Ni baru le menghina dan merosakkan imej surau.....
Sultan Selangor tak nak ambik tindakan ke ???
UmNo Slengor...diam aja...??


Berikut petikan fatwa berkenaan:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Saman 11 Juta: PAS Ucap Tahniah Kepada Peneroka Felda


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM 11juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua. Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.

PAS mengucapkan syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda diseluruh negara. Kini beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) yang mengemukakan tuntutan berkaitan:

1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka

2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda

3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka.


4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960)

5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda

6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka

7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).

PAS menyokong usaha peneroka Felda ini untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.

PAS juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimen kawasan Jeli. Para peneroka ini diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok FELDA jika masih meneruskan kes ini di mahkamah.

PAS berharap perkara ini tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.

Kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka. Mereka juga bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam Pilihanraya akan datang dan PAS sedia memberikan bantuan kepada mereka. Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak mereka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds



Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran yang bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Kalau kermarin Cikgu post gambar bendera baru Malaysia... Hari ni Cikgu post plak lagu Kemerdekaan dengan rentak Lagu... Gereja. Mana komen Tok Peti, Mana komen Ridhuan Tee...


Sejak bila Kabinet/Parlimen meluluskan bendera baru untuk Malaysia.... ???
Dalam kesibukan membincangkan kewajaran Mahasiswa Berpolitik, Cikgu terasa ingin memberikan padangan dan komen di atas kewajaran membenarkan Mahasiswa berpolitik di kampus.

Sebagai seorang aktivis mahasiswa, keterlibatan Cikgu dalam aktivitis mahasiswa bermula dalam era pengajian di kampus UPM, dari tahun 2001-2006, bermula dari Pusat Matrikulasi di MRSM Kulim, Kedah lagi. Terlalu banyak suka-duka sebagai seorang aktivis mahasiswa yang telah Cikgu lalui. Walaupun bukanlah yang terbaik, tetapi Cikgu merasakan keterlibatan Cikgu dalam aktiviti-aktiviti tersebut sedikit sebanyak menjadikan Cikgu sebagai seorang mahasiswa yang Matang dalam mendepani masyarakat selepas bergraduat.

Cikgu masih ingat lagi antara aktiviti yang dilakukan semasa memegang jawatan PSUA MPP UPM adalah membuat satu kajian kepentingan keselamatan laluan pejalan kaki dimana dicadangkan pihak pengurusan untuk memasang lampu jalan, agar keselamatan mahasiswa terpelihara dan terjamin. Selama 3 bulan lamanya Cikgu menjalankan kajian dan melakukan plan kasar cadangan tersebut melalui MPP hinggakan keluarga 'bersungut' kerana Cikgu tak balik bercuti di kampung. Namun selepas bergraduat, perlaksanaannya dilakukan oleh UPM, mungkin secara kebetulan, tetapi Cikgu rasa puas kerana kebanyakan perlaksanaannya adalah mengikut seperti mana yang dicadangkan didalam paper work yang Cikgu buat.

Sebenarnya bukanlah Cikgu nak bercerita tentang kerja-kerja yang cikgu lakukan, tetapi sebenarnya ingin memaklumkan keterlibatan kita di dalam berpolitik, menyebabkan mahasiswa semakin matang dalam membuat sesuatu keputusan. Orang akan mempertikaikan kenyataan Cikgu dengan menyatakan, itu keterlibatan hanya dalam kampus bukan politik luar..... apa yang Cikgu ingin nyatakan pada masa tu Cikgu juga terlibat dalam beberapa demonstrasi, pilihanraya kecil dan lain-lain aktiviti kepartian.... Ok je.... Namun apa yang penting selain kematangan.... Cikgu juga berani membuat keputusan dan tidak takut didalam melaksanakan keputusan. Cikgu rasa, mana-mana pemimpin pelajar yang terlibat pasti akan bersetuju dengan pandangan Cikgu...

Oklah, mari kita lupakan pengalaman Cikgu, mari kita lihat pro dan kontra membenarkan perlaksanaan Mahasiswa Berpolitik di kampus. Cikgu suka membincangkan Kontranya dulu;

1. Pengabaian kepada pembelajaran - Namum berapa ramai pelajar yang tidak berpolitik juga mengabaikan pelajaran mereka. Sebenarnya pengabaian pelajaran adalah kehendak individu bukan salah berpolitik.
2. Pelajar lebih menjurus kepada politik Pembangkang - Persepsi yang salah. Siapa DSAI semasa di kampus, aktivis mahasiswa yang pro pembangkang... tetapi selepas bergraduat... beliau adalah ahli UmNooo bahkan pernah menjawat jawatan tertinggi sebagai TPM. Siapa dia Dato Sabrie Chik - beliau adalah pemegang biasiswa Institut Berakan ( Sekolah PAS ), semasa di kampus beliau merupakan aktivis mahasiswa yang agak aktif berpolitik, sekarang ni jadi Menteri UmNoooo lagi.... Siapa Saifudin Nasution..... antara Pengasas Jamaah Islam Kampus UPM.... tetapi selepas bergraduat..... menjadi ahli UmNoooo.....
3. Tu je kot kontranya kot.....

PRO
1. Melahirkan mahasiswa yang berani, matang dan optimis
2. Melahirkan Mahasiswa yang berpemikiran jauh dan matang.
3. Melahirkan Mahasiswa yang kreatif dll.
4. banyak lagi.....

OK.... persoalannya, adakah betul Mahasiswa tidak berpolitik selama ini.... BOHONG...LEBONG....PELAWAK.....

Semasa di kampus dulu, kalau ada team pembangkang...pasti ada team pro-kerajaan. Bahkan team pro-kerajaan ni biasanya dibantu, dibiayai oleh HEP (HEPA) sepenuhnya, bahkan diberikan sepenuhkan kemudahan dan pelbagai insentif lagi. GPMS .... satu nama NGO yang tidak asing lagi .... GPMS ni pro siapa.... UmNooo....!!! Ya betul..... Bahkan banyak lagi persatuan-persatuan di U yang dikatakan pro kepada Kerajaan. Ini tidak termasuk Kelab UmNoo Kaherah, UK dan lain-lain lagi...kelab UmNoooo yang ditubuhkan diluar negara.... Bahkan Kelab UmNOooo diluar negara TURUT dijemput sebagai perwakilan semasa Perhimpunan Agung UmNooo di PWTC lagi.... Apa ni......????? tapi inilah sikap "double standard" UmNooooo dalam memberikan kepercayaan kepada mahasiswa. Bersama ini Cikgu sertakan sekali Logo Kelab UmNoooo Kaherah yang terletak di Rumah Pahang di Kaherah Mesir yang Cikgu ambil sendiri semasa ke Kaherah baru-baru ini.




Rakaman penuh di sini...

www.arakian.com/viewmedia.aspx?id=2056
FDI-Sudah Merudum 430 Peratus Masih Nak Perbodohkan Rakyat!

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyanggah alasan bahawa pelabur asing tidak ada wang untuk melabur sebagai punca kepada penurunan mendadak Pelaburan Asing Terus (Foreign Direct Investment-FDI) ke negara ini. Alasan yang tidak matang ini tidak boleh digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad sekalipun beliau cuba untuk membela kepimpinan anak didiknya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang gagal memanfaat perlantikannya sebagai Perdana Menteri untuk menarik sokongan pelaburan asing.

PAS mempersoalkan keseriusan pengurusan ekonomi Kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan FDI Malaysia jatuh sebanyak 430 peratus. Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filifina, Thailand dan Singapura.

Indonesia hanya mengalami kejatuhan sebanyak 91 peratus dengan nilai FDInya masih lebih tinggi dari Malaysia pada 2009 iaitu USD 4, 877 juta berbanding USD 9, 318 juta pada 2008. Thailand yang bergolak pada tahun lepas pula alami kejatuhan sebanyak 44 peratus iaitu dari USD 8, 570 juta pada 2008 kepada USD 5, 957 juta pada 2009.

Alasan bahawa pelabur asing tiada duit disanggah dengan peningkatan pelaburan ke negara jiran Malaysia iaitu Singapura yang memperoleh peningkatan sebanyak 32.87 peratus dengan nilai FDI 2009 berjumlah USD 16, 256 juta berbanding USD 10, 912 juta pada 2008.

Filifina turut mengalami peningkatan walaupun disibukan dengan isu pengganas dan proses pilihanraya. Negara jiran ini mengatasi Malaysia dengan memperolehi USD 1, 948 juta pada 2009 berbanding USD 1,544 juta pada 2008 dengan kadar peningkatan sebanyak 20.74 peratus.

Kita tidak lupa bahawa FDI Malaysia pada 1998 lebih rendah berbanding Thailand. Kemudian jatuh lagi pada 2005 iaitu lebih rendah dari Indonesia. 2008 FDI lebih rendah dari Vietnam dan tahun ini terus merosot, lebih rendah dari Filifina. Jangan pula selepas ini FDI Malaysia jatuh lebih rendah dari Brunei, kemboja, Laos dan Myanmar yang secara puratanya di bawah USD 500 juta sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Data-data di atas, sekaligus membuktikan bahawa alasan yang dikemukakan oleh Mahathir adalah tidak releven dan cuba memperbodohkan rakyat.

PAS menyakini bahawa kejatuhan ini berpunca dari beberapa tindakan huru hara yang dicetuskan oleh BN sendiri bermula dengan perampasan kuasa dinegeri Perak yang menyaksikan para pelabur hilang keyakinan terhadap kestabilan politik di negara ini.

Seterusnya Najib juga gagal menjamin tahap keselamatan negara apabila dua enjin pesawat TUDM dicuri, dan kapal selam Scorpene yang dibeli gagal berfungsi dengan baik. Kes rasuah yang turut membabitkan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang semasa dalam pembelian kapal ini pula mula disiasat Perancis akhir tahun lepas dan ini mencemarkan imej negara kerana kes ini mulai memasuki Mahkamah tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, kemasukan secara rahsia mantan Perdana Menteri Thailand dalam buruan, Thaksin Shinawatra yang gagal dikesan Polis Malaysia menimbulkan keraguan kalangan pelabur berkaitan keseriusan Kerajaan melindungi negara ini. Malah Malaysia dikatakan menjadi negara transit kepada aktiviti pengedaran dadah, pelacuran, pemerdagangan orang dan pengganas. Imej buruk ini amat menakutkan pelabur asing. Ini tidak termasuk lagi dengan faktor kes jenayah dalam negara.

Tahun 2009 juga menyaksikan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang cuba diheret ke Mahkamah dengan isu liwat. Kredibiliti beliau yang dihormati ramai pihak ini menjadi sebab pelaburan asing tertahan.

Selain itu pembabitan beberapa pemimpin BN dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga menjadi tumpuan kerana ia melibatkan aset fasiliti perdagangan negara. Ketirisan yang berlaku dalam projek ini amat menakutkan pelabur asing kerana mereka juga boleh jadi mangsa kebuasan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika melabur dinegara ini.

PAS menyarankan agar Kerajaan dibersihkan dari pemimpin-pemimpin yang korup dan tamak bagi meningkatkan keyakinan para pelabur dan rakyat terhadap potensi negara ini. PAS juga mahu agensi yang mempromosikan pelaburan ke dalam negara berusaha memikat perhatian pelabur asing dari Australia, New Zealand, India, Afrika, Rusia, Kanada dan negara-negara latin di Amerika Selatan. Dalam masa yang sama pelaburan dari Amerika Syarikat, Jepun, China dan sekitar negara ASEAN dipertingkatkan.

PAS juga yakin bahawa pelaburan dan nilai perdagangan mampu meningkat lebih tinggi walaupun tanpa perjanjian FTA.

PAS juga mengingatkan Mahathir agak tidak mengambil inisiatif yang membuta tuli membela Kerajaan BN dalam isu ini hanya kerana mahu berterima kasih kepada Najib kerana melantik anak beliau Mukriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu kementerian yang bertanggungjawab menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Kerajaan BN juga haruslah ikhlas dalam membantu negeri-negeri Pakatan bagi mempromosikan program pelaburan mereka ke negara luar. Sehinga ke hari ini program NCER dan ECER belum lagi menunjukan kesan yang besar kepada negeri-negeri yang terbabit, apatah lagi bila ianya sudah dikuasai Pakatan. Tahap keinginan BN untuk memajukan negeri berkenaan begitu rendah. FDI negara akan terus jatuh merundum jika BN tidak mahu menerima hakikat yang mereka perlu bekerjasama dengan Pakatan dalam memajukan negara ini terutamanya melalui negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Polis Diminta Jaga Keselamatan Negara Bukan Keselamatan Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS membantah sikap primitif dan tidak bertamaddun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini. Antaranya tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit Batu Pahat pada 31hb Julai 2010. Polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.. Sekurang-kurang-kurangnya 9 ditangkap terdiri dari 7 lelaki dan 2 wanita.. Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Di Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos 2010.

Manakala 1hb Ogos 2010 , himpunan di. upacara menyalakan lilin anti ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan.

PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.

PAS mengharapkan polis perlu menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno. Bertindaklah secara professional, beri keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan Umno BN.

PAS yakin tindakan ini sebagai satu usaha, kerana Umno sudah berada penghujung hayat, kerana apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya. Maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis menganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno/BN, dan yang paling kita bimbang moral dan emej polis akan tercalar di mata rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, kesemuanya mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat