Alhamdulillah, hari ini 19 Mei 2009, Cikgu menghadiri satu Penerangan Program dan Insentif anjuran SMIDEC. Apa itu SMIDEC...??? Small and Medium Industries Developement Corporation. Program telah diadakan PERCUMA di Bilik Seminar Koperasi Guru, Pulau Kambing Kuala Terengganu dan dihadiri oleh kira-kira 28 orang Usahawan Muda.

Menghadirinya, barulah CIkgu tahu bahawa, terlalu banyak GERAN (subsidi) yang boleh diperolehi oleh Usahawan melalui skim galakan SMIDEC. Antara Geran yang dikeluarkan oleh SMIDEC adalah ;

1. RM 100 K --> Modal memulakan Perniagaan ( MAMPAT akan anjurkan kemudian)
2. RM 150 K --> Untuk Sijil Halal ( 8/7/09 )
3. RM 50 K --> Promosi
4. RM 500 K --> Peningkatan Produk & Proses

Banyak lagi.... Banyak lagi yang kita tak tahu....

MAMPAT akan menganjurkan satu Taklimat mengenainya dengan Kerjasama SMIDEC dan dikendalikan oleh Pegawai SMIDEC sendiri.

Berikut adalah maklumat mengenainya:

Tarikh : 8/7/09
Hari : Rabu
Masa : 9.30 am - 5 pm
Target : Bagaimana mendapat Geran Sijil Halal ( Restoren & Keropok ) - RM 500 K
Yuran : Ditetapkan oleh SMIDEC
Bilangan Peserta : 30 orang sahaja ( Pendaftaran awal diutamakan )
Tarikh Tutup : Sehingga penuh, siapa cepat....

Hubungi Cikgu Fauzi ditalian 013-9238685

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment