SMS 5

[[[[[[ Asalamualaikum Cikgu. Perjuangan Nabi SAW adalah kerana bangsa.Ini kerana Nabi diutuskan kepada orang Arab untuk keluarkan mereka dari belengu jahiliyah.Nabi sendiri berketurunan Quraisy.Yakni suku yang paling mulia.Tentu sekali kumpulan sasaran dakwah Nabi ialah kaum Baginda dahulu.Tentu saja Nabi dibangkitkan untuk bawa rahmat keseluruh alam.Maka tentulah Nabi mendahulukan bangsanya.Maka tak usah nak merapu sangat dengan hujah berbelit Cikgu itu.Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.Yang jadi persoalannya di mana PAS untuk perjuangan Melayu ini. Sebaliknya sokongan orang Melayu senakin susut.Mana benarnya PAS jika orang'MELAYU ISLAM'itu tidak percaya kepada PAS.Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam. Sekadar guna Islam itu sebagai kosmetik untuk merebug kuasa.Apa usaha PAS untuk membangkitkan Islam? Tetapi kehebatan berpolitik serah kepada PAS. Sila komen ]]]]]]

Jawapan

Assalamualaikum saudara F.....
Walau pun Cikgu rasa malas nak jawab soalan yang sama yang diberikan oleh saudara tapi untuk kali ini Cikgu akan menjawab buat kali terakhir "soalan berulang" yang saudara berikat dan pada kali ini akan Cikgu sertakan bersama dalil HADIS Nabi lagi.... Kalau Saudara nak nafikan Hadis yang Cikgu sertakan.... Terpulanglah.....

Hujah Berulang Saudara :

Asalamualaikum Cikgu. Perjuangan Nabi SAW adalah kerana bangsa.Ini kerana Nabi diutuskan kepada orang Arab untuk keluarkan mereka dari belengu jahiliyah.Nabi sendiri berketurunan Quraisy.Yakni suku yang paling mulia.Tentu sekali kumpulan sasaran dakwah Nabi ialah kaum Baginda dahulu.Tentu saja Nabi dibangkitkan untuk bawa rahmat keseluruh alam.Maka tentulah Nabi mendahulukan bangsanya.

HADIS NABI :

Perkauman membawa kepada kezaliman

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ « أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ


Maksudnya; Seorang sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah, apa itu perkauman”. Rasulullah menjawab ”Kamu menolong kaum kamu ke atas kezaliman”. (Sunan Abi Daud)


Satu lagi Hadis Nabi :

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya: Bukan daripada ajaran Islam, mereka yang mengajak kepada perkauman dan berperang mempertahankan perkauman. Bukan daripada Islam mereka yang mati di atas perkauman. (Sunan Abi Daud)


Maka tak usah nak merapu sangat dengan hujah berbelit Cikgu itu.Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.


Jadi sekarang Siapa yang Hujah Berbelit.... Biarlah orang ramai menentukan.... Saudara asyik kata Nabi berjuang kerana Bangsa.... Tapi hanya menggunakann hujah Akal Singkat saudara sahaja.... Berilah Dalil yang mengguatkan hujah.... Semua orang boleh berkata, semua orang boleh belit seperti saudara..... Tapi Hadis Nabi... tak semua orang boleh bagi.... Jangan suka menuduh orang hujah berbelit sedangkan hujah saudaralah yang SANGAT BERBELIT...


Maka perjuangan Islam demi memartabatkan bangsa.Yang memartabatkan bangsa.Yang jadi persoalannya di mana PAS untuk perjuangan Melayu ini. Sebaliknya sokongan orang Melayu semakin susut.Mana benarnya PAS jika orang'MELAYU ISLAM'itu tidak percaya kepada PAS.Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam.


Tolong baiki ayat saudara.... Bukan macam ayat Orang Melayu. Ayat tu tergantung. Ini ke cara orang yang terlalu Bangga kepada Bangsa tapi tak suka menggunakan ayat Bahasa Melayu yang betul... kalau "typing error" tu ok le... tapi ni salah ayat.....

Kalau UmNooo betul2 sayangkan Bangsa... Kenapa di laksanakan PPSMI ? Cuba Jawab soalan Ni....???

Siapa kata sokongan orang Melayu kepada PAS semakin menyusut.... Saudara.... Bercakaplah berdasarkan kenyataan.... Kalau sokongan Melayu semakin susut kepada PAS ...Bagaimana PAS boleh menang di KEDAH, UmNooo hanya menang 1 kerusi je di Kelantan, PAS menang 2 kerusi di Johor ( tak pernah menang), menang juga kerusi di Perak, Negeri 9, Selangor Bahkan meningkat kerusi di Terengganu dari 4 ke 8 kerusi.... ATAU MATA saudar telah diBUTAKAN oleh sikap FANATIK saudara.......


Ini semua kerana PAS tidak jujur lagi ikhlas dengan perjuangan Islam.

Jadi saudara nak kata UmNoooo jujur dan ikhlas dengan perjuangan Islam ke ??? Kenapa kalau jujur dan ikhlas dengan Islam... JAWAB SOALAN INI : Kenapa Tak laksanakan Hukum HUDUD selepas 52 tahun memerintah tapi Zakat dikuatkuasakan dengan sangat baik ???? Ikhlas ke tu.... atau kerana Zakat mendatangkan sumber kewangan.... TOLONG JAWAB...Jangan belit.....

Kedua ; Kenapa wanita UmNoooo tak RETI nak tutup aurat..... ....

Sekadar guna Islam itu sebagai kosmetik untuk merebut kuasa.Apa usaha PAS untuk membangkitkan Islam?


Jadi siapa yang lebih menggunakan Islam sebagai Kosmetik.... PASTI UmNoooo......

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment