Komen Cikgu Le... 1. Polis nampaknya semakin hilang sikap profesionalisme mereka.... selagi mana Boss mereka tidak Profesional 2. Rakyat semakin hilang rasa hormat kepada Polis 3. Mungkinkah Polis akan menjadi Mafia ??? 4. Hari tu ada seorang pemuda kat kampung Cikgu... kena tangkap sebab dikatakan selipar nya sama macam yang penuduh tengok... apa jadi... kepala kemaluannya di ragum dengan playar.... lebam kepala member tu.... kesian... 5.... Polis, ingatlah kat dunia ni boleh le tunjuk hebat... TUNGGULAH balasan ALLAH kat Akhirat nanti.... Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis | |||
|
Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.
Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.
Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.
Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan sebagai seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul. Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.
Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.
Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali di telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.
Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.
“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.
Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.
Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.
OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan ini tetapi tidak mahu mengulas.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment