Photo Puzzle Maker

Selamat Hari Raya Aidlil Adha daripada Cikgu sekeluarga kepada semua.....
SMS 8


[[[[[Assalamualaikum Cikgu.APa Khabar?Lama saya tak baca jawapan dari Cikgu.Kenapa? Kurang sihat?Atau tiada hujah untuk mematah buah kilas saya?Aduh Cikgu ini bagaimana ya?Baru kena acah macam itu pun sudah mahu menangis?Keraslah jiwa sikit.Barulah boleh jadi pejuang Islam yang disegani macam Salahudin AYub.Kenal tak?Bukan NP PAS. Tapi panglima perang salib yang mashyur itu.Kalau Cikgu nak membela Islam, itu memang sikap yang terpuji.Tapi jika cikgu beriya2 nak membela PAS, saya tak pandang Cikgu walau sebelah mata. Sebabnya PAS itu bukannya Islam tapi hanya parti yang merebut kuasa sama seperti UMNO juga.Orang PAS juga terima habuam dan tajaan seperti orang UMNO juga.Wang ehsan,dana khas dan royalti minyak semuanya jadi candu buat orang PAS ketagih. Termasuklah Adun dan TokGuru PAS itu.Orang PAS juga meleleh air liur bila ditaja macam TGNA itu.Apa jua alasannya,orang PAS itu juga menerima amalan politik wang itu.Komen. ]]]]]]

Pun cikgu akan jawab kemudian... agak sibuk......
SMS 7

[[[[[ Assalamualaikum Cikgu.Kenal tak dengan puak Mustadhafin. Mereka ni orang yang tidak punya apa2.Bukan macam cikgu.Hidup mewah.Ada rumah.kereta dan keluarga bahagia.Syukurlah.Tapi bangkang dok starang.Puak2 ni banyak sekali di sekeliling kita.Mereka tak kenal nikmat bahagia yang Cikgu ada.Air mata derita jadi teman setia.Mereka sangat daif berbanding'ORANG' PAS yang banyak kaya raya-Doktor,Cikgu,Jurutera.Taukeh sarang burung walid.Adakah para mustadhafin ini menyokong PAS?Saya rasa mereka sangat berharap dengan wang ehsan sekali setahun itu.Adakah mereka ini PAS anggap sebagai sangat lemah pendirian kerana terima bantuan daripada kerajaan dan mereka pun pangkah Umno. Sebaliknya mereka tahu menghargai budi baik Kerajaan. zTanpa sokongan Msutadhafin ini pas hanya bermimpi menawan Tganukite ni. Sebaliknya dalam PAS penuh dengan opurtunis dan petualang macan CIKGU dan yang lain.Mulut manis kecek agama.Fi hati kuasa. ]]]]]]]

Nantilah CIkgu Jawab..... agak sibuk sekarang ni.... Tapi bukan bermaksud CIkgu tak jawab....
SMS 6

[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu. Benarkah PAS itu berjuang untuk membela Islam?Saya rasa dengan yakin tidak.Sebaliknya hanya mahu berebut kuasa dengan UMNO. Apa hebatnya PAS berbanding dengan jihad Nordin Mat Top atau Imam Samudera.Apa gahnya PAS berbanding dengan Hizbolah di Lubnan.Begitu teguh mereka lawan Zionis. Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam. Puak yang saya sebutkan tadi jauh lebih hebat.Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS.Jadi tiada beza apa pun PAS dengan UMNO.Jika dikatakan UMNO rasuah.PAS itu jauh lebih lagi khianatnya bila dapat kuasa.Buktinya di Terengganu ini sahaja PAS sudah banyak khianat dengan amanah yang diberi rakyat. Sebab itu ALLAH cabut kuasa dari PAS dulu.Cikgu sendiri boleh jawab benar atau salah tuduhan saya ini.Janganlah kita terlampau jumud pemikiran. PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi ]]]]]]


Jawapannya

Asalamualaikum Cikgu. Benarkah PAS itu berjuang untuk membela Islam?Saya rasa dengan yakin tidak.Sebaliknya hanya mahu berebut kuasa dengan UMNO.

La..... logik le Saudara... dah namanya Parti politik...... Memang lah PAS berebut kuasa dengan UmNoooo untuk memastikan UmNoooo kalah dan PAS berkuasa supada Islam dapat didaulatkan.....

Saudara pernah tak baca Perlembagaan PAS.... Cikgu tanya utk kesekian kalinya kepada saudara...

Cikgu sokong PAS pun kerana Dasar Pas dan perlembagaannya yang meletakkan Islam sebagai agama, Quran sebagai Dustur.... dan inilah yang tiada dalam UmNooooo......

Mata manusia biasa pun boleh menjustifikasikan....
Kalau orang lihat muslimat PAS dan lihat Wanita UmNoooo ,....... orang akan boleh kata.... siapa yang lebih mengamalkan Islam.......


Apa hebatnya PAS berbanding dengan jihad Nordin Mat Top atau Imam Samudera.Apa gahnya PAS berbanding dengan Hizbolah di Lubnan.Begitu teguh mereka lawan Zionis. Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam. Puak yang saya sebutkan tadi jauh lebih hebat.Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS.Jadi tiada beza apa pun PAS dengan UMNO.


Saudara.... kalau nanti Cikgu kata saudara buta..... jangan marah.... Islam tidak pernah mengajar umatnya membunuh orang yang tidak bersalah....budak2 dan wanita...

Saudara pernah ke Palestin ke.... Jangan cakap banyak.... Kami di Yayasan AMal dah banyak kali ke sana...hantar bantuan kewangan.... Saudara tahu tak... Kerajaan Hamas di Palestin terlalu menghargai PAS di atas bantuan dan sokongan yang diberikan. UmNoooo beri duit yang dikutip dari rakyat pun kepada Fatah..... yang tak terlibat dgn perang......

Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam.

Kalau PAS tiada air kaki... UmNoooo..... air taik pun tak ada.... jauh sekali......


Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS


TU le yang Cikgu katakan.... Saudara berhujah menggunakan Nafsu.... FAKTA BUTA... tahu tak saudara Hizbullah di Lubnan sekarang ni dah membentuk Kerajaan Campuran dengan Parti Memerintah.....Sekali lagi saudara BUTA HATI DAN FAKTA.....

Jika dikatakan UMNO rasuah.PAS itu jauh lebih lagi khianatnya bila dapat kuasa.Buktinya di Terengganu ini sahaja PAS sudah banyak khianat dengan amanah yang diberi rakyat. Sebab itu ALLAH cabut kuasa dari PAS dulu.Cikgu sendiri boleh jawab benar atau salah tuduhan saya ini.Janganlah kita terlampau jumud pemikiran. PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi

Memang dasar UmNoooo suka tuduh tanpa bukti sekadar tembak tanpa peluru..... Nyatakan apa Rasuah yang PAS buat.... Siapa pimpinan PAS yang ditangkap kerana Rasuah...Apa khianat yang PAS buat Nyatakan..... Kalau saudara tak nyatakan... ini adalah SMS terakhir saudara yang Cikgu akan jawab.....

Cikgu jawab...: Tuduhan saudara adalah PALSU dan sekadar FITNAH kecuali berikan fakta dan data atas tuduhan saudara tadi.....

PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi


Kalau PAS penyembah berhala demokrasi... UmNoooo pulak apa ????? Ke UmNoooo itu sendiri BERHALA....... rakyat kena sembah UmNooo untuk mendapatkan duit...... ehsan....
Salah tu... PAS mempergunakan ruang yang ada untuk kemenangan Islam......
Tidak fanatik kepada Demokrasi..... kalau sekiranya perlu cara lain... Insyaallah PAS akan gunakan....

Wassalam....

Kali ini.... kalau saudar tak jawab soalan2 yang cikgu berikan..... Bermakna ini adalah sms terakhir saudara yang Cikgu akan balas..... Letih berhujah dengan orang yang suka FITNAH.... tanpa asas dan bukti yang kukuh....
SMS 5

[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu. Perjuangan Nabi SAW adalah kerana bangsa.Ini kerana Nabi diutuskan kepada orang Arab untuk keluarkan mereka dari belengu jahiliyah.Nabi sendiri berketurunan Quraisy.Yakni suku yang paling mulia.Tentu sekali kumpulan sasaran dakwah Nabi ialah kaum Baginda dahulu.Tentu saja Nabi dibangkitkan untuk bawa rahmat keseluruh alam.Maka tentulah Nabi mendahulukan bangsanya.Maka tak usah nak merapu sangat dengan hujah berbelit Cikgu itu.Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.Yang jadi persoalannya di mana PAS untuk perjuangan Melayu ini. Sebaliknya sokongan orang Melayu senakin susut.Mana benarnya PAS jika orang'MELAYU ISLAM'itu tidak percaya kepada PAS.Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam. Sekadar guna Islam itu sebagai kosmetik untuk merebug kuasa.Apa usaha PAS untuk membangkitkan Islam? Tetapi kehebatan berpolitik serah kepada PAS. Sila komen ]]]]]]

Jawapan

Assalamualaikum saudara F.....
Walau pun Cikgu rasa malas nak jawab soalan yang sama yang diberikan oleh saudara tapi untuk kali ini Cikgu akan menjawab buat kali terakhir "soalan berulang" yang saudara berikat dan pada kali ini akan Cikgu sertakan bersama dalil HADIS Nabi lagi.... Kalau Saudara nak nafikan Hadis yang Cikgu sertakan.... Terpulanglah.....

Hujah Berulang Saudara :

Asalamualaikum Cikgu. Perjuangan Nabi SAW adalah kerana bangsa.Ini kerana Nabi diutuskan kepada orang Arab untuk keluarkan mereka dari belengu jahiliyah.Nabi sendiri berketurunan Quraisy.Yakni suku yang paling mulia.Tentu sekali kumpulan sasaran dakwah Nabi ialah kaum Baginda dahulu.Tentu saja Nabi dibangkitkan untuk bawa rahmat keseluruh alam.Maka tentulah Nabi mendahulukan bangsanya.

HADIS NABI :

Perkauman membawa kepada kezaliman

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ « أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ


Maksudnya; Seorang sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah, apa itu perkauman”. Rasulullah menjawab ”Kamu menolong kaum kamu ke atas kezaliman”. (Sunan Abi Daud)


Satu lagi Hadis Nabi :

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya: Bukan daripada ajaran Islam, mereka yang mengajak kepada perkauman dan berperang mempertahankan perkauman. Bukan daripada Islam mereka yang mati di atas perkauman. (Sunan Abi Daud)


Maka tak usah nak merapu sangat dengan hujah berbelit Cikgu itu.Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.


Jadi sekarang Siapa yang Hujah Berbelit.... Biarlah orang ramai menentukan.... Saudara asyik kata Nabi berjuang kerana Bangsa.... Tapi hanya menggunakann hujah Akal Singkat saudara sahaja.... Berilah Dalil yang mengguatkan hujah.... Semua orang boleh berkata, semua orang boleh belit seperti saudara..... Tapi Hadis Nabi... tak semua orang boleh bagi.... Jangan suka menuduh orang hujah berbelit sedangkan hujah saudaralah yang SANGAT BERBELIT...


Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.Yang jadi persoalannya di mana PAS untuk perjuangan Melayu ini. Sebaliknya sokongan orang Melayu semakin susut.Mana benarnya PAS jika orang'MELAYU ISLAM'itu tidak percaya kepada PAS.Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam.


Tolong baiki ayat saudara.... Bukan macam ayat Orang Melayu. Ayat tu tergantung. Ini ke cara orang yang terlalu Bangga kepada Bangsa tapi tak suka menggunakan ayat Bahasa Melayu yang betul... kalau "typing error" tu ok le... tapi ni salah ayat.....

Kalau UmNooo betul2 sayangkan Bangsa... Kenapa di laksanakan PPSMI ? Cuba Jawab soalan Ni....???

Siapa kata sokongan orang Melayu kepada PAS semakin menyusut.... Saudara.... Bercakaplah berdasarkan kenyataan.... Kalau sokongan Melayu semakin susut kepada PAS ...Bagaimana PAS boleh menang di KEDAH, UmNooo hanya menang 1 kerusi je di Kelantan, PAS menang 2 kerusi di Johor ( tak pernah menang), menang juga kerusi di Perak, Negeri 9, Selangor Bahkan meningkat kerusi di Terengganu dari 4 ke 8 kerusi.... ATAU MATA saudar telah diBUTAKAN oleh sikap FANATIK saudara.......


Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam.

Jadi saudara nak kata UmNoooo jujur dan ikhlas dengan perjuangan Islam ke ??? Kenapa kalau jujur dan ikhlas dengan Islam... JAWAB SOALAN INI : Kenapa Tak laksanakan Hukum HUDUD selepas 52 tahun memerintah tapi Zakat dikuatkuasakan dengan sangat baik ???? Ikhlas ke tu.... atau kerana Zakat mendatangkan sumber kewangan.... TOLONG JAWAB...Jangan belit.....

Kedua ; Kenapa wanita UmNoooo tak RETI nak tutup aurat..... ....

Sekadar guna Islam itu sebagai kosmetik untuk merebut kuasa.Apa usaha PAS untuk membangkitkan Islam?


Jadi siapa yang lebih menggunakan Islam sebagai Kosmetik.... PASTI UmNoooo......

N3 KOTA SIPUTEH
Jumlah Pengundi: 20,281
Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78%
1. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) (8,160)
2. Ismail Wan Teh (Pas) (7,665)
Majoriti: 495
Jumlah undi: 16,103
Peratus mengundi: 79.4%
Undi rosak: 278
Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)
(Majoriti: 1,573 undi)


Cikgu menerima 2 lagi sms (maknanya sms ke 6). Mohon semua untuk menilai sms2 tersebut dan berikan komen2 membina....

Cikgu akan ulas kemudian..... tak sempat masa ni..... sibuk.......insyallah

SMS 5


[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu. Perjuangan Nabi SAW adalah kerana bangsa.Ini kerana Nabi diutuskan kepada orang Arab untuk keluarkan mereka dari belengu jahiliyah.Nabi sendiri berketurunan Quraisy.Yakni suku yang paling mulis.Tentu sekali kumpulan sasaran dakwah Nabi ialah kaum Baginda dahulu.Tentu saja Nabi dibangkitkan untuk bawa rahmat keseluruh alam.Maka tentulah Nabi mendahulukan bangsanya.Maka tak usah nak merapu sangat dengan hujah berbelit Cikgu itu.Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.Yang jadi persoalannya di mana PAS untuk perjuangan Melayu ini. Sebaliknya sokongan orang Melayu senakin susut.Mana benarnya PAS jika orang'MELAYU ISLAM'itu tidak percaya kepada PAS.Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam. Sekadar guna Islam itu sebagai kosmetik untuk merebug kuasa.Apa usaha PAS untuk membangkitkan Islam? Tetapi kehebatan berpolitik serah kepada PAS.Sila komen ]]]]]]


SMS 6

[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu. Benarkah PAS itu berjuang untuk membela Islam?Saya rasa dengan yakin tidak.Sebaliknya hanya mahu berebut kuasa dengan UMNO. Apa hebatnya PAS berbanding dengan jihad Nordin Mat Top atau Imam Samudera.Apa gahnya PAS berbanding dengan Hizbolah di Lubnan.Begitu teguh mereka lawan Zionis. Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam. Puak yang saya sebutkan tadi jauh lebih hebat.Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS.Jadi tiada beza apa pun PAS dengan UMNO.Jika dikatakan UMNO rasuah.PAS itu jauh lebih lagi khianatnya bila dapat kuasa.Buktinya di Terengganu ini sahaja PAS sudah banyak khianat dengan amanah yang diberi rakyat. Sebab itu ALLAH cabut kuasa dari PAS dulu.Cikgu sendiri boleh jawab benar atau salah tuduhan saya ini.Janganlah kita terlampau jumud pemikiran. PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi ]]]]]]

Pembetulan Tarikh : 23-25 November 2009......
Bukan bulan Disember.....
SMS 2
[[[[[ Wajarkah kite pcaye dgn PKR parti yg semberono urus tadbir politiknye ahlinye suka lompat parti. tapi sape salah ? Adun yg mlompat atau DSAI yg sangat liberal itu? budaye politik PKR adelah mcm koboi. baham blake. pas cume jadi kude dia utk dapat kuase DSAI dah jadi mursyidul am pas ganti TGNA Layak benar digelar "TOK GURU ANWAR IBRAHIM". Majlis syura ulama TG ANWAR ialah DAP, elizebet wong, gobalakrisnan. Wahai saudara PAS semue kite wajib kaji wajar atau tidak hubungan dalam PAKATAN ini ]]]]]

Salam Saudara F.....
Berkaitan dengan sms ke 2 saudara ni.... Cikgu malas nak komen sangat sebab tidak melibatkan Cikgu..... dan Cikgu yakin PKR ada kelemahan dan kelebihannya sendiri..... Sama Juga macam UmNooooo...... Kalau Saudara kaitkan PKR dengan budaya lompat.... saudara kena ingat...... PKR pun boleh kata perkara yang sama....... ke UmNoooo.... parti Rasuah.... Adun UmNoooo tak melompat sebab semua semua ada fail Rasuah..... Saudara masih ingat lagi kes MB Abe Mat Said..... bila dia terima jawatan sebagai MB, SPRM kata melalui TV2 menyatakan ada seorang Adun Trg bakal di tangkap kerana 3 kes besar....? Ugutan adalah lumrah dan budaya UmNoooo.... Kalau Saudara kata budaya PKR macam Koboi, PKR akan kata budaya UmNooo macam Samseng.... ugut mengugut adalah lumrah..... Budaya Baham blake tu budaya UmNoooo... dan saudara kena ingat ahli PKR Majoriti daripada UmNooooo.... UmNooooo lah yang telah mendidik dan mengasuh budaya BAHAM BELAKE macam saudara kata tu..... samada sedar atau tak sedar......

Yang lain.... Cikgu malas nak komen...... kerana bagi Cikgu, PAS yang Cikgu kenal, mempunyai Pendirian Kukuh mengenai Islam.... cuma buat masa ini menggunakan pendekatan yang lebih berlembut dengan Pakatan Rakyat..... dalam memberikan Keadilan kepada Rakyat....... Saudara PAS pernah bersama UmNooooo sebelum di TENDANG keluar..... APALAH salahnya kalau PAS mencuba memberi peluang yang sama diberikan kepada UmNooooo CUMA kali ini diberikan kepada PR.......

Apa-apa pun Cikgu hormati Persepsi yang saudara berikan... terima kasih.......
Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri membekal darah ke otak

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Tanda-Tanda Amaran Strok

Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang

akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di Malaysia, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Jenis Serangan Strok

Terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Strok berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Faktor Risiko

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.

Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana Strok Didiagnosis?

Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Kesan Strok

Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang.

Pemulihan

Pemulihan segera adalah amat penting yangn mana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Pencegahan

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Salam....
Masih ingat lagi penjelasan Cikgu dulu dalam post yang lalu pada tajuk SMS Memecah Belah. Cikgu menerima 2 lagi sms sebagai balasan hasil tulisan Cikgu menjawab sms yang diberikan kepada Cikgu terdahulu.... Ok.... Cikgu coretkan kembali 2 lagi SMS yang baru diterima.... Semoga anda semua boleh menilai kejumudan pemikiran orang yang ": Merasakan" dia terbaik.....

Message 1

[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu Fauzi. Apa Khabar?Saya ada baca blog Cikgu tapi saya ada sedikit kecewa. Sayang, Cikgu kurang cerdik bermain bahasa.Mata pelajaran apa Cikgu ajar murid2?Kalau bahasa Melayu saya khuatir murid Cikgu akan bingung. Bagaimana perumpamaan atau kiasan atau ibarat yang saya berikan iaitu hubungan melayu dan islam umpama jasad dengan roh itu Cikgu gagal fahami.Sehingga Cikgu menyimpang ke jalan lain. Itu yang saya maksudkan jika melayu tidak menjunjung islam maka macam bangkailah dia walaupun bernyawa.Roh kita itu hanya dengan Islamlah ia baru subur Cikgu.Baru bangsa jadi mulia bukan jadi bangkai. Kalau kias ibarat semudah itu Cikgu gagal fahami,maka saya tak hairan jika Cikgu gagal tangkap kenyataan berbelit dari Tok Guru politik Cikgu.Maka jadilah kita fanatik membabi buta.Jumud pemikiran. Maafkan saya kalau terkasar bahasa. Kalau ada pendapat silalah Cikgu balas.WASALAM ]]]]]]

Message 2

[[[[[ Apa persamaan DAP dengan UMNO.Kedua-duanya sangat kuat membela bangsa. Walaupun PAS jijik dan sinikal dengar pasal UMNO membela Melayu.Tetapi biarlah orang Melayu sendiri yang menilai UMNO itu.Tapi PAS itu bagaimana pula sebagai pembela bangsa sedangkan menurut pas berlebihan membela bangsa itu adalah asabiyah Alangkah jumud nya pemikiran orang PAS sebegini. Satu kebodohan kalau kita mahu angkat martabat bangsa kita tapi digelar dengan asabiyah.lainlah kita mahu pertahankan adat jahiliyah Melayu itu.Wajarlah kalau kita tolak Tapi PAS terhegeh2 'BERSETUBUH' dengan DAP yang sangat ULTRAKIASU@ SATU CINA. Kenapa Pas malu benar mahu bela orang Melayu. sabit tu orang melayu segan dan tak sudi nak mengundi PAS. Apa fungsi parti itu kalau bukan untuk membela bangsa.Islam itu untuk semua tapi kenapa Jepun,Cina dan Yahudi yang perintah dunia?semuanya kerana Arab,Parsi dan Melayu segan nak bersatu dengan 1Islam]]]]]]

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah Saudara F..... walaupun Cikgu tak sempat nak jawab sms 2 saudara.... izinkan Cikgu menjawab sms pertama saudara untuk hantaran kali kedua...... Sebelum tu izinkan Cikgu perkenalkan kepada saudara Pepatah orang-orang tua " Paku dulang paku serpih, kata orang ... kita yang lebih "....

Ingat tak ... dalam jawapan sms pertama dulu Cikgu kata Cikgu akan ulas secara menyeluruh pulak..... tapi kerana kesuntukan waktu..... Cikgu gagal mengulas secara menyeluruh... ok... kali ini Cikgu akan ulas juga disebabkan saudara mengingininya.....

Saudara F mungkin pernah dengar kata-kata " Bahasa Jiwa Bangsa ". Kalau saudara mengaku sebagai "fanatic" Melayu... @ Melayu tulen.... Cikgu pasti saudara tidak akan mengagung-agungkan bahasa lain. Saudara MESTI mengekalkan keunikan Bahasa Melayu itu sendiri. Dalam sms saudara...terlalu banyak ejaan yang salah...mungkin secara tidak sengaja.... Cuba lihat kembali ejaan saudara seperti saye, kite, hanye dan lain-lain.... EJAAN SALAH TU.... Kenapa saya bangkitkan... Kerana saudara MENGHINA kerjaya saya sebagai Cikgu di dalam sms terbaru saudara.... Tolonglah..... rujuk kembali kepada pepatah di atas..... Kalau saudara memang sayangkan Bangsa saudara .... pasti saudara akan mempertahankan "maruah" jiwa kepada Bangsa itu iaitu BAHASA..... Saudara ... adakah UmNoooo mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia ??? bagaimana ulasan saudara tentang PPSMI ??? Di mana MARUAH Bangsa Melayu bila JIWA Bangsa di "ROGOL" oleh UmNoooo dengan menjadikan pengajaran Bahasa Inggeris di dalam Pengajaran PPSMI ????? Adakah lagi JIWA Bangsa di dalam UmNoooo...?????

OKlah.... Cikgu terima penghinaan Saudara...Cikgu dengan kata2 Cikgu tak pandai bermain Bahasa.... Saudara kata CIkgu tak faham perumpamaan atau kiasan saudara berkaitan dengan jasad dan roh dengan melayu dan Islam.... Baiklah Cikgu akan 'cut & paste' kembali fasa tulisan saudara dalam sms yang lalu.....Mari kita ulas samada cikgu yang tak faham ATAU saudara yang tak pandai menerang.....??? Dan Cikgu akan ulas dalam tulisan merah...


#####################

[[[ TUAN YG SAYE HORMATI. CINTE KPD WATAN@BANGSA ITU SBAHAGIAN DARI IMAN. MELAYU DGN ISLAM ITU MCAM TUBUH DGN ROH. TUBUH HANYE BANGKAI TANPA ROH.]]]

ini sahaja yang saudara tuliskan... bagaimana saudara nak ulaskan ianya dengan baik.... Ini adalah persepsi saudara..... Saya juga ada persepsi sendiri.... dengan ulasan saya di bawah........

Ini pula kutukan terbaru saudara kepada saya (dalam tulisan biru )

Bagaimana perumpamaan atau kiasan atau ibarat yang saya berikan iaitu hubungan melayu dan islam umpama jasad dengan roh itu Cikgu gagal fahami.Sehingga Cikgu menyimpang ke jalan lain. Itu yang saya maksudkan jika melayu tidak menjunjung islam maka macam bangkailah dia walaupun bernyawa.Roh kita itu hanya dengan Islamlah ia baru subur Cikgu.Baru bangsa jadi mulia bukan jadi bangkai. Kalau kias ibarat semudah itu Cikgu gagal fahami,

Baiklah..... Cikgu SANGAT setuju dengan pandangan saudara iaitu Dengan menjunjung Islam Barulah Jasad ada Roh TAPI .... Saudara F.... Cikgu nak tanyalah kat saudara, bila UmNooo menjunjung Islam ???? Adakah UmNooo menjalankan Hukum Hudud (Hukum Allah )... Cuba saudara berikan contoh kepada Cikgu... apa yang UmNooo buat sebagai bukti UmNooo menjunjung Islam ???? Soalan Cikgu lagi.... Adakah Islam HANYA untuk Melayu sahaja ???? Atau Saudara ingin menyatakan dan mengakui kepada kita semua UmNoooo sebenarnya memang macam bangkai ????
Itu tak termasuk Cercaan Pemimpin UmNooo kepada Hukum Allah.... Cikgu paste kan dengan warna ungu ....

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Cikgu setuju bangsa Melayu akan mulia kalau menjunjung Islam...TAPI adakah UmNooooo emnjunjung Islam ???? Menjunjung Islamkah UmNoooo bilamana pemimpin Perempuan/Wanita UmNoooo berapa orang yang tutup aurat ?. Bila mana



{{{{ Ni gambar Puteri UmNoooo baca Quran.....Seksikan ???? adakah ini namanya Menjunjung Islam atau menghina Islam....????}}}}}}}}}}}

{{{{ Bolehkan Bini kita peluk Lelaki Bukan Muhrim ???? Adakah ini ciri-ciri menjunjung Islam yang ada pada UmNooooo.... Boleh ke dalam Islam ???? }}}}

Kalau Saudara ingin berhujah dengan Cikgu berdasarkan pandangan Islam.... boleh tak berikan Cikgu Dalil Naqli berkaitan dengan {{{ CINTE KPD WATAN@BANGSA ITU SBAHAGIAN DARI IMAN }}} sebab cikgu tak jumpa dalil yang berkaitan dengannya. Kalau nak kaitkan Islam kena sertakan dalil yang dinyatakan ALLAH.

Apabila saudara berkata {{{ MELAYU DGN ISLAM ITU MCAM TUBUH DGN ROH }}} , Ingin Cikgu tanyakan kepada saudara F... Bagaimana pula dengan Bangsa Cina.... Apabila saudara menyatakan Melayu dengan Islam ibarat Tubuh dengan Roh...saudara menafikan hak bangsa lain.... kerana....

i. Orang Arab akan kata..Islam di turunkan kepada dan melalui bangsa Arab Quraish
ii. Orang Cina akan kata... Orang Islam di Cina lebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu, dan bilangan Orang Islam di Cina lebih ramai daripada orang Islam Melayu.
iii. Orang Melayu Kristian di Singapore akan berkata " Kami Melayu tetapi kami Kristian..... apa pula nanti hujah saudara..... Bagaimana pula dengan kehadiran Persatuan Kristian Melayu Malaysia.....



Kesimpulan daripada 3 pertanyaan i, ii dan iii tadi.... maknanya mereka ini Tiada Roh le kan...... ??? Mereka semua tu Bangkai ke ? Ke Guana ????


Saudara F... Hujah ni tidak relevent.... Sebenarnya Islam adalah untuk semua... Itulah sebab kenapa di dalam Islam.... semua orang boleh menjadi Pemimpin dengan syarat mereka beriman...... tak kira bangsa.... Islam juga diturunkan kepada semua...bukan kepada Bangsa Melayu sahaja....

SEKARANG JELASKAN KEPADA CIKGU APA YANG CIKGU TAK FAHAM KIASAN... ATAU HUJAH CIKGU TERLALU TINGGI UNTUK DIFAHAMI SAUDARA ...???

######################


[[[[[[[ Kalau kias ibarat semudah itu Cikgu gagal fahami,maka saya tak hairan jika Cikgu gagal tangkap kenyataan berbelit dari Tok Guru politik Cikgu.Maka jadilah kita fanatik membabi buta.Jumud pemikiran. ]]]]]]]]]


adakah cikgu yang gagal fahami kenyataan Tok Guru ATAU SAUDARA YANG DISESATKAN OLEH PIMPINAN UMNOOOOO YANG JELAS TIDAK MENJUNJUNG ISLAM............ SEKARANG NI SIAPA YANG FANATIK DAN SIAPA YANG JUMUD ???


Apa-apa pun marilah kita fikirkan bersama..... Ibarat kata orang-orang tua.... " Satu jari kita tunjuk kepada orang, 4 jari sebenarnya kita tunjukkan kepada diri kita sendiri..."

Wassalam...... Cikgu berhutan untuk menjawab 2 sms....... nantilah deh...... cikgu cari masa.... terima kasih....


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. .Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari

FROM: DR NIK MOHD KAMAL
Najib mengumumkan bahawa Kelantan akan mendapat bayaran Royalti.... Tahniah UmNooo Kelantan, kerana tidak lama lagi Pimpinan UmNooo Kelantan akan boleh kaya dengan projek2 Mega yang akan dihamburkan ke Kelantan seperti mana yang berlaku di Terengganu. Mungkinkah akan ada "Monsun Cup" di Kelantan ? TUnggu dan lihat, bagaimana Pimpinan UmNooo Kelantan akan mencipta aktiviti untuk "MENGUTIP" duit ke dalam poket mereka....

Daripada penjelasan2 yang dilakukan Najib di dalam Dewan, cuba anda perhatikan.... Beliau menegaskan Duit Ehsan akan dapat kepada Rakyat Kelantan.... bukannya Kerajaan Kelantan. Nampaknya PAS Kelantan kena bersedia menjadi sepertimana PAS Terengganu. PAS Kelantan bukan menghadapi UmNooo Negeri Kelantan sebaliknya UmNooo pusat melalui duit Dana Khas.... Adakah PAS Kelantan dah cukup bersedia untuk melawan dengan UmNooo dan DUIT yang menjadi RAJA di hati manusia.... Pesan Cikgu kepada Kepimpinan Kelantan..... Sila ambil tindakan.... jangan jadi seperti mana PAS Terengganu...... Jangan nanti PAS Kelantan jadi seperti Malang Pak Pandir... Menang Sorak...Kampung Tergadai.....

Kenapa Cikgu kata Najib tidak ikhlas, atau UmNooo Kelantan sedang bersedia untuk merampas Negeri Kelantan.... Apabila Kerajaan Persekutuan memberikan Dana Khas kepada Kelantan, maknanya UmNooo sedang merangka untuk merampas Kerajaan Negeri... Ikhlas ke Najib.... sedangkan Royalti Terengganu untuk tahun 2009, duitnya masih tidak diberikan lagi. Untuk makluman semua Royalti Terengganu yang sepatutnya diberi pada suku pertama iaitu pada bulan April sebanyak RM 1.3 Billion hanya baru diberi RM 650 juta sahaj.... manakala bayaran untuk suku ke2 iaitu pada bulan September.... belum se sen pun di bayar.... tapi Persekutuan mengumumkan untuk memberi Dana Khas ke Kelantan.... APA MAKNANYA NI???? selain kesungguhan UmNoooo untuk merampas Kelantan daripad PAS..... PERCAYALAH UMNO TIDAK PERNAH IKHLAS......... mesti ada udang di sebalik Mee......

Cikgu menjangkakan ada 2 perkara akan berlaku dalam tempoh terdekat iaitu;

1. UmnNoo bersedia utk menawan Kelantan.... Bukti yang diperkatakan UmNoo Kelantan dalam Perhimpunan Khas bebaru ni... yang menghujahkan kepada UmNooo Terengganu... " Puak mu menang pun kerana adanya Dana Khas, Duit Ehsan "

2. PRU 13 dalam tempoh terdekat...


Kepada Pimpinan UmNoooo Kelantan.... cepat2 Bodek Najib..... Buat paper work..."Bagaimana Duit Dana Khas ini boleh dihabiskan......

Kepada Rakyat Kelantan.... Bersedia le pulak menerima " Banggunan Runtuh " dan bukannya Durian runtuh......... sepertimana yang berlaku di Terengganu......