Abi dan Umi berpossing sebelum kami meninggalkan Umi bersama Jamaah Umrahnya... Semoga Umi dipermudahkan ALLAH semasa di sana. Umi selamat jalan......


Acik Fadhillah memeluk Umi mengucapkan selamat jalan...Acik suka je tu...geli ke....



Adik Yah (Uda) mengucapkan selamat jalan kepada UMI.... Acik suka je tu...


Bergambar bersama Adik-adik Umi iaitu Fadli dan Imi bersama keluarga masing-masing...

ergambar dipintu masuk KLIA, Tingkat 2B


Hafiz sedang azan sebelum kami bertolak ke KLIA


Umi sedang bersedia menunggu untuk bertolak ke KLIA....



Umi bergambar bersama keluarga sebelum bertolak ke Melaka. Bergambar dibelakang Rumah Orkid kami......
Insyallah Cikgu akan bercuti di Melaka bermula dari hari ini sehinggalah 17 haribulan nanti.

Umi pula akan menunaikan UMRAH bermula dari 2/5/09 hingga 15/5/09. Doakan Umi berjaya menunaikan Ibadah dengan sempurna dan selamat kembali ke pangkuan keluarga yang sangat menyayangi dan memerlukan......

So Cikgu akan jadi Mr Mama le selama hampir 2 minggu.....

"Aku Mr Mama yeye !!!"

Jumpa dalam coretan dari Melaka..... insyallah.....
Mufti-mufti UMNO kata tak boleh Mogok Lapar... Dr Yusuf Qardawi kata boleh... Kita nak ikut sapa punya pandangan...????

Datuk Harusani... masa rampasan Kuasa di Perak tak cakap menda2 pung....Bakpe ekkk ???
Bakpe plak masa orang nak Puasa dan Mogok lapar...cepatnya kenyataan dikeluarkan....


kuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”



Entah le... Orang tanya kat cikgu...gambar tu Gambar bila, kat mana, dengan siapa ???? Susah rasanya cikgu nak jawab.... satu je yang boleh cikgu cakap... Dalam Kapalterbang.... yang lain tu boleh le tolong cikgu dapatkan jawapannya....
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.


Bila Paderi Dedah Rahsia
Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.”(At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


Wallahua’lam
Bukan terlewat, sengaja dilewatkan kemunculannya di blog ini... supaya kehadirannya bukan hanya dirasai pada tarikh 23 Mei tetapi sepanjang masa.....

Di kesempatan ini ingin Abi coretkan lukisan hati sebagai curahan rasa kepada Umi.....isteri tercinta....

Umi....
23 Mei kini menjelma lagi....
Seperti mana tahun-tahun sebelumnya.....
Tetap kita raikan seadanya.....



Umi...
Tiada kata seindah bahasa yang mampu ku luahkan kepada mu melainkan....
Terima kasih Umi....
Kerana....
Telah menjadi isteri mithali kepada Abi....
Ibu terbaik Generasi kita...
7 Orang Zuriat..penyambung perjuangan......



Umi...
Antara sedar atau tidak...
Antara kira atau pun hitung....
Telah 12 tahun kita bersama...
Menempuh ujian dan cabaran hidup sebagai pasangan Suami isteri....
Suka, duka, tawa, ria, rajuk, sedih, suram, gembira, apa sahaja....
Semuanya telah kita rasai..... sebagai....
Pasangan Suami Isteri....


Terima kasih kerana menjadi isteri ku....
Tak pernah ku sesal mengahwini dirimu...
Segala kesukaran hidup...
Ku anggap sebagai pendorong dalam diri...
Menjadi lelaki sejati....

Umi...
Tekad Abi.... hanya Kau di hati....
Hanya kau SEORANG sahaja isteri....
Tiada yang lain .... hanya kau seorang....
Percayalah sayang.... Kau lah seorangnya isteri Abi...

Namun kini...
Kau telah mempunyai Madu....
Madu-madumu menuntut pembahagian waktu.....
Abimu kini milik Syarikat, milik Parti dan milik Masyarakat..
Abi kini milik semua....

Tolonglah Umi....
Fahamilah diri Abi.....
Abi kini milik semua...
Milik Perjuangan.....
Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan....
Masa adalah harta yang perlu kita korbankan... bersama....

Umi...
Walau apa pun yang berlaku...
Kasihku tetap utuh untuk mu...
Setia ku Mantap khas untuk mu....
Tiada yang mampu menggugat kesetiaanku...
Melainkan mati.....

Percayalah Umi....
Percayalah.....
Teringat Cikgu kepada sebuah lagu...kalau tak silap Datuk SM Salim.... " Apa nak jadi " . So, Cikgu nak nyanyi le sikit.... hehehe " Apa nak jadi, apa nak jadi, Yb Terengganu kekoh s'sama sendiri " ... Berita yang Cikgu terima sekejap tadi melalui Malaysiakini menyatakan " Tiada Jalan Damai Idris-Ahmad"....



Adakah ini disebabkan "Tulah" kerana Menderhaka kepada Sultan Terengganu... Rasanya, Insyallah Cikgu nak menulis dan menyiapakn sebuah buku bertajuk " Tulah Derhaka - UMNO Terengganu Kekal Huru-Hara ". Ok tak? Ianya mungkin boleh dijadikan rujukan anak Bangsa Malaysia khususnya Rakyat Terengganu mengenai Penderhakaan UMNO Terengganu. Sapa setuju angkat tangan..... hehehhe.... tapi mungkin akan ambil masa yang agak lama kot....
Mengikut maklumat yang diperolehi oleh cikgu, DSN akan kembali diistiharkan sebagai Menteri Besar oleh mahkamah Rayuan. Linknya.... baca dalam http://idhamlim.blogspot.com/ dan buatlah takrifan dan andaian sendiri. Makrifat cikgu menyatakan, insyallah Perak akan kembali ke tangan yang Hak..... Takbir.....
TIA atau Terengganu Investment Autority adalah sebuah konsep yang menyamai T-Best, sebuah syarikat yang MEMBAHAM pitis Royalti Rakyat Terengganu. Cikgu difahamkan TIA mempunyai konsep yang LEBIH GANAZ daripada T-Best. Kalau T-Best bahang RM 15 Billion, TIA pulak Bahang Duit Royalti yang belum dikeluarkan daripada bumi. TIA akan mengeluarkan Bon dan diCAGARKAN kepada Minyak di bawah bumi..... walaupun belum tahu berapa hasilnya.... Persoalannya,

1. Halalkah ? Berdasarkan kepada konsep 'Pajak' poko semasa pokok baru berbunga dan belum
berbuah.... Sama le ni....?
2. Penggadaian Hak dan Maruah Rakyat Terengganu, sekiranya projek yang dijalankan GAGAL,
maka bayaran akan dicagarkan kepada duit daripada HASIL ROYALTI... Maknanya kalau gagal
suatu hari nanti, Terengganu ada hasil Minyak tapi duitnya milik orang - bayar hutang
Maka jadilah macam Pak Pandir ... Menang Sorak...kampung tergadai.....
Minyak ada....duitnya tiada..... hanya untuk bayar hutang....

Daulat Tuanku...Harap pertimbangkan perlaksanaannya..... Ampun Tuanku.......


Alhamdulillah, hari ini 19 Mei 2009, Cikgu menghadiri satu Penerangan Program dan Insentif anjuran SMIDEC. Apa itu SMIDEC...??? Small and Medium Industries Developement Corporation. Program telah diadakan PERCUMA di Bilik Seminar Koperasi Guru, Pulau Kambing Kuala Terengganu dan dihadiri oleh kira-kira 28 orang Usahawan Muda.

Menghadirinya, barulah CIkgu tahu bahawa, terlalu banyak GERAN (subsidi) yang boleh diperolehi oleh Usahawan melalui skim galakan SMIDEC. Antara Geran yang dikeluarkan oleh SMIDEC adalah ;

1. RM 100 K --> Modal memulakan Perniagaan ( MAMPAT akan anjurkan kemudian)
2. RM 150 K --> Untuk Sijil Halal ( 8/7/09 )
3. RM 50 K --> Promosi
4. RM 500 K --> Peningkatan Produk & Proses

Banyak lagi.... Banyak lagi yang kita tak tahu....

MAMPAT akan menganjurkan satu Taklimat mengenainya dengan Kerjasama SMIDEC dan dikendalikan oleh Pegawai SMIDEC sendiri.

Berikut adalah maklumat mengenainya:

Tarikh : 8/7/09
Hari : Rabu
Masa : 9.30 am - 5 pm
Target : Bagaimana mendapat Geran Sijil Halal ( Restoren & Keropok ) - RM 500 K
Yuran : Ditetapkan oleh SMIDEC
Bilangan Peserta : 30 orang sahaja ( Pendaftaran awal diutamakan )
Tarikh Tutup : Sehingga penuh, siapa cepat....

Hubungi Cikgu Fauzi ditalian 013-9238685


2 Ulama PAS ... ada ke kumpulan Profesional boleh menggantikan mereka...???

Alhamdulillah, Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam kepada Nabi s.a.w, penghulu segala Rasul.....

Pagi ni Cikgu agak tertarik kepada tajuk di UOL yang menyatakan PAS menanaktirikan kumpulan Profesional ??? Termenung lama gak cikgu bila baca tajuk tu.... Renung punya renung, akhirnya cikgu rasa cikgu nak tulis le dan ulas sikit mengenai persepsi tu.... secara pro dan kontra.... Memandangkan cikgu pun termasuk dalam kumpulan Profesional juga....


>YB Dato' Mahfuz Omar tak pernah pulak plan nak lawan TP, kenapa ekkk...???Walaupun Dato' dah lama dalam PAS.... Mungkin kerana Dato' faham erti Jamaah Islam...


Alasan yang diberikan adalah kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hanya diperuntukkan kepada Ulama....Kumpulan Profesional tak boleh pegang jawatan tu.....

Sebagai ahli kumpulan profesional.... ulasan cikgu adalah seperti berikut.....

Cikgu sebagai seorang daripada kumpulan Profesional menganggap adalah WAJIB bagi sebuah parti Islam, Presiden dan Timbalan adalah Ulama, berdasarkan kepada beberapa faktor;

1. Parti Islam, Ulama adalah Pimpinan kami
2. Timbalan pula akan menggantikan Presiden kalu ada masalah pada Presiden atau bila Presiden tiada di Malaysia....
3. Ketaatan Ulama kepada Hukum Islam lebih JELAS berbanding dengan kumpulan profesional kerana mereka lebih dekat dengan ALLAH berbanding kumpulan profesional......
4. Sebagai Parti Islam.... Ulama adalah tunjang Kepimpinan. Kalau tak boleh terima .... masuk le parti lain.....


Kemudian, cikgu terfikir...kenapa persoalan ini timbul sangat.... Adakah ada individu-individu tertentu yang "GILA" dan BERHAJAT sangat jawatan tersebut.....??? Jawapannya ye ..le ...tu..... Kalau tak masakan ianya timbul..... Kenapa ianya timbul....Kerana GILA kan Pangkat dan status......

Entah lah.... walaupun cikgu ni dilahirkan oleh Jamaah kampus kumpulan Profesional...tapi cikgu masih ingat Tarbiyah yang diterima cikgu dulu iaitu....

"" JAWATAN ADALAH AMANAH YANG PERLU DILAKSANAKAN DAN BUKAN UNTUK DIBANGGAKAN""

"" ORANG YANG MEMINTA JAWAAN ADALAH ORANG YANG PALING TIDAK LAYAK UNTUK JAWATAN ITU ""

Itu semua tarbiyah dan kata-kata yang cikgu masih ingat semasa usrah di kampus.... tetapi kenapa kini....semua nya seolah-olah dilupakan.....

Bagi Cikgu le...tak salah dan adalah lebih baik Ulama dan Umarak bergandingan bahu...seiring sejalan.... bukan saling berebutan..... Itulah sebab kenapa di dalam PAS kaedah perlantikan terbaik adalah melalui SYURA..... yang tiada dalam UMNO......


Cikgu kemudiannya renung kembali...kenapa agaknya isu ini timbul sekarang... Kenapa tidak dari dulu lagi..... Cikgu tak pernah dengar pulak Mat Sabu nak lawan Tok Guru, kenapa zaman "Endorgan" macam-macam cerita cikgu dengar...Adakah kerana JAWATAN sebagai menteri dah semakin dekat???? atau kenapa???? Minda tajam cikgu masih tercari-cari maksud sebenarnya kumpulan ini.....


Kehadiran Sebahagian daripada Tetamu....



Perasmi bersama Pengurus Pusat Tahfiz Gemilang di pentas...


Aktiviti Kreatif Anak-anak Taska...Steady Adik Irfan.....



Persembahan Daripada Juara Nasyid daripada SERTIS 1
Alhamdulillah.... Semalam dah selesai satu lagi Program Syarikat iaitu Hari Pertandingan dan Bakat Islam (Hebat). Walau pun penyertaan tahun ini sedikit merosot.... tetapi secara keseluruhan.... alhamdulillah.... berjalan dengan baik....

Tahniah kepada AJK terutama Pengarah program.....

Alhamdulillah... kelmarin Abe Mie mai Terengganu. Katanya nak jumpa sesangat kengkawan lama terutama Pok Lah Embong..best friends dia... seangkatan dan "setua" dia...huhuhu....

Kira punya kita hampir 15 tahun dok jupe....
Alhamdulillah, akhirnya dapat jupe gok...semoga perjumpaan itu akan membawa kesinambungan pertemuan yang lain... Semoga Abe Mie dapat (lekat) projek yang sedang diburunya....

Pertemuan diadakan di Kedai Air Buah Besar (lama) di Seberang Takir.... Yang sempat hadir adalah FND, Pok Ya, Nordin, Ambe dan Pok Loh.... Abang Zaaba dan Raza janji nak datang tapi sampai ketitisan iar yang terakhir...masih GAGAL untuk hadir....Di mana Jo Jambul.....



Gambar 2 Orang Otai Persip.... Abang Mie & Pok Lah ( bukan Badawi tapi Embong )



Otai Pok Lah Bersama Otai Pok Ya.... Tua dah rupanya kalian ekk...



Otai FND dan Nordin.....

Mie tidur di Guest Ambe yang tak seberapa tu.... Semoga Abe Mie selesa.... Cadangan nak buat gathering Persip Terengganu le..... bila ekkk.... sapa nak tolong handle...... dan arrange..... Abang Zaaba .... boleh ke????

Lambat le upload gambar kat rumah.... nanti le Ambe upload kat pejabat...Lusa.... Ahad..... kepada Persips...tunggulah gambar2 pertemuan kami.....
Ini lah keadilan Mahkamah Malaysia....
Apabila BN minta tangguh pengadilan..... dalam tempoh 6 jam fail di mahkamah... dah dapat keputusan.... Tangguh DSNJ kembali jadi MB sah..... Tapi pila PR fail kat mahkamah.... 60 jam baru nak bicara...keputusan tak tahu lagi...

Kalau tanya orang UMNO...biasalah tu...mahkamah banyak kerja....
Kalau tanya orang PR pulak..... lewatnya.....
Kalau tanya rakyat..... adil ke tu?????
Selamat Hari Guru....

Itulah semulia ucapan yang boleh Cikgu ucapkan kepada semua yang pernah mengajar cikgu di dalam kehidupan ini... Cikgu Zaitun, Cikgu Zainab, Cikgu Fatimah,Mr Lee, Mrs Tan Jock Eng, Miss Chua, Cikgu Radzi, Ustazah Wan Ramlah, Ustazah Zainab, Cikgu Faridah, Cikgu Maserifatun, Cikgu Yusof, Cikgu Karim (mentor), Dr Ahmad, Dr. Deris.... dan semua yang lain yang tak mampu cikgu senaraikan semuanya.....

Guru adalah segala-galanya bagi seorang pelajar. Keihklasan anda semua mengajar anak bangsa mengenal erti kehidupan yang sebenar, membolehkan kami menjadi insan sempurna hari ini.

Cikgu Zaiton, masih teringat lagi, debukkan cikgu di tengah belakang saya semasa ditingkatan 3 dulu telah menjadikan aku seorang yang matang, tabah dan kuat iltizam kini. Ustazah Zainah, cubitan manjamu di telinga kami masih terasa segar di dalam ingatan.....

Itulah antara nostalgia yang tak mampu untuk ku ucapkan selain ungkapan Keramat...

TERIMA KASIH CIKGU.....

Selamat Hari guru.....


Umi....

Terima kasih ingin Abi ucapkan
Kepada seorang wanita bergelar Umi...
Tiada yang lain melaikan dikau seorang dihatiku....
Itulah Umi kepada anak-anakku... Roselina Ghani.....

Umi...
Terima kasih kerana memberikan kepada Abi 7 pari-pari penyambung zuriat
Bakal pejuang dan benteng pertahanan Islam di hari depan....
Jasamu Umi tidak akan Abi lupakan
Sehingga bila-bila.....



Umi...
Terima kasih kerana menjadi Isteri mithali kepada Abi....
Jasamu, pengorbananmu sebagai isteri tidak terperi...
Melayani kehendakku sebagai seorang suami.....
Menghadapi kerenahku, egoku dan romantikku...suamiMu Umi....
Terima kasih.... Umni....
Dikaulah ibu sejati....

Umi...
Jerih dan payahmu seharian melayan anak-anak cukupku hargai....
Tiada kata seindah bahasa yang mampu ku ucapkan kepada mu....
Selain daripada.... terima kasih Umi...


Umi...
Izinkan hari ini untuk Abi mengucapkan...
Selamat Hari Ibu kepada Umi....
Semoga akan ALLAH berikan kepada kita Baitil Jannati....
Selamat Hari Ibu Umi.....

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Kesimpulannya :

1. Esok kena Puasa Sunat
2. Solat sunat 2 rakaat

Semua Ahli PAS kena ikut.....
Janggut Panjang Dikalahkan Janggut Pendek- Oleh MSO

SATU panggilan dan satu SMS masuk ke dalam telefon bimbit saya lewat petang ini memaklumkan yang anak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda Pas Kelantan ditangan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Nik Abduh kalah dengan 22 undi. Beliau mendapat 56 undi manakala Latiff mendapat 78 undi. Terkejut pun ada, tidak terkejut pun ada dengan apa yang berlaku. Seperti mana saya sebut dalam Surat Merah, kedua mereka adalan adik-adik saya belaka. Jadi tidak elok kalau saya merasa suka atas kemenangan Latiff sebab saya juga kena rasa sedih dengan kekalahan Nik Abduh.

Tak mengapa, saya harap keduanya menerima hakikat begitulah adat perlawanan dan natijah demokrasi. Kepada Latiff diucapkan tahniah dan kepada Nik Abdul usah risau perjalanan perjuangan masih jauh. Kalau kita ikhlas, komited dengan jihad kita boleh memberi sumbangan kepada perjuangan meskipun tanpa jawatan. Sesuatu kena ingat saf pemuda Kelantan hampir separuh bersama Nik Abduh!

Kekalahan Nik Abduh saya sudah merasakan sejak dari pagi tadi memandangkan kepada sikap serba salah dan sikap terbuka ayahnya sendiri. Ayahnya boleh membantunya untuk menang, tetapi nampaknya ayahnya tidak mahu membantu anaknya takut dikatakan kroni. Atas sifat Mursyidul Am Pas, ayahnya boleh panggil Nik Abduh dan Latiff berkomporami, samada Latiff sebagai ketua atau Nik Abduh mengekalkan kedudukannya sebagai ketua. Tetapi malang apa yang boleh dilalukan itu tidak terbuat oleh ayahnya yang percaya kepada ketulusan demokrasi!

Manakala menurut seorang penjenguk blog Merah Tinta dalam emailnya kepada saya dia merasakan kekalahan Nik Abduh sejak petang semalam lagi. Kata penjenguk itu kebetulan petang semalam dia berada di Pantai Cahaya Bulan (PCB), membawa anak-anaknya bercuti. Dia ternampak Latiff dan beberapa orang sedang menanti seseorang.

Ceritanya, sekejap kemudian Zaki Ibrahim (bekas ketua pemuda Kelantan) datang dan bergabung dengan kumpulan Latiff. Katanya dia ingin meninjau dewan tempat bersidang. Kata penjenguk itu dia hairan dan tertanya-tanya kenapa Nik Abduh sebagai timbalan ketua tidak ada ada. Sepatutnya Nik Abduh turut tinjau sama.

"Melihat suasana itu saya sudah merasakan yang Nik Abduh akan kalah," kata penjenguk itu melaporkan apa yang beliau saksikan. Saya tidak mahu membuat apa-apa andai di sini apakah Latiff dan Zaki bersekongkol atau sebaliknya. Namun apa yang saya tahu keduanya adalah orang Husam Musa.

Seperti saya kata tadi, tidak kisah siapa yang diberikan amanah untuk memimpin barisan Pemuda Kelantan. Yang penting mereka yang menerima amanah itu dapat memikulnya sebaik mungkin untuk kebaikan Pas Kelantan dan sebagai kesenbimbungan kepimpinan lampau.

Dan paling saya harapkan semoga kejernihan akan bertaut balik selepas ini. Jadikan pertandingan itu sebagai biduk lalu kiambang bertahut. Hendaknya Latiff tidak akan membiarkan begitu sahaja Nik Abduh, masih ada guna tenaga dan buah fikirannya untuk perjuangan Pas.

Apa yang saya nak ulaskan mengenai pertandingan Latiff dengan Nik Abduh itu, saya melihat ia membawa signifiken tertentu. Ia bukan pertandingan biasa sebenarnya. Perlawanan itu ada ujian kepada masa depan politik Kelantan dan juga kepimpinan dalam Pas hari ini.

Katakan bahawa Latiff adalah proksi kepada Husam Musa yang akan membawa perubahan dan kepimpinan bentuk baru yang sedang digilai kini. Maksudnya yang tidak ekstram, fanatik dan berwajah ulamak berserebeh dengan janggut panjang yang sering ditunding kepada Nik Abduh. Latiff tidak berjanggut sepanjang Nik Abduh. Husam pula janggut tidak sepanjang janggut Tok Guru. Manakala Zaki Ibrahim pula langsung tidak berjanggut.

Manakala, katakan pula Nik Abduh adalah proksi ayahnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kebetulan, Nik Aziz ada janggut dan anaknya juga ada janggut. Timbalan ketua pemuda Ahmad Baihaki Atiqullah juga ada janggut. Mungkin mereka satu kem!

Kalaulah andaian saya ini benar bermakna kumpulan tak berjanggut panjang menang di Kelantan. Kemenangan Latiff yang tidak ada janggut itu membawa makna dan erti besar kepada kumpulan itu di Kelantan yang diketui oleh Husam. Saya yakin Husam tentu gembira dan berpuas hati dengan anak didiknya itu kerana berjaya menyingkirkan si berjanggut Nik Abduh.

Kemenangan Latiff dengan 22 undi itu memberi isyarat juga kepada kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang berjanggut. Bahawa kepimpinan muda hari ini sudah tidak mahukan kepada orang berjanggut lagi. Kerana Nik Abduh adalah anak Nik Aziz ini bermakna separuh pemuda Kelantan tidak mahu lagi kepada orang berjanggut termasuk kepada Nik Aziz sendiri.

Mungkin bagi Tok Guru sendiri beliau tidak faham dengan perkembangan ini. Dengan jatuh anaknya itu permainan dalaman sudah pun bermula. Signal kepada beliau juga sudah pun bermula. Sekiranya isyarat awal ini tidak diawasi ia bakal memberi bahana kepada kumpulan berjanggut panjang.

Janganlah Tok Guru merasa sedih kalau di masa depan kumpulan anak muda ini akan membuat berbagai telatah termasuk menggesanya agar berundur. Atas alasan janggut panjang tidak diperlukan lagi ataupun kerana sudah terlalu lama, maka mereka akan terang-terang akan meminta agar si janggut pendek menggantinya.

Apapun ini adalah ilusi dan andaian saya saja. Hendaknya semuanya tidak betul dan tidak akan terjadi. Janggut pendek dan janggut panjang akan terus saling hormat menghormati antara satu sama lain. [wm.kl. 10:30 pm 09/05/09]

Tahniah dan Takziah Cikgu ucapkan. Ingatlah, Jawatan adalah amanah yang perlu dilaksanakan dan bukan dibanggakan.....

Kepada yang Menang sama-samalah beristighafar, kerana selepas ini kita kena bekerja untuk kemenangan Islam......

Kepada yang Kalah, bersyukurlah kerana ALlah mengurangkan satu amanah yang perlu dilaksanakan........

Takbir....


Apalah nak jadi, YB Yit Foong menyerang YB Yew Tian Hoe. Sepatutnya sesama OKU, mereka berganding bahu untuk mempertahan dan memperjuangkan hak OKU-OKU yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya di Malaysia ni. Yit Foong sepatutnya sedar.... Dalam Pakatan Rakyat, golongan OKU dianggap setaraf dengan orang lain.... Cikgu harap Yit Foong boleh jawab soalan Cikgu..... Berapa orang OKU dalam BN yang dapat menjadi YB ? TAK ADA.....

Yit Foong tak sedar betapa bertuahnya dia dapat menjadi YB walaupun OKU... tapi lepas ni...sorry le..... Golongan OKU mungkin semakin ditindas....hilanglah hak OKU untuk membela golongan OKU lain sebab ...orang kata " TAK SEDAR DIRI"



Alamak..... Terkezut cikgu melihat gambar di atas.... Cikgu rasa semua pembaca blog cikgu pun tentu terkejut "Macaca Facilaris" - beruk. Melihatkan kepada bagaimana seorang Speaker boleh diheret oleh "bukan Orang Dewan" untuk dikeluarkan daripada Dewan....

Persoalannya ???? Di manakah keistimewaan seorang Speaker...???? Analoginya macam ni lah....

Dun ibarat sebuah rumah dan Speaker adalah tuan rumah kepada Dun. Tuan rumah diheret keluar daripada rumahnya keranay melarang "lanun Perak" untuk merampas rumahnya....

Kalau dalam Islam, 3 perkara "wajib" dipertahankan dan kalau mati mereka akan dianggap Syahid iaitu;

1. Maruah
2. Harta benda
3. Nyawa ( kalau salah tolong tegur)

Tindakan YB Siva.... mempertahankan maruah dan harta benda(rumah - dun) adalah benar....

Biula bercerita tentang Syahid - teringat pulak cerita yang berlaku dalam Dun Terengganu apabila 3 YB UMNO menerima sms ugutan bunuh. Adalah seorang YB PAS tanya kepada YB UMNO kenapa takut sangat nak datang Dun bila terima SMS tu....

Tahu tak apa jawapan mereka....????lawak...lawak...lawak.....

" Orang PAS berani le cakap, kamu kalau mati, mati syahid.... kami orang UMNO tak Syahid"...... Laaaaaaaaaa tahu tak apa.......

Moral : Tahu tapi tak mahu...Iktiraf tapi tentang.....

Manusia..manusia.....

Assalamualaikum.....

Menyahut seruan pejuang Demokrasi dan menentang Umnocrazy, Cikgu Fauzi Smart bersama baju hitamnya sebagai menyambut seruan One Black Malaysia.

Sebagai seorang pejuang Demokrasi, Cikgu rasa menjadi tanggunajawab Cikgu untuk bersama memakai baju hitam sebagai tanda sokongan memandangkan Demokrasi Malaysia yang semakin "malap bahkan Gelap". Bilakah cahaya akan muncul....

APa yang penting sejarah tidak akan dilupakan oleh anak Bangsa Malaysia yang cintakan kebenaran bahawa hari ini " UMNO Meneruskan PENCABULAN dan PEMERKOSAAN" terhadap Dermokrasi. Semoga ianya akan mampu dihapuskan...Hancur UMNO & BN....
Cikgu menjemput mana-mana bloggers dan semua yang membaca blog cikgu untuk menghadiri Majlis Hi-Tea bersam TGHH seperti maklumat berikut ;

Tarikh : 7 Mei 2009/Khamis/esok
Masa : 5 ptg
Tempat : Maahad Tahfiz Tarbiyyah Tok Jiring (MTT)
Bayaran : Tiada Bayaran dikenakan ( Sumbangan Dialu-alukan untuk pembinaan Sekolaj )
Tujuan : Mengumpul dana untuk Pembinaan Sekolah




Walau pun anda tidak boleh hadir untuk memberikan sumbangan, anda semua masih boleh menghubungi cikgu untuk tujuan sumbangan. Sumbangan samada dalam bentuk Zakat/Jariah/Derma/Wakaf boleh dilakukan untuk ibu/ayah/datuk/nenek/isteri/sendiri.....

Mendermalah untuk simpanan hari akhirat......