Salam.....
Pagi ni Cikgu menerim satu email dari kawan mencatatkan suatu rintihan Hati seorang anak yang kehilangan kasih sayang seorang ayah yang masih hidup tetapi mati..... Seorang anak yang dinadikan haknya mendapatkan kasih sayang seorang lelaki bernama Ayah...HANYA kerana FITNAH yang tidak berjaya dibuktikan kesalahannya..... Kenapa ini berlaku.... Perlukah Akta ZALIM ini diteruskan..... Di manakah Keadilan...? Adakah mereka tiada perasaan.... Di mana kasih sayang.....

Cikgu ada 7 orang anak.... setiap seorang daripadanya mempunyai 'perangai' tertentu yang tak mampu di layani oleh zaujah cikgu seorang diri.... Sehari Cikgu tiada di Terengganu.... keluahan terluah di mulut zaujah.... susahnya mendidik mereka.... Apatah lagi 7 tahun tanpa suami...... TAHNIAH Puan Laila sebagai seorang ibu, isteri dan juga ayah yang tabah dan setia terhadap suami..... Semoga ya ALLAH.... kekuatan bersama keluarga ini.... amin.....
Cikgu pastekan coretan hati seorang anak......


Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.
Dah 3 hujung minggu, Cikgu tak berada di Terengganu. Minggu lepas di Langkawi, minggu sebelumnya di Cameron Highland... dan minggu ini akan ke Kuala Lumpur.... Semoga semuanya akan berjalalan dengan baik..... amin......

Minggu depan..... akan berada di KT.... Mesyuarat Agong MAMPAT....










Gambar di dalam Feri ke Langkawi.... Akhirnya semua anak2 tidur kerana letih dan dah mula pening2... mabuk le tu....


Terkenang semasa dulu.... Bersama abang Mat Nasri.... Orang Kuat Yayasan Amal Selangor...


Alhamdulillah, Cikgu sekeluarga sampai di Langkawi pada lebih kurang jam 6.40 petang. Banyak perubahan selepas hampir 7 tahun tidak datang ke sini.


Bergambar semasa di Jeti





Bergambar di dalam Feri.......


Langit ceria menyambut kedatangan kami di Langkawi...
Minggu lepas ke Cameron Highland.... minggu ni Cikgu akan ke Langkawi pulak untuk bersama exco2 YAM seluruh negeri dalam program Sumbang Saran. Insyallah, akan Cikgu uploadkan gambar2 menarik di langkawi pulak.... lama dah tak ke sana... rasa-rasanya adalah dalam 5 tahun lalu..... Mesti banyak perubahan....
Hari ni mari pulak satu kumpulan yang Pro-ISA yang diketuai oleh Pewaris untuk turut berdemonstrasi pada TARIKH yang sama dengan GMI iaitu 1 OGOS 2009. Cikgu tak nak ulas banyak le.... Perwaris kata kebetulan tarikh yang sama.... LAWAK le.... Apa Perwaris ingat orang nak percaya ke ??? GMI dah rancang lama dah.... Kenapa tarikh yang sama juga yang diminati oleh Perwaris ??? Atau AJK Perwaris semuanya BUTA huruf , tak pandai membaca ATAU mungkin juga BUTA Media dan tak mengikuti perkembangan.....

Apa-apa pun, Cikgu cuma nak cakap... Terima Kasih kepada PERWARIS kerana mengiktiraf Demonstrasi.... Maknanya Demonstrasi adalah SALAH SATU CARA meluahkan perasaan tidak puas hati le... ke Guana Perwaris.....

NI CIKGU CUT AND PASTE DARI MALAYSIAKINI.....

Pro-ISA juga berarak ke Istana Negara
Jimadie Shah Othman
Jul 22, 09
11:18am
dikemakini 1.17pm Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka.

Mereka berarak ke dataran dari Pasar Seni mulai jam 1 tengah hari selepas mengedarkan risalah kepada orang ramai di situ mulai 11.30 pagi, kata Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun.

Sekurang-kurang 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan terhadap akta tersebut di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki.

"Kemudian, dengan menjadikan kain rentang itu sebagai pagar (diletakkan di depan), kita akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Mereka merancang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda mempertahankan akta kontroversi itu.

Tindakan mereka berkumpul bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dipercayai akan bertembung buat pertama kali di jalanan dengan ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH.

Demonstrasi besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang dirancang sejak akhir tahun lepas dan ditunda beberapa kali, disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi juga akan ke Istana Negara.

Mereka merancang berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Rahimuddin lagi, perhimpunan anjuran Pewaris disepakati dalam mesyuarat dengan 10 lagi NGO yang menyokong usaha itu di ibu negara malam tadi.

NGO Melayu itu antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Permit polis untuk berhimpun dan surat makluman kepada pihak istana sedang diusahakan, tambahnya.
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!









Hehehee.... Cikgu dan keluarga kini di Cameron Highland....
Gambar2 menarik bersama keluarga di Cameron Highland pada 17/7/09





Entahlah, apa nak jadi di KUSZA yang kini telah ditukarkan namanya kepada UDM. Sedih rasanya... kenapakah ianya boleh berlaku. Teringat kepada masa suatu ketika dahulu, Sultan Zainal Abidin kerap mendapat "Pahala Kering" apabila KUSZA menjalankan aktiviti bersifat keagamaan... Kini segalanya bagaikan mimpi.... Tiada lagi "pahala Kering " yang diterima Almarhum Tuanku kerana "Kecelakaan" UMNO Terengganu melacurkan KUSZA. Tersangatlah sedihnya..... Apakah akan berlaku sekiranya Almarhum Tuanku Sultan Zainal Abidin masih hidup.... Adakah Baginda akan membiarkan semuanya ini berlaku ???


Suatu ketika dahulu, suasana begini berlaku semasa mendengar Ceramah Agama.... Kini... Nilaikan le sendiri..... Inilah hasil didikan Islam Hadhari UMNO bangsat...

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.


Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.
Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.
Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.
Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini
Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de



Banyak nampaknya Cikgu Fauzi memberikan pandangan kepada Pengerusi SPR
Cikgu adalah pertugas MAFREL di peti undi ni.....

Beginilah komen Cikgu.....

Kekacauan Pertama - Puteri UMNO dilempar batu...

- Kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati penyokong PAS apabila kes UMNO bagi duit Rasuah di dalam kawasan KESEDAR di lepaskan oleh POLIS....
- Kemudian berlakunya provokasi secara "jeritan", kutuk mengutuk, maki memaki... Kemudian ada sorang baling botol air kepada kumpulan2 samada UMNO dan PAS....
- maka bermulalah perang baling-membaling
- Cikgu pun tak setuju, kejadian ni tapi.... Polis yang ada pun tak ambik tindakan mengasingkan dan menjauhkan kedua-dua kumpulan ini. Sepatutnya diasingkan jauh sedikit....
- Cikgu tak boleh nak ulas banyak mengenai punca kerana masa tu cikgu tak ada di kawasan kejadian.


Puteri UMNO yang cedera dibaling dengan batu.... boleh jalan lagi....hebat, kuat, gagah....


Kekacauan Kedua.....

- berpunca apabila sebuah kereta yang penuh dengan lambang BN dikatakan cuba masuk ke kawasan pengundian kemudiannya dihalang oleh pertugas PAS...
- Kemudian berlakulah kes tolak menolak.
- Seorang Pemuda PAS dikerjakan oleh Pemuda UMNO... rasa cikgu dalam 3-8 orang....
- Maka bermulalah sekali lagi kejadian baling-membaling....





Seorang Pemuda PAS dikerjakan oleh Beberapa orang Pemuda UMNO.... yang ni tak keluar TV pulak kan....

Cikgu diajak oleh rakan setugas untuk melihat kes Rasuah PR di Kawasan Kesedar, katanya sedang berlaku pembahagian duit.....

Cikgu ke sana dan mengambil sebanyak mungkin gambar....
Penerangkan kejadian menerusi gambar-gambar....



Cikgu bertugas sebagai pertugas MAFREL semasa PRK MU....

Rumah yang dijadikan tmpat Pembahagian wang. Persoalannya kenapa guna rumah kosong dan buruk untuk mengagihkan duit. Tiada sebarang tanda, simbol atau logo. So siapa sebenarnya pemilik rumah tersebut... KESEDAR @ UMNO ???


Lelaki berbaju putih yang berdiri di tangga mengakui kepada Cikgu bahawa memang berlakunya pembahagian duit tetapi " duit tambang " sahaja. Persoalannya ..Boleh ke ??? SPR kena jawab....


Sapa plak lelaki berbaju kuning ni ? Mungkin antara orang kuat UMNO yang terlibat dalam pembahagian duit Rasuah ni.... Dia menolak untuk membenarkan wakil MAFREL untuk masuk....


Lelaki bertag petugas UMNO, adalah antara orang kuat yang menghalang wakil MAFREL untuk masuk... kenapa ekkkk.... mesti ada sebab.....


Ni le muka Polis yang marah kami, pertugas MAFREL dengan menyatakan kami yang menimbulkan huru-hara dengan membawa penyokong PAS ke situ.... Muka pun muka UMNO... Come le Bro.... semasa bnertugas...Tolong profesional... Jangan menunjukkan keUMNO an anda...

Bro ni pun mengaku sedang menunggu duit tambang. Ada sekitar 50-100 kad pengenalan di dalam, katanya. Tapi peleknya.... Polis yang tugasnya menangkap orang yang rasuah telah membenarkan orang-orang berkenaan ( jo bagi pitis ) lepas macam tu je....
Ye le kan... Polis bertugan dengan UMNO kan....Bro ni kata, PRU dulu pun macam ni gak, bagi duit kat sini gak, tapi tersusun dan mudah. Kali ni payah sikit....Maknanya KESEDAR salah guna tempat UNTUK pembahagian RASUAH.... KESEDAR ni UMNO punya ke ?????



Kereta Kesedar yang di parking di sini..... Kesedar ni milik sapa, UMNO atau Kerajaan ???





Macam biasa.... kereta-kereta digunakan untuk mengangkut kira-kira 15 orang pertugas wanita yang membahagika duit. Ada lelaki yang membawa keluar duit di dalam beg yang dikatakan penuh dengan duit...
Tahniah kepada PAS kerana berjaya mengekalkan kemenangan di MU, walaupun dengan majoriti yang semakin mengecil.

Track Rekord PRK di Kelantan tak banyak yang menyebelahi PAS, daripada Bukit Tuku, Pengkalan Pasir... tapi alhamdulillah di Manek Urai - Umno Terburai. Bagi UMNO Manek telah Terburai.... kalah juga mereka.

Cikgu bertugas sebagai MAFREL di sana. Sebagai kumpulan NGO, semasa bertugas, sikap profesional mesti ditunjukkan. Bahkan itulah yang cuba ditunjukkan oleh Cikgu semasa bertugas di sana. Apabila berlaku pergaduhan, insiden baling batu, ada seorang perempuan tu dengan anaknya terperangkap.... dengan kuat Cikgu cuba mengarahkan agar dibawa keluar wanita tersebut dengan anaknya... walaupun Wanita tu duduk kat bangsal UMNO.

Tapi apa yang Cikgu kesalkan, semasa MAFREL cuba mencari bukti Rasuah yang dilakukan UMNO seorang anggota Polis (muka pun UMNO) marah2 kami dengan menyatakan bahawa kami yang bawa penyokong PAS ke tempat tersebut sedangkan kami yang di bawa oleh penyokong PAS untuk menunjukkan kejadian pembahagian duit tersebut....


Lelaki berbaju putih mengaku berlakunya pembahagian duit... "Duit Tambang Bas " katanya...

Masa Cikgu gi ke tempat yang dimaksudkan, memang ada pengakuan daripada yang menerima duit dengan mengakui bahawa beliau sedang menunggu pembahagian duit daripada UMNO. Manakala seorang pertugas UMNO pula mengaku bahawa memang duit dibahagikan tetapi dengan hujah " duit tambang ".... Apa-apa pun dalam peraturan dan akta kesalahan Pilihanraya, TIDAK boleh memberikan sebarang bentuk kewangan hatta " Duit Tambang " pun..... ini dah dikira Rasuah PilihanRaya....
Nanti Cikgu akan cuba upload gambar2 menarik semasa hari Pengundian terutama kes Rasuah tu.....

Calon PAS, Abe Uji menyantuni seorang Warga Emas yang uzur....
Baru pukul 10 pagi...MU sangat panas.....
Cikgu bertugas di SK Peria.... Peti undi terbesar di MU. Terdapat 9 peti undi semuanya...

Di SK Peria, jumlah pengundi adalah sebanyak 2019 orang. Setakat pukul 10 tadi jumlah yang telah mengundi adalah ;

Saluran 1 = 144/350 (41.1 %)
Saluran 2 = 170/555 (30.6 % )
Saluran 3 = 165/556 (29.7 % )
Saluran 4 = 186/667 ( 33.4 % )

Jumlah pengundi adalah = 665/2019 = 32.93 %

Pengerusi SPR turun kat sini memantau... Sempat le Cikgu bersembang dengan beliau... Beliau mempertikaikan kempen penyokong PAS yang menggunakan Agama sebagai sasaran... Tapi bila dia bercakap pro ke BN tak pe plak.... dunia-dunia... dimanakah keadilannya ???

Nak upload gambar,,,, nantilah deh... dok dang... line dok come.....

Maaf le.... dok leh upload... berat....