Agak2nya SIS dan JAG ni tak de perasaan malu kot..... Orang tak sudi.... menyebok je......
IPOH 4 Okt. - Bapa model sambilan, Shukarnor Abdul Mutalib meminta Sisters In Islam (SIS) tidak mencampuri urusan berkaitan hukuman sebat yang dikenakan ke atas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32.
Beliau yang mempersoalkan akidah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, SIS tidak sepatutnya menggunakan isu anaknya untuk mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan undang-undang jenayah syariah.
''Saya dan Kartika sudah keliru kerana dulu saya anggap mereka ini NGO yang membela perempuan Islam tetapi akhir-akhir ini tindakan mereka sudah mengarut sehingga tiada sempadan.
''Apakah matlamat sebenar perjuangan SIS? Kalau mereka menentang hukum sebat ke atas Kartika hanya kerana mahu hapuskan undang-undang syariah, lebih baik jangan guna nama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan SIS dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menggunakan isu hukuman sebat ke atas Kartika untuk meminta kerajaan Persekutuan memansuhkan undang-undang jenayah syariah.
Shukarnor menegaskan, tujuan dia melantik lima peguam adalah untuk memastikan pelaksanaan hukuman sebat ke atasnya anaknya berjalan lancar.
''Kartika lantik lima peguam bukan untuk melepaskan atau meringankan Kartika daripada hukuman sebat tetapi bagi bekerjasama supaya hukuman itu dapat dijalankan.
''Kalau ada mana hukuman yang tidak kemas, saya mahu mereka (peguam) tolong bantu memperkemaskannya," katanya.
Shukarnor meminta supaya tiada mana-mana pihak mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika kerana anaknya itu sendiri sedia menerima hukuman itu.
''Kartika menerima hukuman sebat kerana dia minum arak yang merupakan ibu segala dosa dan kejahatan.
Inilah Model Jawatankuasa SIS yang kononnya memperjuangkan Islam.... Taik kucing....
Cantek kan rambut mereka..... "Halal" ke....
''Dengan tindakan SIS sekarang, adakah mereka mahu mempertahankan tindakan ibu segala kejahatan ini," katanya.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment