Air mata Melayu di Johor Darul UMNO










Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la . dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..


* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

di Khamis, Mac 25, 2010 2 ulasan

UMNO roboh rumah Melayu dengan zalim













Orang kampong telah menduduki Kg ini hampir 30 tahun lamanya bagi mengimbangi sosio ekonomi dan tenaga kerja di bandar Johor Bahru.

Mereka merupakan peneroka bandar yang ada sumbangannya ke atas negara walaupun sanggup hidup susah.

Selama 30 tahun itu jugalah mereka dijanjikan itu dan ini demi mendapatkan undi mereka untuk sang pemerintah mengekalkan kuasa.

Sudah tiba masanya, sekarang ini mereka dihalau seperti sampah tanpa tempat yang sempurna,tanpa pampasan walau sesen pun dan tanpa bantuan sewajarnya.

Hinggakan semalam sebahagian besar rumah2 mereka telah dirobohkan, ada di antaranya masih berpenghuni dan ada barang2 yang belum dikeluarkan.

Kalaulah di negeri2 Pakatan Rakyat mungkin setengah tahun isu ni di mainkan di TV3 suku dan yang sepusat dan sepusing dengannya.

Orang kampong bukan tak mahu pindah atau tolak pembangunan, tetapi mereka mahukan sedikit saguhati untuk mereka mulakan hidup baru.

Kalau Kg Buah Pala di Penang boleh dapat RM250,000 dan lot rumah, apa bezanya Kg Denai Pinggiran ini?

Statusnya sama saja. Jika Kampong2 yang juga dirobohkan di tempat yang lain dapat pampasan, kenapa mereka ini tidak dapat pampasan walaupun sedikit?

Jika mereka ini orang kaya, sudah lama mereka membeli rumah yang jauh lebih selesa. Tetapi hakikatnya mereka ini orang2 susah yang terpaksa menumpang kasih belas duduk di kg itu.

Malangnya penguasa2 ini tidak memandang mereka walau sebelah mata. Mereka dilayan dan dihalau lebih teruk daripada pendatang tanpa izin.

Wahai sahabat2 sekelian, pandang dan renungkanlah dari sudut mata hati....lihatlah kezaliman yg sedang berlaku dan akan berlaku lagi di era sang pemerintah kini....


Lokasi: Kg Denai Pinggiran





Inilah dia gaya YB Osman Sapian ADUN Kempas yang hanya datang untuk menghina orang Kg Denai Pinggiran yang dikatakan sudah dihasut PAS.

Beliau hanya mengherdik orang kampong dengan mengatakan "mintalah tolong dengan PAS".

Dan yang paling menjatuhkan maruah dia sendiri apabila mencabar penduduk kampong yang marah supaya memukulnya jika berani dan berhajat masuk lokap.

Inikah perangai wakil rakyat UMNO?

Jawapannya YA!.... inilah sebahagian perangai wakil rakyat UMNO.


Dari wall FB : Shamsul Bin Bakri

Bukankah UMNO pembela Melayu dan Islam No 1 di Malaysia?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment