TGHH : Pantang ajal sebelum berjuang...........
Posted on Tuesday, December 01 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Pendapat Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Sejak sekian lama, TGHH berdepan dengan berbagai halangan dan tohmahan.Tohmahan yang dilemparkan kepada TGHH nampaknya tidak pernah lekang dek panas dan tidak pernah reput dek hujan.Demikianlah cabaran yang dihadapi oleh seorang yang teguh dan istiqamah dalam perjuangan.Kalaulah jiwa TGHH tidak teguh, sudah lama beliau hilang daripada peta politik tanah air seperti hilangnya abuya dan ust Nakahei.

Tetapi TGHH masih segar sebagai tokoh yang menerajui PAS selepas pemergian almarhum ust Fadhil Noor.

Aku bukanlah JEMAAH RUSILA YANG BANGANG seperti akhi SP dan aku juga tidak pernah mendengar tazkirah jumaat di masjid rusila walaupun beberapa kali singgah untuk solat di masjid itu.Aku bukan murid kepada TGHH tetapi aku masih menetap di bumi Terengganu dan mengikuti perkembangan TGHH sejak awal beliau menceburi politik negara.

TGHH adalah orang yang bertanggungjawab menegak dan mengembangkan ajaran dan dasar perjuangan PAS.Di kampung asal aku, yang sebelum kehadiran TGHH adalah antara kampung yang hidup ala jahiliyah, tetapi hari ini ramai rakan rakan sepermainan aku dulu sudah menyertai jemaah PAS kerana usaha TGHH.Seorang rakan aku, semasa zaman persekolahannya merupakan seorang kaki skoden di kelab Med, Cherating tetapi hari ini merupakan anggota keselamatan PAS yang istiqamah menyertai program program anjuran PAS.Itu cuma salah seorang rakan lama yang aku temui semasa PRK Kuala Terengganu dulu.Ramai lagi rakan sekampung aku yang bersama sama jemaah PAS.Itu semua berkat kesabaran TGHH menyampaikan wadah perjuangan kepada mereka semua.

TGHH pernah ditangkap polis dan pada ketika beliau dibebaskan sambil melambai lambai tangan kepada penyokongnya, aku ada bersama melihatnya.Ketika ceramah TGHH di salah sebuah surau di kampung aku dulu yang kemudiannya dibatalkan oleh polis, aku berada di saf hadapan dan aku masih ingat lagi ketika polis datang menyampaikan arahan membatalkan permit ceramah, Sabri Chik(sikatak macam Berahim Ali)sedang berucap sebagai penceramah pertama.TGHH juga memulakan tarbiyahnya di sebuah masjid kecil di rusila yang kemudian menjadi sebuah masjid yang bertinggat tinggat.Ketika itu aku berada di Kuala Terengganu dan menyaksikan sendiri bagaimana tekunnya TGHH menyampaikan risalah yang benar.


Masjid Rusila 1982

Aku menyaksikan sendiri dengan mata kepala aku bagaimana murid muridnya ketika itu merupakan pencuri ayam dan kelapa(zaman itu mencuri kelapa muda menjadi kegemaran anak anak muda termasuk aku).Tetapi pemuda yang suka mencuri ayam dan kelapa yang masih hidup hari ini sudah menjadi hamba yang taat dan patuh.Itu semua hasil tarbiyah TGHH yang masih kekal sehingga hari ini.

Aku juga mendengar sendiri dengan telinga aku bagaimana TGHH dituduh sebagai penyebar fahaman syiah, yang mempunyai ilmu menundukkan orang dan pernah berenang dalam kolah masjidnya pada pukul 4 pagi.Selain itu, TGHH pernah dilempar telur busuk ketika berceramah, kereta TGHH pernah dihalang dengan batang kelapa ketika dalam perjalanan ke tempat ceramah.Tetapi semuanya itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus meyebarklan risalah kebenaran yang dianggap wajib ke atasnya.

Jadi hari ini ketika aku mendengar dan membaca berbagai tohmahan terhadap TGHH, antaranya TGHH dikatakan sebagai pelepah kelapa, TGHH dikatakan sama dengan Paklah Badawi, TGHH dikatakan gila kuasa dan berbagai bagai tohmahan lagi, aku hanya senyum sendirian.Tambahan pula aku menyedari TGHH hanyalah seorang manusia yang bukan maasum,tetapi seorang manusia yang sentiasa menitikberatkan syariat.Kerana itu aku tidak kisah dengan kehidupan kelamin dan keluarga TGHH yang mempunyai lebih seorang isteri.Tidak ada salahnya semuanya itu kerana semuanya menepati kehendak syariat agama.Jadi kenapa aku nak terpengaruh dengan tohmahan tohmahan yang tidak ada kaitan dengan tugas menyebar dan menegakkan kebenaran.

Masjid Rusila 2008


Yang paling aku kagumi dengan TGHH ialah sikapnya sejak dari awal beliau menjadikan PAS sebagai wadah perjuanganya, sikapnya yang menterjemahkan prinsip "PANTANG AJAL SEBELUM BERJUANG".Insyaalah semua yang bersama TGHH dalam halaqah perjuangan PAS turut tegas berpegang dengan prinsip ini.Faktanya,PAS tidak akan pergi sejauh ini tanpa TGHH.Hakikatnya, itulah intipati kepada wacana ilmu bersama Tok guru.Kepada yang suka melemparkan berbagai tohmahan kepada TGHH (khususnya kepada ADUKA TERUNA), jangan lupa sejarah dan tanya diri anda sendiri apakah anda sanggup melalui apa yang telah dilalui TGHH.

BTN Seingat Saya ......................
Posted on Tuesday, December 01 @ 06:30:52 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Analisis Isu Oleh: Dr_Sabirin_Ehsan

"Saya membaca boleh dikatakan semua kenyataan, artikel dan maklumat dalam akhbar arus perdana dan dari maklumat internet. Saya tersenyum panjang dan terkenangkan kursus BTN yang pernah saya ikuti sebelum melanjut pelajaran di United Kingdom beberapa tahun lalu (era tahun 80'an) dan sekali lagi ketika saya hendak dinaikkan pangkat kegred JUSA C. Saya tersenym bila mendengar/membaca kenyataan pak-pak dan ibu-ibu menteri. Shahrizat bersuara, Ahmad Mazlan bersuara, Nazri bersuara dan Mahyudin turut bersuara. Semuanya mempertahankan kewajaran kursus BTN dan kebaikannya programnya yang membangkitkan semangat patriotisma.

Saya tersenyum kerana saya tahu, rakan-rakan yang pernah mengikutinya tahu, anak-anak saya yang pernah mengikutinya sebagai pelajar IPTA juga tahu! Apa yang kami tahu? Kami tahu kenyataan mereka semua TIPU dan tidak jujur!

Saya masih ingat bagaimana seorang peserta kursus BTN, yang seingat saya saya seorang Prof. Madya diri sebuah universiti di selatan tanahair. Beliau dihina dan diperlekeh dalam kursus tersebut kerana sema-mata mempersoalkan kandungan dan isi kursus BTN tersebut. Mereka menghina bangsa lain dan beranggapan bahawa bangsa lain di Malaysia selain Melayu hanya bermuka-muka dan mahu menjadikan negara ini seperti Republik Singapura. Kebetulan walaupun Prof Madya tersebut memang berbangsa Melayu tetapi ibunya seorang berbangsa China walaupun seorang Muslim yang amat patuh! Sahabat saya itu mempersoalkan kewajarannya membenci bangsa China! Apa salah mereka? Benarkah mereka mahu 'mengambi-alih' negara ini melalui apa cara sekalipun!

Saya ingat penceramah kursus tersebut adalah seorang Pengarah BTN Negeri Perak! Beliau dengan sinis dan suara tinggi menempelak kawan saya tersebut kerana 'tidak cintakan bangsa'nya! Kawan saya menjawab, bahawa beliau cintakan agamanya dan Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenai dan berkasih sayang! Namun saya masih ingat bagaimana rakusnya penceramah BTN tersebut terus menempelak rakan saya itu sebagai orang yang tidak tahu agenda dan strategi bangsa bukan Melayu untuk meruntuhkan bangsa Melayu!

Kawan saya dengan selamba menjawab, "ibu saya seorang China tetapi seorang Muslim yang patuh, ayah saya berbangsa Melayu yang patuh kepada agamanya! Tidak pernah sesaat pun saya melihat ibu saya hendak menjatuhkan ayahnya atau keluarga ayahnya yang berbangsa Melayu...". Terkebil-kebil mata Pengarah BTN tersebut bila mendapat tahu Prof Madya tersebut separuh Melayu dan separuh China! Akhirnya saya mendapat tahu bahawa rakan saya itu tidak di kurniakan Sijil Kehadiran BTN, malah diminta majikannya hadir sekali lag kursus BTN!

Kursus BTN yang saya hadiri memang menjijikkan. Kami diajar membenci bukan membina semangat patriotisma. Semangat dan rasa benci dibakar! Akhirnya kami diminta menyanyi beramai2, kononnya untuk menyemarakkan semangat partiotisma...

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)

Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha

Melayu kan gagah di Nusantara

Begitulah lirik lagu yang pasti akan diingat oleh mereka-mereka yang pernah diindoktrinasi oleh BTN. Namun bagi saya, saya tak mahu menggadaikan agama saya. Saya hadir terus-terang saya katakan hanya untuk memenuhi syarat hadir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kursus ini menyebabkan saya membina rangkaian rakan-rakan ldengan lebih ramai dari pelbagai bangsa dan saya dapati indoktrinasi BTN tidak betul!

Kebetulan kursus BTN terakhir yang saya ikuti pada era tahun pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Maka pada ketika itu, seorang penceramah mempetualangkan Dato' Seri Anwar, mengaibkan beliau dan menghina beliau dengan perkataan yang amat menjijikan. Dan DSAI tidak dapat mempertahankan dirinya kerana beliau telah terpenjara ketika itu. Mereka turut menghina kebodohan Ustaz Fadzil Noor kerana menyokong seorang 'peliwat' dan menghentam ke'komunis'an Lim Kit Siang. Pada BTN mereka ini petualang bangsa dan pemusnah masyarakat Malaysia. Itulah yang saya dengar pada kursus BTN!

Sebab itulah saya hanya tersenyum. Saya tersnyum sinis kerana saya tahu merka MENIPU dalam kenyataan-kenyataan mereka. Bagi saya BTN harus dihapuskan serta-merta demi menjadikan negara ini sebuah negara yang Adil, Saksama dan saling hormat-menghormati. Manusia seperti Nordin Kardi (Bekas Ketua Pengarah BTN dan skrg Naib Canselor UUM), Sagul Hamid, Prof Mustaffa (UUM), Nik Mustapha (Naib Caselor UPM) dan lain-lain "SAHABAT" BTN yang bertindak sebagai fasilitator utama BTN adalah merka yang ingin menghancurkan keharmonian & integrasi kaum di Malaysia. Mereka tidak layak berada disitu!


Photo Puzzle Maker

Selamat Hari Raya Aidlil Adha daripada Cikgu sekeluarga kepada semua.....
SMS 8


[[[[[Assalamualaikum Cikgu.APa Khabar?Lama saya tak baca jawapan dari Cikgu.Kenapa? Kurang sihat?Atau tiada hujah untuk mematah buah kilas saya?Aduh Cikgu ini bagaimana ya?Baru kena acah macam itu pun sudah mahu menangis?Keraslah jiwa sikit.Barulah boleh jadi pejuang Islam yang disegani macam Salahudin AYub.Kenal tak?Bukan NP PAS. Tapi panglima perang salib yang mashyur itu.Kalau Cikgu nak membela Islam, itu memang sikap yang terpuji.Tapi jika cikgu beriya2 nak membela PAS, saya tak pandang Cikgu walau sebelah mata. Sebabnya PAS itu bukannya Islam tapi hanya parti yang merebut kuasa sama seperti UMNO juga.Orang PAS juga terima habuam dan tajaan seperti orang UMNO juga.Wang ehsan,dana khas dan royalti minyak semuanya jadi candu buat orang PAS ketagih. Termasuklah Adun dan TokGuru PAS itu.Orang PAS juga meleleh air liur bila ditaja macam TGNA itu.Apa jua alasannya,orang PAS itu juga menerima amalan politik wang itu.Komen. ]]]]]]

Pun cikgu akan jawab kemudian... agak sibuk......
SMS 7

[[[[[ Assalamualaikum Cikgu.Kenal tak dengan puak Mustadhafin. Mereka ni orang yang tidak punya apa2.Bukan macam cikgu.Hidup mewah.Ada rumah.kereta dan keluarga bahagia.Syukurlah.Tapi bangkang dok starang.Puak2 ni banyak sekali di sekeliling kita.Mereka tak kenal nikmat bahagia yang Cikgu ada.Air mata derita jadi teman setia.Mereka sangat daif berbanding'ORANG' PAS yang banyak kaya raya-Doktor,Cikgu,Jurutera.Taukeh sarang burung walid.Adakah para mustadhafin ini menyokong PAS?Saya rasa mereka sangat berharap dengan wang ehsan sekali setahun itu.Adakah mereka ini PAS anggap sebagai sangat lemah pendirian kerana terima bantuan daripada kerajaan dan mereka pun pangkah Umno. Sebaliknya mereka tahu menghargai budi baik Kerajaan. zTanpa sokongan Msutadhafin ini pas hanya bermimpi menawan Tganukite ni. Sebaliknya dalam PAS penuh dengan opurtunis dan petualang macan CIKGU dan yang lain.Mulut manis kecek agama.Fi hati kuasa. ]]]]]]]

Nantilah CIkgu Jawab..... agak sibuk sekarang ni.... Tapi bukan bermaksud CIkgu tak jawab....
SMS 6

[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu. Benarkah PAS itu berjuang untuk membela Islam?Saya rasa dengan yakin tidak.Sebaliknya hanya mahu berebut kuasa dengan UMNO. Apa hebatnya PAS berbanding dengan jihad Nordin Mat Top atau Imam Samudera.Apa gahnya PAS berbanding dengan Hizbolah di Lubnan.Begitu teguh mereka lawan Zionis. Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam. Puak yang saya sebutkan tadi jauh lebih hebat.Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS.Jadi tiada beza apa pun PAS dengan UMNO.Jika dikatakan UMNO rasuah.PAS itu jauh lebih lagi khianatnya bila dapat kuasa.Buktinya di Terengganu ini sahaja PAS sudah banyak khianat dengan amanah yang diberi rakyat. Sebab itu ALLAH cabut kuasa dari PAS dulu.Cikgu sendiri boleh jawab benar atau salah tuduhan saya ini.Janganlah kita terlampau jumud pemikiran. PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi ]]]]]]


Jawapannya

Asalamualaikum Cikgu. Benarkah PAS itu berjuang untuk membela Islam?Saya rasa dengan yakin tidak.Sebaliknya hanya mahu berebut kuasa dengan UMNO.

La..... logik le Saudara... dah namanya Parti politik...... Memang lah PAS berebut kuasa dengan UmNoooo untuk memastikan UmNoooo kalah dan PAS berkuasa supada Islam dapat didaulatkan.....

Saudara pernah tak baca Perlembagaan PAS.... Cikgu tanya utk kesekian kalinya kepada saudara...

Cikgu sokong PAS pun kerana Dasar Pas dan perlembagaannya yang meletakkan Islam sebagai agama, Quran sebagai Dustur.... dan inilah yang tiada dalam UmNooooo......

Mata manusia biasa pun boleh menjustifikasikan....
Kalau orang lihat muslimat PAS dan lihat Wanita UmNoooo ,....... orang akan boleh kata.... siapa yang lebih mengamalkan Islam.......


Apa hebatnya PAS berbanding dengan jihad Nordin Mat Top atau Imam Samudera.Apa gahnya PAS berbanding dengan Hizbolah di Lubnan.Begitu teguh mereka lawan Zionis. Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam. Puak yang saya sebutkan tadi jauh lebih hebat.Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS.Jadi tiada beza apa pun PAS dengan UMNO.


Saudara.... kalau nanti Cikgu kata saudara buta..... jangan marah.... Islam tidak pernah mengajar umatnya membunuh orang yang tidak bersalah....budak2 dan wanita...

Saudara pernah ke Palestin ke.... Jangan cakap banyak.... Kami di Yayasan AMal dah banyak kali ke sana...hantar bantuan kewangan.... Saudara tahu tak... Kerajaan Hamas di Palestin terlalu menghargai PAS di atas bantuan dan sokongan yang diberikan. UmNoooo beri duit yang dikutip dari rakyat pun kepada Fatah..... yang tak terlibat dgn perang......

Langsung tiada air kaki jika dibandingkan PAS dengan Hizbul Muslimin di Mesir dalam menyampaikan dakwah Islam.

Kalau PAS tiada air kaki... UmNoooo..... air taik pun tak ada.... jauh sekali......


Tetapi mereka tidak kemaruk kuasa politik seperti PAS


TU le yang Cikgu katakan.... Saudara berhujah menggunakan Nafsu.... FAKTA BUTA... tahu tak saudara Hizbullah di Lubnan sekarang ni dah membentuk Kerajaan Campuran dengan Parti Memerintah.....Sekali lagi saudara BUTA HATI DAN FAKTA.....

Jika dikatakan UMNO rasuah.PAS itu jauh lebih lagi khianatnya bila dapat kuasa.Buktinya di Terengganu ini sahaja PAS sudah banyak khianat dengan amanah yang diberi rakyat. Sebab itu ALLAH cabut kuasa dari PAS dulu.Cikgu sendiri boleh jawab benar atau salah tuduhan saya ini.Janganlah kita terlampau jumud pemikiran. PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi

Memang dasar UmNoooo suka tuduh tanpa bukti sekadar tembak tanpa peluru..... Nyatakan apa Rasuah yang PAS buat.... Siapa pimpinan PAS yang ditangkap kerana Rasuah...Apa khianat yang PAS buat Nyatakan..... Kalau saudara tak nyatakan... ini adalah SMS terakhir saudara yang Cikgu akan jawab.....

Cikgu jawab...: Tuduhan saudara adalah PALSU dan sekadar FITNAH kecuali berikan fakta dan data atas tuduhan saudara tadi.....

PAS ini hanya jadi penyembah berhala demokrasi


Kalau PAS penyembah berhala demokrasi... UmNoooo pulak apa ????? Ke UmNoooo itu sendiri BERHALA....... rakyat kena sembah UmNooo untuk mendapatkan duit...... ehsan....
Salah tu... PAS mempergunakan ruang yang ada untuk kemenangan Islam......
Tidak fanatik kepada Demokrasi..... kalau sekiranya perlu cara lain... Insyaallah PAS akan gunakan....

Wassalam....

Kali ini.... kalau saudar tak jawab soalan2 yang cikgu berikan..... Bermakna ini adalah sms terakhir saudara yang Cikgu akan balas..... Letih berhujah dengan orang yang suka FITNAH.... tanpa asas dan bukti yang kukuh....