Kaherah, 16 Jun 2010, Rombongan Misi Gaza, Yayasan Amal Malaysia kini masih lagi berada Kaherah pada hari ke 4. Pada hari ini rombongan kami berjumpa dengan 3 pihak iaitu perjumpaan dengan Pemangku Duta, Encik Saiful.Perbincangan bersama pihak Kedutaan bermula kira-kira pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tghr. Hasil daripada perbincangan, pihak Kedutaan berjanji akan cuba berusaha membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk masuk ke Gaza. Kami juga telah diminta menyerahkan salinan paspod bagi tujuan tersebut.



Pada jam 1 tghr, rombongan Yayasan Amal Malaysia bertemu mata dengan Prof Mamdouh Gabr, 'Secretary General' dan 'Director General', Dr Magda Fathi Elsherbeeny. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan gambaran bagaimana melalui PBSM Mesir, Rombongan Yayasan Amal boleh masuk ke Gaza bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin. Taklimat telah disempaikan sendiri oleh Prof Mamdouh. Namun hasil daripada perbincangan, seperti mana jangkaan, PBSM Mesir juga tidak mempunyai autoriti untuk membantu rombongan untuk ke Gaza. Jawapan yang sama yang diterima iaitu barangan hanya dibenarkan masuk PBSM sahaja dan tak dapat menjanjikan apa-apa untuk membantu membawa masuk rombongan kami.




Kami seterusnya menuju ke Pejabat PBSM Palestin di Al Thawra St Heliopolis dengan tujuan dan matlamat yang sama. Di sini, kami telah di beri taklimat oleh 'Deputy Secretary General', saudara Tarek Arafat. Hasil daripada taklimat yang disampaikan, kami dimaklumkan antara keperluan yang kritikal yang diperlukan dari segi perubatan adalah peralatan seperti mesin dialisis dan lain-lain. Kami juga dibekalkan dengan senarai ubat-ubatan dan keperluan kritikal di Gaza.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment