Kerajaan Kelantan perlu utamakan rakyat

SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan perlu utamakan kepentingan rakyat sebelum bertindak menolak sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan dengan Kerajaan Pusat.

[[[ Seorang Profesor dalam Bidang Organisasi mengulas mengenai Royalti... Prof.... tolong belajar Sejarah, undang2 dan perlembagaan sebelum mengulas.... Kehebatan anda dalam bidang Organisasi tak membolehkan anda mengulas mengenai Sejarah, undang2 dan perlembagaan ]]]

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, penolakan itu akan merugikan rakyat, sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati pembangunan dan kehidupan selesa melalui pemberian wang ihsan.

[[[ Lawak antarabangsa...Mungkin Prof buta sejarah kerana Prof UmNoooo kan. Penolakan ini merugikan Rakyat.... SIAPA sebenarnya RUGI... Rakyat @ UmNooooo Kelantan ??? Prof.... Tahun ni Trg dapat duit Ehsan selama 10 tahun.... Kemiskinan Tegar kekal hampir 80 000 orang.... Rakyat miskin kekal tak berubah.... Trg kekal sebagai negeri ke 2 TERMISKIN di Malaysia berbanding Kelantan.... Apa yang Rakyat selesa... mungkin Prof Buta mata dan buta hati.... Apa pembangunan yang Rakyat Terengganu lalui melainkan PEMBANGUNAN BODOH hinggakan Trg terkenal sebagai Terengganu Darul Runtuh......
Selain dari itu Rakyat sekadar menjadi bodoh dan dungu hanya kerana menanti DUIT RASUAH yang diumpan kepada Rakyat....

Menurutnya, ia juga merugikan Kerajaan Negeri jika tidak mahu berunding dan menyuarakan pandangan mengenai wang ihsan dalam jawatankuasa tersebut.


[[[ Kalau saya kata Prof BODOH.... takut terasa hati pulak....ye le kan ada Prof.... tapi memang Prof Bodoh dalam kes ini..... Apa yang Kerajaan Negeri rugikan kalau tidak menerima Wang Ehsan..... sebab ianya Duit HARAM.... Nak bersuara dan memberi pandangan apa - sedangkan memang " SUDAHN TERANG LAGI BERSULUH" Duit tersebut akan digunakan UmNoooo Kelantan untuk merampas kuasa dengan "MERASUAH' Rakyat Kelantan sebagaimana yang dilakukan di Terengganu.....]]]]

“Seharusnya dalam jangka masa pendek, Kelantan perlu menerima wang itu secara terbuka bagi menyediakan kemudahan lebih baik kepada rakyat.

[[[[ Kenapa perlu terima kalau ianya akan menghancurkan kita.... Come on la Prof..... fikirlah secara otak intelek....bukan otak udang..... Terengganu dah terima 10 tahun dah tahun ni.... kesan..... nanti Prof dengar le sendiri hasil satu Kajian Royalti Trg dalam konvension yang akan dianjurkan oleh GEGAR...]]]

“Selepas itu, mereka boleh mengadakan rundingan royalti minyak secara muhibah bersama Kerajaan Pusat,” katanya kepada Sinar Harian semalam

[[[[ Kenyataan ni LAGI LAWAK.... " MEREKA BOLEH MENGADAKAN RUNDINGAN ROYALTI MINYAK SECARA MUHIBAH BERSAMA KERAJAAN PUSAT - Prof.... sekali lagi Come on lah.... Tolong BANGUN dari Tidur..... Selesaikan kes Royalti Terengganu dulu ..... Terengganu yang asalnya mendapat Royalti... tapi bila PAS menang dan perintah Terengganu.... hanya kerana satu cadangan dari Pengkhianat Bangsa Terengganu ( Awang Jabar )...duit Royalti jadi duit Ehsan.... Berjuang punya berjuang melalui MAMPAT... akhirnya pada 14 Jun 2008 pada sebelah petang nya Tun Abdullah mengumumkan memulangkan kembali Royalti kepada Terengganu (kononnya). Diperkuatkan dengan penyerahan "Mok" Cek (cek kosong) semasa PRK di Kuala Terengganu... Prof... UmNoooo ni kan memang "dah busuk dari Kepala hingga ke usus - Kata Tun Mahathir )- sentiasa "LEBONG". Kerajaan Negeri Kelantan jangan le termakan dengan tipu daya MUNAFIK UmNoooo ni.....

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menolak tawaran yang dikemukakan Kerajaan Pusat untuk melantik wakil Kerajaan Kelantan dalam jawatankuasa pembangunan wang ihsan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Tujuan dijemput dalam jawatankuasa itu bagi memberi ruang wakil Kerajaan Negeri untuk terbabit sama dalam perbincangan selain memberi pandangan mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan wang ihsan yang disalurkan nanti.

[[[ Lebih baik tak ada wakil.... Prof.... Saya jemput Prof ke Stadium Muhammadi iv pada 28/1/10 ni dan dengar sendiri daripada Tengku Razali ( UmNooo juga) tentang kebenaran dan bukan PEMBOHONGAN pengkhianat Rakyat Kelantan - Stopa Dan Awang... ]]]]
Berikutan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan berkata, beliau sama sekali tidak akan menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan malah akan menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta Kerajaan Negeri.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment