UmNoooo kata Wang Ehsan Pasti Sampai Ke Sasaran !!!

Nak suka Cikgu baca statement Awang Adek......(Bekas Bakal MB...hehehhe)
Komen Cikgu...Lebong...Pelawok..... Pembohong...Pendusta.....
Terengganu membuktikan..... Duit Ehsan hanya akan digunakan sebagai UMPAN POLITIK.... dan hanya mereka yang menyokong UmNooooo sahaja yang akan dapat......

Kepada Rakyat Kelantan ...PERCAYAlah...kami di Terengganu dah rasa..... Hinggakan nanti... sapa antar anak ke PASTi ...tak dapat Duit Ehsan...... PASTI pun berkurang orang...... Percayalah...semuanya telah berlaku di sini......

PETIKAN DARI MALAYSIAKINI

Wang ehsan pasti sampai sasaran: Awang
Dis 4, 09 12:24pm
Penyaluran wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui agensi kerajaan pusat pada tahun depan bertujuan memastikan ia benar-benar mencapai sasaran membantu rakyat yang memerlukan bantuan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang banyak membantu golongan miskin dan mereka yang menghadapi bencana alam seperti banjir.

"Kerajaan negeri tidak perlu risau mengenainya kerana kerajaan pusat akan memastikan mereka yang layak akan memperolehinya tanpa mengira fahaman politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di SK Pak Badol di Bachok hari ini.

Pada majlis itu, 69 mangsa banjir dari Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM300, manakala RM200 lagi akan disampaikan pada majlis yang lain.

Dalam ucapannya pula, Awang Adek yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, berkata beliau kecewa kerana ketika kerajaan pusat ikhlas membantu rakyat Kelantan yang menghadapi musibah, pemimpin kerajaan negeri pula mahu mendoakan agar pemimpin kerajaan pusat ditimpa bala.

Katanya, sepatutnya pemimpin kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan kerajaan pusat yang sanggup meluluskan peruntukan segera membantu mengurangkan beban menghadapi sepanjang musim tengkujuh.

"Soal penyaluran agensi kerajaan pusat atau kerajaan negeri sepatutnya tidak timbul, apa yang lebih penting rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan itu, perlu diutamakan," katanya.

Awang Adek berkata rakyat Kelantan perlu menilai sendiri siapa yang benar-benar jujur membantu mereka apabila setiap kali mengalami kesusahan seperti bencana alam.

Beliau berkata mereka juga perlu berfikir apakah dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang mereka masih lagi menghadapi musibah malapetaka banjir yang tiada penyelesaian.

"Yang jelas kerajaan negeri gagal menanganinya walaupun sudah diberi peluang 20 tahun memerintah Kelantan," katanya. BERNAMA

Comment

THERE ARE 1 COMMENT FOR THIS POST

  1. abu muaz On December 7, 2009 at 7:49 PM

    cikgu , semakin busuk dan membusuklah bila wang ehsan tiba ke kelantan nanti.

     

Post a Comment