Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha
Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.


Cikgu sebenarnya menantikan hujah2 bantahan daripada UmNoooo...

Sebagai ulasan kepada Soi Lek... jangan tunjukkan kebodohan kamu kepada masyarakat Malaysia..... Orang Cina Kota Bharu pun tahu lah.....

Banyak lagi persoalan yang boleh diberikan kepada Soi Lek.... tapi Cikgu rasalah... antara Aidil Adha dgn Tahun Baru Cina, Cikgu lagi susah membeli pada masa tahun baru Cina....

Nanti orang di Melaka, pantai barat.... BERSUNGUT... Kedia banyak ditutup kerana Tahun baru Cina.... APA Soi Lek nak kata..... ??? Bodoh macam ni pun boleh jadi Menteli ka.... hai yaaa...


Mana Perkosa.... mana ibilahim ali maaa....???

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment