Katalah Cadangan ini datangnya daripada Dr Hassan Ali @ Cikgu Pa @ Ust Nasaruddin... apa yang akan diperkatan oleh kumpulan Endorgan.... Mampus mereka dikerjakan oleh Kumpulan Endorgan.... Akan dikatakan inilah kerjasama kumpulan Pro-UmNoooo.... Husam...Husam.... apa sebenarnya pemikiran anda....... Penyokong Kumpulan Endorgan...insaflah.....Inilah wajah Husam..... talam 2 muka...

KOTA BHARU:Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mencetus idea baru apabila bersedia menerima wakil rakyat pembangkang di Kelantan sebagai timbalan Exco sekiranya ia tidak menyalahi peraturan.
Husam berkata, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.
“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Ketika ini Kelantan yang ditadbir oleh PAS mempunyai enam Wakil Rakyat pembangkang, semuanya daripada Umno daripada jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Menurut Husam, pelantikan timbalan kepada anggota Exco daripada Adun yang mempunyai kelayakan profesional dapat membantu kerajaan bagi merancang lebih banyak lagi program untuk manfaat rakyat.

“Ini satu keperluan dan bukan sekadar mengisi mereka ke jawatan yang baru. Mereka akan menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM1,500 dan kuasa untuk menjalankan tugas.

“Mereka boleh melawat jabatan-jabatan kerajaan sebagai menggantikan Exco yang kesibukan dengan pelbagai tugasan lain,” katanya.Bagaimanapun Timbalan Exco tidak mempunyai kemudahan lain seperti kereta dan pejabat. Kelantan sekarang mempunyai 10 anggota Exco termasuk Timbalan Menteri Besar.

Sebelum ini kerajaan Kelantan mempunyai timbalan Exco, namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas.
Posted by Siasah at 7:56 PM

Comment

THERE ARE 2 COMMENTS FOR THIS POST

  1. Keyman On November 2, 2009 at 7:03 AM

    Assalmualaikum wbrt....

    Amboi.... Marah betul nampaknya abg Poji kita kat Husam. Sabar, jangan pula termasuk golongan yang suka hentam menghentam.

    UMNO amat suka tu...

      Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah On November 3, 2009 at 9:25 PM

    Salam. Me.....

    Abe bukan marah tak bertempat..... kalau nak tahu cerita sebenar ...boleh PM abang....

    Terlalu banyak lah Me.... entahlah....
    Tapi artikel di atas ...abe dok marah mana.... Abang menghentam ke ...? Dok pung... Sekadar coretan fakta..... Abang tanya... katalah cadangan tu datang dari Dr Hassan Ali......

    Sedangkan cadangan UG dulu tu... dia yang paling kuat menghentam..... di Kelantan nak buat plak....

     

Post a Comment