Selamat Hari Guru....

Itulah semulia ucapan yang boleh Cikgu ucapkan kepada semua yang pernah mengajar cikgu di dalam kehidupan ini... Cikgu Zaitun, Cikgu Zainab, Cikgu Fatimah,Mr Lee, Mrs Tan Jock Eng, Miss Chua, Cikgu Radzi, Ustazah Wan Ramlah, Ustazah Zainab, Cikgu Faridah, Cikgu Maserifatun, Cikgu Yusof, Cikgu Karim (mentor), Dr Ahmad, Dr. Deris.... dan semua yang lain yang tak mampu cikgu senaraikan semuanya.....

Guru adalah segala-galanya bagi seorang pelajar. Keihklasan anda semua mengajar anak bangsa mengenal erti kehidupan yang sebenar, membolehkan kami menjadi insan sempurna hari ini.

Cikgu Zaiton, masih teringat lagi, debukkan cikgu di tengah belakang saya semasa ditingkatan 3 dulu telah menjadikan aku seorang yang matang, tabah dan kuat iltizam kini. Ustazah Zainah, cubitan manjamu di telinga kami masih terasa segar di dalam ingatan.....

Itulah antara nostalgia yang tak mampu untuk ku ucapkan selain ungkapan Keramat...

TERIMA KASIH CIKGU.....

Selamat Hari guru.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment