Umi....

Terima kasih ingin Abi ucapkan
Kepada seorang wanita bergelar Umi...
Tiada yang lain melaikan dikau seorang dihatiku....
Itulah Umi kepada anak-anakku... Roselina Ghani.....

Umi...
Terima kasih kerana memberikan kepada Abi 7 pari-pari penyambung zuriat
Bakal pejuang dan benteng pertahanan Islam di hari depan....
Jasamu Umi tidak akan Abi lupakan
Sehingga bila-bila.....



Umi...
Terima kasih kerana menjadi Isteri mithali kepada Abi....
Jasamu, pengorbananmu sebagai isteri tidak terperi...
Melayani kehendakku sebagai seorang suami.....
Menghadapi kerenahku, egoku dan romantikku...suamiMu Umi....
Terima kasih.... Umni....
Dikaulah ibu sejati....

Umi...
Jerih dan payahmu seharian melayan anak-anak cukupku hargai....
Tiada kata seindah bahasa yang mampu ku ucapkan kepada mu....
Selain daripada.... terima kasih Umi...


Umi...
Izinkan hari ini untuk Abi mengucapkan...
Selamat Hari Ibu kepada Umi....
Semoga akan ALLAH berikan kepada kita Baitil Jannati....
Selamat Hari Ibu Umi.....

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Kesimpulannya :

1. Esok kena Puasa Sunat
2. Solat sunat 2 rakaat

Semua Ahli PAS kena ikut.....
Janggut Panjang Dikalahkan Janggut Pendek- Oleh MSO

SATU panggilan dan satu SMS masuk ke dalam telefon bimbit saya lewat petang ini memaklumkan yang anak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda Pas Kelantan ditangan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Nik Abduh kalah dengan 22 undi. Beliau mendapat 56 undi manakala Latiff mendapat 78 undi. Terkejut pun ada, tidak terkejut pun ada dengan apa yang berlaku. Seperti mana saya sebut dalam Surat Merah, kedua mereka adalan adik-adik saya belaka. Jadi tidak elok kalau saya merasa suka atas kemenangan Latiff sebab saya juga kena rasa sedih dengan kekalahan Nik Abduh.

Tak mengapa, saya harap keduanya menerima hakikat begitulah adat perlawanan dan natijah demokrasi. Kepada Latiff diucapkan tahniah dan kepada Nik Abdul usah risau perjalanan perjuangan masih jauh. Kalau kita ikhlas, komited dengan jihad kita boleh memberi sumbangan kepada perjuangan meskipun tanpa jawatan. Sesuatu kena ingat saf pemuda Kelantan hampir separuh bersama Nik Abduh!

Kekalahan Nik Abduh saya sudah merasakan sejak dari pagi tadi memandangkan kepada sikap serba salah dan sikap terbuka ayahnya sendiri. Ayahnya boleh membantunya untuk menang, tetapi nampaknya ayahnya tidak mahu membantu anaknya takut dikatakan kroni. Atas sifat Mursyidul Am Pas, ayahnya boleh panggil Nik Abduh dan Latiff berkomporami, samada Latiff sebagai ketua atau Nik Abduh mengekalkan kedudukannya sebagai ketua. Tetapi malang apa yang boleh dilalukan itu tidak terbuat oleh ayahnya yang percaya kepada ketulusan demokrasi!

Manakala menurut seorang penjenguk blog Merah Tinta dalam emailnya kepada saya dia merasakan kekalahan Nik Abduh sejak petang semalam lagi. Kata penjenguk itu kebetulan petang semalam dia berada di Pantai Cahaya Bulan (PCB), membawa anak-anaknya bercuti. Dia ternampak Latiff dan beberapa orang sedang menanti seseorang.

Ceritanya, sekejap kemudian Zaki Ibrahim (bekas ketua pemuda Kelantan) datang dan bergabung dengan kumpulan Latiff. Katanya dia ingin meninjau dewan tempat bersidang. Kata penjenguk itu dia hairan dan tertanya-tanya kenapa Nik Abduh sebagai timbalan ketua tidak ada ada. Sepatutnya Nik Abduh turut tinjau sama.

"Melihat suasana itu saya sudah merasakan yang Nik Abduh akan kalah," kata penjenguk itu melaporkan apa yang beliau saksikan. Saya tidak mahu membuat apa-apa andai di sini apakah Latiff dan Zaki bersekongkol atau sebaliknya. Namun apa yang saya tahu keduanya adalah orang Husam Musa.

Seperti saya kata tadi, tidak kisah siapa yang diberikan amanah untuk memimpin barisan Pemuda Kelantan. Yang penting mereka yang menerima amanah itu dapat memikulnya sebaik mungkin untuk kebaikan Pas Kelantan dan sebagai kesenbimbungan kepimpinan lampau.

Dan paling saya harapkan semoga kejernihan akan bertaut balik selepas ini. Jadikan pertandingan itu sebagai biduk lalu kiambang bertahut. Hendaknya Latiff tidak akan membiarkan begitu sahaja Nik Abduh, masih ada guna tenaga dan buah fikirannya untuk perjuangan Pas.

Apa yang saya nak ulaskan mengenai pertandingan Latiff dengan Nik Abduh itu, saya melihat ia membawa signifiken tertentu. Ia bukan pertandingan biasa sebenarnya. Perlawanan itu ada ujian kepada masa depan politik Kelantan dan juga kepimpinan dalam Pas hari ini.

Katakan bahawa Latiff adalah proksi kepada Husam Musa yang akan membawa perubahan dan kepimpinan bentuk baru yang sedang digilai kini. Maksudnya yang tidak ekstram, fanatik dan berwajah ulamak berserebeh dengan janggut panjang yang sering ditunding kepada Nik Abduh. Latiff tidak berjanggut sepanjang Nik Abduh. Husam pula janggut tidak sepanjang janggut Tok Guru. Manakala Zaki Ibrahim pula langsung tidak berjanggut.

Manakala, katakan pula Nik Abduh adalah proksi ayahnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kebetulan, Nik Aziz ada janggut dan anaknya juga ada janggut. Timbalan ketua pemuda Ahmad Baihaki Atiqullah juga ada janggut. Mungkin mereka satu kem!

Kalaulah andaian saya ini benar bermakna kumpulan tak berjanggut panjang menang di Kelantan. Kemenangan Latiff yang tidak ada janggut itu membawa makna dan erti besar kepada kumpulan itu di Kelantan yang diketui oleh Husam. Saya yakin Husam tentu gembira dan berpuas hati dengan anak didiknya itu kerana berjaya menyingkirkan si berjanggut Nik Abduh.

Kemenangan Latiff dengan 22 undi itu memberi isyarat juga kepada kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang berjanggut. Bahawa kepimpinan muda hari ini sudah tidak mahukan kepada orang berjanggut lagi. Kerana Nik Abduh adalah anak Nik Aziz ini bermakna separuh pemuda Kelantan tidak mahu lagi kepada orang berjanggut termasuk kepada Nik Aziz sendiri.

Mungkin bagi Tok Guru sendiri beliau tidak faham dengan perkembangan ini. Dengan jatuh anaknya itu permainan dalaman sudah pun bermula. Signal kepada beliau juga sudah pun bermula. Sekiranya isyarat awal ini tidak diawasi ia bakal memberi bahana kepada kumpulan berjanggut panjang.

Janganlah Tok Guru merasa sedih kalau di masa depan kumpulan anak muda ini akan membuat berbagai telatah termasuk menggesanya agar berundur. Atas alasan janggut panjang tidak diperlukan lagi ataupun kerana sudah terlalu lama, maka mereka akan terang-terang akan meminta agar si janggut pendek menggantinya.

Apapun ini adalah ilusi dan andaian saya saja. Hendaknya semuanya tidak betul dan tidak akan terjadi. Janggut pendek dan janggut panjang akan terus saling hormat menghormati antara satu sama lain. [wm.kl. 10:30 pm 09/05/09]

Tahniah dan Takziah Cikgu ucapkan. Ingatlah, Jawatan adalah amanah yang perlu dilaksanakan dan bukan dibanggakan.....

Kepada yang Menang sama-samalah beristighafar, kerana selepas ini kita kena bekerja untuk kemenangan Islam......

Kepada yang Kalah, bersyukurlah kerana ALlah mengurangkan satu amanah yang perlu dilaksanakan........

Takbir....


Apalah nak jadi, YB Yit Foong menyerang YB Yew Tian Hoe. Sepatutnya sesama OKU, mereka berganding bahu untuk mempertahan dan memperjuangkan hak OKU-OKU yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya di Malaysia ni. Yit Foong sepatutnya sedar.... Dalam Pakatan Rakyat, golongan OKU dianggap setaraf dengan orang lain.... Cikgu harap Yit Foong boleh jawab soalan Cikgu..... Berapa orang OKU dalam BN yang dapat menjadi YB ? TAK ADA.....

Yit Foong tak sedar betapa bertuahnya dia dapat menjadi YB walaupun OKU... tapi lepas ni...sorry le..... Golongan OKU mungkin semakin ditindas....hilanglah hak OKU untuk membela golongan OKU lain sebab ...orang kata " TAK SEDAR DIRI"



Alamak..... Terkezut cikgu melihat gambar di atas.... Cikgu rasa semua pembaca blog cikgu pun tentu terkejut "Macaca Facilaris" - beruk. Melihatkan kepada bagaimana seorang Speaker boleh diheret oleh "bukan Orang Dewan" untuk dikeluarkan daripada Dewan....

Persoalannya ???? Di manakah keistimewaan seorang Speaker...???? Analoginya macam ni lah....

Dun ibarat sebuah rumah dan Speaker adalah tuan rumah kepada Dun. Tuan rumah diheret keluar daripada rumahnya keranay melarang "lanun Perak" untuk merampas rumahnya....

Kalau dalam Islam, 3 perkara "wajib" dipertahankan dan kalau mati mereka akan dianggap Syahid iaitu;

1. Maruah
2. Harta benda
3. Nyawa ( kalau salah tolong tegur)

Tindakan YB Siva.... mempertahankan maruah dan harta benda(rumah - dun) adalah benar....

Biula bercerita tentang Syahid - teringat pulak cerita yang berlaku dalam Dun Terengganu apabila 3 YB UMNO menerima sms ugutan bunuh. Adalah seorang YB PAS tanya kepada YB UMNO kenapa takut sangat nak datang Dun bila terima SMS tu....

Tahu tak apa jawapan mereka....????lawak...lawak...lawak.....

" Orang PAS berani le cakap, kamu kalau mati, mati syahid.... kami orang UMNO tak Syahid"...... Laaaaaaaaaa tahu tak apa.......

Moral : Tahu tapi tak mahu...Iktiraf tapi tentang.....

Manusia..manusia.....

Assalamualaikum.....

Menyahut seruan pejuang Demokrasi dan menentang Umnocrazy, Cikgu Fauzi Smart bersama baju hitamnya sebagai menyambut seruan One Black Malaysia.

Sebagai seorang pejuang Demokrasi, Cikgu rasa menjadi tanggunajawab Cikgu untuk bersama memakai baju hitam sebagai tanda sokongan memandangkan Demokrasi Malaysia yang semakin "malap bahkan Gelap". Bilakah cahaya akan muncul....

APa yang penting sejarah tidak akan dilupakan oleh anak Bangsa Malaysia yang cintakan kebenaran bahawa hari ini " UMNO Meneruskan PENCABULAN dan PEMERKOSAAN" terhadap Dermokrasi. Semoga ianya akan mampu dihapuskan...Hancur UMNO & BN....
Cikgu menjemput mana-mana bloggers dan semua yang membaca blog cikgu untuk menghadiri Majlis Hi-Tea bersam TGHH seperti maklumat berikut ;

Tarikh : 7 Mei 2009/Khamis/esok
Masa : 5 ptg
Tempat : Maahad Tahfiz Tarbiyyah Tok Jiring (MTT)
Bayaran : Tiada Bayaran dikenakan ( Sumbangan Dialu-alukan untuk pembinaan Sekolaj )
Tujuan : Mengumpul dana untuk Pembinaan Sekolah




Walau pun anda tidak boleh hadir untuk memberikan sumbangan, anda semua masih boleh menghubungi cikgu untuk tujuan sumbangan. Sumbangan samada dalam bentuk Zakat/Jariah/Derma/Wakaf boleh dilakukan untuk ibu/ayah/datuk/nenek/isteri/sendiri.....

Mendermalah untuk simpanan hari akhirat......