Baru sebentar tadi Menteri Kerja Raya Pimpinan Datuk Seri Najib meneruskan jawapan " bodoh " di atas persoalan yang diajukan kepada beliau. Persoalan yang dimaksudkan adalah berkaitan Tol.
Menteri tu kata " Orang yang tak guna Tol kata, tak adil kerana kami tak guna tol, kami juga bayar cukai ". Dato', jangan anggap kami, rakyat Malaysia ni bodoh macam orang UMNO lah... Jangan perendah kemampuan daya fikir kami sebagai rakyat bermaruah.....
Datuk Shaziman tak sedarke, apabila tol dihapuskan, maka kos pengangkutan barangan mentah akan berkurang. Oleh itu apabila kos pengangkutan boleh dikurangkan, maka harga barangan akan turut turun harga.... Adakah mereka yang duduk di kampung tidak mendapat Manfaat????
Satu lagi, berapa ramai orang kampung di luar bandar yang bayar cukai pendapatan. Isteri cikgu yang gajinya RM 3000 lebih pun dapat pengecualian cukai... apatah lagi penduduk luar bandar...
Datuk, cikgu yang duduk di Terengganu menyokong sepenuhnya sekiranya ada usaha untuk menghapuskan tol. Walaupun cikgu bayar LHDN hampir RM 5000 setahun, Cikgu dan isteri tak rasa irihati pun..... Bila hapuskan Tol... semua orang mendapat manfaatnya.... Ynag paling penting, yang mendapat manfaat adalah semua Rakyat Malaysia, bahkan mereka yang berpendapatan rendah tetapi tinggal di kawasan tol-tol pun akan dapat manfaat.....
Akhirnya Cikgu harap.... Datuk Shaziman jangan le PERBODOHKAN kami rakyat Malaysia....
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment