Hari ni mari pulak satu kumpulan yang Pro-ISA yang diketuai oleh Pewaris untuk turut berdemonstrasi pada TARIKH yang sama dengan GMI iaitu 1 OGOS 2009. Cikgu tak nak ulas banyak le.... Perwaris kata kebetulan tarikh yang sama.... LAWAK le.... Apa Perwaris ingat orang nak percaya ke ??? GMI dah rancang lama dah.... Kenapa tarikh yang sama juga yang diminati oleh Perwaris ??? Atau AJK Perwaris semuanya BUTA huruf , tak pandai membaca ATAU mungkin juga BUTA Media dan tak mengikuti perkembangan.....

Apa-apa pun, Cikgu cuma nak cakap... Terima Kasih kepada PERWARIS kerana mengiktiraf Demonstrasi.... Maknanya Demonstrasi adalah SALAH SATU CARA meluahkan perasaan tidak puas hati le... ke Guana Perwaris.....

NI CIKGU CUT AND PASTE DARI MALAYSIAKINI.....

Pro-ISA juga berarak ke Istana Negara
Jimadie Shah Othman
Jul 22, 09
11:18am
dikemakini 1.17pm Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka.

Mereka berarak ke dataran dari Pasar Seni mulai jam 1 tengah hari selepas mengedarkan risalah kepada orang ramai di situ mulai 11.30 pagi, kata Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun.

Sekurang-kurang 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan terhadap akta tersebut di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki.

"Kemudian, dengan menjadikan kain rentang itu sebagai pagar (diletakkan di depan), kita akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Mereka merancang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda mempertahankan akta kontroversi itu.

Tindakan mereka berkumpul bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dipercayai akan bertembung buat pertama kali di jalanan dengan ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH.

Demonstrasi besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang dirancang sejak akhir tahun lepas dan ditunda beberapa kali, disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi juga akan ke Istana Negara.

Mereka merancang berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Rahimuddin lagi, perhimpunan anjuran Pewaris disepakati dalam mesyuarat dengan 10 lagi NGO yang menyokong usaha itu di ibu negara malam tadi.

NGO Melayu itu antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Permit polis untuk berhimpun dan surat makluman kepada pihak istana sedang diusahakan, tambahnya.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment