Assalamualaikum.....

Pagi tadi cikgu menerima 2 sms daripada no 013-9564... satu nombor yang cikgu tak safekan namanya... Entah siapalah penghantarnya dan kenapakah kepada Cikgu SMS tersebut ditujukan.... sedangkan Cikgu bukanlah "seseorang" atau figure utama dalam mana-mana Parti Politik samada PAS atau PKR. Cikgu sekadar mereka yang bergiat aktif di dalam NGO....Apakah niat dan tujuan.... Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..... Akan Cikgu taipkan semula semua bait2 tulisan insan berkenaan untuk tatapan semua justeru membuat penilaian.....

SMS 1
[[[ TUAN YG SAYE HORMATI. CINTE KPD WATAN@BANGSA ITU SBAHAGIAN DARI IMAN. MELAYU DGN ISLAM ITU MCAM TUBUH DGN ROH. TUBUH HANYE BANGKAI TANPA ROH. KENAPE baginda nabi saw perang ke atas quraish. itu tandenya cinte nabi kpd kaumnya supaye pilih nur islam dan iman. knapeorang di Indon mahu sapu Malaysia?tentulah krane cinte kpd bangsa itu jadi sebab. jangan salahkan mereka sbaliknya tanye diri kite knape tidak subur rase cinte kpd melayu. sbaliknya kite suke lihat melayu itu bpecah belah. kite lebih senang kononnye kitelah lebih islamik orang lain kurang. kan lebih baik kalau kite yg islamik ini jadi pbimbing sedare kite yg tsasar itu. bukankah islam ajar kite saling mnasihati dan bkasih sayang. jike asas ini kite dok cakne guana kita nak bina menara islam yang tinggi itu. jika kite bcerai berai jadilah kite skadar batu bate bukan sperti tembok besar cine.MAKA BERSATULAH DEMI ISLAM DAN MELAYU YANG KITE CINTE-ALLAHHUAKBAR ]]]]]

SMS 2
[[[[[ Wajarkah kite pcaye dgn PKR parti yg semberono urus tadbir politiknye ahlinye suka lompat parti. tapi sape salah ? Adun yg mlompat atau DSAI yg sangat liberal itu? budaye politik PKR adelah mcm koboi. baham blake. pas cume jadi kude dia utk dapat kuase DSAI dah jadi mursyidul am pas ganti TGNA Layak benar digelar "TOK GURU ANWAR IBRAHIM". Majlis syura ulama TG ANWAR ialah DAP, elizebet wong, gobalakrisnan. Wahai saudara PAS semue kite wajib kaji wajar atau tidak hubungan dalam PAKATAN ini ]]]]]

Ok.... kalau tadi cikgu menyatakan cikgu tidak mengenali beliau.... kini cikgu dah mengenali namanya.... Ooooo orang Kuala Berang rasanya..... Rasanya tak perlulah cikgu nyatakan namanya ...cukuplah sekadar cikgu panggil sebagai Saudara F....

Terima kasih.... Saudara F kerana memilih Cikgu untuk bertukar-tukar pandangan... Sebagai seorang bekas Cikgu.... semua pandangan Saudara F adalah hak saudara... samada benar atau tidak.... itu hak saudara untuk memberikan padangan... Dan Cikgu juga ingin menegaskan... pandangan saudara Cikgu hormati...harapnya hormatilah juga pandangan Cikgu.... terima kasih......

Saudara F... Izinkan Cikgu mengulas sms saudara dalam beberapa kategori....

1. Ulasan mengikut petikan SMS saudara
2. Ulasan Secara umum....

ULASAN MENGIKUT SMS SAUDARA.....

[[[ TUAN YG SAYE HORMATI. CINTE KPD WATAN@BANGSA ITU SBAHAGIAN DARI IMAN. MELAYU DGN ISLAM ITU MCAM TUBUH DGN ROH. TUBUH HANYE BANGKAI TANPA ROH.]]]



Kalau Saudara ingin berhujah dengan Cikgu berdasarkan pandangan Islam.... boleh tak berikan Cikgu Dalil Naqli berkaitan dengan {{{ CINTE KPD WATAN@BANGSA ITU SBAHAGIAN DARI IMAN }}} sebab cikgu tak jumpa dalil yang berkaitan dengannya. Kalau nak kaitkan Islam kena sertakan dalil yang dinyatakan ALLAH.

Apabila saudara berkata {{{ MELAYU DGN ISLAM ITU MCAM TUBUH DGN ROH }}} , Ingin Cikgu tanyakan kepada saudara F... Bagaimana pula dengan Bangsa Cina.... Apabila saudara menyatakan Melayu dengan Islam ibarat Tubuh dengan Roh...saudara menafikan hak bangsa lain.... kerana....

i. Orang Arab akan kata..Islam di turunkan kepada dan melalui bangsa Arab Quraish
ii. Orang Cina akan kata... Orang Islam di Cina lebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu, dan bilangan Orang Islam di Cina lebih ramai daripada orang Islam Melayu.
iii. Orang Melayu Kristian di Singapore akan berkata " Kami Melayu tetapi kami Kristian..... apa pula nanti hujah saudara..... Bagaimana pula dengan kehadiran Persatuan Kristian Melayu Malaysia.....



Kesimpulan daripada 3 pertanyaan i, ii dan iii tadi.... maknanya mereka ini Tiada Roh le kan...... ??? Mereka semua tu Bangkai ke ? Ke Guana ????


Saudara F... Hujah ni tidak relevent.... Sebenarnya Islam adalah untuk semua... Itulah sebab kenapa di dalam Islam.... semua orang boleh menjadi Pemimpin dengan syarat mereka beriman...... tak kira bangsa.... Islam juga diturunkan kepada semua...bukan kepada Bangsa Melayu sahaja....


Saudara berkata {{{ KENAPE baginda nabi saw perang ke atas quraish. itu tandanya cinte nabi kpd kaumnya supaye pilih nur islam dan iman. }}}.... Maafkan saya.... setakat Sirah yang saya pelajari... Nabi tidak pernah menyerang Bangsanya Quraisy.... Baginda s.a.w berperang dengan Bangsa Quraisy HANYA kerana MEMPERTAHANKAN Islam dan maruah Islam sahaja.... Kalau kerana Sayangkan Bangsa, Nabi menyerang bangsanya..... Mestilah dari awal-awal lagi Nabi telah menyerang Bangsanya...TETAPI sebaliknya Nabi menyampaikan dakwah secara tertutup dan terbuka...


{{{ knape orang di Indon mahu sapu Malaysia?tentulah krane cinte kpd bangsa itu jadi sebab. jangan salahkan mereka sbaliknya tanye diri kite knape tidak subur rase cinte kpd melayu.}}}

Saudara, rasanya perlu saudara mengkaji semula Sejarah Asia Tenggara, kerana kalau saudara berkata saudara sayang kepada Bangsa Saudara... saudara kena mengetahui sajarah Bangsa Saudara, Melayu. Melayu adalah satu Rumpun Bangsa yang sangat besar.... Terbesar di dunia. Rumpun Melayu termasuklah orang Indonesia. Di sini pun telah saudara tunjukkan bahawa saudara sebenarnya bukan Cinta kepada Bangsa Melayu...tetapi cinta kepada Bangsa Melayu UmNooo.... Bukan Bangsa Melayu sebenarnya....

Saudara ... siapa kata orang PAS tidak sayang kepada Bangsa ??? Orang PAS sayangkan kepada Bangsa Melayu...Bahkan itulah sebabnya PAS mahukan Orang Melayu mengikut SEPENUHNYA AJARAN ISLAM.... kerana PAS tahu HANYA Islamlah agama Kebenaran. Seperti mana hujah saudara.....kerana sayangkan Bangsalah... PAS mengajak UmNoo melaksanakan Islam....tapi UmNoo menolak.... Sebenarnya bagi PAS sepertimana hujah saudara... Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam....((( Kalau saya ingin menggunakan hujah saudara))))


{{{ sbaliknya kite suke lihat melayu itu bpecah belah. }}}

Siapa kata PAS suka melihat Bangsa Melayu berpecah belah.... apa hujah saudara... Hanya kerana mereka yang cintakan Islam menubuhkan PAS, Mereka yang menegakkan keadilan menubuhkan PKR... saudara kata itulah punca Melayu Berpecah.... Maaflah... hujah saudara terlalu dangkal.....

1. Saudara.... dalam UmNoo sendiri pun berapa banyak klik ? Di Terengganu sebagai contohlah.... sesama UmNooo pun ada team Dato' Mat Said & Team Idris Jusoh... Ke macamana hujah saudara....

2. Beginilah.... mari Cikgu bawa satu contoh... katakanlah.... saudara sedang solat berjamaah di dalam sebuah Masjid.... Imam (UmNoo)yang sedang mengimamkan saudara tu saudara dapati memakai kain koyak..... lepas tu bacaan Al Fatihah dia pun tak betul... lepas tu pulak.... sembahyang Isyak hanya 3 Rakaat....

APA YANG AKAN SAUDARA BUAT ??? Perlukah saudara terus mengikutnya dan kekalkan dia menjadi Imam ??? Katalah saudara tetap ikut.... lepas dia bagi salam... saudara tambah tak satu rakaan lagi ???? atau saudara terus bagi salam jugak...??? Pada masa akan datang..... Bila saudara tahu bacaannya dah salah....dan dia kata Solat Isyak 3 Rakaat.... adakah saudara akan terus mengikut dia ??? Adakah ianya akan saudara kata.... mewujudkan perpecahan kalau saudara mencari Imam baru.... dan tak ikut imam tadi ????

Begitulah keadaannya dengan Kewujudan PAS.... apabila dalam Perlembagaan UmNooo tidak dinyatakan Islam sebagai teras.... menyebabkan Ulama rasa perlu diadakan sebuah PARTI yang berteraskan Islam...... Pernahkah saudara Baca Perlembagaan PAS ??? dan bandingkan dengan Perlembagaan UmNooo.... Cikgu mencadangkan saudara buatlah perbandingan..... kerana sebelum Cikgu mengikuti PAS...ianya telah Cikgu lakukan terlebih dahulu.... dan Cikgu Melihat Dasar dan Matlamat PAS lebih mementingkan Islam berbanding dengan UmNooo

{{{{ kite lebih senang kononnye kitelah lebih islamik orang lain kurang. kan lebih baik kalau kite yg islamik ini jadi pbimbing sedare kite yg tsasar itu. bukankah islam ajar kite saling mnasihati dan bkasih sayang. jike asas ini kite dok cakne guana kita nak bina menara islam yang tinggi itu. jika kite bcerai berai jadilah kite skadar batu bate bukan sperti tembok besar cine.MAKA BERSATULAH DEMI ISLAM DAN MELAYU YANG KITE CINTE-ALLAHHUAKBAR }}}}

Apabila saudara berkata.... kita lebih Islamik daripada orang lain.... Ini adalah fakta bukan auta.... Mari kita analisis sendiri adakah PAS lebih Islamik daripada UmNooo atau sebaliknya.....

1. Kita lihat dari segi dasar PAS & UmNooo... Parti mana yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, Meletakkan Al-Quran sebagai rujukan...

2. Mari kita lihat pulak dari segi pimpinan PAS & UmNoo.... Pimpinan wanita PAS... berapa ramai yang tak pakai tudung & menutup aurat.....UmNoo pulak bagaimana.... Ketua Muslimat PAS dan Ketua Wanita UmNooo berbeza tak..... Isteri PM dengan Isteri Presiden PAS berbeza tak dari segi akhlak dan perwatakan.....

3. Berapa ramai pimpinan PAS yang dikaitkan dengan skandal seks, Rasuah, syirik ( Datuk Mazlan/Mona Fendi - Pahang)... berbanding dengan Pimpinan UmNooo... Najib sendiri, Datuk Jamaluddin Jarjis dan ramai lagi....

4. Banyak lagi.....


{{{{{kan lebih baik kalau kite yg islamik ini jadi pbimbing sedare kite yg tsasar itu. bukankah islam ajar kite saling mnasihati dan bkasih sayang. }}}}

Saudara... selagi kuasa ada di tangan UmNooo, selagi itulah ego mereka untuk tidak melaksanakan Islam..... Bagaimana kita nak bimbing mereka yang tersasar sedangkan mereka memang tidak mahu dibimbing..... Pepatah orang putih ada berkata " We can bring the horse to the river...but we cannot force the horse to drink "....

Saudara F.... PAS pernah suatu ketika dulu memperjudikan diri dengan masuk dalam UmNoooo.... semasa UmNooo lemah tetapi ditendang semacam kucing kurap..... lepas UmNoooo kuat.... Itulah Pengalaman berharga TGNA hinggakan beliau mentah2 menolak untuk berkerjasama dengan UmNoooo apatah lagi masuk UmNooooo kerana bersandarkan kepada Hadis Nabi " Tidak boleh seorang muslim yang baik itu di patuk 2 kali oleh ular yang sama dari lubang yang sama"

Saudara F....
Dalam pendekatan dakwah.... tu pelbagai... Sebenarnya dah terlalu banyak yang dibuat PAS untuk menegur UmNoooo tetapi UmNooo sebaliknya bukan sekadar tidak mahu menerima bahkan memfitnah dan memperburuk-burukkan pendekatan PAS dengan menyatakan ianya bukan hukum Islam...tetapi Hukum PAS.....

Saudara lihat contoh terbaru, apa yang diperkatakan oleh Idris Jusuh kepada orang PAS di Besut semalam.... Idris fitnah.... katanya ada orang PAS yang nak tidur menatap potret gambar pimpinan PAS...kononnya dapat pahala.... BODOH, Banggang dan dungu.... Itu Fitnah yang melampau... Tak pernah berlaku pun......... saudara rasa.... kalau inilah caranya....boleh ke Idris menerima teguran PAS..... Jauh sekali.....

Kadang-kadang dalam Islam... WAJIB bagi kita menjatuhkan orang yang zalim bagi mengelakkan mereka meneruskan kezaliman mereka.... Itulah yang dibuat oleh PAS.... selepas teguran demi teguran dibuat..... tapi tidak diendahkan.... So tanggungjawab PAS adalah Wajib menjatuhkan UMNooooo untuk memastikan UmNooo tidak lagi membuat kerosakan demi kerosakan......


{{{{ jika kite bcerai berai jadilah kite skadar batu bate bukan sperti tembok besar cine.MAKA BERSATULAH DEMI ISLAM DAN MELAYU YANG KITE CINTE-ALLAHHUAKBAR }}}}

Statement ni memang Cikgu setuju.... tapi lebih baik bercerai kalau hidup bersama pun pasangan kita menolak Islam..... Seperti contohnya beginilah.... seorang isteri yang dah ada anak 3.... Perluke dia minta cerai daripada suaminya ???? pada mana suami dia seorang pemabuk, kaki perempuan, tolak Islam, tidak sembahyang , tidak tutup aurat, Suka pukul anak dan isteri bahkan bercita-cita untuk menjual anak perempuan kepada lelaki lain ???? Kalau saudara F duduk pada kedudukan Perempuan tadi..... adakah Saudara akan kekal kan perkahwinan Atau meminta cerai.....

Kita perlu sayang kepada BANGSA kita tetapi jangan kerana Bangsa kita TOLAK agama, kita persendakan agama, perlekehkan agama.... Saudara masih ingat tak apa yang dikatakan pimpinan UmNoooo bila PAS merancang untuk melaksanakan Hudud di Kelantan.... Ini adalah antara perkataan Pimpinan UmNoooo..." Kalau nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan, Kita nak kembali ke zaman kuno ke, Macamana nak maju kalau laksanakan Hudud...."""" Banyak lagi..... adakah ini Bangsa Melayu yang ingin kita banggakan...????

Saya sayang Bangsa saya, Melayu..... tetapi saya menyanyangi ISLAM melebihi Bangsa Melayu.... kerana Islam membawa ke Syurga.... Melayu...tak pasti lagi..... dan ramai Melayu akan ke Neraka sekiranya Melayu tidak melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka.....

Wassalam....

---------- SMS ke 2 akan Cikgu Ulas Kemudian ----------

Comment

THERE ARE 2 COMMENTS FOR THIS POST

  1. Rizwan On November 1, 2009 at 8:32 AM

    assalamulaikum

    setahun saya Nabi tidak pernah menekankan soal bangsa , yang paling utama adalah Islam ... bahkan haram dalam islam berbangga bangga dalam keturunan seperti mana apa yang dilakukan oleh masyarakat arab jahiliah dahulu yang sentiasa bermegah dengan nasab mereka

      Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah On November 1, 2009 at 7:30 PM

    Cikgu setuju sangat le pandangan tu..... terima kasih

     

Post a Comment