Ni Cikgu ambik dari blog MAMPAT...
Menarik gak....
Bermula dari hari ini jangan panggil nama cikgu Mohd.... tapi Mohamad .....because I don't to be the big mouth dog.....




Semoga apa yang berlaku menjadi Rahmat ALLAH. Semoga semakin mantaplah kepimpinan Islam..... Islam memimpin dan bukan dipimpin....
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.



Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya
Sultan tolak idea jambatan ketiga PM
Jun 18, 09 12:10pm
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," baginda dipetik bertitah oleh akhbar Berita Harian.
Yahudi...yahudi... Itulah satu bangsa yang dilakhnak ALLAH. Dari dulu sehinggalah Bangsa ini akan dihapuskann apabila datangnya Imam Mahadi, bangsa ini tidak pernah penat untuk menghapuskan Islam... tidak pernah putus asa seperti mana tidak pernah putus asanya Iblis untuk menyesatkan Umat manusia ......

Berhati2lah.... "Haram"kan anak-anak, adik-adik kita daripada menonton cerita katun (La-)Nomekop. Sebut sahaja seolah-olah kita istihar kita bangsa dia....

Sekadar memperingatkan semula. BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya???

1. POKEMON bermaksud saya yahudi,
2. PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,
3. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(nauzubillah) ......
Alhamdulillah...tanggungjawab sebagai Mr Mama dah selesai.....

Selamat kembali Umi.... Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana dengan izinMU Umi selamat pergi dan selamat kembali.....

Kesian kat adik Huda.... memula tu macam tak kenal je Umni.... tok sey gi ke Umi... Ke adik Huda mengaju......

Guana nok gi Haji Abi dan Umi ni...... ????


Gambar ABang Mohamad bersama air batu di atas tangannya.... Cepatlah Abi... sejuk tangan Amat.....


Masya'Allah....

Sepanjang 36 tahun hidup Cikgu, baru hari ni cikgu jumpa sendiri dan merasai serta melihat sendiri hujan air batu. Kira-kira jam 6.30 petang, masa cikgu duduk kat dapur, hujan sedang lebat, tetiba terdengar atap dapur macam dilontar dengan dengan batu.... Rasa syak.... cikgu bercakap dengan Zaujah.... akhirnya kami buat keputusan untuk lihat keluar.... Kelihatan ketulan-ketulan kecil air batu... Masya'Allah.... Cuaca dan air hujan juga terasa lebih dingin daripada biasa.... macam air hujan di Cameron Highland....
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Subash akui lebih tenang selepas memeluk Islam

Oleh AU YEONG HOW

SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.

Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.

Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.

Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.

"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.

Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.

Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.

Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.

Ustaz Ibrahim Mat Isa

Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.

Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.

"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.

Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.
Pada 9 Jun 2009, maka genablah usia 10 tahun anakku yang ke 2 iaitu Nurul Amrina Alia. Sedikit majlis diadakan dengan dikendalikan oleh anak saudaraku yang comel-comel seramai 2 orang iaitu Aeizatul Fadhilah dan NorSolehah.... Ku nukilkan gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.....







Birthday Girl menyuapkan kek ke nenek tersayang.... Makan nek...jangan tak makan...







Kek Harilahir Angah.... menarik tak ?
Hari Isnin bebaru ni, Abi gi ambik Innova yang telah masuk 3 minggu masuk ICU di Toyota Services. Abi ambik di Kuantan dan gi bersama dengan anak-anak. Welcome Back TAN 8685. On the way balik, Abi ambik gambar-gambar menarik dilangit.... masilah kongsi bersama....













Gambar "majic" Kaki besar kepada kecil ... Kaki Along...kepala Mohamad....


Ya... Allah... anak tikus tolak anak Gajah.....Along bebaik tu.... putus tali tu kang.....



Acik Bersama Mohamad....



Along naik songet cakdong dengan Alang... Mana adil... Kapas dengan Jentolak....


Gambar Adik Huda dengan Angah main Conget Cakdong sengsorang....
Alamak.... 2 orang anak Abi demam le... ? Ni mesti rindukan Umi di orang ni...
So ABi bawak le dia orang berjalan-jalan kat Pantai Pengkalan Balak, ambik udara...

Abi masukkan gambar mereka di sana....



Adik Huda tak demam, alhamdulillah... Power adik Huda.... Tapi dah 2 malam mengigau panggil nama Umi....



Acik dan Uda le yang paling Power... macam tak ingat kat Umi je.... Relax..... asyik makan durian je dua orang ni.....




Ni le 2 orang Puteri Abi yang demam.... Angah dan Alang.... Demam rindu le tu....
Alang setiap malam tidur berselimutkan baju caften Umi..... sengat perindu rupanya Alang ni...



^ Puteri dan Seorang Putera yang Abi jaga sepanjang Umi gi Umrah.... Semoga jadi anak-anak Soleh dan Solehah.... Amin....
Sempat Abi ambik gambar menarik langit di sana...cantek view.... sesama kita lihat...





Gambar Pusara Ayahanda Cikgu yang banyak berjasa.... Al-Fatihah
Pilihlah... jenis mayat mana yang kita mahukan.....

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii....

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Mohd Nizam bin A. Badaruddin

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

Cikgu ingin mengucapkan Tahniah dan Takziah kepada Ust Nik Abduh Nik Aziz(UNA) di atas kemenangan sebagai JK Pemuda PAS Pusat. Walaupun di tolak oleh Pemuda Kelantan, nampaknya Pemuda Malaysia lebih mengenal permata dan maknikam...

Kekalahan UNA di Kelantan tidak menjadi kayu pengukur kegagalannya di peringkat pusat. Tahniah juga diucapkan kerana berjaya mendapat undi ke-2 terbanyak di dalam pemilihan ini. Walaupun gagal mendapat kira-kira 35 undi, namun UNA hanya ketinggalan 3 undi di belakang Ust Riduan Mohd Nor... Tahniah sekali lagi....

Bersama ini Cikgu pastedkan senarai Jawatankuasa Baru Dewan Pemuda Yang menang...

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011



PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)


KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)


NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz