Oleh SOFI WAHAB

Ketua Pemuda Kelab Penyokong PAS, Vincent Lee hairan dengan sikap orang Melayu Islam yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menyokong parti Islam seperti PAS yang jelas berjuang untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Macamana orang Islam yang mengaku Islam tetapi menolak negara Islam dan undang-undang Islam yang diperjuangkan PAS'.

"Saya orang Bukan Islam pun menyokong parti Islam, hairanlah" kata beliau.

Vincent berkata PAS terbukti menunaikan apa yang dijanjikan oleh mereka apabila tidak seorang pun pemimpin PAS Kelantan ditangkap kerana rasuah walaupun sudah 20 tahun memerintah Kelantan berbanding dengan negeri-negeri BN yang mana ramai sekali pemimpin dan pegawainya disiasat dan disabitkan dengan kesalahan rasuah."Itupun kalau tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu sudah tentu ramai lagi yang akan disabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa" kata Vincent.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Bukit Katil dan Pemuda PR di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.
CIKGU AKAN KOMEN DALAM [[[ BERWARNA MERAH DI DALAM PERENGGAN ]]]


Isu royalti K'tan: Tok Pa bela Ku Li
Feb 21, 10 7:23pm

Pengedaran surat layang yang memburuk-burukkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, tidak sepatutnya berlaku, kata pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed

[[[ MEMANG KERJA ORANG UMnOOOOO MENABUR FITNAH ]]]]]

"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.

[[[[[ YE KE BOLEH BERBINCANG MELALUI FAKTA SEBENAR.... ANTARA ANDA DAN KU LI... SIAPA YAGN LEBIH BOLEH DIPERCAYAI DAN DIYAKINI.... ANTARA ORANG YANG MENGUSAHAKAN SENDIRI ROYALTI DENGAN ORANG YANG TAK TERLIBAT...SIAPA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB....
Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata demikian selepas majlis penyerahan cek RM800,000 kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mat Zin.

Jumlah tersebut adalah untuk tujuan membayar elaun imam dan kakitangan masjid di Kelantan.

Tengku Razaleigh telah menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Januari lalu di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Veteran Umno Kelantan yang juga bekas Pengerusi Petronas, dilaporkan berkata rakyat Kelantan berhak untuk mendapat royalti minyak.

Kenyataannya menimbulkan kekeliruan kerana Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975 di bawah Akta 144 (Akta Kemajuan Petroleum 1974).

Kenyataan Tengku Razaleigh itu dilihat bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti.

Kerajaan pusat sebelum ini bersetuju membayar wang ihsan RM20 juta untuk dinikmati rakyat Kelantan mulai bulan depan.

Bayaran itu merupakan lima peratus daripada hasil pengeluaran gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301, yang berdekatan dengan perairan negeri itu, sejak Mei 2008.

Tahun lalu, kerajaan PAS Kelantan menuntut bayaran royalti RM2 bilion dari kerajaan pusat bagi operasi cari gali minyak di perairannya.

Bagaimanapun, menurut kerajaan pusat, Kelantan tidak layak untuk mendapat royalti kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.
[[[[ Inilah yang dikatakan BUTA Fakta dan BUTA Akta...... CUba le fahamkan betul2 hakikat akta Kemajuan Petroleum 1974 tu..... dan tolong baca juga Sejarah.....]]]]

Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa Mustapa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

[[[[[ Memang layak pun.... Kalau Tg Razaleigh yang juga seorang UmNoooo tetap mempertahankan fakta iaitu ROYALTI adalah HAK Kelantan... Kenapa Stopa pulak menolak Fakta yang menyatakan Royalti Hak Kelantan.... bukankah itu menunjukkan Stopa Pengkhianat.....????? ]]]]


Beliau diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

[[[[ Cikgu rasa bukan sekadar itu..... Rakyat Kelantan yang Bermaruah sepatutnya mencadangkan kepada Yang Maha Mulia TG Faris untuk menarik balik Kerakyatan Stopa dan juga Dato pada Stopa...kalaulah Dato tu dianugerahkan dari istana Kelantan..... Untuk apa Negeri Berdaulat Kelantan mempunyai seorang PENGKHIANAT seperti beliau dan Awang Adek....]]]]]]]

Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Katanya, beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

[[[[ Cuaba tanya balik ke Stopa....Ikhlas ke semua projek yang dibawa masuk ke Kelate tuh..... Berapa % Datuk dapat ???? Siapa kroni yang dapat...???? Kalau ianya betul2 ikhlas sekali pun.... Rakyat Kelate tetap mengucapkan terima kasih... tapi bukan kah itu MEMANG tTANGGUNGJAWAB beliau sebagai seorang Mneteri yang dipilih oleh Rakyat untuk membawa pembangunan...... Perlukah keikhlasan (kalaulah ikhlas) ini diungkit2 semula...ikhlas ke tu ???]]]]

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Mustapa yang juga ahli parlimen Jeli.


[[[[ Weih la Stopa..... betapa rendahnya IQ demo..... antara pembangunan dan MARUAH ...ianya adalah suatu yang berbeza sekali...... Isu Royalti adalah Isu Maruah.... Hak kita diambik oleh orang lain.... dinoda dan dikhianati......MEMANG ANDA PENGKHIANAT.....]]]]]]

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat.

[[[[ Hahah.... ko bercakap dengan orang asli boleh le..... yang diambik oleh Kerajaan Pusat jauh lebih banyak daripada yang diberikan..... Itu le hakikatnya kerana ...... KALAU TAK KENAPA KERAJAAN PUSAT TETAP ENGGAN MENYERAHKAN Royalti yang memang menjadi HAK Rakyat Kelantan.....Dasar PENGKHIANAT... tetap mempertahankan yang PALSU..... demi POLITIK...... ]]]]]]






Ulasan telah diberikan....




Kesalahan :::
1. BuKhairi - Sepatutnya Bukhari
2. Bathil - Sepatutnya Batil
3. Blogger - Sepatutnya Bloggers
Komen Cikgu Le...
1. Polis nampaknya semakin hilang sikap profesionalisme mereka.... selagi mana Boss mereka tidak Profesional
2. Rakyat semakin hilang rasa hormat kepada Polis
3. Mungkinkah Polis akan menjadi Mafia ???
4. Hari tu ada seorang pemuda kat kampung Cikgu... kena tangkap sebab dikatakan selipar nya sama macam yang penuduh tengok... apa jadi... kepala kemaluannya di ragum dengan playar.... lebam kepala member tu.... kesian...

5.... Polis, ingatlah kat dunia ni boleh le tunjuk hebat... TUNGGULAH balasan ALLAH kat Akhirat nanti....

Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis
Vasugi Supramanian
Feb 19, 10
5:00pm
Malam 12 Feb adalah tarikh yang ingin dilupakan oleh seorang remaja buat selama-lamanya.

Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.

“Waktu itu jam 10 malam. Saya sedang duduk besi penghadang di Stesen LRT Star di Sentul, menunggu ayah saya seperti biasanya. Tiba-tiba empat lelaki turun dari sebuah van. Mereka menghampiri dan kemudiannya membelasah saya serta menghumban saya ke dalam van. Ketika itu saya fikir yang saya diculik,” kata remaja lepasan SPM itu yang begitu trauma dan meminta identitinya dirahsiakan.

Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.

Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.

“Saya sebegitu takut dan menjerit meminta tolong, sedangkan saya tidak tahu yang mereka itu adalah polis.”

Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan sebagai seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul. Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.

Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.

Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali di telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.

Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.

“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.

Remaja lepasan SPM itu berkata bapanya membuat laporan polis pada keesokkan hari di balai polis Sentul dan sehingga hari ini tiada tindakan dijalankan.

Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.

Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.

OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan ini tetapi tidak mahu mengulas.
KOMEN CIKGU DI DALAM TULISAN MERAH...

Seks haram: Hentikan 'wabak' merotan
Feb 18, 10 11:55am

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah. [[[[[[ HAK ALAH.... MENCABULI HAK SAMA RATA MENGIKUT PERLEMBAGAAN... BAGAIMANA PULA DENGAN MENGIKUT ISLAM... Ko Ni Islam ke tidak.... sibuk ikut peraturan DUnia.... PERATURAN Akhirat/Hukum Allah MACAMANA ????

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan. [[[[ Wei lah.... --- Mencabuli prinsip hak asasi manusia yang menganggap merotan sebagai hukuman yang Kejam.... --> Maknanya Koo kata hukuman ALLAH tu Kejam, zalim.... ??? Macamtu.... nampaknya ko ni kena mengucap le minah ooooiiiii.... jatuh shahadah tu..... ]]]]]

'Rotan tidak efektif' [[[[ Rotan tidak efektif...... hahaha... nampak sangat ko ni tak baca fakta sejarah dan sains.... kajian menyatakan bahawa dengan cara merotan ... akan mampu menyembuhkan pesakit aids...... Selain dari tu ... apa cara yang efektif..... nyatakan..........]]]]

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya. [[[[[[ Weilah minah.... cuba ko nyatakan apa hukuman dunia ciptaan ko yang efektif ???? Tak ada ke banduan, penagih dadah yang tidak kembali ke penjara atau menagih semula walaupun tak dirotan ???? Come onnn le Sis.... berpijak le di bumi yang nyata....]]]]]

Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).

Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia.

Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai," katanya.

Tamatkan 'wabak' merotan

Kumpulan hak

asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai 'wabak merotan'.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan.

Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia - dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002.

Menurut timbalan pengarah Asia-Pasifik AI, Donna Guest "ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia."

"Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang memang kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka," Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Hukuman kuno

Majlis Peguam dengan keanggotan 13,500 ahli juga membidas tindakan merotan tiga wanita berkenaan.

Menurut badan perundangan itu, ahli-ahlinya telah meluluskan satu resolusi tiga tahun yang menolak sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana beranggapan ia hukuman kuno dan tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

“

Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).

Tambahnya lagi, hukuman merotan ke atas wanita adalah juga bertentangan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

"Adalah memeranjatkan, kerajaan hanya mengumumkan perkara itu (merotan tiga wanita berkenaan) setelah hukuman sudah dilaksanakan," katanya juga dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

[[[[ Kalau yang komen tu orang bukan Islam.... ok lah... Cikgu terima kerana mereka kafir dan tak nampak hikmah di atas segala kejadian ALLAH.... ni yang mengaku Islam...pakai tudung lagi..... Muslimkah lagi mereka ini....???]]]]

Ulasan Cikgu akan di buat di hujung petikan rencana.....

Penulis blog: Waspada dominasi 'geng' T'ganu
Jimadie Shah Othman
Feb 17, 10
7:34pm
PAS perlu bimbang terhadap dominasi pemimpinnya dari Terengganu – atau dikenali sebagai 'geng Terengganu' – yang didakwa mengawal tindakan politik presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata seorang penulis blog popular.

Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib – yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS - berkata kumpulan tersebut mampu menguasai parti ekoran kedudukan 'strategik' mereka.

“Ini luahan beberapa ahli jawatankuasa PAS yang saya kenal, bahawa idea (kerajaan perpaduan) ini dipersetujui mereka yang dulunya menjadi pemimpin di PAS Terengganu, atau saya panggil geng Terengganu.

“Nama-nama seperti ustaz Abu Bakar Chick, Haron Taib, idea perpaduan, muzakarah (PAS-Umno) ini disokong mereka. Dan yang saya risau, presiden lebih suka menyokong kehendak-kehendak geng Terengganu daripada kehendak majorotiti ahli jawatankuasa,” katanya.

Abdul Rahman berkata, beliau difahamkan, dalam kes tindakan terhadap pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Ali yang dikritik mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai antara “beberapa kerat pemimpin bermasalah”, hanya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Terengganu yang mempertahankannya.

“Jadi presiden hanya melebihkan geng Terengganu. Sebab itu setiausaha agung Datuk Mustafa Ali pernah keluarkan kenyataan (bahawa) keputusan dibuat sebulat suara. Kalau diambil undi, agenda kumpulan Terengganu akan ditolak,” katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Abdul Rahman yang konsisten menentang keras idea kerajaan perpaduan dan muzakarah PAS-Umno berkata, penguasaan kumpulan tersebut berleluasa terutamanya di pejabat presiden.

“Tengok dalam pejabat presiden itu, semua orang Terengganu, (setiausaha politik) Dr Samsuri Mokhtar, setiausaha itu, setiausaha ini semuanya orang Terengganu,” katanya yang mengaku menjadi ahli PAS kawasan Lembah Pantai.

Penguasaan pemimpin-pemimpin Terengganu di peringkat pusat PAS, antaranya di kerusi presiden, setiausaha agung, Dewan ulama, Dewan Pemuda, akhbar organ parti Harakah dan unit IT PAS, sentiasa disebut-sebut.

Kumpulan tersebut yang sering dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno sering diperolokkan di blog sebagai kumpulan 'kerajaan perpaduang' - sebutan menurut loghat Terengganu.

Nama Abdul Rahman, seorang perunding perniagaan di luar negara mula menjadi perhatian banyak pihak selepas mendedahkan beberapa siri pertemuan PAS-Umno selepas pilihan raya umum lalu.

Beliau yang sering menyerang Dr Hasan kerana tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat pernah berkhidmat sebagai penceramah motivasi tersebut selama dua tahun sehingga 2007 – yang menjadikannya 'orang dalam'.

KEPADA Tulang Besi :

Bercakaplah dengan fakta akal, bukan dengan Nafsu kebencian ......
Kepimpinan PAS majoriti bermula di Terengganu dan Kelantan, bahkan yang lebih dikenali di Malaysia adalah daripada Terengganu.

Populariti mereka yang dinyatakan TB adalah disebabkan perjuangan mereka yang telah lama, bermula dari hayat awal mereka dan insyallah hingga hayat akhir mereka... TB baru belajar berjuang..... (itu pun kalau berjuanglah, entah2 sebagai duri dalam daging, gunting dalam lipatan ) dah sibuk mengata, mengutuk kepimpinan yang telah banyak berkorban. Cikgu CABAR TB,

1. Berikan 10 sumbangan TB kepada perjuangan PAS, selain mengutip sumbangan orang utk pergi program
2. Berikan 10 ujian dan kesusahan yang dilalui TB

Kalau dapat beri 5 pun dah kira ok le....

Kepada TB...... Tok sah lah nak mempertikaikan sumbangan orang lain.... Takya apa sumbangan anda SELAIN daripada memporak peranda dan mengadu domba di dalam Jamaah..... Jangan jadi PENGKHIANAT ISLAM.....