Ulasan Cikgu akan di buat di hujung petikan rencana.....

Penulis blog: Waspada dominasi 'geng' T'ganu
Jimadie Shah Othman
Feb 17, 10
7:34pm
PAS perlu bimbang terhadap dominasi pemimpinnya dari Terengganu – atau dikenali sebagai 'geng Terengganu' – yang didakwa mengawal tindakan politik presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata seorang penulis blog popular.

Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib – yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS - berkata kumpulan tersebut mampu menguasai parti ekoran kedudukan 'strategik' mereka.

“Ini luahan beberapa ahli jawatankuasa PAS yang saya kenal, bahawa idea (kerajaan perpaduan) ini dipersetujui mereka yang dulunya menjadi pemimpin di PAS Terengganu, atau saya panggil geng Terengganu.

“Nama-nama seperti ustaz Abu Bakar Chick, Haron Taib, idea perpaduan, muzakarah (PAS-Umno) ini disokong mereka. Dan yang saya risau, presiden lebih suka menyokong kehendak-kehendak geng Terengganu daripada kehendak majorotiti ahli jawatankuasa,” katanya.

Abdul Rahman berkata, beliau difahamkan, dalam kes tindakan terhadap pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Ali yang dikritik mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai antara “beberapa kerat pemimpin bermasalah”, hanya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Terengganu yang mempertahankannya.

“Jadi presiden hanya melebihkan geng Terengganu. Sebab itu setiausaha agung Datuk Mustafa Ali pernah keluarkan kenyataan (bahawa) keputusan dibuat sebulat suara. Kalau diambil undi, agenda kumpulan Terengganu akan ditolak,” katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Abdul Rahman yang konsisten menentang keras idea kerajaan perpaduan dan muzakarah PAS-Umno berkata, penguasaan kumpulan tersebut berleluasa terutamanya di pejabat presiden.

“Tengok dalam pejabat presiden itu, semua orang Terengganu, (setiausaha politik) Dr Samsuri Mokhtar, setiausaha itu, setiausaha ini semuanya orang Terengganu,” katanya yang mengaku menjadi ahli PAS kawasan Lembah Pantai.

Penguasaan pemimpin-pemimpin Terengganu di peringkat pusat PAS, antaranya di kerusi presiden, setiausaha agung, Dewan ulama, Dewan Pemuda, akhbar organ parti Harakah dan unit IT PAS, sentiasa disebut-sebut.

Kumpulan tersebut yang sering dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno sering diperolokkan di blog sebagai kumpulan 'kerajaan perpaduang' - sebutan menurut loghat Terengganu.

Nama Abdul Rahman, seorang perunding perniagaan di luar negara mula menjadi perhatian banyak pihak selepas mendedahkan beberapa siri pertemuan PAS-Umno selepas pilihan raya umum lalu.

Beliau yang sering menyerang Dr Hasan kerana tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat pernah berkhidmat sebagai penceramah motivasi tersebut selama dua tahun sehingga 2007 – yang menjadikannya 'orang dalam'.

KEPADA Tulang Besi :

Bercakaplah dengan fakta akal, bukan dengan Nafsu kebencian ......
Kepimpinan PAS majoriti bermula di Terengganu dan Kelantan, bahkan yang lebih dikenali di Malaysia adalah daripada Terengganu.

Populariti mereka yang dinyatakan TB adalah disebabkan perjuangan mereka yang telah lama, bermula dari hayat awal mereka dan insyallah hingga hayat akhir mereka... TB baru belajar berjuang..... (itu pun kalau berjuanglah, entah2 sebagai duri dalam daging, gunting dalam lipatan ) dah sibuk mengata, mengutuk kepimpinan yang telah banyak berkorban. Cikgu CABAR TB,

1. Berikan 10 sumbangan TB kepada perjuangan PAS, selain mengutip sumbangan orang utk pergi program
2. Berikan 10 ujian dan kesusahan yang dilalui TB

Kalau dapat beri 5 pun dah kira ok le....

Kepada TB...... Tok sah lah nak mempertikaikan sumbangan orang lain.... Takya apa sumbangan anda SELAIN daripada memporak peranda dan mengadu domba di dalam Jamaah..... Jangan jadi PENGKHIANAT ISLAM.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment