Anak Kecil Hantar Surat Kepada Arsenal Membantah Israel.... Anda Bagaimana ???
2:16 AM | 0 comments |
Satu berita yang agak sayu apabila dibaca. Diberitakan di dalam Eramuslim (22 Jun), seorang budak perempuan berumur 7 tahun, Fatima Zahrah telah menulis sepucuk surat kepada Kelab Bola Sepak Arsenal menyatakan kecamannya terhadap Zionis yang membunuh anak-anak Palestin.
Antara yang Fatima tulis di dalam surat tersebut
“Israel telah membunuh anak-anak Palestin yang bermain bola, kenapakah anda menyokong Israel?”
Fatima menyatakan bahawa dia adalah peminat setia Kelab Bola Sepak Arsenal, tetapi disebabkan sokongan Arsenal terhadap Israel, beliau memutuskan untuk tidak menyukai pasukan tersebut.
Di akhir surat, Fatima menulis “Arsenal The Best” tetapi tulis ini diconteng, kenapa agaknya ia menconteng kembali tulisannya tadi ??? Mungkinkah sebagai tanda kebenciannya terhadap tindakan zionis..
Arsenal mengikat kontrak dengan Israel dengan nilai 350 000 Pound Sterling, dan Israel dibenarkan untuk memasuki web rasmi Arsenal bagi mempromosikan Israel.
Hayatilah suara anak palestin ini.
Hayatilah suara anak palestin ini.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST
Post a Comment