Alhamdulillah....

Hari ini Cikgu rasa nak menulis pengalaman cikgu cuba mendaftarkan anak di sekolah di Kelantan dibawah kendalian Yayasan Islam Kelantan yang sinonimnya dikaitkan dengan PAS Kelantan juga boleh disamakan sebagai PAS Malaysia.

Dengan membawa keputusan UPSR (Ujian penilaian Sekolah Rendah) anak cikgu yang hanya berjaya mendapat 3A 2B, UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) 8A dan UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam) 8A dan Sijil Tahfiz 3 juzuk.

Melihat kepada kecenderungan Along yang sangat berminat dengan Sains dan sayang kepada Hafazan dan bercita-cita menjadi seorang Profesional yang Hafizah, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah adalah idaman dirinya. Berbekalkan dengan keputusan dan sijil-sijil yang ada sebanyak 4 sijil, harapan nampaknya semakin membara.

Namun DUKACITA, harapan menggunung yang diberi untuk belajar di sana MUSNAH. Dimaklumkan bahawa pihak YIK hanya mengiktiraf sijil UPSR sahaja. Segala jenis sijil lain HANYA SAMPAH di mata YIK..... tidak boleh membantu kemasukan ke sekolah-sekolah kendalian YIK..... sedih rasanya..... YIK HANYA mengiktiraf Sijil SEKULAR (UPSR) sahaja walaupun untuk kemasukan ke sekolah Menengah Islam.

Beberapa persoalan yang timbul dibenak Cikgu adalah;

1. Kenapa YIK hanya mengiktirah sijil Sekular (UPSR) sahaja
2. Hina sangatkah sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Rendah Islam ???


Ingin Cikgu bawa bersama sahabat-sahabat seperjuangan di dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk memikirkan bersama masalah yang Cikgu TELAH alami di mana Cikgu rasa sebahagian daripada sahabat2 lain telah lalui.

Apa sebenarnya matlamat kita dalam perjuangan menegakkan Daulah Islam ?
1. Adakah kerana ingin mendapatkan harta ??? Pasti jawapannya TIDAK
2. Untuk mendapatkan pangkat ??? Jawapannya juga adalah TIDAK

Jadi apa sebenarnya matlamat perjuangan kita di dalam PAS ??? Ya... jawapannya adalah mendapatkan keredhaan ALLAH. Kita juga inginkan suasana Islam, budaya Islam, Tarbiyyah Islam menjadi amalan di dalam kehidupan kita.

Itulah sebab kenapa di bawah Dewan Pemuda PAS, Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam PASTI diwujudkan. Supaya tarbiyyah anak-anak dapat dimulakan di dalam Biah' Islam. Kemudiannya di bawah Dewan Ulama diwujudkan pulak SRI-SRI demi meneruskan kesinambungan pendidikan Islam yang telah ditunaskan semasa peringkat 4-6 tahun. Namun persoalannya, selepas belajar di SRI kemanakah anak-anak kita akan meneruskan pendidikan dalan Biah Islam mereka????? Apakah Dewan yang MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB ??? Jawapannya TIADA..... Adakah kita terlupa atau cuai di dalam meneruskan agenda penerusan ini ???

Seolah-olah, anak-anak yang telah dididik dan ditarbiyah dengan acuan Islam ini kena memasuki sistem sekular yang kita TENTANG selama ini. Kalau adapun, di Kelantan, dibawah Yayasan Islam Kelantan, wujudnya banyak Sekolah-sekolah Menengah Islam ataupun dikenali sebagai Maahad. Seolah-olah terubat juga kekurangan dan kelemahan yang wujud tadi....

Namum DUKACITA, keterubatan tadi di HANCURKAN oleh suatu sistem yang menilai pelajar bukan mengikut acuan pencapaian pendidikan Islam SEBALIKNYA menggunakan penilaian pendidikan sekular.... Syarat masuk ke Sekolah kendalian YIK adalah HANYA BERDASARKAN KEPADA KEPUTUSAN UPSR SAHAJA...... Mana-mana sijil lain adalah SAMPAH dan tiada nilai pada mata YIK.....

Antara alasan yang diberikan oleh YIK adalah;

1. Sijil UPSRI/ UPKK / Tahfiz tidak standard .... Apa sebenarnya standard yang dimaksudkan oleh YIK sebenarnya ????

- Sekiranya itulah maksud YIK, selama 20 tahun (bukan 2 hari @ 2 tahun @ 2 Penggal ) PAS memerintah Kelantan, YIK masih GAGAL dengan cemerlang untuk "menstandardkan" sijil-sijil SRI ??? Mungkin YIK sekadar mendapat 1A sahaja....
- Bukankah sebatutnya YIK boleh menjadikan merekan sebagai rujukan SRI-SRI di seluruh Malaysia, bermakna mana-mana SRI yang ingin diiktirah, mestilah berkiblatkan atau mendapat pengiktirafan daripada YIK..... Alangkah cantiknya...YIK boleh menjadi sebagai Induk kepada SRI-SRI seluruh Malaysia...Macam Kementerian Pendidikan .....
- Tak perlu tunggu UmNooo menghina sistem kita.... padan dengan YIK & PAS KELANTAN menghina sistem pendidikan Islam yang kita bersama perjuangkan... APALAH MALANGNYA KITA..... DIHINA OLEH YIK sendiri, mewakili PAS Kelantan....

2. Standard sangatkah UPSR hingga YIK hanya menerima sijil UPSR sahaja ???

- Cikgu ada banyak pengalaman di dalam menilai sijil UPSR ini, mari Cikgu bawa beberapa contoh yang Cikgu dan kawan-kawan lalui.

i. Cikgu ada seorang anak sedara, namanya Wani.... Keluarga kami semua tahu kemampuan beliau (bukan tujuan menghina)... sehingga darjah 4 pun beliau belum mampu membaca dengan baik..... Keputusan UPSR yang diperolehi oleh adik Wani adalah 2A, 2B dan 1C (kalau tak silap Cikgu, tapi 2A adalah pasti).... Isteri Cikgu bertanya kepada adik Wani

" Pandai adik Wani weh..... buleh dapat 2A " DENGARKAN JAWAPAN ADIK Wani...

"""" Kita dok panda, Cikgu bui jawape """"...... Nak inilah yang dikatakan standard UPSR yang dibanggakan oleh YIK.....

ii. Satu kes di Dungun, ada sebuah sekolah Menengah Asrama Penuh menerima pelajar tingkatan 1 yang mendapat 5A TETAPI GAGAL MEMBACA DENGAN BAIK.....

iii. Satu lagi pengalaman menarik yang ingin Cikgu kongsi bersama semasa cuba menghantar borang di Maahad Muhammadi (P). Ada seorang adik perempuan yang juga sedang menghantar borang permohonan dan yang pastinya, adik tersebut samada mendapat 5A atau 4A. Melihat kepada pakaian adik tersebut yang berkebarung ketat dan memakai tudung kepala tanpa skaf yang menampakkan rerambut dikepalanya. Yang pasti, adik tersebut dapat menghadiri sesi Temuduga YIK dan anak Cikgu yang berjubah dan bertudung labuh serta berstokin TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri temuduga hanya kerana penilaian dibuat berdasarkan SIJIL SEKULAR (UPSR). Anak-anak didikan SRI yang telah pandai menjaga aurat dan akhlak hanya mampu merenung Sugul kerana kegagalan mereka mendapat keputusan yang baik dalam UPSR...

Sebenarnya, Cikgu tidak pernah menghalang penilaian dilakukan menggunakan UPSR tetapi apalah salah kiranya pihak YIK memberikan peluang/hak/taraf yang sama kepada sijil-sijil Sekolah-sekolah Rendah Islam..... STANDARDNYA...... Ujian Penempatan (Temuduga) yang dibuat oleh YIK adalah sebagai kayu ukur.... bukankah kita sepatutnya meletakkan keadilan di dalam menilai Sistem...????

Wallahualam....

Comment

THERE ARE 11 COMMENTS FOR THIS POST

  1. Unknown On November 22, 2010 at 11:11 AM

    hantar darul quran rusila .. ada aliran tahfiz juga.

      Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah On November 22, 2010 at 10:20 PM

    Salam, terim kasih atas maklumat yang Cikgu memang dah tahu.

    Sebenarnya persoalan utama bukanlah untuk anak cikgu sahaja, kebetulan kena pada anak cikgu sama....

    Persoalannya adalah 'Penghinaan" kepada sistem Islam, hanya bersandarkan penilaian sistem sekular yang kita bantah....

    Kedua, kebetulannya, anak Cikgu sangat berminat dengan Sains....

      Katon Tin Ton On December 4, 2010 at 8:57 AM

    kebanyakan SRI diasaskan pemimpin PAS
    tapi SRI still private, tak boleh dikaitkan dgn kepimpinan PAS

    Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah ni under private atau kerajaan PAS ?

      Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah On December 4, 2010 at 7:30 PM

    Maahad Tahfiz under YIK, Kerajaan PAS Kelantan....

    Anda salah ... SRI diletakkan dibawah payung Dewan Ulama PAS Pusat.....

    namun terdapat beberapa SRI yang dibuat oleh individu swasta.....

      Katon Tin Ton On December 5, 2010 at 8:30 AM

    salam
    mcm mana nak tau SRI tu under Dewan Ulama PAS atau tak ?

    thx

      Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah On December 7, 2010 at 12:02 AM

    Biasanya sekolah2 SRI yang di bawah kendalian Parti (kawasan) setempat adalah kendalian Dewan Ulama. SRI yang ditubuhkan dibawah syarikat adalah biasanya dikendalikan oleh swasta...persendirian yang pro kepada PAS...

      saya suka jalan2 On December 13, 2010 at 7:27 AM

    salam, sebenarnya saya mengelak untuk mendedahkan identiti saya tetapi saya terasa mahu mewakili YIK utk bersuara atas sedikit (atau byk) ketidakpuasan hati penulis blog ini, iaitu cikgu fauzi.

    UPSR digunakan hanya satu2nya syarat utk membolehkan pelajar menduduki ujian kemasukan ke sekolah maahad tahfiz sains dan juga sekolah2 kawalan YIK. syarat minimum adalah 4A dan 1B...kenapa ya? ya kerana UPSR adalah satu2nya peperiksaan yang ada di semua sekolah2 rendah kerajaan tak kira sekolah kebangsaan ataupun jenis kebangsaan mahupun swasta...inilah yang dikatakan keselarasan. cuba anda2 yg bercakap dalam shoutbox dan juga seangkatan dengannya fikir dan letakkan masalah ini dalam kasut anda...
    "sekiranya YIK membuat dasar pra syarat kemasukan ke sekolah kawalan ini menggunakan standard UPSR dan beberapa lagi peperiksaan yg sperti dikatakan oleh cikgu fauzi di atas. Apa agaknya yg anda kata pada YIK sekiranya anak anda hanya bersekolah di sekolah kebangsaan kerajaan yg hanya mempunyai UPSR? anda mesti kata yg YIK adalah tidak adil sedangkan kemungkinan anak anda juga layak walaupun tidak mempunyai UPSRI. mgkn anak anda sudah ada asas2 tahfiz dari pembelajaran di kelas2 transit pintar yg elit2 di bandar2 besar? atau mgkn asas2 tersebut telahpun anda mulakan di rumah.
    itulah letaknya ujian kemasukan utk menilai adakah pelajar yg lulus pra syarat td benar2 berjaya menjawab ujian dengan jayanya. anda kena faham, sekolah2 kawalan ini dihujani permintaan yang amat2 tinggi setiap tahun bukan sahaja dari dalam negeri kelantan tetapi negeri2 lain di malaysia. dan anda juga kena faham bahawa sekolah SRI bukanlah byk seperti sekolah kerajaan...mereka yg datang dari sekolah kerajaan adalah yg paling byk memohon. mereka tak ada UPSRI...tetapi di tahun sebelumnya ramai juga yang lulus tanpa ada UPSRI.
    saya dah malas mengulas kalau anda masih rasa x puas hati juga. ibarat ingin meneguk selautan air laut, tak juga2 hilang hausnya...
    mudahnya kesimpulan yg saya ingin utarakan ialah, bukannya YIK menolak terus UPSRI dan sijil2 lain yang seumpamanya tetapi sijil2 berkenaan juga akan dilihat sekiranya pelajar tadi mengemukakan rayuan setelah tidak tersenarai dalam list mereka yang berjaya. penilaian2 tambahan seperti UPSRI/UPKK ke hafazan berapa juzuk ke itu sedikit sebanyak membantu dalam proses rayuan....sekian.

      Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah On December 13, 2010 at 9:51 PM

    Salam...

    Terima kasih atas komen " saya suka jalan-jalan"

    Untuk makluman tuan/puan, permohonan tahun ini di sekolah kawalan YIK hanyalah 300/400 orang sahaja, kalau tak silap informasi yang diberikan kepada saya....

    PERSOALANNYA... memang YIK MENOLAK TERUS sijil selain UPSR... itulah yang Cikgu katakan di atas.... Cikgu bukan menolak UPSR tetapi letakkanlah / Setarafkanlah sijil UPSRI setara dengan UPSR.... kemudian biarlah Temuduga yang dikendalikan oleh YIK menentukan kemampuan pelajar....Ini tidak, bahkan pelajar yang tiada UPSR atau tak cukup syarat, nak ambik borang pun tak boleh.....

    Kalau dalam UPSR, 5A & 4A di jadikan minima penerimaan/syarat kemasukan, UPSRI juga hanya terima 13A dan 12 A sebagai syarat minima @ UPKK juga letakkan 8A dan 7A sebagai syarat minima.....

    Satu lagi, UPKK adalah peperiksaan yang dibuat oleh Jakim.... sepatutnya juga diiktiraf sama.... ia juga standard.....

      Mama Mieza On November 23, 2011 at 10:15 PM

    Assalamualaikum, 5A dan 4A 1B tu prasyarat utk ke Maahad Tahfiz Sains kalau MRSM Ulul Albab (MTS) hanya terima 5A saja..klu ada UPKK dan pernah bersekolah di sekolah agama rakyat adalah satu keistimewaan.

      nor'aini's....thought On September 17, 2013 at 11:40 PM

    salam cik gu,

    saya ingin berkongsi maklumat dgn cikgu. Mmg utk masuk ke Maahad Muhammadi (P & L) serta maahad tahfidz perlu 5A. Sbbnya telah dijelaskan oleh saudara kita sebelum ini. Malahan dgn keputusan tersebut, demand utk ke maahad-maahad terpilih itu sgt overwhelming.

    Namun, sekiranya anak kita x menepati syarat ke maahad tersebut, ada 10 maahad di bawah kawalan YIK yg menerima pelajar yg memperolehi UPSR 4A atau 3A. Maahad tersebut spt Maahad Pengajian Islam, rahmaniah, amir indera putera etc.etc.

    Lagi satu, biarpun UPKK & PSRA disediakan oleh JAKIM (PSRA bwh JAIS), itu bukan wajib utk semua pelajar. Saya rasa sebagai standardisation guna UPSR as main criteria is ok. Ujian bertulis & temuduga mmg digunakan di semua maahad, but u have to meet the UPSR criteria.

    Saya pun menulis dari pengalaman.

      Unknown On November 25, 2015 at 10:30 PM
    This comment has been removed by the author.
     

Post a Comment