Re: Siapa Raja Pencuri Pasir? (Score: 1)
Oleh albangi on Wednesday, July 21 @ 15:28:40 PDT
(User Info | Send a Message)

Kes curi pasir di Sepang ni dah berlaku lebih dari 15 tahun, sejak zaman (Datuk) Shariff Jajang lagi. Orang UMNO bukan tak tahu, tapi sebab taksub pada UMNO, tak pa, biar aja, pasir dikaup oleh orang2 UMNO. Akibat dari curi pasir ni, benteng di sepanjang sg dengkil runtuh, kemudian bila hujan lebat, berlaku banjir yang di Dengkil. Orang kampung di Dengkil termasuk orang UMNO menikmati bala akiait pemimpin mereka curi pasir ni. Bila dah parah, jembatan highway plus di Dengkil hampir runtuh kerana tiangnya berada dalam sungai dengkil di teras jernang. Itulah gara-gara pempimpin UMNO curi pasir.

Bila Shariff Jajang ditolak oleh UMNO, Shariff Jajang letak Suhaimi sebagai proksinya di di Dengkil, bagi menjaga kepentingan "perniagaan'nya di Sepang. Shariff Jajang ni bukan sahaja ada kes pasir tetapi juga kes tanah di seluruh Sepang. Shariraf Noli dan Dr karim adalah orang kanannya yang menjaga kepentingan pemimpin UMNO dalam kes tanah dan pasir di Sepang. Orang UMNO tahu, tapi buat tak tahu dan buat pekak aja, yang penting UMNO terus wakil rakyat.

Apabila Suhaimi bermasalah dengan pimpinan UMNO Sepang dan Dengkil, orang UMNO tak mahu Suhaimi tapi sanggup terima Marsum, walaupun mereka tahu Marsum pun 2 x 5 macam Shariff Jajang dan Suhaimi mengambil kesempatan di atas harta rakyat: pasir dan tanah di Sepang. Tapi orang UMNO tetap sayang pada UMNO, bagi mereka pemimpin pergi dan datang tapi tetap berpegang pada UMNO. Walaupun mereka tahu, pemimpin UMNO biar bersilih ganti sekali pun, semuanya macam serigala lapar, di mana ada peluang makan daging, air liur mereka akan meleleh. Kalau dah jumpa daging, semuanya berebut-rebut. Bila ada yang tak dapat daging atau dapat daging sikit, maka mereka akan bergaduh sesama mereka.

Itulah suasana sebenar. Orang UMNO Dengkil marah sejekap, lepas dapat duit dan projek jalan sikit, mereka diam lama. Kemudian bila mereka dapat tahu Marsum pun sama sahaja dalam kes pasir dan tanah, esok mereka tunggu pemimpin lain pulak yang akan datang mengganti. MP Sg Pelik Mohamad Zain, walaupun bukan orang UMNO Sepang, tapi UMNO Shah Alam, boleh bertanding di Sepang, dan menang. Tabiat UMNO ni bila orang sedia ada di Sepang bermasalah, mereka bawa orang luar untuk Parlimen. Orang UMNO macam tu juga undi sahaja asalkan UMNO jadi wakil rakyat.

Sekarang bila SPRM dapat tangkap 30 orang pencuri pasir, 28 orang adalah orang UMNO. Di belakang mereka ialah Khir Toyo dan bekas-bekas ADUN UMNO dan pimpinan UMNO Bahagian.

MB Khalid tahu semua ni, cuma dia tak mahu pukul TKO puak-puak UMNO ni. Kalau nak hapuskan belaka boleh sahaja. Tapi itulah politik namanya. Politik ada seninya.

Bila Khir Toyo buka mulut pasal pasir dan cuba-cuba nak jadi juara pasir, sebenarnya dia sedang membogelkan dirinya dan kawan-kawannya. Dulu bekas YB Sijangkang Dato' Fatah pun "kena cekup" sebab pasir di zaman Khir Toyo. Bila polis tahan dan tarik traktor pasirnya dari sungai bawa ke balai polis, esoknya traktor tu hilang tanpa pengetahuan phak atasan polis Selangor. Hai UMNO ni macam-macam ada. Cuma orang UMNO masih pertahan UMNO ....tak kisah soal prinsip atau bukan prinsip... asalkan UMNO terus jadi wakil rakyat.

Sekarang ni minyak naik, gula naik, beras naik, orang UMNO mengeluh sekejap. Esok dekat pilihanraya, UMNO bagi projek kecil di kampung-kampung, mereka lupalah pasal harga minyak dan barang baik. Senang aja nak tutup marah orang UMNO, bagi gula-gula, selesai masalah. Kalau ada orang UMNO yang buka mulut juga, pecat dan jatuhkan orang tu.

Itulah kisah di sebalik pasir.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment