Cikgu adalah pertugas MAFREL di peti undi ni.....

Beginilah komen Cikgu.....

Kekacauan Pertama - Puteri UMNO dilempar batu...

- Kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati penyokong PAS apabila kes UMNO bagi duit Rasuah di dalam kawasan KESEDAR di lepaskan oleh POLIS....
- Kemudian berlakunya provokasi secara "jeritan", kutuk mengutuk, maki memaki... Kemudian ada sorang baling botol air kepada kumpulan2 samada UMNO dan PAS....
- maka bermulalah perang baling-membaling
- Cikgu pun tak setuju, kejadian ni tapi.... Polis yang ada pun tak ambik tindakan mengasingkan dan menjauhkan kedua-dua kumpulan ini. Sepatutnya diasingkan jauh sedikit....
- Cikgu tak boleh nak ulas banyak mengenai punca kerana masa tu cikgu tak ada di kawasan kejadian.


Puteri UMNO yang cedera dibaling dengan batu.... boleh jalan lagi....hebat, kuat, gagah....


Kekacauan Kedua.....

- berpunca apabila sebuah kereta yang penuh dengan lambang BN dikatakan cuba masuk ke kawasan pengundian kemudiannya dihalang oleh pertugas PAS...
- Kemudian berlakulah kes tolak menolak.
- Seorang Pemuda PAS dikerjakan oleh Pemuda UMNO... rasa cikgu dalam 3-8 orang....
- Maka bermulalah sekali lagi kejadian baling-membaling....





Seorang Pemuda PAS dikerjakan oleh Beberapa orang Pemuda UMNO.... yang ni tak keluar TV pulak kan....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment