Sekadar memberi pandandan kepada idea yang sedang dicanai. Subsidi menyebabkan negara Muflis bermakna seolah-olah subsidi gula-gula rakyat? atau subsidi = kebajikan rakyat?

Andai kata subsidi tu gula-gula rakyat, saya kira di UK ni rakyatnya tersangatlah di gula-gulakan. Marilah kita lihat beberapa kemudahan2 yang kerajaan UK SUBSIDIKAN kepada rakyatnya, tapi antara yang ana tahu :-
  1. Kemudahan kesihatan percuma -
    • kat sini susah nak cari klinik atau hospital swasta
    • Tapi kemudahahn kesihatan datang dengan sistemnya, kita xleh nak g hospital terus, kena g klinik dulu. consultation free, ubat je kena beli sendiri kat farmasi. begitu juga kos2 pembedahan, bersalin dsb.
    • Ubat anak-anak free dari lahir hingga anak umur 16 tahun. Ubat ibu pun jadi free kalau baru lahirkan anak sehingga anak umur setahun (ni student luar negara pun layak dapat kemudahan ni)
  2. Kemudahan pendidikan
    • Kemudahan sekolah percuma utk primary and secondary
    • untuk anak 3 tahun ke atas, taska percuma untuk 3jam sehari
  3. Kemudahan2 lain yang ana tahu setakat ni
    • Anak2 yang lahir disini, mak ayah dapat duit (termasuklah kami yang dikira sebagai resident)
    • Golongan warga emas terima banyak kemudahan antaranya pengangkutan awam percuma (sistem kad), pencen yang diberikan secara mingguan & byk lagi
    • kemudahan lain-lain ana rasa xjauh beza dengan Msia
    • Air percuma di beberapa bandar (termasuk dalam cukai perbandaran)
Untuk accomodate dengan pelbagai kemudahan yang diberikan, tax di UK agak tinggi. Ade macam2 tax. Antara tax yang dikenakan seperti cukai perbandaran, cukai pendapatan, cukai jalan, lesen TV, kalau yang berniaga mungkin banyak lagi kot tax nye. TETAPI ade pengecualian kepada beberapa golongan antaranya student dan warga emas. Sebab tu rakyat diUK sangat concern dengan bagaimana kerajaan menguruskan duit tax ni. Buktinya dapat dilihat semasa pilihanraya baru2 ni.

Minyak disini tidak disubsidikan, jadi harganya berubah2 mengikut harga minyak semasa, ada masa naik, ade masa turun dan berbeza2 ikut tempat dan syarikat. TAPI BEZANYA bila minyak naik harga barang makanan dan sebagainya KEKAL pada harga, tidak naik pun naik. nampak macam sama je, cuma tambang bas yang nampak ketara kenaikannya.

Fenomena ni sedikit berbeza di Msia. perkara yang sangat perlu dipertimbangkan kalau nak tarik subsidi minyak, 'the domino effect'. living cost kat UK takla kata rendah tapi boleh survive, barang makanan boleh kata murah kalau merujuk kepada peratusan harga barang berdasarkan pendapatan per kapita. Di sini memang ade gaji minimum, 5.8 gbp sejam, majikan xboleh gajikan pekerja lebih rendah daripada tu.


Persoalan yang paling penting....Adakah Kerajaan betul-betul telah bersedia untuk melaksanakan penarikan Subsidi dengan memperbetulkan semua aspek yang perlu. Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia.... Adakah orang-orang asal (asli) di Malaysia telah bersedia menghadapi situasi ini??? Jawapannya .... BELUM.....

APa yang dikhuatirkan adalah Kerajaan Malaysia sekadar menghapuskan subsidi tanpa menyelesaikan permasalahan yang wujud...sekadar mengambil yang "enak-enak" sahaja dan melupakan terus TANGGUNGJAWAB SOSIAL kepada Rakyat.... Contoh mudah adalah berkaitan Hukum Islam..... Kerajaan hanya melaksanakan sistem Zakat sahaja kerana ianya mendatangkan pendapatan dan kebaikan kepad Kerajaan TETASPI Menolak perlaksanaan Hukum Hudud..... Knapa...Jawapannya kerana Hudud tidak mendatangkan kebnaikan kepada Kerajaan sedangkan Zakat.... RM...RM....RM.... Kerajaan boleh guna dan salah gunakan ( beli kereta Mers di Johor...)

Sebenarnya apakah yang akan menyebabkan Negara menjadi Muflis... Kenapa UK tidak Muflis, kenapa kesekian tahun telah berlalu ... Negara kita ok aja.... tapi kenapa baru isu ini timbul... Pada pandangan Cikgu.... Kemuflisan negara bukan kerana Subsidi tetapi kerana salahurus tadbir, pembaziran dan RASUAH..... anda bersetuju dengan Cikgu.....Itulah faktanya..... Bayangkan Negara boleh beli kapal selam berjuta2 harganya tetapi tak boleh menyelam... Skandal PKFZ, banyak le lagi tak tersenarai rasanya... mungkin anda boleh membantu...
Sama-samalah kita fikirkan.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment