Najib Belanjakan RM8,724,895.91 Dalam Masa 274 Hari
Posted on Thursday, December 23 @ 07:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab
"Fakta tentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!
Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.
~ Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.
~ Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

~ Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.
~ Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.
~ Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.
~ Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).
~ Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini.
~ Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.
Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara pagi ini.
Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.
Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong
"Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?" tanya beliau. Lain-lain hal tentang Najib
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment