2 Ulama PAS ... ada ke kumpulan Profesional boleh menggantikan mereka...???

Alhamdulillah, Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam kepada Nabi s.a.w, penghulu segala Rasul.....

Pagi ni Cikgu agak tertarik kepada tajuk di UOL yang menyatakan PAS menanaktirikan kumpulan Profesional ??? Termenung lama gak cikgu bila baca tajuk tu.... Renung punya renung, akhirnya cikgu rasa cikgu nak tulis le dan ulas sikit mengenai persepsi tu.... secara pro dan kontra.... Memandangkan cikgu pun termasuk dalam kumpulan Profesional juga....


>YB Dato' Mahfuz Omar tak pernah pulak plan nak lawan TP, kenapa ekkk...???Walaupun Dato' dah lama dalam PAS.... Mungkin kerana Dato' faham erti Jamaah Islam...


Alasan yang diberikan adalah kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hanya diperuntukkan kepada Ulama....Kumpulan Profesional tak boleh pegang jawatan tu.....

Sebagai ahli kumpulan profesional.... ulasan cikgu adalah seperti berikut.....

Cikgu sebagai seorang daripada kumpulan Profesional menganggap adalah WAJIB bagi sebuah parti Islam, Presiden dan Timbalan adalah Ulama, berdasarkan kepada beberapa faktor;

1. Parti Islam, Ulama adalah Pimpinan kami
2. Timbalan pula akan menggantikan Presiden kalu ada masalah pada Presiden atau bila Presiden tiada di Malaysia....
3. Ketaatan Ulama kepada Hukum Islam lebih JELAS berbanding dengan kumpulan profesional kerana mereka lebih dekat dengan ALLAH berbanding kumpulan profesional......
4. Sebagai Parti Islam.... Ulama adalah tunjang Kepimpinan. Kalau tak boleh terima .... masuk le parti lain.....


Kemudian, cikgu terfikir...kenapa persoalan ini timbul sangat.... Adakah ada individu-individu tertentu yang "GILA" dan BERHAJAT sangat jawatan tersebut.....??? Jawapannya ye ..le ...tu..... Kalau tak masakan ianya timbul..... Kenapa ianya timbul....Kerana GILA kan Pangkat dan status......

Entah lah.... walaupun cikgu ni dilahirkan oleh Jamaah kampus kumpulan Profesional...tapi cikgu masih ingat Tarbiyah yang diterima cikgu dulu iaitu....

"" JAWATAN ADALAH AMANAH YANG PERLU DILAKSANAKAN DAN BUKAN UNTUK DIBANGGAKAN""

"" ORANG YANG MEMINTA JAWAAN ADALAH ORANG YANG PALING TIDAK LAYAK UNTUK JAWATAN ITU ""

Itu semua tarbiyah dan kata-kata yang cikgu masih ingat semasa usrah di kampus.... tetapi kenapa kini....semua nya seolah-olah dilupakan.....

Bagi Cikgu le...tak salah dan adalah lebih baik Ulama dan Umarak bergandingan bahu...seiring sejalan.... bukan saling berebutan..... Itulah sebab kenapa di dalam PAS kaedah perlantikan terbaik adalah melalui SYURA..... yang tiada dalam UMNO......


Cikgu kemudiannya renung kembali...kenapa agaknya isu ini timbul sekarang... Kenapa tidak dari dulu lagi..... Cikgu tak pernah dengar pulak Mat Sabu nak lawan Tok Guru, kenapa zaman "Endorgan" macam-macam cerita cikgu dengar...Adakah kerana JAWATAN sebagai menteri dah semakin dekat???? atau kenapa???? Minda tajam cikgu masih tercari-cari maksud sebenarnya kumpulan ini.....

Comment

THERE ARE 1 COMMENT FOR THIS POST

  1. Unknown On May 19, 2009 at 7:51 PM

    Salam!!!! Abang Gie... Dasar perjuangan PAS ialah Islam,Islam pula rujukannya ialah Quran dan Sunnah,Didalam Al-quran pula ada menjelaskan " Sesungguhnya golongan yang paling takut dengan Allah ialah dikalangan Para Ulama'."

    Rasulullah pula menyatakan dengan jelas bahawasanya "Ulama adalah Pewaris para Nabi".

    Jadi rasenye kalau kita ada rasa tawaduk selaku pendokong Perjuangan Islam yang membaca kedua-dua sumber ini,sudah pastinya kita tak kan besar-besarkan isu ulama' vs profesional ini.memang dalam perlembagaan tidak menjelaskan secara khusus siapa yang layak memegang dua jawatan tertinggi itu,tapi bila kita berbalik pada dasar perjuangan PAS,maka disitu kita dapat memahami dasar perjuangan kita dan siapa yang layak memimpin kita dalam PAS.Ana setuju dengan abg jie bila menyentuh punca berlakunya isu ini.Tidak lain dan tidak bukan sudah ada dikalangan Ahli PAS yang berkehendakkan Jawatan semata-mata untuk mencapai target peribadi.

     

Post a Comment