Haik...IKHLAS ke ni....AMinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

3:02 AM | 0 comments |



Ramainya manusia yang bernama Penyokong PR...takbir....



ABang-abang FRU yang sangat ramai.... lebih ramai dari Penyokong UMNo.....






Senario Kuala Terengganu kini berada di Perak.... Deretan Kereta Polis mambanjiri Perak.... RM 15 juta akan dihabiskan di Perak.....






Perbagai Kaum menghadiri Ceramah PR...


Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang
( dipetik dari http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22501#590750 )
Mar 31, 09 12:33pm
kemaskini 3.01pm Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder case 030907Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita Mongolia itu akan diketahui dua hari selepas pilihanraya ini.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Polis juga melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung, selain menuntut parti itu mengawal kehadiran orang ramai.

"Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larang itu dipetik.



Ramai kan Orang UMNO yang hadir.... Boleh dikira dengan jari....







Ada beberapa gambar menarik yang ingin cikgu kongsi bersama.... kini muslimat PAS dah boleh berjalan beriringan dengan yang bukan Islam.... menuju perjuangan ke arah Keadilan....





Perpaduan kaum yang tidak pernah terbayang oleh PAS dan UMNO....
Kekejaman UMNO menyebabkan dan membolehkan semua kaum bersatu dibawah panji-panji PAS/ISLAM tanpa ragu-ragu......
Terima kasih UMNO...... Takbir.....










Assalamualaikum.....

Sepertimana yang cikgu janjikan untuk berkongsi gambar bersama sahabat2 yang tak berkesempatan ke Bukit Gantang.

Setakat jam 9.30 tadi, inilah keadaannya....
Menurut maklumat SB Cikgu, kehadiran penyokong kumpulan UMNO dalam 5000 - 7000 orang dan tek lebih 10 000 orang manakala kumpulan penyokong PR paling kurang 30 000 orang.
Masjid Taping pun menerima ahli Jamaah utk solat subuh yang tidak terduga, Jamaah terpaksa solat Subuh berjamaah hingga diluar Masjid...mengatasi solat Jumaat......

Jadi, cikgu teringat kata-kata...Ummat Islam akan menang kalau sekiranya Jamaah Subuh sama seperti Jamaah Solat Jumaat. Kehadiran pagi tadi macam nak bagi tahu yang Kemenangan adalah milik Islam.... Takbir......

Nanti sikit lagi cikgu akan ulpoad lagi gambar2 menarik......Insyallah....

Hari ini Cikgu ke Bukit Gantang, Perak. Sesampai di Bukit Gantang, ada terlihat satu "banner hantu-tiada yang bertanggungjawab". Bersamalah kita nilai.... Tapi maaf le.... tak dapat nak upload sebab line sangat lembap.... hujan sangat lebat.... macam ingin meraikan kemenangan PAS dan menangisi kegembiraan kekalahan UMNO. Nantilah nanti kalu diizinkan Cikgu akan cuba upload. Juga bersama gambar terkini sekitar penamaan calon Bukit Gantang esok..... doakan biar lain ok......

Cuma cikgu terfikir, katalah kita ajukan soalan kepada orang-orang kampung, cikgu yakin mereka boleh menjawab dengan tepat. Cuba tanya yang mana lebih baik samada duduk di bawah Pokok @ pergi Merompak ? Kalau ada yang kata merompak lebih baik.... Cikgu nak ucapkan Tahniahlah kerana anda boleh menjadi ahli UMNO..... apatah lagi Persidangan Perompak-perompak barun aje menghabiskan mesyuarat mereka hari ini....






Bersama ni Cikgu upload gak gambar2 projek di belakang Markas UMNO di hadapan Sek Ren Sultan Sulaiman 2. Pembaca sekalian teliti dan fikir-fikirkan le sendiri.......

Ni, cikgu uploadkan gambar kupon (RASUAH) yang diberi oleh UMNO KT kepada orang ramai.
Kronologi Kupon
1. Kupon di diambil di Markas UMNO
2. Wajib Hadir majlis TPM - Najib
3. Cop kehadiran, lepas tu dok leh keluar dari stadium
4. Habis program, pergi tukar kupon dengan Duit di Markas-markas masing-masing

UMNO.... memang tak lari dari Rasuah....


Berikut di masukkan beberapa gambar provokasi UMNO semasa PRK P036 di Kuala Terengganu, sekarang Bukit Gantang sedang menunggu giliran...


Pregnancy di bahagikan kepada 3 bahagian. Jumlah keseluruhan minggu mengandung di kira sebagai 40 minggu bermula drp tarikh terakhir period. Jadi,

1. Trimester pertama bermula drp minggu 5 hingga ke minggu 12.
2. Trimester kedua minggu 13 hingga ke minggu 26.
3. Trimester ketiga minggu ke 27 hingga ke minggu 40.

4 Minggu yg pertama

Anda: disebabbkan tarikh diambil drp tarikh terahir period, seseorang wanita itu tidak semstinya telah mengandung pada minggu ini. Selalunya, bila wanita tu perasan dia tak dtg kotor, dia telah mengandung 2 minggu.

Bayi: baby anda pada waktu ini masih di panggil janin, belum panggil bayi lagi. Baru bermula drp satu sel dan bergerak ke arah rahim drp fallopian tube.



Trimester Pertama

Minggu 5-6

Anda: masih belum nampak mengandung, anda mungkin juga masih belum tahu anda mengandung. Tapi tanda2 seperti kepenatan, kekerapan buang air kecil, lidah rasa pelik, loya dan kadang2 ada bau yg biasa rasa pelik

Bayi: Bersaiz biji limau (kecik), rupanya masih macam berudu tapi otak telah mula beroperasi, jantung dah mula mengepam keseluruh badannya, tulang belakang dan central nerbous sistem dia telah mula beroperasi


Minggu 7-8

Anda: Payudara anda akan menjadi sedikit gelap dan pinggang anda sikit menebal (nampak gemuk sikit la.. selalu org yg tak sedar dia pregnent akan heran, apesal la aku gemuk nih? hehehe..). Semakin loya dan kepenatan di sebabkan hormon pregnant nih, emosi anda terganggu, sedih sgt atau gembira sgt, anda pun tak faham mengapa. Badan anda menghasilkan lebih byk darah, dan kadar degupan jantng anda bertambah.

Bayi: Organ2 dalaman bayi yg utama mula tumbuh, now dia dah bersaiz kacang merah (kidney bean). Dia baru nak tumbuh jari, muka baru nak jadi mcm manusia, kelopak mata, lidah baru nak tumbuh. By minggu ke 8, ekor (yg macam berudu) tuh mula hilang, so sekarang dia tak dipanggil janin lagi.. dah boleh panggil fetus.
PPSMI HEBAT - MARI TENGOK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR LUAR BANDAR

Sila lihat analisa ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 72%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 69%

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!

Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah D dan E dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Kalau ini bukan “academic ethnic cleansing”, apa lagi namanya?

Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).


BAHAYA MICROWAVE OVEN……….

Email : ZAMRI kecik's

Ha... hari tu kita dah tengok kelebihan BUDU, hari ni kita baca plak kesan Microwave Oven... Nak Guna lagi ???? Tepuk dada tanyalah penyakit.... hehehhe...

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.


Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..

Fikirkan...


Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm



Perjuangan kalian tercatat dalam lipatan Sejarah Perjuangan Bahasa....


Tidak ada bahasa seindah Bahasa Melayu. Bangsa yang memperjuangkan Bahasa Ibunda adalah Bangsa yang bertamadun. Siapakah lagi yang ingin diharapkan untuk memperjuangkan " Hak & Maruah " Bahasa kita melainkan diri kita. Kita tidak menolak perkembangan dan teknologi, tapi apakah perlu sehingga menggadaikan Bahasa Ibunda kita. Apalah nilai Bangsa Melayu andainya Bangsa Melayu tidak mengiktiraf Bahasa Melayu. UMNO (Un Malay National Organization )memperjuangkan Bahasa Melayu ????. Jawapannya tidak.... UMNO tidak memperjuangkan Melayu lagi.....
CERAMAH PPSMI DI KEMAMAN

ISI-ISI PENTING

FAKTA 1

- Hasil kajian oleh Trends In International Mathematics and Sciencs Study ( TIMSS 2007 )
o Kaji Perlaksanaan dan Keberkesanan Kurikulum Sains & Maths
o Kajian mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pd Ogos 2000
o Dibentangkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
o Melibatkan 3 kitaran iaitu ;
i. Kitaran Pertama - Tahun 1998-2000
ii. Kitaran Kedua - Tahun 2001-2004
iii. Kitaran Ketiga - Tahun 2005-2008
o TIMSS disertai oleh wakil dari 59 buah Negara
o Kajian melibatkan pelajat tingkatan 2 – 4466 pelajar
o Melibatkan 150 buah sekolah
Keputusan Skor Matematik
• 1999 = 519
• 2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
• 2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)
• Purata murid antarabangsa meningkat manakala purata murid Malaysia merosot.

Keputusan Skor Sains
• 1999 = 492
• 2003 = 510 (naik 18)
• 2007 = 471 ( turun 40 )

 Semua Negara yang naik menggunakan bahasa Kebangsaan masing-masing
 Ulasan TIMSS berlaku adalah seperti berikut “”

“At both fourth an eighth grades, on average across countries, a large majority of students reported always or almost always speaking the language of the test at home, and these students had higher average mathematics (and science) achievement than those who reported it less frequently.” TIMSS Mathematics/ Science Report 2007, p. 7)
Ertinya dalam kebanyakan negara, pelajar yang menyatakan yang mereka belajar mata pelajaran ini dalam bahasa ibunda (home language) adalah secara puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang menyatakan mereka belajar matematik dan sains dalam dalam bahasa asing di peringkat rendah dan menengah (8th grade).
Sokongan kenyataan berdasarkan kajian oleh
i. Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikan awal. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa asing dan terus belajar matematik dan sains melalui bahasa asing tersebut sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Cummins & Saville-Troike 1991; Swain 1986).

ii. Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang bagini, UNESCO mengeyorkan bahasa keluarga digunakan untuk pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi

iii. Semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi.

iv. Kajian-kajian (Isahak 2008, Juriah Long 2006) menunjukkan 70%-80% pelajar Tingkatan 2 menyatakan yang mereka sukar dan agak sukar mengikuti pengajaran guru Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris


FAKTA 2
- Dibantah oleh ramai Cendikiawan Melayu seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi.
- Cth Kenyataan Pro Ungku Aziz di mana kita kenal siapa dia [[[Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Beliau tidak minta apa-apa pun. Beliau berkata, PPSMI ini tidak menguntungkan bangsa Melayu. Kami pun berfikiran sama seperti itu. Kita akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI ini.]]]

Fakta 3

- Keputusan UPSR tahun 2008
- Sekolah Rendah Cina meningkat manakala Sek Rendah Kebangsaan menurun kerana terus belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Cina (dan ditambah dengan istilah Inggeris).

Fakta 4

- Pelajar kita sambung belajar di banyak negera seperti UK, US, Perancis, Jepun, Korea, Jerman, Russia, Jerman, Rusia, Cina dll
- Bg Negara yang guna BI ok- bagi Negara yang guna Bahasa ibunda ???


Fakta 5

- Penyelewengan fakta yang menyatakan kecekapan dalam bahasa Inggeris itu menjadi prasyarat untuk membolehkan pelajar meneruskan pelajarannya dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Yang sebenarnya adalah sebaliknya. Pengetahuan yang kukuh dalam math dan sains menjadi prasyarat untuk pengajian dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, bukan bahasa Inggeris.
- Kalau lemah BI tapi kuat Fakta Maths & Sains  masih boleh berjaya utk jadi saintis – cth pelajar Kelantan …bagi cth sleng ---tapi berjaya
- Kalau kuat BI tapi lemah Fakta Maths & Sains  tak kan berjaya jadi saintis… Mesti semua pelajar UK, US jadi saintis SEMUA SEKALI
- Kualiti soalan yang terpaksa diturunkan, soalah jadi mudah. Suaikan seperti soalan pelajar Tadika.


KENAPA SUSAH SANGAT NAK KEMBALI KE BM


1. Semua guru Matematik dan Sains sudah pun terlatih dan cekap untuk mengajar dua mata pelajaran ini dalam Bahasa Malaysia (dari peringkat rendah, menengah dan matrikulasi), kerana mereka telah pun mengajarnya dalam BM sebelum ini. Mereka tidak perlu dilatih semula dalam Bahasa Malaysia.
2. Hanya yang perlu disediakan ialah buku teks (dan buku kerja) dalam Bahasa Malaysia. Dan ini tidaklah bagitu sukar dibuat: iaitu dengan mengadaptasi saja buku teks dalam bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka boleh menjalankan ini dengan bantuan ramai pendidik dan guru pakar.
3. Program dan modul DVD dan komputer yang sedia ada dalam BI tidak perlu diganti atau ditukar ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam keadaan sekarang pun alat-alat ini kurang digunakan di kebanyakan sekolah. Tetapi bahan yang sedia ada itu boleh terus digunakan sebagai rujukan tambahan. Guru dan pelajar perlu terus membuat projek sains dan matematik mereka mengguna komputer, misalnya dalam BM. Bahkan pelajar akan lebih kreatif membuat projek kerana bahasa tidak lagi menjadi kepayahan untuk mencatat dan menulis.
4. Peperiksaan Matematik dan Sains sudah pun dibuat dalam dwi bahasa (BM & BI) di peringkat UPSR, PMR, SPM dan Matrikulasi sekarang. Dan sebahagian besar pelajar UPSR (2008) Sekolah Kebangsaan memilih untuk menjawabnya dengan merujuk Bahasa Malaysia.
5. Di peringkat matrikulasi, sebenarnya mata pelajaran sains seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik juga diajar dalam dwibahasa (BM dan BI) dan ujian dan peperiksaan diberi dalam dwibahasa bagi membantu pelajar Melayu dan Bumiputera lain memahaminya.
Pada anggaran saya tidak ada penambahan kos yang besar untuk kembali menggunakan BM bagi pengajaran Matematik dan Sains di sekolah. Kos yang terlibat hanya dalam penyediaan buku teks (dan buku kerja) matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia.

APA YANG PERLU DIBUAT UTK MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
1. Tambahkan masa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah, terutama dalam Tahun 1 -3.
2. Ubah atau pinda Kurikulum Bahasa Inggeris supaya lebih sesuai untuk dilaksana bagi pelajar berbagai-bagai aras kebolehan
3. Pelbagaikan program dan pendekatan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar pelbagai kebolehan dan latar belakang, di bandar dan di desa.
4. Saya syorkan ini boleh dibuat secara modular.
5. Dalam program pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dimasukkan istilah-istilah dan unsur-unsur sains dan matematik. Persembahannya boleh dipelbagaikan dalam bentuk cerita, nyanyian, lakonan dan sebagainya.
6. Pendekatan sama (standardised) yang sedia ada sekarang kurang berkesan dan perlu diubah. Dan boleh diubah, jika Kementerian Pelajaran lebih bersikap terbuka bagi menerima dan melaksanakan pendekatan alternatif. Pendidik dan guru Malaysia rata-rata kreatif. Kementerian Pelajaran harus lebih terbuka untuk menerima idea dan pendekatan dari luar, tidak semestinya dari luar negara!
7. Terjemahkan lebih banyak buku Rujukan ke dalam Bahasa Melayu.

Kenapa MAMPAT tetap memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ?

1. Menurut kajian, Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ke 12 terbaik di dunia. Jadi tiada sebab yang logik untuk tidak menggunakan Bahasa yang telah diiktiraf.
2. Bahasa Melayu digunakan oleh Rumpun Melayu terbesar didunia iaitu seramai 350 000 juta orang berketurunan Melayu di Kepulauan Melayu.
3. Kajian dan sejarah juga menunjukkan kebanyakan Negara yang berjaya adalah negara yang mempunyai Jati Diri yang kukuh seperti Jepun, Jerman dan banyak lagi negara. Mereka belajar Bahasa In ggeris tetapi kekal menggunakan Bahasa Ibunda masing-masing di dalam urusan harian terutama di dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Bahasa adalah suatu kemahiran yang hanya boleh diperolehi apabila ianya dijadikan Bahasa Komuniklasi harian, bukan sekadar semasa di dalam kelas. Persoalannya mampukah ibu bapa pelajar-pelajar di Hulu Terengganu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak mereka ? Jawapannya ...tidak.

5. Pengalaman kami juga menyatakan sedemikian. Kemudahfahaman pelajar terhadap tujuan pengajaran khususnya Sains agak terhad. Bagaimana untuk mengadaptasikannya pula di dalam kehidupan. Sebagai contoh, pokok kaembong dalam Bahasa Inggeris dipanggil apa ? Mungkin ada dikalangan yang membaca artikel ini tidak tahu maknanya. Kalau cari dalam kamus internet pun sangat susah mendapatkan terjemahannya. Pokok kaembong di dalam bahasa Inggeris adalah samada balsam atau balsom.

6. Pelajar-pelajar semakin kurang mampu untuk menguasai Bahasa Melayu itu sendiri. Semakin ramai pelajar yang tidak mampu mengeja dengan betul di dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 4 menjawab soalan Kimia. Apabila menjawab soalan dibenarkan di dalam 2 bahasa, pelajar lebih memilih menjawab didalam Bahasa Melayu terutama pelajar di luar bandar. Namun yang menjadikan masalah adalah, jawapan kepada soalan dibuat didalam Bahasa Melayu tetapi ejaan di dalam Bahasa Inggeris. Maka jadilah klorin dieja sebagai chlorine.....

7. Kita juga tahu banyak Universiti diluar negara yang mengajar Bahasa Melayu sebagai matapelajaran pilihan ( subjek electif). Ini juga memberikan peluang kepada orang Melayu untuk mengajar di Universiti luar negara.

8. Khuatir, suatu masa nanti Bahasa Melayu akan pupus dan semakin tidak digunakan sepertimana nasib Jawi
Cara 2




Berhentilah daripada memakan dan membeli gula-gula getah kerana ianya diperbuat daripada kulit babi terutama yang tidak berjenama......


Insyallah, saya akan menyampaikan ceramah berkaitan dengan Isu PPSMI di Kemaman. Seperti kata Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said, saya juga meminjah Pentas PAS untuk memperjuangkan isu PPSMI ini. Sebagai seorang yang mewakili NGO iaitu MAMPAT, saya harap, ianya tidak disalahtanggap..... Apa2 pun perjuangan mesti diteruskan....




Sebagai anak Malaysia...hari ini saya ingin menzahirkan kekesalan dengan apa yang berlaku di Perak. Satu Sidang Dun di adakan di bawah sebatang pokok. Seluruh dunia hari ini melihat Damokrasi ala Malaysia seolah-olah berada di sebuah hutan rimba. Malunya aku kerana kerakusan kuasa..... ketakutan pada kebenaran...... segalanya dibenarkan..... UMNO...UMNO...UMNO..... teruknya kamu ......