[[[[ Apa la.... tak malu ko.. dok offer gok ke Kerajaaa Kelate nak bui duit Ehsan..... ]]]]

Wang ehsan: Tawaran pada Kelantan masih terbuka



Walaupun kerajaan Kelantan telah menolak tawaran menyertai jawatankuasa pengurusan wang ehsan namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri untuk menyertainya demi masa depan rakyat secara keseluruhan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memikirkan secara serius penolakan itu kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Kelantan yang sememangnya mahukan pembelaan dan pembangunan.

[[[[ Siapa yang akan menjadi mangsa @ UmNoooo Kelate yang tak dapat pitis....???? Kalau betul le STOPA nak membela dan membangunkan Kelate.... sepatutnya diberikan Royalti sahaja macam yang Ku Li kata.... bukannya Ehsan.... Kerana Duit Ehsan seperti mana yang berlaku di Terengganu.... Duit Ehsan sangat mudah DI SALAHGUNAKAN dan di songlap kerana Ianya tidak di audit,.... ]]]]]]

"Tawaran untuk sertai jawatankuasa ini masih terbuka buat kerajaan Kelantan dan jika masih menolak ia akan merugikan rakyat Kelantan.

"Kalau ada wakil kerajaan negeri, wakil itu boleh menentukan keutamaan dalam sektor tertentu untuk membelanjakan wang ihsan yang akan diterima pada Mac ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pertemuan dengan pengetua Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

[[[[ Sebagai apa .... PAK PACAK.... Tunggul mati.... boleh buat keputusan ke ??? Come onnn le Stopa, Jangan nanti " Menang Sorak, Kampung Tergadai....]]]]]

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bertegas kerajaan negeri yang diketuainya itu tidak akan menerima pelawaan menyertai jawatankuasa berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemberian wang ehsan yang bukannya royalti petroleum.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan pusat mempelawa kerajaan negeri melalui wakilnya untuk berada dalam jawatankuasa tersebut bagi pengagihan wang ihsan secara telus terhadap rakyat.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Jan lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini namun jumlah itu juga dipertikaikan oleh kerajaan negeri.

Mengulas isu itu lagi Mustapa menjelaskan beliau telah diberi restu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan jumlah wang ihsan itu baru-baru ini.

"Ini bukan keputusan saya seorang kerana keputusan ini diambil secara bersama oleh kerajaan pusat dan juga Petronas dan isu ini tidak perlu dipolitikkan oleh sesetengah pihak," katanya yang mengulas kenyataan exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang mempertikaikan mengapa jumlah itu tidak diumumkan perdana menteri sendiri.

Beliau juga berkata isu wang royalti yang ditimbulkan itu sebenarnya tidak menjejaskan keadaan keselamatan di Kelantan tetapi salah faham dan fitnah mengenai isu tersebut bagaimanapun perlu dihentikan segera.



"Banyak berlaku salah faham dan fitnah termasuk mengaitkan diri saya dan (Senator Datuk Dr ) Awang Adek seolah-olah kami ini pengkhianat kepada rakyat Kelantan," katanya.


[[[[ Tepat sekali... Memang Anda Pengkhianat Rakyat Kelantan...... tahu tak pe.... ingat.... generasi akan datang akan kenang anda sebagai Pengkhianat Bangsa dan Rakyat Kelantan.... seperti mana Komunis.....]]]]]

- Bernama

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment