Sultan tolak idea jambatan ketiga PM
Jun 18, 09 12:10pm
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," baginda dipetik bertitah oleh akhbar Berita Harian.

Comment

THERE ARE 2 COMMENTS FOR THIS POST

  1. Talhah On June 17, 2009 at 10:44 PM

    Tapi belum lagi kan? cuba la bagi komen tu dengan hati yang bersih Ustaz oiiii....



    Ini komen nak pancing marah dan benci orang je ni...

      rakyattranung On June 19, 2009 at 8:40 AM

    Semoga lebih rasional dan bukan hanya memandang semua yg dilakukan orang lain salah.... Bukan semua yang diperjuangkan lawan adalah dosa dan tidak semua tindakan kita menghasilkan pahala.

    Teruskan perjuagan mu cikgu fauzi.

    Ikhlas dari bekas pelajar AYTK 1993-1997 dan SMK Sultan Ismail...

     

Post a Comment