Tahniah kepada PAS kerana berjaya mengekalkan kemenangan di MU, walaupun dengan majoriti yang semakin mengecil.

Track Rekord PRK di Kelantan tak banyak yang menyebelahi PAS, daripada Bukit Tuku, Pengkalan Pasir... tapi alhamdulillah di Manek Urai - Umno Terburai. Bagi UMNO Manek telah Terburai.... kalah juga mereka.

Cikgu bertugas sebagai MAFREL di sana. Sebagai kumpulan NGO, semasa bertugas, sikap profesional mesti ditunjukkan. Bahkan itulah yang cuba ditunjukkan oleh Cikgu semasa bertugas di sana. Apabila berlaku pergaduhan, insiden baling batu, ada seorang perempuan tu dengan anaknya terperangkap.... dengan kuat Cikgu cuba mengarahkan agar dibawa keluar wanita tersebut dengan anaknya... walaupun Wanita tu duduk kat bangsal UMNO.

Tapi apa yang Cikgu kesalkan, semasa MAFREL cuba mencari bukti Rasuah yang dilakukan UMNO seorang anggota Polis (muka pun UMNO) marah2 kami dengan menyatakan bahawa kami yang bawa penyokong PAS ke tempat tersebut sedangkan kami yang di bawa oleh penyokong PAS untuk menunjukkan kejadian pembahagian duit tersebut....


Lelaki berbaju putih mengaku berlakunya pembahagian duit... "Duit Tambang Bas " katanya...

Masa Cikgu gi ke tempat yang dimaksudkan, memang ada pengakuan daripada yang menerima duit dengan mengakui bahawa beliau sedang menunggu pembahagian duit daripada UMNO. Manakala seorang pertugas UMNO pula mengaku bahawa memang duit dibahagikan tetapi dengan hujah " duit tambang ".... Apa-apa pun dalam peraturan dan akta kesalahan Pilihanraya, TIDAK boleh memberikan sebarang bentuk kewangan hatta " Duit Tambang " pun..... ini dah dikira Rasuah PilihanRaya....
Nanti Cikgu akan cuba upload gambar2 menarik semasa hari Pengundian terutama kes Rasuah tu.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment