Satu bengkel penerangan GST telah diadakan di Bilik Konvensyen Yayasan Pembangunan usahawan pada 15 Julai 2010. 2 pembentangan telah dilakukan oleh seorang Pegawai daripada MFA iaitu Puan Julia dan Pegawai Kastam dari Putrajaya, En Tan.

Majlis yang sepatutnya dimulakan pada jam 8.30 pagi (berdasarkan jemputan ) akhirnya dimulakan pada lebih kurang jam 9.40 pagi dengan pembentangan pertama oleh Puan Julia. Diakhir sesi, telah diadakan satu sesi soal jawab. Soalan pertama telah dikemukakan oleh En Aziz dari MAMPAT dan dijawab dengan baik oleh En Wan.

Pembentangan kertas seterusnya dilakukan oleh En Wan. Diakhir sesi juga diadakan soal jawab. En Wan menjawab dengan baik kebanyakan soalan-soalan yang diberikan. Namun akhir sekali 8 soalan telah dikemukakan oleh Cikgu dengan soalan pertama berbunyi;

1. En Wan, sepertimana yang En katakan tadi, barangan seperti bersa, gula, gandum dan lain-lain barangan asasi dikenakan sifar GST, betul ? Persoalan saya adalah.... Sejauh mana tuan boleh memastikan barangan yang Tuan katakan tadi tidak akan naik harganya kerana BIASANYA harga barangan dipasaran ditentukan oleh ahli Politik, sedangkan Tuan hanyalah seorang Pentadbir....?

JAWAPAN

- Kami ada mekanisma untuk menentukan kadar kenaikan barangan di pasaran. Kamilah yang mencadangkan kepada kerajaan kadar harga yang sepatutnya dipasaran. Sebagai contoh, disini adalah sebarai harga barangan selepas cukai GST dikenakan.....

DIPOTONG oleh Cikgu Fauzi....

-- Maaf En Wan, you are not ansering my question. My question is.... HOW can you make sure that..... harga barangan kawalan tadi TIDAK akan naik sedangkan harga-harga barangan kawalan adalah dikawal dan ditentukan oleh ahli Politik.... ? Are you understand my question...?


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun sampai sudah En Wan gagal menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Fauzi... Akhirnya Majlis ditangguhkan untuk makan tengahari......

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya, harga gula naik 25 sen.......


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada En Wan :::: Tolonglah jaga etika anda sebagai RAKYAT.... buykian sebagai PENGAMPU.... GST..... JAHAT dan MEMBEBANKAN Rakyat.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment