Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ;
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ;
| Wang ehsan pasti sampai sasaran: Awang | ||
|
Oleh: notan
Sejak sekian lama, TGHH berdepan dengan berbagai halangan dan tohmahan.Tohmahan yang dilemparkan kepada TGHH nampaknya tidak pernah lekang dek panas dan tidak pernah reput dek hujan.Demikianlah cabaran yang dihadapi oleh seorang yang teguh dan istiqamah dalam perjuangan.Kalaulah jiwa TGHH tidak teguh, sudah lama beliau hilang daripada peta politik tanah air seperti hilangnya abuya dan ust Nakahei.Tetapi TGHH masih segar sebagai tokoh yang menerajui PAS selepas pemergian almarhum ust Fadhil Noor.
Aku bukanlah JEMAAH RUSILA YANG BANGANG seperti akhi SP dan aku juga tidak pernah mendengar tazkirah jumaat di masjid rusila walaupun beberapa kali singgah untuk solat di masjid itu.Aku bukan murid kepada TGHH tetapi aku masih menetap di bumi Terengganu dan mengikuti perkembangan TGHH sejak awal beliau menceburi politik negara.
TGHH adalah orang yang bertanggungjawab menegak dan mengembangkan ajaran dan dasar perjuangan PAS.Di kampung asal aku, yang sebelum kehadiran TGHH adalah antara kampung yang hidup ala jahiliyah, tetapi hari ini ramai rakan rakan sepermainan aku dulu sudah menyertai jemaah PAS kerana usaha TGHH.Seorang rakan aku, semasa zaman persekolahannya merupakan seorang kaki skoden di kelab Med, Cherating tetapi hari ini merupakan anggota keselamatan PAS yang istiqamah menyertai program program anjuran PAS.Itu cuma salah seorang rakan lama yang aku temui semasa PRK Kuala Terengganu dulu.Ramai lagi rakan sekampung aku yang bersama sama jemaah PAS.Itu semua berkat kesabaran TGHH menyampaikan wadah perjuangan kepada mereka semua.
TGHH pernah ditangkap polis dan pada ketika beliau dibebaskan sambil melambai lambai tangan kepada penyokongnya, aku ada bersama melihatnya.Ketika ceramah TGHH di salah sebuah surau di kampung aku dulu yang kemudiannya dibatalkan oleh polis, aku berada di saf hadapan dan aku masih ingat lagi ketika polis datang menyampaikan arahan membatalkan permit ceramah, Sabri Chik(sikatak macam Berahim Ali)sedang berucap sebagai penceramah pertama.TGHH juga memulakan tarbiyahnya di sebuah masjid kecil di rusila yang kemudian menjadi sebuah masjid yang bertinggat tinggat.Ketika itu aku berada di Kuala Terengganu dan menyaksikan sendiri bagaimana tekunnya TGHH menyampaikan risalah yang benar.

Masjid Rusila 1982
Aku menyaksikan sendiri dengan mata kepala aku bagaimana murid muridnya ketika itu merupakan pencuri ayam dan kelapa(zaman itu mencuri kelapa muda menjadi kegemaran anak anak muda termasuk aku).Tetapi pemuda yang suka mencuri ayam dan kelapa yang masih hidup hari ini sudah menjadi hamba yang taat dan patuh.Itu semua hasil tarbiyah TGHH yang masih kekal sehingga hari ini.
Aku juga mendengar sendiri dengan telinga aku bagaimana TGHH dituduh sebagai penyebar fahaman syiah, yang mempunyai ilmu menundukkan orang dan pernah berenang dalam kolah masjidnya pada pukul 4 pagi.Selain itu, TGHH pernah dilempar telur busuk ketika berceramah, kereta TGHH pernah dihalang dengan batang kelapa ketika dalam perjalanan ke tempat ceramah.Tetapi semuanya itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus meyebarklan risalah kebenaran yang dianggap wajib ke atasnya.
Jadi hari ini ketika aku mendengar dan membaca berbagai tohmahan terhadap TGHH, antaranya TGHH dikatakan sebagai pelepah kelapa, TGHH dikatakan sama dengan Paklah Badawi, TGHH dikatakan gila kuasa dan berbagai bagai tohmahan lagi, aku hanya senyum sendirian.Tambahan pula aku menyedari TGHH hanyalah seorang manusia yang bukan maasum,tetapi seorang manusia yang sentiasa menitikberatkan syariat.Kerana itu aku tidak kisah dengan kehidupan kelamin dan keluarga TGHH yang mempunyai lebih seorang isteri.Tidak ada salahnya semuanya itu kerana semuanya menepati kehendak syariat agama.Jadi kenapa aku nak terpengaruh dengan tohmahan tohmahan yang tidak ada kaitan dengan tugas menyebar dan menegakkan kebenaran.
Masjid Rusila 2008

Yang paling aku kagumi dengan TGHH ialah sikapnya sejak dari awal beliau menjadikan PAS sebagai wadah perjuanganya, sikapnya yang menterjemahkan prinsip "PANTANG AJAL SEBELUM BERJUANG".Insyaalah semua yang bersama TGHH dalam halaqah perjuangan PAS turut tegas berpegang dengan prinsip ini.Faktanya,PAS tidak akan pergi sejauh ini tanpa TGHH.Hakikatnya, itulah intipati kepada wacana ilmu bersama Tok guru.Kepada yang suka melemparkan berbagai tohmahan kepada TGHH (khususnya kepada ADUKA TERUNA), jangan lupa sejarah dan tanya diri anda sendiri apakah anda sanggup melalui apa yang telah dilalui TGHH.
Oleh: Dr_Sabirin_Ehsan
Saya membaca boleh dikatakan semua kenyataan, artikel dan maklumat dalam akhbar arus perdana dan dari maklumat internet. Saya tersenyum panjang dan terkenangkan kursus BTN yang pernah saya ikuti sebelum melanjut pelajaran di United Kingdom beberapa tahun lalu (era tahun 80'an) dan sekali lagi ketika saya hendak dinaikkan pangkat kegred JUSA C. Saya tersenym bila mendengar/membaca kenyataan pak-pak dan ibu-ibu menteri. Shahrizat bersuara, Ahmad Mazlan bersuara, Nazri bersuara dan Mahyudin turut bersuara. Semuanya mempertahankan kewajaran kursus BTN dan kebaikannya programnya yang membangkitkan semangat patriotisma.Saya tersenyum kerana saya tahu, rakan-rakan yang pernah mengikutinya tahu, anak-anak saya yang pernah mengikutinya sebagai pelajar IPTA juga tahu! Apa yang kami tahu? Kami tahu kenyataan mereka semua TIPU dan tidak jujur!
Saya masih ingat bagaimana seorang peserta kursus BTN, yang seingat saya saya seorang Prof. Madya diri sebuah universiti di selatan tanahair. Beliau dihina dan diperlekeh dalam kursus tersebut kerana sema-mata mempersoalkan kandungan dan isi kursus BTN tersebut. Mereka menghina bangsa lain dan beranggapan bahawa bangsa lain di Malaysia selain Melayu hanya bermuka-muka dan mahu menjadikan negara ini seperti Republik Singapura. Kebetulan walaupun Prof Madya tersebut memang berbangsa Melayu tetapi ibunya seorang berbangsa China walaupun seorang Muslim yang amat patuh! Sahabat saya itu mempersoalkan kewajarannya membenci bangsa China! Apa salah mereka? Benarkah mereka mahu 'mengambi-alih' negara ini melalui apa cara sekalipun!
Saya ingat penceramah kursus tersebut adalah seorang Pengarah BTN Negeri Perak! Beliau dengan sinis dan suara tinggi menempelak kawan saya tersebut kerana 'tidak cintakan bangsa'nya! Kawan saya menjawab, bahawa beliau cintakan agamanya dan Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenai dan berkasih sayang! Namun saya masih ingat bagaimana rakusnya penceramah BTN tersebut terus menempelak rakan saya itu sebagai orang yang tidak tahu agenda dan strategi bangsa bukan Melayu untuk meruntuhkan bangsa Melayu!
Kawan saya dengan selamba menjawab, "ibu saya seorang China tetapi seorang Muslim yang patuh, ayah saya berbangsa Melayu yang patuh kepada agamanya! Tidak pernah sesaat pun saya melihat ibu saya hendak menjatuhkan ayahnya atau keluarga ayahnya yang berbangsa Melayu...". Terkebil-kebil mata Pengarah BTN tersebut bila mendapat tahu Prof Madya tersebut separuh Melayu dan separuh China! Akhirnya saya mendapat tahu bahawa rakan saya itu tidak di kurniakan Sijil Kehadiran BTN, malah diminta majikannya hadir sekali lag kursus BTN!
Kursus BTN yang saya hadiri memang menjijikkan. Kami diajar membenci bukan membina semangat patriotisma. Semangat dan rasa benci dibakar! Akhirnya kami diminta menyanyi beramai2, kononnya untuk menyemarakkan semangat partiotisma...
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)
Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan
Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi
(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Begitulah lirik lagu yang pasti akan diingat oleh mereka-mereka yang pernah diindoktrinasi oleh BTN. Namun bagi saya, saya tak mahu menggadaikan agama saya. Saya hadir terus-terang saya katakan hanya untuk memenuhi syarat hadir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kursus ini menyebabkan saya membina rangkaian rakan-rakan ldengan lebih ramai dari pelbagai bangsa dan saya dapati indoktrinasi BTN tidak betul!
Kebetulan kursus BTN terakhir yang saya ikuti pada era tahun pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Maka pada ketika itu, seorang penceramah mempetualangkan Dato' Seri Anwar, mengaibkan beliau dan menghina beliau dengan perkataan yang amat menjijikan. Dan DSAI tidak dapat mempertahankan dirinya kerana beliau telah terpenjara ketika itu. Mereka turut menghina kebodohan Ustaz Fadzil Noor kerana menyokong seorang 'peliwat' dan menghentam ke'komunis'an Lim Kit Siang. Pada BTN mereka ini petualang bangsa dan pemusnah masyarakat Malaysia. Itulah yang saya dengar pada kursus BTN!
Sebab itulah saya hanya tersenyum. Saya tersnyum sinis kerana saya tahu merka MENIPU dalam kenyataan-kenyataan mereka. Bagi saya BTN harus dihapuskan serta-merta demi menjadikan negara ini sebuah negara yang Adil, Saksama dan saling hormat-menghormati. Manusia seperti Nordin Kardi (Bekas Ketua Pengarah BTN dan skrg Naib Canselor UUM), Sagul Hamid, Prof Mustaffa (UUM), Nik Mustapha (Naib Caselor UPM) dan lain-lain "SAHABAT" BTN yang bertindak sebagai fasilitator utama BTN adalah merka yang ingin menghancurkan keharmonian & integrasi kaum di Malaysia. Mereka tidak layak berada disitu!
Copyright © 2008 Meneruskan Harapan Cikgu Fauzi. Bloggerized by Falcon Hive.com
WordPress Themes Gallery | Mahinahon is designed by Padd Solutions.
Get free financial advise on credit cards
debt relief grant.
