding.com
Assalamualaikum......

Maafle, buat masa ni agak sibuk sikit..... Semalam ada 2 meeting bersama Persatuan Tadika dan Persatuan Taska.... Nak buat guana...terpaksa jadi Pengerusi kedua-dua buah Persatuan ni. Ni pun petang ni ada Meeting pulak bersama MAMPAT utk perlancaran Tabung Palestin.... Oklah berbalik kepada tajuk di atas....Sukalah kiranya saya nak mengajak semua merenung sejarah lepas bersangkutan dengan tajuk di atas.....

Bersama ni saya senaraikan beberapa tindakan yang telah dibuat oleh UMNO untuk merosakkan Institusi Diraja di Malaysia...

1. Siapa yang menghadkan kuasa Raja-raja Melayu --- Zaman Dr. Mahathir
2. Siapa yang tabalkan Sultan kedua Kelantan --- Anuar Musa
3. SIapa yang kahwin dan cerai dgn anak SUltan Selangor ( Ku Yah ) -- Mat Taib
4. Siapa yang panggil Sultan Mizan " Natang " --- Idris Jusoh
5. Siapa yang lantik orang UMNO ( Khalil Yaakob )berasal dari Pahang sbg Ketua
Menteri --- Ali Rostam
6. Siapa yang menyebabkan Rakyat Perak benci Sultan Perak -- Najib
7. Sila tambah kalau ada.....


Kesimpulannya, UMNO memang perosak sistem Institusi Diraja.....
Kesimpulannya, UMNO Dajal.....dan Parasit... bernaung dgn Institusi DIraja tetapi sebaliknya merosakkan Institusi Diraja....
Itulah kerisauan aku pada permulaan krisis ini berlaku. Aku antara yang sangat-sangat mempertahankan "Kedaulatan Institusi Beraja " kerana bagiku Raja adalah benteng terakhir kepada kedaulatan Islam dan Melayu.

Surat yang aku Faxkan kepada Sultan Azlan dan Raja Nazrin menjelaskan kekhuatiran aku akan " Kebangkitan Kebencian Rakyat " terhadap Institusi Beraja, terutama di Perak. Cuma harapan ianya tidak akan merebak hingga ke seluruh Malaysia.

Telahan aku tepat, daripada ribuan yang menandatangani buku tetamu Sultan Perak, boleh aku katakan 95 % mengutuk dan kecewa dengan tindakan Tuanku. UMNO bebas.... Tuanku terhina kerana kesilapan menerima nasihat daripada orang UMNO dalam istana sendiri. Jangkaan mereka " Orang Melayu " tidak akan derhaka ternyata salah.....

Tuanku masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan. Tuanku boleh mengarahkan untuk dibuat kajian secara mendalam kehendak Rakyat Perak. Turun sendiri ke padang dan dapatkan secara direct daripada Rakyat, apa yang mereka mahukan. Jangan sekadar mendengar kata-kata UMNO Perak.

Tuanku kena ingat, jangan terikut-ikut dengan permainan UMNO dengan menyatakan Tuanku telah berjaya menjatuhkan " Kerajaan DAP ", Tuanku silap. Tapi itulahn hakikatnya permainan UMNO, yang telah menipu Tuanku dengan menyatakan Tuanku bertanggungjawab utk menjatuhkan " Kerajaan DAP ". Salah, Tuanku berjaya menjatuhkan " Kerajaan Amanah dan tidak Korup "

Cuba Tuanku namakan mana-mana exco dalam Kerajaan Ir Nizar yang Korup kecuali yang 2 ekor katak tu ? Koruption dalam Kerajaan Tajol Rosli dulu........ panjang list yang boleh Tuanku nyatakan..... Pilihlah yang terbaik Tuanku.... Rakyat menyukai Kerajaan Ir Nizar dan Rakyat juga menyanjung Tuanku tetapi pilihan salah yang Tuanku buat menyebabkan Rakyat memilih Ir Nizar dan hilang Hormat kepada Tuanku..... Kenapa Tuanku mesti berbalah dengan Rakyat semata-mata kerana UMNO mendendangkan lagu " Selamatkan Melayu ". Apalah gunanya Melayu, sekiranya Melayulah yang menjahanamkan Melayu ????? seperti mana yang dilakukan oleh UMNO

Sambung smula lah.... nak gi meeting.....



Nampaknya segala perancangan jahat Najib Al-Tantuya akhirnya berjaya dilaksanakan. Dengan harapan ianya akan dapat menaikkan imej beliau menjelang perhimpunan Agong UMNO. Namun persoalannya sekarang.... adakah kejayaannya Merampas Kerajaan Perak berjaya menaikkan imej beliau atau menjatuhkan imej beliau dan seterusnya Imej UMNO.

Rakyat Malaysia umumnya sangat-sangat berdukacita dengan kejadian yang berlaku. Orang UMNO sendiri pun rata-rata menzahirkan kekesalan dan kesedihan dengan cara Rampasan Kuasa yang dibuat oleh UMNO. Mereka bertanya " BERMARUAHKAH " Kerajaan baru yang di tabalkan ?

Datuk Zamri pula, berpuas hatikah dan gembirakah bila dinobatkan sebagai " Menteri Besar Lanun ".

Kesimpulan, Najib bukan sahaja menjadi Ketua Perampas ( AL-UMNO Nah ) tetapi juga berjaya manjadi arkitek kepada Kebencian Rakyat terhadap UMNO. Nantikanlah kejatuhan UMNO pada PRU 13.









Cantik tak gambar haiwan-haiwan tu...
Assalamualaikum dan salam perkenalan semua..... Apa khabar ?

Saya baru belajar nak buat blok sendiri ? So kalau ada sebarang komen.... persilakan lah...... Tahu tak kenapa saya nak buat blog ni.....? Nak share pandangan dan pengalaman dalam kehidupan. Insyallah saya juga akan banyak menulis berkaitan pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan pengalaman saya. Selain dari itu saya akan menulis juga berkaitan dengan pengalaman di dalam organisasi NGO.

Cerita pertama saya akan berkisar kepada pengalaman PRK P036 yang lalu.... tentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembohongan.

Cerita kedua, saya akan masukkan gambar2 saya bersama keluarga di ZOO Melaka. Kanak-kanak dan guru-guru Taska & Tadika boleh gunakan gambar2 haiwan dalam pengajaran mereka....

Salam perkenalan dari saya dan keluarga.......
Gambar diambil semasa Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri 2008 semasa melayan Tun Salleh Abbas