http://buletinonline.net/images/stories/berita28/gazakempen.gif- Terima 9.000 Permohonan Sertai Konvoi ‘Freedom Flotilla

Kempen Tamatkan Kepungan ke Atas Gaza di Eropah yang berpusat di Brussels begitu mengejutkan dari segi sambutan para peserta yang mahu menyertainya dan juga bilangan kapal yang akan belayar bersama ‘Freedom Flotilla 2”.


Sehingga kini, kempen tersebut telah menerima 9,000 permohonan orang perseorangan untuk menjadi peserta bagi menyertai konvoi kedua bantuan kemanusiaan tersebut.

Manakala tujuh buah kapal dari benua itu telah pun menyatakan persetujuan mereka untuk belayar ke Gaza pada bila-bila masa.
.
Peristiwa ‘berdarah’ yang terjadi ke atas Freedom Flotilla 1 pada 31 Mei lalu nampaknya tidak menakutkan para pejuang dan aktivis untuk membebeaskan Gaza dari cengkaman Israel.

”Freedom Flotilla 1” yang membawa 750 aktivis dari lebih dari 40 negara, termasuk 44 orang tokoh politik Arab dan Eropah.

Konvoi bantuan kemanusiaan yang pertama itu turut membawa lebih dari 10.000 tan ubat- ubatan , bahan-bahan pembinaan kayu dan 100 rumah siap pakai dalam menyokong puluhan ribu orang yang kehilangan rumah mereka dalam perang Israel di Gaza pada akhir 2008 dan awal 2009.

Namun, sebelum sempat sampai di perairan Gaza, sewaktu belayar diperairan antarabangsa, ia telah di serang oleh tentera Israel dan mengorbankan 9 orang syuhada serta mencederakan ramai yang lain.

Tindakan ganas Israel ke atas konvoi tersebut telah menyebabkan lebih ramai lagi yang akan menyertai konvoi ‘Fredom Flotilla 2” yang akan diumumkan tarikh pelayarannya pada bila-bila masa.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment