Posted on Tuesday, December 01 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Sejak sekian lama, TGHH berdepan dengan berbagai halangan dan tohmahan.Tohmahan yang dilemparkan kepada TGHH nampaknya tidak pernah lekang dek panas dan tidak pernah reput dek hujan.Demikianlah cabaran yang dihadapi oleh seorang yang teguh dan istiqamah dalam perjuangan.Kalaulah jiwa TGHH tidak teguh, sudah lama beliau hilang daripada peta politik tanah air seperti hilangnya abuya dan ust Nakahei.
Tetapi TGHH masih segar sebagai tokoh yang menerajui PAS selepas pemergian almarhum ust Fadhil Noor.
Aku bukanlah JEMAAH RUSILA YANG BANGANG seperti akhi SP dan aku juga tidak pernah mendengar tazkirah jumaat di masjid rusila walaupun beberapa kali singgah untuk solat di masjid itu.Aku bukan murid kepada TGHH tetapi aku masih menetap di bumi Terengganu dan mengikuti perkembangan TGHH sejak awal beliau menceburi politik negara.
TGHH adalah orang yang bertanggungjawab menegak dan mengembangkan ajaran dan dasar perjuangan PAS.Di kampung asal aku, yang sebelum kehadiran TGHH adalah antara kampung yang hidup ala jahiliyah, tetapi hari ini ramai rakan rakan sepermainan aku dulu sudah menyertai jemaah PAS kerana usaha TGHH.Seorang rakan aku, semasa zaman persekolahannya merupakan seorang kaki skoden di kelab Med, Cherating tetapi hari ini merupakan anggota keselamatan PAS yang istiqamah menyertai program program anjuran PAS.Itu cuma salah seorang rakan lama yang aku temui semasa PRK Kuala Terengganu dulu.Ramai lagi rakan sekampung aku yang bersama sama jemaah PAS.Itu semua berkat kesabaran TGHH menyampaikan wadah perjuangan kepada mereka semua.
TGHH pernah ditangkap polis dan pada ketika beliau dibebaskan sambil melambai lambai tangan kepada penyokongnya, aku ada bersama melihatnya.Ketika ceramah TGHH di salah sebuah surau di kampung aku dulu yang kemudiannya dibatalkan oleh polis, aku berada di saf hadapan dan aku masih ingat lagi ketika polis datang menyampaikan arahan membatalkan permit ceramah, Sabri Chik(sikatak macam Berahim Ali)sedang berucap sebagai penceramah pertama.TGHH juga memulakan tarbiyahnya di sebuah masjid kecil di rusila yang kemudian menjadi sebuah masjid yang bertinggat tinggat.Ketika itu aku berada di Kuala Terengganu dan menyaksikan sendiri bagaimana tekunnya TGHH menyampaikan risalah yang benar.
Masjid Rusila 1982
Aku menyaksikan sendiri dengan mata kepala aku bagaimana murid muridnya ketika itu merupakan pencuri ayam dan kelapa(zaman itu mencuri kelapa muda menjadi kegemaran anak anak muda termasuk aku).Tetapi pemuda yang suka mencuri ayam dan kelapa yang masih hidup hari ini sudah menjadi hamba yang taat dan patuh.Itu semua hasil tarbiyah TGHH yang masih kekal sehingga hari ini.
Aku juga mendengar sendiri dengan telinga aku bagaimana TGHH dituduh sebagai penyebar fahaman syiah, yang mempunyai ilmu menundukkan orang dan pernah berenang dalam kolah masjidnya pada pukul 4 pagi.Selain itu, TGHH pernah dilempar telur busuk ketika berceramah, kereta TGHH pernah dihalang dengan batang kelapa ketika dalam perjalanan ke tempat ceramah.Tetapi semuanya itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus meyebarklan risalah kebenaran yang dianggap wajib ke atasnya.
Jadi hari ini ketika aku mendengar dan membaca berbagai tohmahan terhadap TGHH, antaranya TGHH dikatakan sebagai pelepah kelapa, TGHH dikatakan sama dengan Paklah Badawi, TGHH dikatakan gila kuasa dan berbagai bagai tohmahan lagi, aku hanya senyum sendirian.Tambahan pula aku menyedari TGHH hanyalah seorang manusia yang bukan maasum,tetapi seorang manusia yang sentiasa menitikberatkan syariat.Kerana itu aku tidak kisah dengan kehidupan kelamin dan keluarga TGHH yang mempunyai lebih seorang isteri.Tidak ada salahnya semuanya itu kerana semuanya menepati kehendak syariat agama.Jadi kenapa aku nak terpengaruh dengan tohmahan tohmahan yang tidak ada kaitan dengan tugas menyebar dan menegakkan kebenaran.
Masjid Rusila 2008
Yang paling aku kagumi dengan TGHH ialah sikapnya sejak dari awal beliau menjadikan PAS sebagai wadah perjuanganya, sikapnya yang menterjemahkan prinsip "PANTANG AJAL SEBELUM BERJUANG".Insyaalah semua yang bersama TGHH dalam halaqah perjuangan PAS turut tegas berpegang dengan prinsip ini.Faktanya,PAS tidak akan pergi sejauh ini tanpa TGHH.Hakikatnya, itulah intipati kepada wacana ilmu bersama Tok guru.Kepada yang suka melemparkan berbagai tohmahan kepada TGHH (khususnya kepada ADUKA TERUNA), jangan lupa sejarah dan tanya diri anda sendiri apakah anda sanggup melalui apa yang telah dilalui TGHH.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment