Alhamdulillah, sebentar tadi Cikgu telah menghadiri satu perjumpaan bersama blogger-blogger negeri Terengganu.

Perjumpaan telah di adakan di Kuala Terengganu. Seramai 5 blogger wanita dan 16 blogger lelaki telah hadir. Satu jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan dan diketui oleh blogger Amdang81. Jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri daripada Pengerusi, 2 Timbalan Pengerusi, SU, PSU, Bendahari dan 15 Ahli Jawatankuasa.


Perjumpaan telah menggariskan 4 objektif utama dan diantaranya adalah;
1. Mengumpulkan penulis-penulis blog seluruh negeri Terengganu
2. Menjadi tempat untuk semua ahli untuk berkongsi ilmu, pandangan.
3. Menjaga kebajikan semua blogger
4. Menjadi ' one stop information ' kepada rakyat Terengganu

Antara aktiviti awal yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan satu blog Kelab Blogger, Mendaftarkan Kelab secara sah, Menarik seramai mungkin ahli kelab dan Majlis Barbeque & Taaruf Ahli Kelab.

Dengan takdir Allah, cikgu telah diamanahkan sebagai SU Kelab Blogger Terengganu. Semoga CIkgu akan mampu menjalankan amanah sebagai seorang SU Kelab blogger ni.

Comment

THERE ARE 5 COMMENTS FOR THIS POST

  1. Anonymous On May 1, 2009 at 3:54 AM

    pembetulan...
    10 orang ajk cikgu, bukan 15...
    guana Pengerusi MAMPAT jadi S/U ni...
    nak tengok...heh heh...

    *nasikerabupetro*

      Pemuda PAS Kijal On July 8, 2009 at 9:23 PM

    Assalamualaikum

    Bila nak buka keahlian?

      Mozas On April 21, 2010 at 7:51 PM

    Uniknya cara Zaid bersukan kuda, jauh beza cara Tuanku Mizan dan Tun M! Baca di sini:
    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/uniknya-cara-zaid-bersukan-kuda-jauh.html

      Unknown On August 30, 2013 at 2:57 AM

    Assalamualaikum.. camne nak jd ahli?

      Suri Suriyani On March 18, 2019 at 7:15 AM

    Assalamualaikum...mcm mne sy nak join kelab blogger terengganu...?

     

Post a Comment