EGM PAS... Kenapa Ianya perlu ? Adakah ianya Perlu ? Persoalan yang wujud dan diwujudkan oleh TGNA setelah ianya PASTI mendapat maklumat yang salah, tidak tepat bahkan berbaur fitnah...DAN PASTI nya daripada orang yang sama yang 'meracuni TGNA sebelum ini.

Sebenarnya cikgu berasa serba salah untuk mengeluarkan komen terhadap komen yang di berikan oleh Prof Aziz Bari dan juga TGNA. Kedua2 insan tersebut adlah insan yang sangat Cikgu sanjung dan hormati kepakaran pada bidang masing2..... Namun, dengan nekad untuk mambawa semua kepada hakikat kebenaran dan daya fikir yang kritis.... marilah semua untuk memikirkan apa yang ingin Cikgu perkatakan.... memperbaiki kebenaran......

Isu EGM ini timbul setelah komen yang di buat oleh Prof Aziz dalam Akhbar Sinar Harian setelah kekalahan calon PAS di Bagan Pinang.... Walaupun telah diberi hujah balas dengan keras oleh Ust Idris.... namun ianya nampaknya berlarutan....dan Prof Aziz meneruskan komen2 beliau di dalam 2 siri komen lagi dan yang terakhir adalah komen beliau pada hari ini.

Apabila Cikgu ditanya oleh rakan2 mengenai EGM .... Jawapan cikgu.... Cikgu sangat bersetuju EGM diadakan.... Buatlah EGM sehinggalah keputusan kepimpinan mengikut kehendak 'kumpulan anda". Kalau masih tidak mengikut citarasa "kumpulan anda".... provoke lagi utnuk diadakan EGM lagi.... kalau EGM pertama gagal.... buat lagi EGM ke2, ke 3, ke 4...hinggalah "kumpulan kamu menang ".... kerana cikgu yakin dan percaya "kumpulan kamu " tidak pernah berputus asa untuk membuang pimpinan yang tidak mengikut telunjuk "kumpulan kamu".

Apabila PAS kalah di Bagan Pinang, TGHH dipersalahkan, Dr Hassan Ali di persalahkan kerana tidak sepakat di Selangor...., Ust Nasa dipersalahkan, Cikgu Pa pun dipersalahkan ...hanya dengan alasan mereka ini pro-UmNoooo.... Tapi bila menang di bukit Gantang..... Kuala Terengganu..... kenapa sumbangan mereka tidak diperkatakan

pulak.....Kenapa mereka tidak pulak dikaitkan dengan Kejayaan PAS...Cuba tanyalah PAS di Selangor.... berapa banyak prinsip yang perlu kita "gadaikan" hanya kerana untuk menjaga hati kawan2 dalam PR.... Berapa banyakkah kerusi yang menjadi "hak kita" terpaksa digadaikan dan diberikan kepada kawan dalam PR ? Salah ke Dr. Hassan mempertahankan prinsip2 Islam yang WAJIB kita jaga dan perjuangkan sebagai Jamaah Islam....???? Salahke Dr Hassan mempertahankan Hak pegawai2 Melayu Kerajaan Negeri Selangor daripada diperlekehkan oleh pimpinan DAP ???? Apa sebenarnya isu hingga Dr. Hassan dipertikaikan.... Maklumat yang Cikgu dapat adalah kerana Dr Hassan guna akhbar utk kondem sebahagian mereka yang menggunakan kuasa memperlekehkan tugas Penjawat Awam... Ok.... CIkgu nak tanya... adakah itu sahaja hingga membolehkan Kumpulan Endorgan untuk mempertikaikan dan "Mengarahkan" Dr. Hassan diambil Tindakan... Kenapa semasa Pimpinan DAP buat perkara yang sama... tiada pun suara yang mempertikaikan tindakan mereka.... Ingat lagi kes Arak di Shah Alam.... Apa yang Ronnie Liew buat ? Pc demi PC dibuat...tanpa memperdulikan semangat setiakawan....kenapa tak dipertikaikan.... OOOOooooo mungkin hanya kerana Dr. Hassan PAS maka, tak boleh buat..... Okkkk. secara asasnya cikgu punn setuju...sepatutnya segala masalah dibawa berunding dalam mesyuarat..... CUMA PERSOALANNYA.... kenapa DAP boleh buat Dr. Hassan tak boleh..... Kenapa Endorgan tek pernah minta DAP di ambil tindakan..... kenapa....???

CIkgu nak tanya , sapa agaknya yang mencadangkan nama Ibrahim Ali sebagai MP di Pasir Mas..... Maklumat yang cikgu terima cadangan dan kesungguhan pencalonan Bapak Katak tersebut datangnya daripada Husam.... Katalah cadangan tu datang dari Cikgu Pa ke, Ust Nasa ke, Dr Hassan Ali ke..... mampus mereka dikerjakan Husam dan kumpulannya bila Ibrahim Ali mengutuk PAS.... betul tak ???

Masa PAS menang Tipis di MU, semua Jenderal2 Kumpulan Endorgan Turun, pimpinan dan petugas Terengganu di perlekeh dan tak diberi kebenaran berceramah.... PAS hanya menang dengan majoriti 65 undi.... Kenapa Tidak timbul Isu " Perhubungan Kelantan Kena Rombak.... Buang kumpulan Endorgan yang menyebabkan PAS hampir Kalah....Kenapa ??? Kenapa...???

Apa bila kalah di Bagan Pinang....ungkapan Pro-Umnoooo di bangkit kan semula.... Cikgu nak tanya Prof Aziz.... selepas selesai isu UG hari tu, berapa kali TGHH ada menyebut dan membangkitkan kembali masalah UG ???, bila dan di mana ? Tolong berikan fakta kalau sekiranya Cikgu tidak mengetahuinya kerana setakat Cikgu ikuti.... TGHH, Cikgu Pa, Dr Hassan dan Ust Nasa tidak lagi pernah membangkitkan isu UG.... Tetapi kenapa pulak apabila PAS kalah di BP, isu UG dibangkitkan kembali... Apa motif Prof sebenarnya ? Walaupun Prof ada menyatakan dalam tulisan terbaru, isu Pro-UmNoooo bukan persoalannya... tetapi isu tersebutlah telah dipergunakan oleh kumpulan Endorgan untuk " mencocoh " TGNA hingga TGNA mendesak untuk diadakan EGM.

Ada beberapa perkara ingin dibangkitkan Cikgu. Bermula dengan PRK Manek Urai.... Kenapa PAS Kelantan tidak dipersalahkan apabila PAS hanya menang 65 undi sahaja.... sedangkan DENGAN EGO, SOMBONG dan BONGKAK kumpulan Endorgan berkata " DI Manek Urai ni, PAS dah menanam 19 tahun, menunggu masa untuk menuai hasil jah "...akhirnya hanya menang 65 undi..... Kenapa Dato' Husam tidak dipersalahkan ???? Cikgu masih ingat kata2 Ust Fatah bila ditanya oleh Wartawan " Mana ust Nasa, kenapa tak datang ke Manek Urai " .... Dengan penuh sindiran dijawabnya " Mungkin Malu mata "... Apa niat kumpula Endorgan... Untuk memalukan Ust Nasa ke??? Bahkan ust Nasa masuk Hospital dan operation pun maklumat tersebut disembunyikan daripada pengetahuan TGNA ??? Apa jenis hati "kumpulan anda"..... setaraf dengan sapa...???..... Selain dari tu, gambar TGHH yang di "haramkan" untuk dinaikkan pada peringkat awal.....Wujudnya "Kumpulan Penyokong Fanatik TGNA "- kalaulah orang Terengganu pulak mewujudkan "Kumpulan Penyokong Fanatik TGHH ", apa plak akan berlaku... Fikirlah secara waras mengikut acuan Islam.... bukan mengikut "Nafsu Jahat " anda .....

Mari kita lihat Senarai Jawatankuasa Perhubungan PAS Kelantan.... Dimana YB Takiyuddin ??? Waras/Logik ke seorang Bekas bendahari Perhubungan terus diLenyapkan daripada senarai jawatankuasa Perhubungan..... hanya semata-mata menegur dan menyatakan kebenaran dan menolak kehendak "ketua kumpulan kamu ".... Ini bukan sikap Islamik yang sepatutnya ada pada pimpinan Islam.... Tengok... apabila Dato Husam kalah semasa pemilihan JK PAS Pusat..... beliau tetap dilantik sebagai AJK PAS Pusat.... walaupun dengan 'demand ' yang tinggi.....

Bagan Pinang pulak..... Cikgu nak tanya Prof Aziz juga..... Siapa Pengarah Jentera Pilihanraya BP.....? Siapa Pulak Pengarah Operasinya ??? Bukan ke YB Solehuddin dan Dr Zul..... OOOOooooooo kerana mereka terdiri daripada kumpulan Endorgan ... Beban kekalahan langsung TIDAK di bebankan kepada mereka... tetapi sebaliknya kumpulan Pro-UmNooo..... TAKDIRlah.... PAS menang di BP....WOW...... mestilah Pengarah Jentera Pilihanraya, YB Solehuddin dan Dr Zul..... naik nama.... Hebat, golongan muda yang berpotensi .....dibaggakan dan PASTI dan WAJIB...isu EGM tak akan timbul lagi........ Adakah hanya kerana pemimpin Umno datang semasa Majlis yang diadakan TGHH, maka TGHH dikatakan pro-Umno..... Teruknya mentaliti macam tu...... Kalau macam tu.... bila Majlis Raya TGNA dihadiri Sami Budha...TGNA pro-Buddha le....???? ... Come..on le Bro.... berfikir waras le......

Kalau ada hati yang terasa dengan tulisan cikgu..... ampun dan maaf cikgu pohon terutama TGNA dan Prof Aziz..... Kepada Kumpulan Endorgan.... Tolonglah kembali kepada Fikh Jamaah Islam yang betul...... Jangan terpengaruh dengan "janji-janji" sebagai menteri kepada kamu.... Perkuatkan Jamaah PAS.... pastikan kita memerintah melalui kekuatan kita...bukan kerana Kekuatan orang lain... tak tahan lama.....
Jgn jadi pemecah belah ummah tetapi jadilah penghubung silaturrahim di kalangan ummah.Pesan cikgu kepada Kumpulan Endorgan.....

1. Jgn jadi punca penyakit tetapi jadilah ubat penyembuh penyakit.
2. Jgn jadi pencetus permusuhan tetap jadilah pendamai.
3. Jgn jadi penyebab kemurkaan ALLAH, tetapi jadilah penyebab diRedai ALLAH.
4. Hentikan pertelingkahan, rapatkan sof kita, eratkan persaudaraan kita, kukuhkan jamaah kita bagi menghadapi musuh yg sentiasa mencari2 kelemahan kita dan seterusnya melumpuhkan perjuangan kita.(Cikgu tambah selepas mendapat maklum balas )

Jangan pulak ada yang akan call Cikgu plak selepas ni macam apa yang berlaku di PRK P036 awal tahun ni...... bila rahsia bocor....siap call cikgu.... biarlah ianya tinggal Rahsia...... Maaf semua yang membaca dan tak menyukai penulisan cikgu....

Comment

THERE ARE 3 COMMENTS FOR THIS POST

  1. hafizzuddin On October 26, 2009 at 9:50 AM

    Saya setuju dengan pandangan cikgu.

    Izinkan saya menambah sedikit akn pandangan cikgu itu...

    Jgn jadi pemecah belah ummah tetapi jadilah penghubung silaturrahim di kalangan ummah.

    Jgn jadi punca penyakit tetapi jadilah ubat penyembuh penyakit.

    Jgn jadi pencetus permusuhan tetap jadilah pendamai.

    Jgn jadi penyebab kemurkaan ALLAH, tetapi jadilah penyebab diRedai ALLAH.

    Hentikan pertelingkahan, rapatkan sof kita, eratkan persaudaraan kita, kukuhkan jamaah kita bagi menghadapi musuh yg sentiasa mencari2 kelemahan kita dan seterusnya melumpuhkan perjuangan kita. WWLAM.

      Unknown On November 1, 2009 at 7:15 AM

    maaf... saya tidak bersetuju benar tulisan cikgu... amat berat sebelah.... fakta tidak jelas dan mungkin cikgu tidak tahu PAS Kelantan cuma agungkan PAS Terengganu... Dato Taki bukan bekas bendahari, beliau adalah bekas setiausaha... nampak sangat kedangkalan fakta...

    maaf.... dalam PAS terlalu berpuak2... 1 puak Kelantan, 1 puak Terengganu, 1 puak Utara dan berbagai puak2 kecil.

    Terbaru puak endorgan dgn puak ug....

    Saya bukan penyokong tegar TGNA, saya menyokong mana2 demi kebaikan bersama.

    Cuma ingatan pada saya jugak, TGNA lebih arif sepak teranjang UmNooo selama 19 tahun mentadbir Kelantan, 19 Tahun sebagai ahli parlimen (merupakan satu2nya ahli parlimen pembangkang suatu ketika dahulu) dan hingga sekarang TGNA telah berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN dan Parlimen selama 39 Tahun.

    terlebih garam lagi...

      Anonymous On November 1, 2009 at 10:42 PM

    antara TGNA dan TGHH tak ada apa yang nak di risaukan. Rakyat tahu perjuangan mereka ikhlas.

    Tapi yang kita risaukan adalah orang2 di sekelilingnya.

    Maaf cikgu, antara husam dan mustafa ali, buat masa ni, saya lebih musykilkan pergerakan MA ..

    kalaulah beliau adalah sbghian dr proUG dan TF2010 spt yang di perkata ,

    kawalannya agak luas .. tuan presiden dan juga media spt harakah / siasah ..


    tolong la intai2 jgk le ..

    sebhgain rakyat ni dia concern je ..

    nak bina sesuatu begitu lama , nak runtuhkan tak payah mana ..

     

Post a Comment