Oleh SOFI WAHAB

Ketua Pemuda Kelab Penyokong PAS, Vincent Lee hairan dengan sikap orang Melayu Islam yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menyokong parti Islam seperti PAS yang jelas berjuang untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Macamana orang Islam yang mengaku Islam tetapi menolak negara Islam dan undang-undang Islam yang diperjuangkan PAS'.

"Saya orang Bukan Islam pun menyokong parti Islam, hairanlah" kata beliau.

Vincent berkata PAS terbukti menunaikan apa yang dijanjikan oleh mereka apabila tidak seorang pun pemimpin PAS Kelantan ditangkap kerana rasuah walaupun sudah 20 tahun memerintah Kelantan berbanding dengan negeri-negeri BN yang mana ramai sekali pemimpin dan pegawainya disiasat dan disabitkan dengan kesalahan rasuah."Itupun kalau tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu sudah tentu ramai lagi yang akan disabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa" kata Vincent.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Bukit Katil dan Pemuda PR di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment