Kini dah 2 individu yang dihormati masyarakat meminta Rakyat untuk menukar Kerajaan sedia ada kepada Kerajaan baru. Kenapa agaknya ??? Aku pelek juga. Mula-mula YAM Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Tuanku Ismail meminta Rakyat di Dungun untuk menggantikan Kerajaan yang jahat. Semua orang kenal siapa dia YAM Tengku Ibrahim iaitu Bapak saudara Sultan Mizan iaitu anak Sultan Ismail.



Kelmarin, sekali lagi, juga di Dungun seorang lagi individu yang sangat-sangat dikenali oleh masyarakat menyatakan perkara yang sama. Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said meminta Rakyat mengajar Kerajaan sedia ada melalui 'Undi' semasa Pilihanraya. Kenapa agaknya, di akhir usia Dato' A Samad Said menyeru rakyat Malaysia bahkan beliau tidak risau sekiranya gelaran Sasterawan Negara yang dikurniakan oleh Kerajaan ditarik balik. Kenapa agaknya sehingga sanggup " berpatah arang dan berkerat rotan ".

Pepatah Melayu ada berkata " Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Orang tak kata ". Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang......

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment