BAHAYA HIZBU TAHRIR

Telah muncul di tengah-tengah umat Islam satu kumpulan yang menyimpang dari manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kumpulan ini bergiat menyebarkan fikrah-fikrah songsangnya dengan bertopengkan politik Islam dan kebangkitan Khalifah Islamiah di atas muka bumi ini. Keseluruhan kegiatan mereka hanya memfokuskan pada politik, manakala apa yang berkaitan dengan dakwah seperti mengajak kepada mempelajari ilmu agama seperti tauhid, fekah, hadis dan lain-lainya sangatlah mereka abaikan. Mereka dikenali dengan HIZBU TAHRIR atau ringkasnya HT. Sesungguhnya umat Islam tidak habis lagi dengan ajaran Mujassimah Moden seperti Wahhabi kini umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai ajaran baru yang bertopengkan Islam atau politik Islam pula.

Mereka telah mengatakan bahawa umat Islam adalah sesat kerana masih hidup tanpa khalifah Islamiah. Tujuan utama mereka ialah ingin mengambil alih kuasa kerajaan dan kononnya ingin melaksanakan ajaran Islam yang sempurna dan menyeluruh. Sesungguhnya mereka ini sangat merbahaya kerana ajaran yang mereka sebarkan amat bercanggah dengan syariat Islam seperti menyesatkan serta mangkafirkan umat Islam, mendakwa bahawa para nabi tidak bersifat maksum, menghalakan berjalan untuk melakukan maksiat, mengharuskan orang lelaki mencium perempuan ajnabiah dan banyak lagi yang akan dinyatakan nanti. Kita khuatir dan sangat risau jika mereka dapat menguasai negara-negara Islam termasuk negara Malaysia kita yang tercinta, mereka pasti akan merialisasikan matlamat mereka dan mempraktikkan segala ajaran sesat mereka itu.

Di Malaysia, mereka sudah mula bertapak dengan slogan ‘wajib mendirikan khalifah dan melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh’. Cara pembawaan mereka ini diminati oleh beberapa pihak dan segelintir masyarakat di negara kita yang kononya ingin menegakkan negara Islam, padahal mereka sebenarnya telah tertipu dan terpedaya dengan dakyah-dakyah songsang HIZBU TAHRIR disebabkan tiada ilmu agama yang kukuh dan pertimbangan syariat yang adil yang mampu membezakan diantara kebenaran dengan kebatilan.

Kita Ahli Sunnnah Wal Jamaah memang mempunyai niat agar wujudnya seorang khalifah yang adil yang dapat mentadbir negara-negara Islam dengan sempurna, tetapi perlu diketahui bahawa isu kebangkitan khalifah ini adalah dianggap sebagai uzur syrei bagi umat Islam kerana tiada penyatuan dan kemampuan untuk melaksanakannya. Kemudian isu kebangkitan dan mengembalikan Khalifah ini bukanlah satu kewajipan terhadap setiap individu muslim sehingga ia dikira sebagai fardhu ain seperti ibadah solat, puasa, haji dan lain-lainnya dari perkara fardhu ain. Atas sebab ini tiada dari kalangan ulamak Ahli Sunnah sama ada dari kalangan ahli Salaf maupun Khalaf mengatakan bahawa menjadi fardhu ain ke atas setiap individu muslim menegakkan dan mengembalikan khalifah. Barang siapa yang mengatakan dan beriktiqad sedemikian maka dia telah melakukan tokok tambah dalam urusan agama dan ia juga dikira bid’ah yang sesat kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Islam.

Kebanyakan mereka yang berfikiran politik kotor yang bertopengkan Islam mendakwa bahawa wajib dan menjadi fardhu ain untuk mendirikan khalifah atau negara Islam, dan sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka dia telah sesat bahkan kafir. Mereka (HT) telah menyalahtafsirkan firman Allah Taala:

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Terjemahannya: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir. (al Maedah:44)

Para ulamak dari kalangan sahabat seperti Abdullah Ibn Abbas yang mana beliau dikenali denga Tarjamanul Quran (penafsir al Quran) telah menafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa maksud kekufuran dalam ayat tersebut bukan yang mengeluarkan seorang muslim dari agamanya, tetapi yang dimaksud dengannya ialah kufur di bawah kekufuran, yakni dosa yang besar yang tidak sampai kepada kufur.

Berdosakah nenek moyang kita yang muslim yang tinggal di kampung-kampung, imam atau tok bilal di surau-surau, dan juga umat Islam yang tinggal berjauhan dari bandar?. Adakah mereka dikira bodoh, sesat dan kafir kerana tidak menegakkan negara Islam atau mendirikan khalifah?

Maka fikrah dan ajaran yang mengatakan bahawa wajib ke atas setiap individu muslim mendirikan khalifah adalah fikrah yang bahaya kerana ia akan meracuni pemikiran-pemirian orang Islam sehingga menjadi rosak, punah, hancur dan juga akan melahirkan generasi yang melampau (ekstrem).... Baca selanjutnya:

http://ul.to/uxs98q

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment