elbagai pihak termasuk pemerhati politik dan pihak media telah membuat aneka andaian berikutan ketiadaan ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden di manek Urai .
Semoga ustaz nasha dapat bersabar dengan segala fitnah yang menimpa beliau justeru itu adalah sebahagian dari mehnah dan sunnah orang yang berjuang .
Juga saya ucapkan agar Ustaz Nasha selamat dan cepat sembuh agar kembali dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah perjuangan yang tentunya semakin sukar dan mencabar .
Ustaz nasha yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang dan menurut maklumat yang saya terima bahawa beliau akan dibenarkan keluar pada petang ini .
Teruskan perjuangan dengan penuh istiqamah dan ikhlaskan diri , kepada Allah jua kita bertawakkal dan menyandarkan segala urusan kita . Agar tapak kaki terus thabat bersama perjuangan suci ini insyallah .
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment