MB TRG (DATO’ AHMAD SAID)

Malaysiakini, 23 April 2008

- Permintaan supaya dikembalikan wang royalti itu adalah permintaan rakyat Terengganu

- selama ini projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, menggunakan wang ehsan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri

- ada di antara projek-projek terbabit tidak memberi manfaat atau keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu.

- "Wang ehsan ini banyak digunakan untuk pembinaan jalanraya tetapi ini tidak menguntungkan rakyat,"

- "Ini kerana kerajaan negeri terpaksa membiayai kos penyelenggaraan manakala kerajaan pusat mendapat hasil dari cukai jalan.

- wang ehsan itu juga digunakan untuk membiayai penganjuran Monsoon Cup setiap tahun, walaupun ia tidak menguntung.


Utusan Malaysia, 21 April 2008

- sejak DKKP diperkenalkan, semua projek yang menggunakan peruntukan itu disalurkan terus melalui kementerian-kementerian terbabit untuk ditentukan dan dilaksanakan tanpa merujuk kepada kerajaan negeri. (Dana Khas Kerajaan Persekutuan)

- “Ini menyebabkan ada projek yang dilaksanakan gagal memberi impak yang diharapkan kerana tidak mengambil kira keperluan penduduk tempatan

- Kadang kala ada projek yang dilakukan oleh kementerian yang kerajaan negeri tidak tahu. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah, tanah ditarik balik dan sebagainya. Ini berlaku sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ihsan

- “Dengan kos yang tinggi, (projek itu) tidak memberi keutamaan kepada rakyat kerana orang lain yang tentukan... bukan kita sedangkan kita tuan rumah,'' ujarnya

-

TUN ABDULLAH BADAWI

Bernama, 14 Jun 2008,

- “Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan,”

- Abdullah berharap dengan pemberian semula royalti minyak itu, kerajaan Terengganu dapat menguruskan wang berkenaan dengan baik dan membuat perbelanjaan berhemah dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu.

- Saya yakin boleh (kerajaan Terengganu uruskan wang royalti itu dengan baik). Kalau kita dah ada wang, pandai-pandailah uruskan kerana kita akan menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan perbelanjaan yang kadangkala lebih daripada kita jangkakan


NAJIB

BERNAMA, 13 DISEMBER 2009 (tarikh Serah cek kpd Trg)

- Ketika berucap, Najib berkata jemaah menteri berpendapat royalti minyak itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu dalam menguruskan serta melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri berkenaan.

- Saya harap wang royalti minyak ini digunakan secara baik untuk melaksanakan pembangunan dan pembaharuan. Kita mahu rakyat Terengganu miskin dan kemiskinan tegar dihapuskan. Kita mahu kerancakan ekonomi di Terengganu berterusan

Bernama, 13 Januari, 2009,

- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat negeri Terengganu bakal menikmati royalti hasil minyak mencecah RM3 bilion setiap tahun sekiranya harga bahan api itu naik di pasaran.

- Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.

- Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.

- Tahun depan, kalau ada rezeki, harga minyak naik, rezeki rakyat Terengganu akan bertambah. Sekurang-kurangnya RM1.6 bilion hingga RM3 bilion akan jadi milik rakyat Terengganu.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment